Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Stop it, Nurul! -Ajai (PANAS)

Khamis, 11 Jun 2015

Ajai meminta bekas isterinya iaitu Nurul Wahab berhenti mengaitkan namanya dalam tulisan di blog (nurulwahabdepp.wordpress.com) mahupun memberi apa-apa kenyataan di media.

Ajai berkata, walaupun dia sering ditanya sejauh manakah hubungannya dengan Nurul, dia tidak pernah memberi reaksi memandangkan mereka tiada lagi apa-apa kaitan sejak bercerai pada tahun 2007.
"Saya berharap Nurul hentikan menulis, kaitkan kisah lama atau sebut nama saya yang bukan-bukan di laman blognya.

"Kerana bagi saya, bukan tidak ada orang bertanya tentang dia daripada saya. Tetapi ada! Bagaimanapun saya tak pernah nak beri apa-apa jawapan atau kaitkan nama dia dalam mana-mana sesi temubual mahupun di laman sosial saya. Jadi harap maklum dan stop it.

"Urusan saya dengan bekas isteri saya itu dah habis sejak kami berpisah. Kalau ada update, itu hanya atas urusan anak kami Ayu Nazirah (17 tahun)," -Ajai petikan portal mStar
Ajai diminta mengulas mengenai entri blog milik Nurul yang bertajuk Other Question Please! meluahkan rasa terkilan apabila kerap kali diasak dengan pertanyaan mengaitkan kisah silamnya dengan Ajai.

Nurul menerusi entri tersebut turut menulis kisah diminta penganjur untuk berduet dengan bekas suaminya sehingga mengundang rasa tidak selesa dirinya.

Tambah Nurul, persembahan duet bersama Ajai tidak mungkin berlaku memandangkan komposer itu bersikap tidak profesional.
"Bukannya aku tak mahu. Aku ini seorang yang sangat professional. Malah, suami aku juga mengizinkan dan memberi restu andai aku mahu berduet semula dengan bekas suami aku itu. Namun keputusannya bukan di tangan aku. Orang tak mahu, buat apa kita memaksa. Lupakan saja," katanya dalam blog itu.

Fad Bocey dihina tak sepadan dengan isterinya..


Penghinaan Ke Atas Fad Bocey

Fad Bocey telahpun selamat bernikah dengan pasangan pilihannya beberapa minggu lalu. Tetapi apa yang memeranjatkan adalah tindakan seorang pengikut instagram Abam telah mengeluarkan caption yang keterlaluan.

Humood AlKhudher nyanyi Kun Anta di Meletops.. (video)

Humood AlKhudher mennyanyikan lagu yang lagi hot dan popular di Malaysia iaitu Kun Anta kat program tv, Meletops baru-baru ini. Layan..

Erma Fatima, Bade cerai hari ini?

Dengar khabar memetik laporan mStar semalam, yang Erma Fatima bakal bercerai dengan suaminya Badaruddin atau Bade pada hari ini, Khamis.

Mereka akan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gomak Timur, Keramat.

Erma tampil mengakui hal itu tanpa menafikan kedatangannya hari ini.
“Kita jumpa esok (Khamis). Kalau ada esok… adalah…” -Erma
Bade dan Erma bernikah pada 30 November 1990. Mereka memiliki 5 anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13 dan Nurain, 9  tahun.

Bagaimanapun pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida.

Dorongan dari.. Erra Fazira kini bertudung?

Rabu, 10 Jun 2015

Seperti sedia maklum, Erra Fazira kini sudah bertudung. Namun ada khabar yang mengatakan perubahannya itu didorong oleh seorang jejaka yang dikenali ramai, Shahir AF.

Ceritanya bermula apabila Shahir didakwa telah pulang ke kampung halaman yang terletak di Perak dan membuka kelas fardhu ain di sana.

Sebelum itu Erra juga pernah menceritakan yang individu pilihan hatinya mempunyai ilmu pengetahuan yang boleh membimbingnya di dunia dan akhirat.

