Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Nasha Aziz dah bertudung? (2 gambar)

Isnin, 25 Mei 2015


Dengar khabar yang Nasha Aziz kini dah bertudung. Tak tahu kebenaran ceritanya tapi ada orang ternampak dia bertelekung dan berhijab ketika menghadiri majlis ilmu pengajian berkitab Habib Ali.

Ada juga cerita yang Nasha sanggup ubah suai keretanya di bahagian belakang untuk memudahkan dia bersolat ketika waktu shooting filem/drama.

Shikin Maembong selamat melahirkan anak (3 gambar)

Sabtu, 23 Mei 2015

Tahniah buat isteri Chef Riz, Shikin Maembong yang selamat melahirkan anak sulung mereka berjantina perempuan. Chef Riz agak terkejut dan berasa bersyukur kerana doanya termakbul kerana dikurniakan cahaya mata secepat ini walhal mereka berkahwin pada 5 Disember tahun lalu.

Aidil buat laporan terhadap Rita Rudaini?

Pendedahan gangguan yang dikatakan nombor telefon Zarema isteri Aidil Zafuan terhadap Rita Rudaini sudah mendapat jawapannya. Aidil akui dia menggunakan nombor Zarema untuk menghubungi anak-anaknya.

Petang semalam, Aidil ada memuatnaik gambar dia membuat laporan polis tetapi tidak dinyatakan laporan berkenaan berkaitan Rita atau bukan.

Adik kembarnya, Zaquan Adha juga turut mengomen gambar yang dimuatnaik oleh Aidil itu dan sepertinya mengambarkan pelakunya ada lah Rita Rudaini.

Hmm macamana selepas ini?..
“Be strong Aidil Zafuan, Zarema Zainal. Orang tak suka tengok kita bahagia, jangan minta simpati orang untuk jatuhkan orang lain. Diam tidak bermakna kita salah. Ingatan untuk diri sendiri juga,” -Zaquan

Hafiz, Nureffey bakal berkahwin pada..

Hafiz Suip telah mengesahkan bakal bernikah dengan Nureffy Jasreel, 22 tahun, pada 14 Mei 2016. Tarikh itu dipilih sempena tarikh lahir tunangnya itu.
“Sebelum ini kami bertunang pada ulang tahun kelahiran saya (27 Februari) dan untuk bernikah, tarikh lahir dia pula dipilih,” -Hafiz
Menurut Hafiz lagi, sehingga kini mereka masih belum membuat sebarang persiapan kerana Nureffy perlu fokus terhadap pengajiannya dalam jurusan perakaunan.

Comelnya anak ke-3 Ajak Shiro (11 gambar)

Jumaat, 22 Mei 2015



Ajak Shiro telah menimang anak ke-3nya pada 25 Mac 2015, nama anaknya ke-3 itu adalah Nada Soffea. Sebelum ini 2 abangnya bernama Mohd Jad Thaqif dan Mohd Had Thaqif. -gambar The Photolicious.com

Dayana cemburu Sakinah hamil anak ke-2?

Rasanya memang ramai dah mengetahui yang isteri ke-2 Ashraf Muslim, Wan Sakinah kini berbadan dua. Namun itu juga menimbulkan reaksi yang didakwa pelbagai pihak isteri pertama Ashraf, Dayana terasa sedih kerana terguris akibat komen-komen di laman sosial.

Namun Dayana menafikan hal itu sebaliknya dia berasa amat gembira dengan berita kehamilan Sakinah itu. Buat masa ini, Dayana dan Sakinah dilayan sama adil dengan Ashraf dan sangat bahagia dengan apa yang mereka miliki sekarang.

Zarema Zainal ganggu Rita Rudaini?


Ada menerima sepucuk emel daripada pembaca yang mendakwa bahawa Rita Rudaini menerusi laman Instagramnya mengakui bahawa dia sedang di’skodeng’ oleh seseorang.

Shuib bakal timang anak ke-3 (gambar)


Tahniah kepada Shuib Sepahtu yang bakal menimang cahaya mata ke-3 nya tidak lama lagi. Dimana Sarah Raisudin diberitakan telah hamil yang disampaikan sendiri melalui Shuib di Instagram miliknya baru-baru ini.

Sekitar baby shower Elaine Daly (7 gambar)

Khamis, 21 Mei 2015


Baru-baru ini berlangsung satu majlis Baby Shower untuk meraihkan kehamilan Elaine Daly dan suaminya, Nick Borden yang berlangsung di Happikiddo Quill City Mall. Difahamkan juga, tidak lama lagi Elaine Daly akan bersalin.

Selebriti yang turut sama-sama meraihkan adalah Fazura, Ning Baizura, Hans Issac dan ramai lagi.

Faralyna Idris kini bertudung dan hamil (5 gambar)

Alhamdulillah kini pelakon Faralyna Idris sudah bertudung/berhijab. Penghijrahaan Fara ini ditambah lagi dengan berita gembira dimana dia juga berbadan dua anak sulong hasil perkahwinannya dengan Fikri.

Usia kandungannya itu dikhabarkan mencecah belasan minggu atau 3-4 bulan.

Betty Benafe hamil/mengandung (video)

Tahniah Betty Benafe yang dikhabarkan kini hamil/mengandung anak ke-2. Akui Betty dia sebenarnya enggan memberitahu hal ini kerana usia kandungannya itu masih lagi diperingkat awal.

