Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Zizan Razak di gam oleh Astro?
Dengarnya Zizan Razak kini digam oleh Astro. Ini dibuktikan dengan ketidaaan kelibatnya untuk program khas Astro sempena Ramadan nanti akibat kontrovesi yang melandanya sebelum ini (putus cinta).
Namun pegawai Astro menafikan hal itu, Zizan masih lagi bersama dengan Astro.
Namun pegawai Astro menafikan hal itu, Zizan masih lagi bersama dengan Astro.
"Zizan masih lagi artis Astro dan pihak kami tidak pernah merehatkannya mahupun menghentikan kontrak seperti yang diperkatakan.
"Walaupun dia tidak terlibat dengan program-program khas Ramadan, tetapi dia lebih ditumpukan ke arah projek-projek untuk Hari Raya," -Khairul Anwar Salleh petikan portal mStar
Sekitar persandingan Azza AF (29 gambar + video)
Rabu, 3 Jun 2015
Wedding Reception : Ehsan + Azza (AF1)
Date : 30 May 2015
Venue : Grand Ballroom IDCC, Shah Alam
Official Photographer : http://peveyhack.com/v3
Photograph by : Rashdi Amin (Principal)
Facebook : PEVEYHACK PHOTOGRAPHY
Photographers :Azree Yaacob (Senior),Noorehan Sopian Jr. Ashraf Indung (Jr)
Cinematographer : Azizul Muhammad (Creative Director), Rozien Mutalib (Assist Creative Director), ,Rizan Mohd, Irfan Ismail (Senior), Mohd Aswad (Jr)
Rumahtangga Sharifah Shahora, suami goyang? (PANAS)
Mengejutkan apabila rumah tangga Sharifah Shahora dengan pengarah sinematografi dan jurukamera berpengalaman, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin yang dibina sejak 2008 mulai berantakan tahun ini.
Siapa sangka kebahagiaan itu kini hampir diragut oleh orang ketiga yang dikenali dengan nama @madeyanie di laman sosial. Shahora, ketika dihubungi BH Online, tidak lagi mampu mengawal kesabarannya lagi kerana amaran sudah diberikan kepada wanita berkenaan.
Hakikatnya, dia sudah 'meletop'. Akui Shahora, semakin dia berlembut, semakin kencang pula tindakan wanita terbabit yang mahu memporak-perandakan rumah tangga dia dan suami tercinta.

"Sudah lama saya sedar perkara ini tapi saya cuba kawal diri. Tapi kali ini saya tewas kerana perasan saya seperti dihentak-hentak. Saya tak mampu menyembunyikan apa yang terpendam lagi selama ini. Wanita itu memang tahu saya sedar permainannya, tapi tetap terus mengganggu rumah tangga kami.Ditanya apakah keberanian dia membongkar cerita ini seolah-olah memperlihatkan rumah tangga yang dibina seperti retak menanti belah, Shahora mempunyai pendiriannya tersendiri.
"Saya cuba menghubunginya tetapi dia tutup telefon bimbitnya. Malahan baru-baru ini dia sudah sekat akses saya di laman Twitter. Nampak dia memang pengecut. Kalau berani, kenapa buat semua itu,"
"Terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Saya tengah melihat perkembangan seterusnya apa yang wanita itu boleh dan akan lakukan pula. Amaran seperti saya katakan tadi sudah diberikan sejak tiga bulan supaya berhenti mengganggu suami saya. Saya dapat tahu, wanita ini mengajar suami saya untuk mengingati dan menyimpan nombor telefonnya menerusi memori otak.Shahora dan Raja Mukhir berkahwin pada 26 Oktober 2008 dan belum dikurniakan anak. Mereka kini membela anak angkat.
"Wanita itu siap ajar suami saya untuk memadamkan mesej dan bukti perbualan mereka di telefon bimbit setiap kali berkomunikasi. Saya tahu setiap hari, dia akan hantar mesej bernada manja kepada suami.