Mereka juga pernah dikaitkan bersama satu masa dahulu dan kemungkinan besar kali ini bersama kembali. Mana tahu kan. Doakan yang terbaik jika mereka ikhlas dengan perhubungan seperti yang diperkatakan ini.

Neelofa jadi duta Lancome, manis bertudung.. (15 gambar)

Noor Neelofa kerana telah dipilih menjadi jurucakap jenama antarabangsa Lancome untuk produk haruman yang terbaru, La Nuit Tresor by Lancome.

Majlis pelancaran La Nuit Tresor by Lancome telah diadakan di 7F Sogo KL baru-baru ini.

Catriona Ross selamat melahirkan anak ke-3 (3 gambar baby)


Tahniah untuk Catriona Noorhayati Ross atau lebih mesra dengan panggilan Cat yang selamat melahirkan anak ke-3 berjantina lelaki pada 17/4/2015 yang lalu.

Cat yg berkahwin dengan Shaharuddin Mokhtaruddin terdahulu telah dikurniakan seorang anak perempuan
Sephia Rania, 5 tahun dan seorang anak lelaki Jammal Raess, 3 tahun.

Berita terkini mengenai keluarga Zul Huzaimy..

Dengar khabar yang isteri kepada pelakon Zul Huzaimy, Nur Ernawati kini telah hamil anak sulong mereka. Tidak dipastikan berapa usia kandungannya itu, kemungkinan masih diperingkat awal.

Mereka berkahwin pada 21 Februari yang lalu namun Zul telah memiliki cahaya matanya hasil perkahwinannya sebelum ini, Awal Haziq, 9 tahun.

Apabila Rosyam Noor 'dibelasah' Ustaz Zawawi

Selasa, 9 Jun 2015

Petikan laman sosial group di Facebook..

Antara Halal dan Haram tak akan pernah bercampur Umpama air dan minyak ! Minggu lepas, ..kebetulan takde kt channel tv1, ustaz zawawi jadi ahli panel...termasuk Fauziah Nawi dan Nazrey Raihan...tajuknya Hiburan...Jalan ke....? spt biasa, di hoskan oleh rosyam nor Memang bagus diskusi tu..ustaz zawawi citer, hiburan sememangnya halal malah akan menjadi wajib kpd sesorg jika dia tidak boleh hidup tanpa hiburan. contohnya, si mamat ni mesti dengar lagu untuk menceriakan hidup dia, kalau tak dengar lagu, dia tak bleh nak survive...tambahan pulak, memang dah naluri manusia, perlukan hiburan. Jadi Islam tak melarang untuk kita berhibur Tapi, hiburan tu mestilah tidak bertentangan dgn syariah..contohnya, tiada pergaulan bebas..tidak melalaikan.. Soalan rosyam nor kpd fauziah nawawi nyata menjerat mereka berdua...rosyam tanye, bagaimana pulak kalau rosyam jadi anak, fauziah jadi ibu..sudah tentu ade pelukan @ bersentuhan, semata-mata nak hidupkan lakonan tu.. fauziah pulak jawab, memang nak tak nak..kenalah ade sentuhan sbg seorg ibu & anak...beliau hanya melakonkan shj tapi niat beliau baik...nak tunjukkan kpd umum tentang pentingnya kasih sayang seorg ibu kpd anaknya...

Berita terkini dari Leuniey Natasha... (gambar)


Dengar khabar yang Isteri Khairul Fahmi, Leuniey Natasha kini sedang hamil anak kedua. Anak pertama pasangan tersebut, Kayla Elayna sudah berumur setahun lebih. Sudah sesuai menjadi kakak tidak lama lagi.

Namun tidak dapat dipastikan berapa usia kandungan Leuniey kerana tiada pengumuman khas daripada pasangan tersebut. Leuniey hanya memuat naik beberapa hint di Instagram yang mengatakan beliau kini sedang berbadan dua.

Punca anak Che Ta dipanggil bengang!