Usia 30 tahun tapi gigi pun sudah tak ada! -Rozita Che Wan (7 gambar)


Wah bukan main berseri lagi melihat Rozita Che Wan yang berusia 42 tahun mengayakan dan menjadi duta untuk produk Rysya baru-baru ini.

Isteri Fad mengandung anak sulung (gambar)

Dengar khabar yang isteri kepada pelawak, Fad Bocey, Nur Syahira telah mengandung/hamil 4 minggu. Berita baik itu disampaikan sendiri oleh Fad melalui Instagram miliknya baru-baru ini

Tasha Shila semakin kurus & dah couple balik! (video)

Rabu, 20 Mei 2015

Inilah jawapan Tasha Shila yang difahamkan dia kini semakin kurang berat badan. Dengar kata lagi, Tasha dan peninju Muay Thai, dah berpaut kembali, dengan memuatnaik gambar mereka bersama semalam di Instagram milik Tasha sendiri.-video mStar



Abam Bocey kecil hati sindirian Ogy Ahmad Daud!

Ogy Ahmad Daud memang lantang berkata, sekali berkata memang kurang bertapis, adakalanya ada juga rakan artis yang makan hati dengan katanya.

Terbaru Abam Bocey telah dikritik oleh Ogy untuk rancan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang. Akui Abam dia terasa dengan dakwaan Ogy yang menganggap kumpulan Bocey sengaja menggunakan Abam sebagai objek utama persembahan mereka untuk meraih undi dan menang sesuatu pertandingan.
“Apa pun orang nak cakap, kita buat untuk semua terhibur jika anda tak puas dengan persembahan kami maaf kami ucapkn sebab tiada manusia yang perfect. Tak salah untuk mengkritik tapi jangan sampai menjatuhkn air muka. Kalau tak suka, cakap tak suka…simple in my life,” -Abam
Dan inilah kata-kata pedas Ogy yang dilemparkannya itu.
“Kenapa daripada dulu sampai sekarang ye, kumpulan Bocey ni hanya menggunakan Abam sebagai bahan, mesti fizikal tubuh Abam. Bagi kakak kalau sentuh pasal lawak skopnya luas, kamu kata kamu orang tua tapi di mana watak orang tua nya? Bahasa tubuh orang tua? intonasi org tua di mana?”

“Itu maksud kakak. Tapi kalau awak menang pun kerana undianlah. Kerana ramai peminat awak yang akan mengundi awak bukan kerana persembahan. Terima kasih,” -Ogy Ahmad Daud

Maria Farida sambut harijadi anaknya (14 gambar)


Semalam, Maria Farida ada mengadakan satu majlis sambutan ulang tahung anaknya, Mizan Ashley yang ke-18. Majlis diadakan disebuah cafe tidak diketahui lokasinya.

Rakan artis lain juga turut diundang bersama-sama meraihkan.

Andy Flop Poppy belasah isteri pertama? (gosip)

Baru-baru ini kecoh apabila seorang vokalis kumpulan yang pernah popular dahulu mengakui yang dirinya sudah berkahwin lain namun kenyataan isteri pertama yang tidak merestui perkahwinan itu mengundang konflik baru antara mereka.

Dibawah ini adalah screenshot perbualan antara dua orang teman rapat kepada isteri pertama penyanyi ini yang menceritakan keadaan wanita itu yang kini seakan diabaikan oleh suaminya selain menerima penderaan fizikal kerana memberikan kenyataan media.
andy flop poppy belasah isteri pertama sampai keguguran

Fesyen hijab pelik Melly Goeslaw (2 gambar)

Selasa, 19 Mei 2015

Apa yang tak kena dengan gambar Emelda Rosemila ni?


Apa yang tak kena dengan gambar diatas ni, Emelda Rosemila. Mungkin dianggap biasa-biasa sahaja sebab hitam dan putih. Jika nak diikutkan gambar sebenar kat bawah ni..

Tapi rasanya bukanlah kekal penampilan Emelda ni, untuk lakonan kot.

Ella pernah jalani rawatan kesuburan

Memetik laporan Bharian Bpop, Ella mengakui pernah menjalani rawatan kesuburan bagi mendapatkan cahaya mata. Namun, Ella yang berkahwin pada Julai 2012 lalu sehingga kini masih lagi terus mencuba dan berserah kepadaNya.

Ella juga mendedahkan dia pernah timbul keinginan untuk mendapatkan anak angkat tetapi terpaksa menangguhkan dahulu hasrat tersebut memandangkan kesibukan. Ella tidak mahu anak tersebut tidak mendapat perhatian sepenuhnya dari dirinya.

Berat badan Zain Saidin naik! (gambar)

Dengar khabar yang Zain Saidin kini sudah bertambah berat badan, tak pasti berapa kilogram tapi melihat gambar terbarunya yang dimuatnaik diatas ini sepertinya kelihatannya tak sampai 10kg.

Tak tahu pula kalau size bajunya yang dipakai tu kecil dan menampakkan sangat kegempalan Zain yang sebenar. Kiki

Farhan ex-Abby kahwin selamat bernikah lagi (7 gambar)


Tahniah bekas suami kepada Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan telah selamat bernikah lagi dengan seorang janda anak satu, Noriah Mat Isa pada 15 Mei lalu.

Farhan juga mengakui untuk menafikan perkahwinannya dengan Noriah adalah bukan mengikis duitnya seperti yang digembar gemburkan sebelum ini oleh sesetengah pihak, perkahwinannya adalah kerana cinta.