"Tak tahulah apa tindakannya nanti selepas tahu saya sudah 'meletop'. Saya juga sampai satu tahap menghantar mesej kepadanya baik-baik dengan menyuruh dia kahwin sahaja dengan suami jika inilah gayanya," katanya.
Ucapan Zizan buat bekas kekasihnya Emma Maembong..
Selasa, 2 Jun 2015
Katanya Zizan Razak mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya, Emma Maembong dengan Kamal Adli. Memetik kenyataan Zizan dalam program Melodi Ahad lalu,
“Mungkin itu yang lebih baik untuk dia, saya doakan Emma Maembong dan Kamal bahagia sampai ke anak cucu. Saya dan Kamal tidak ada apa-apa masalah.” -kata ZizanDalam pada itu, Zizan menafikan dakwaan bahawa namanya kini digugurkan sebagai duta produk gergasi akibat reputasinya yang semakin merudum disebabkan gosip-gosip liar yang melanda.
“Perkara ini mudah saja. Ini macam ujian untuk saya. Allah nak tengok, masa susah dia ingat tak, masa senang ingat dia tak. Buat masa sekarang, semuanya berjalan lancar dan ketika ini saya masih terima banyak lagi tawaran,” ujar Zizan lagi
Amar, Amyra kahwin November ini?
Dengarnya khabar angin yang Amyra dan Amar Baharin akan bernikah pada bulan November ini. Khabar angin ini mula timbul apabila melihat keakraban mereka berdua di set lokasi dan di luar lokasi.
Dan ini jawapan Amar mengenai khabar angin itu.. betul atau sebaliknya.
Dan ini jawapan Amar mengenai khabar angin itu.. betul atau sebaliknya.
"Fasal kami dikatakan akan bernikah November itu, memang buat saya terkejut. Dulu pernah bertebaran cakap kami akan berkahwin hujung tahun dan kali ini, siap ada bulan yang tepat pula.
"Orang yang menyebarkan cerita ini nampaknya seperti lebih tahu segala-galanya. Tapi ia memang tak benar. Kalau saya nak kahwin sekalipun, pasti saya akan maklumkan. Benda baik takkan tak nak beritahu," kata Amar petikan BHarian Online
Fazura selfie dengan anjing berniat baik...

“Our superhero “Kuning” who love his friends and everyone he met. An example to many humans. Love more, hate less :) #WeLoveKuning #FurryFriendsFarm”.
Sebelum itu, Fazura menghadiri satu majlis kutipan dana untuk badan kebajikan haiwan, Furry Friends Farm. Dan ini menjelaskan foto berselfie dengan anjing berkenaan mempunyai tujuan dan maksud yang baik
Mesej yang cuba disampaikan Fazura cukup jelas iaitu nilai kemanusiaan serta kasih sayang yang perlu diberikan sama rata kepada semua makhluk ciptaan Tuhan.
Kenyataan Nora Danish banglo RM7.2j buat kantoi Nedim?
Kenyataan Nora Danish mendakwa banglo RM 7.2 juta yang dibeli oleh Nedim telah membuka ruang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu, kata NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
SAMM merujuk kepada kenyataan Nora Danish kepada “Zass”, sisipan hiburan akhbar Sinar Harian semalam.
Kenyataan Nora itu dipetik sebagai berkata bahawa banglo itu bukan dibeli untuk dirinya sebaliknya untuk ibu kepada Nedim, anak kepada Datuk Seri Nazri Aziz.
Antaranya berhubung kemampuan pembelinya membeli rumah dengan harga sedemikian, peratusan wang tunai yang digunakan dalam pembelian itu, serta prosedur kelulusan pembelian banglo tersebut oleh pihak bank.
Menurutnya lagi, SAMM bersedia bekerjasama dan menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan pembelian banglo itu kepada LHDN dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). petikan portal Malaysiakini.

