Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Zul Ariffin dengan Maya Karin?

Jumaat, 23 Januari 2015

Dengarnya kini pelakon kesukaan ramai, Zul Ariffin digandingkan dengan Maya Karin. Maya Karin pun jarang keluar untuk beberapa aktiviti anak seni.

Dia digandingkan dengan Zul untuk sebuah iklan komersial. Tapi tak dipastikan iklan apa. Nampaknya sepadan sangat, kalau jadi hero dan heroin ni agak-agak korang nak tengok lagi tak.

Jangan marah ek Gayatri..

Sebenarnya Hanis Zalikha merupakan....

Sebenarnya Hanis Zalikha mempunyai minat sukan Taekwando la. Lihat sahaja tali pinggang dia, warna hitam tu. Bukan calang-calang kalau kena belasah. Hebat-hebat.

Saerah berpisah dengan anaknya (sedih)

Dengarya, Siti Saerah tidak akan lagi bersama dengan anak pertamanya Ummi Umairah yang berusia 4 tahun. Ini dibuktikan dengan kehadiran Ummi Umairah ke sekolah hari pertamanya,

Siti Saerah kini teprisah sejauh 400km iaitu di Kuantan dengan 2 lagi anaknya, Ahmad Daiyan, 3, dan Ahmad Aisy, setahun yang dijaga bekas suaminya.

Punca Chef Wan masuk wad hospital

Adakah ini hukum karma atau kebetulan semata-mata. Isu Qu Puteh yang diperkatakan oleh Chef Wan beberapa hari lalu telah pun memberikan tamparan hebat diantara kedua-dua pihak, Chef Wan dan pengasas Que sendiri.

Namun berbalik kepada tajuk, Chef Wan dimasukkan ke Wad akibat jangkitan kuman di paru-parunya semalam. Serina telah memuatnaik gambar ayahnya itu di laman sosial Facebook. Kita lupakan soal Qu Puteh, dan doakna kesihatan Chef Wan kembali pulih.

"Papa please get well soon..rina & cucu papa doakan papa cepat sihat balik, so sad tak boleh melawat papa.Doktor tak benarkan..sbb papa kena berehat tak boleh ada guest or family visit..to all my fans & family pls doakan papa @chefwan58 serina cepat sembuh dari Bronchitis infection.Love u."

Selebriti pakai rantai emas.. siapakah?

Khamis, 22 Januari 2015

Cer teka siapakan artis ini. kuikui..

Zamani ditahan polis, miliki dadah.. (gambar terkini)

Menurut petikan sebuah akhbar semalam, ada seorang penyanyi yang dikatakan ditahan kerana memiliki dadah. Orangnya tidak dinyatakan siapa, tapi kalau berdasarkan ayat-ayat dibawah ini pastinya ramai yang beranggapan Zamani vokalis kumuplan SLAM adalah orangnya namun itu semua tanggapan dari mata kasar sahaja.

Kebenaran dan siapa dia belum lagi dipastikan sepenuhnya. Mungkin satu dua hari ini bakal terjawab. Dan harap bukan Zamani lah orangnya.

Gambar anak Ayu Dami ke-3, namanya..

Inilah dia wajah anak ke-3 Ayu Damit. Bayi ini dilahirkan pada 10 Januari lalu dengan diberi nama, Syed Aqif Najmi yang dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Gambar ini diambil di laman sosial Instagram milik suaminya, Syed Fauzi
"Terima kasih kerana menjadi seorang suami yang sangat menyayangi kepada saya dan anak. Menjadi tulang belakang hidup saya, menjadi suami yang soleh, memahami dan semoga hidup kita dirahmati serta diberkati Tuhan selalu. Cinta dan sayang saya hingga ke jannah," - Syed Fauzi

Nafkah RM1500 melampau! -Rita Rudaini

Peguam Aidil Zafuan yang menyarankan anak guamnya untuk memberikan nafkah RM1500 kepada bekas isterinya, Rita Rudaini, dianggap Rita sendiri sebagai satu yang agak keterlaluan/melampau.

Jumlah itu termasukah perbelanjaan dapur dan makan/minum sebanyak RM50/hari. Rita juga menuntut, bil utiliti RM600 sebulan.

Kereta Dany X-Factor dilanggar lelaki misteri~

Rabu, 21 Januari 2015

Apakah malang nasib pelakon Danny (X-Factor) apabila kereta Honda City milikknya yang diparkir di luar rumah dilanggar oleh individu tidak dikenali.

Lebih mencurigakan, selepas kejadian itu, individu berkenaan melarikan diri meninggalkan keretanya yang remuk pada bahagian hadapan itu.

Leez Rosli kini bertudung (12 gambar)

Alhamdulillah, lagi pelakon telah berhijrah kepada pemakaian hijab/tudung. Leez Rosli telah mengubah penampilannya berhijab penuh beberapa bulan yang lalu sebelum berkahwin dan kini berkahwin sudah pun kekal sepenuhnya.

Ramli MS pertahankan Qu Puteh kena hina!

Belum lagi redah isu rumahtangganya dengan Alyah, kali ini Dato Ramli MS telah membuat satu kenyataan berlainan daripada hal rumahtangganya itu. Ini adalah episod dimana satu paparan video penaja produk Qu Puteh dimana pengasasnya Dr Hajjah Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato' Vida elah muncul.

Ramai yang tidak berkenan dan merasakan kehadiran paparan iklan berkenaan sebagai berlebihan sehinggakan ada selebriti yang enggan melihatnya. Ramli pula lain ceritanya, dia membela akan kelibat Dato' Vida berkenaan.