Baru-baru ini Rozita Che Wan telah membawa keluarganya ke London untuk bercuti sambil menjalankan sesi fotografi untuk promosi keluaran clothing line beliau yang terbaru dengan kerjasama Annas Easkey. Namun bukan itu yang ingin diperkatakan di sini. Anak sulung Cheta, Ammar Effendy yang turut serta dalam rombongan percutian tersebut tidak kurang hebatnya berposing sakan di London, sambil tayang six pack pula tu!

Anak comel Putera William, Kate Middleton (4 gambar)


Istana Kensington telah mengeluarkan foto rasmi dua anak kepada pasangan Diraja, Putera William dan Kate Middleton iaitu Putera George Alexander Louis dan Puteri Charlotte Elizabeth Diana (sebulan usianya).

Sekitar resepsi Hanis Zalikha, Hairul Azreen (15 gambar)

Hujung minggu lalu telah berlangsung majlis persandingan bagi pasangan Hanis Zalikha dan juga Hairul Azreen yang telah diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam.

Saya sudah hilang sabar! -Sharifah Shahora dedah identiti wanita penganggu

Isnin, 8 Jun 2015


identiti wanita ganggu rumah tangga Sharifah Shahora
Sharifah Shahora menjelaskan yang dia ada sebab tersendiri untuk memuat naik bukti kecurangan suaminya, pengarah Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin di laman sosial.

Ayu Damit kini bertudung (gambar)

Dengar khabar yang Ayu Damit, OIAM (One In A Million), sudah bertudung mengambil keberkatan bulan suci Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

"Saya sudah pasang niat lama nak menutup aurat dan Alhamdulillah kini saya anggap masa terbaik untuk bertudung," -Ayu petikan portal Bharian

15 Selebriti Barat bila dukung bayi mereka (15 gambar)

Sekitar pernikahan Felixia Yeap dengan.. (5 gambar)

Model terkenal, Felixia Yeap atau nama Islamnya, Raisyyah Rania Yeap selamat menjadi isteri kepada Dr Rezal Khairi Ahmad mengikut pencarian dari sebuah sumber.

Dan ini beberapa keping gambar di muatnaik oleh Flexia bersama caption nya..

Sekitar pernikahan Jojie, beza suami 14 tahun muda.. (10 gambar)

Kakak Ratu Rock Negara Ella, Jojie, 50 selamat bergelar isteri kepada Syahrizal Ismail,36 dalam sebuah majlis yang diadakan di Masjid Ara Damansara minggu lalu pada malam Jumaat.

Pada majlis tersebut Jojie menerima mas kahwin sebanyak RM888, manakala wang hantaran sebanyak RM20,000.

Pasangan ini turut merancang untuk berbulan madu di Switzerland selepas resepsi mereka yang dijangka diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri. -mStar

Aaisyah Dhia Rana kini 7 bulan (video)

Ahad, 7 Jun 2015


Comelnya Aaisyah Dhia Rana, 7 bulan dah usianya jom layan..

Wahh cantiknya rumah Fara Fauzana (10 gambar)



Inilah Gambar Rumah Mewah Fara Fauzana Di Shah Alam.

Wow cantiknya rumah Fafau kat shah alam ni. Besar dan nampak begitu mewah sekali. Untung la siapa jadi suami Fafau nanti tak perlu lagi untuk beli rumah. Jom mengintai rumah beliau yang bagi kami rasa sangat cool dan cantik. Alhamdulillah.. Murah rezeki beliau. Amin.

Engku Emran jual barang 'panas' milik Erra Fazira!

Erra Fazira dah berubah penampilannya bertudung. Kini bekas suaminya, Engku Emran telah membuat pengumuman untuk menjual barangan terpakai milik Erra Fazira iaitu rambut palsu yang dimilikinya melalui Instagram beberapa hari lalu.

Pernikahan Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Wang hantaran RM91,019.90! (5 gambar)

Jumaat, 5 Jun 2015

Dengan sekali lafaz, pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha, 24, sah bergelar isteri kepada pelakon, Hairul Azreen, 27, tepat jam 3.50 petang tadi.

Mereka dinikahkan bapa Hanis, Zainal Rashid Mohd Zain, 57, disaksikan Imam 2 Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Ustaz Mohd Syuhud Razali yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Bukit Jelutong.