“Dengan pengakuan ini juga, SAMM menggesa pihak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) agar bersedia untuk membuka fail siasatan ke atas anak Nazri Aziz,” kata Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan.Menurut Edy, terdapat beberapa persoalan sekitar pembelian banglo itu yang sehingga kini masih belum terjawab.
Antaranya berhubung kemampuan pembelinya membeli rumah dengan harga sedemikian, peratusan wang tunai yang digunakan dalam pembelian itu, serta prosedur kelulusan pembelian banglo tersebut oleh pihak bank.
Menurutnya lagi, SAMM bersedia bekerjasama dan menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan pembelian banglo itu kepada LHDN dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). petikan portal Malaysiakini.
Ibu Johan Asaari meninggal dunia disebabkan..
Selepas empat hari koma di Institut Kanser Negara, Putrajaya, ibu kepada pelakon Johan Arrif As’ari atau terkenal dengan panggilan Johan As’ari meninggal dunia pagi semalam.
Allahyarham Datin Firdaus Abdul Kader, 58 menghembuskan nafas terakhir pada 10 pagi tadi.
Allahyarham meninggalkan empat orang anak termasuk Johan dan suami, Datuk As’ari Ibrahim.
Menurut Johan As’ari, Makanan terakhir yang sempat dia suapkan kepada ibunya adalah kurma ajwa.
Selepas disahkan doktor bahawa sel kanser sudah merebak ke tulang belakang, Allahyarham kemudiannya dipindahkan ke Institut Kanser Negara untuk menjalani rawatan kimoterapi.
Jenazah akan dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam berhampiran Masjid Al Irsyad, USJ 1, Subang Jaya lapor Harian Metro.

“Ibu meninggal dunia ketika saya dalam perjalanan ke hospital untuk bergilir-gilir menjaganya.Allahyarham Firdaus menderita penyakit kanser pangkal rahim sejak tahun lalu dan disahkan sudah di tahap empat selepas menjalani rawatan susulan di Hospital Serdang minggu lalu.
“Sebelum menghembuskan nafas terakhir, arwah sempat berpesan supaya saya berjimat cermat dan menabung untuk diri sendiri,” katanya tenang.
Selepas disahkan doktor bahawa sel kanser sudah merebak ke tulang belakang, Allahyarham kemudiannya dipindahkan ke Institut Kanser Negara untuk menjalani rawatan kimoterapi.
Jenazah akan dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam berhampiran Masjid Al Irsyad, USJ 1, Subang Jaya lapor Harian Metro.
Rozita Che Wan pakai 'sluar pendek' wow! (gambar)
Agak mengejutkan apabila Rozita Che Wan dikhabarkan memakai 'seluar pendek' ketika bercuti bersama keluarga di London baru-baru ini. Gambar yang dimuatnaik di dalam laman Instagram miliknya itu mengundang rasa kurang selesa buat pertama kali yang melihatnya apabila Rozita memakai 'seluar pendek' bersama sepasang kasut boots.
Che Ta sebenarnya tidak memakai 'seluar pendek' tetapi skinny pants yang berwarna kulit yang memperlihatkan beliau seperti tidak berseluar. Ramai yang mula menganggap bahawa Che Ta tidak menjaga sensitiviti sebagai seorang wanita yang sudah bertudung dan hanya ingin mengikut fesyen sahaja.
ha ha ha.. macam-macam fesyen..
Alif Satar bergelar ayah, nama anaknya unik... (gambar)
Tahniah penyanyi Alif Satar yang selamat bergelar ayah dimana isteri beliau, Shadila Halid selamat melahirkan anak sulung mereka pada hari Ahad pagi semalam kira-kira jam 9.30 pagi.
Shadila selamat bersalin secara normal di Pantai Hospital Kuala Lumpur. Anak yang dilahirkan adalah anak perempuan dengan berat 3.24 kg dan kedua-duanya dalam keadaan yang baik.
Nama bayi comel itu adalah Alisha Anugerah yang membawa maksud dilindungi oleh Tuhan. -Memetik laporan mStar Online