Dan ini adalah kenyataan Ramli mengenai Qu Puteh.

Gambar Fizo, Mawar tunai Umrah

Baru-baru ini pasangan suami isteri, Fizo Omar dan Mawar Fareeda telah menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci. Beberapa keping gambar sempat dimuatnaik oleh Fizo melalui laman sosial Instagram miliknya cukup membuktikan keberadaan mereka disana.

Sebab mengapa Che Ta, Zain Saidin tunai umrah!

Rozita Che Wan aka Che Ta pernah menunaikan umrah sebanyak 7 kali namun kali ini dia akan mengerjakan umrah untuk kali pertama dengan Zain Saidin setelah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata sulung mereka.

Ini dilakukan mereka atas sebab untuk membayar nazar. Namun difahamkan yang anak mereka, Aaisyah Dhia tidak dibawa bersama-sama.

Siti Nurdiana terkini (32 gambar)

Selasa, 20 Januari 2015


Ayu dan manis Siti Nordiana ni sekarang. Walaupun bergelar janda, namun Nordiana aktif dengan perniagaan sendiri disamping menjadi model beberapa buah busana muslimah. Jom layan gambar terbarunya ini.

Angah Raja Lawak punya tunang (4 gambar)

Angah Raja Lawak difahamkan sudah selamat bertunang dengan seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Wawa hujung minggu lalu di rumah gadis berkenaan. Angah sempat memberikan respon perjalanan majlis bertunangnya itu di laman sosial Instagram.

Sharifah Sakinah sambut bridal shower di Bali (10 gambar)


Sharifah Sakinah semalam meraihkan percutiannya di Pulau Bali untuk meraihkan majlis perkahwinannya pada bulan Mei nanti dimana Sharifah telah membawa rakan-rakannya ke satu acara yang dinamakan bridal shower (pengapit).

Turut kelihatan Marsha Milan Londoh, Nad Zainal, Elfira Loy, Siti Saleha, Jihan Muse, Nabila Huda, Tasha Shilla, Sherry Alhadad dan Kaka Azraff.

Kaki Shahira patah, tapi mesti aktifkan diri sebab...

Dengar khabar yang Sharifah Shahira telah menimpa musibah dimana tulang kaki kirinya patah akibat terjatuh basikal pada bulan Disember tahun lalu.

Namun buat Shahira yang memetik portal mStar semalam, dia tetap akan aktif seperti biasa untuk mempercepatkan semula proses pemulihan tulang yang patah itu.
"Sakit itu memang sakit kerana ia membataskan pergerakan saya tetapi doktor beritahu dengan pergerakan tulang tersebut akan bercantum semula secara semulajadi dan ia tidak membimbangkan.

"Saya hanya masuk hospital selama dua hari di KPJ Tawakal Kuala Lumpur sebelum menyambung semula aktiviti seni dan tugas di konti Ultra FM,"

"Saya tidak fikir ia serius biarpun sakit dan hanya berjumpa tukang urut kerana menyangka hanya terseliuh namun selepas mengetahui keadaan sebenar saya segera ke hospital," -Shahira

Gambar Nina Juren terkini (7 gambar)

Isnin, 19 Januari 2015

Lama tidak mendapat tahu berita mengenai Nina Juren ni. Dengarnya dia senyap sejak 7 tahun yang dari dunia anak seni. Kini Nina difahamkan bakal aktif semula.

Gambar Nor Zahirah mengancam (2 gambar)




Nor Zahirah ni merupakan anak kepada Zainol Mcwilson. Zainol merupakan bekas pelakon, model dan pembaca berita TV3. Namun telah lama bermastautin di Australia selama hampir 6 tahun.

Namun kelibat anaknya ini membuatkan ramai tergangga akan kehadiran keluarga Zainol ini yang mampu pergi sejauh ini. -gambar Forum Cari

Shila Amzah boikot ABPBH 2014

Rasanya isu boikot media terhadap Shila Amzah masih lagi belum redah. Terbaru mengenai penarikan Shila daripada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 ke-28 (ABPBH2014) baru-baru ini menerusi jemputannya di Radio Hot FM pada 16 Januari lalu dengan alasan semua media telah memboikotnya.

Pihak Berita Harian dilaporkan enggan mengulas dan mengomen isu penarikan berkenaan.
Shila Amzah Entertainment Berhad, have decided not to take part on this year's Anugerah Bintang Popular Berita Harian due to the conflicts with some of the media:) #shilalas #wearestillunited. -petikan Instagram milik Shila Amzah

Alyah langgar kereta Audi Ramli!

Belum redah lagi keadaan rumahtangga Alyah dengan suaminya, Datuk Ramli MS yang difahamkan sebelum ini Ramli telah menikahi lagi seorang wanita tanpa pengetahuan Alyah.

Dengan rasa masih kurang stabil, memetik laporan Harian Metro, Alyah difahamkan juga telah melanggar kereta milik suaminya itu dihadapan rumah mereka. Ini mengakibatkan Alyah terpaksa membayar tanggungan kos pembaikan semula kereta berkenaan dengan anggaran RM1000.
“Memang saya buat sebab masa itu saya sudah hilang kawalan. Kalau terlalu ikutkan marah dan kegagalan mengawal emosi pada hari itu mungkin habis benda lain pun saya langgar. Tapi perkara itu pun sudah lepas. Apa sebab sebenar biarlah kami berdua saja yang tahu,” -Alyah

Senarai penuh keputusan AJL 29