Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Hari Raya AidilAdha Nora Danish (19 gambar)

Selasa, 7 Oktober 2014

Jom layan gambar Nora Danish dengan anaknya, Rayqal serta boipren Nora, Nadem yang beraya Aidil Adha beberapa hari yang lalu.

Gambar Raya Haji Azwan Ali (17 gambar)

Walaupun mulut Azwan Ali ni sapa-sapa tak boleh tahan dengar, tapi orangnya cukup baik kalau dilihatkan. Mungkin tak banyaklah kita nampak baiknya tapi cukuplah mengagumkan, ramai yang membenci namun Azwan Ali masih lagi boleh berdiri teguh.

Apa-apa pun kita mahu melihat Azwan yang lebih dari itu. :)

Ifa Raziah hajat hamil/mengandung sebelum usia ke....

Tahniah kepada Ifa Raziah yang meraihkan ulangtahunnya ke-39 baru-baru ini. Di dalam pada masa yang sama Ifa juga meminta hajat agar Allah SWT mengurniakan lagi cahaya mata yang juga anak ke-3 di dalam kehidupannya sebelum 40 tahun.

Ifa berkahwin dengan Mohd Yani dan dikurniakan seorang anak hasil perkahwinan mereka iaitu Muhammad Syakir Aqili Mohd Yani, 9 tahun manakala seorang lagi anak angkat mereka iaitu Sharifah Putri Umairah, 15 tahun.

Sekitar majlis pertuangan Nubhan, Afifah (11 gambar)


Tahniah kepada NUbhan AF6 yang selamat bertunang semalam sekitar jam 11 pagi dengan pasangannya, Afifah Hidayah di kediamaan Afifah dekat Seremban.

Menurut Bharian, mereka sudah berkenalan sejak 6 tahun yang lalu. Dimana Nubhan ketika itu melakukan set pengambaraan lakonan di Pulau Pangkor dan Afifah tengah bercuti di situ pada waktu yang sama,.
"Kami rancang bernikah dalam tempoh setahun lagi. Ikutkan lagi cepat lagi elok tapi dalam masa yang sama dia (tunang) perlu melunaskan baki pengajian setahun lagi di Mesir.

"Dia bakal doktor gigi dan sepanjang tempoh kenal kami memang melalui cinta jarak jauh,"

"Saya boleh jadi separuh gila kerana cinta jarak jauh ini. Tapi Alhamdulillah ia semakin dipermudahkan. Selalunya menerusi panggilan video kami melepas rindu.

"Pada mulanya juga dia tak faham kerjaya seni saya. Ambil gambar dengan artis wanita pun dia pernah cemburu. Selalunya boleh jadi gaduh sebab perkara remeh.

"Tapi sekarang dia mula memahami. Selain itu dia cantik dan manja pada mata saya," -Nubhan
Gambar Majlis Pertunangan Nubhan AF6
Gambar Majlis Pertunangan Nubhan AF6
Gambar Majlis Pertunangan Nubhan AF6
Gambar Majlis Pertunangan Nubhan AF6

Zain tak larang Ammar ke kelab malam..

Isnin, 6 Oktober 2014

Bukan bercerita pasal anaknya yang nak dilahirkan nanti. Tapi bercerita mengenai anak tirinya, yakni anak Rozita Che Wan, iaitu Ammar yang dapat BMW RM500,000 lebih tu.

Kata Zain memetik sebuah blog hiburan tempatan, dia tak melarang anak tirinya itu ke kelab malam. Haha. Yang pelik kenyataan Zain ni 'tak menghalang dari segi agama', manaada kelab malam yang halal (dibenarkan) dari sudut agama Islam ni Pak Cik Zain oi.

P masjid solat berjemaah sama-sama kan elok, kuliah maghrib dan solat-solat fardu yang lain. Tak pe la, mungkin cara didikan setiap ibubapa memang lain-lain, so, tepuk dada tanya iman..

Inilah dia kekasih Sherry Ibrahim, masih muda lagi (2 gambar)

Inilah dia kekasih pelakon Sherry Ibrahim yang juga pelakon, Abdul Fattah Amin. Beza umur mereka agak ketara, iaitu 7 tahun dimana, Sherry berusia 31 manakala Fattah 24 tahun.

Sudah menjadi trend kot pasangang aka kekasih lelaki lebih muda zaman ni. Hehe. Namun memetik portal mStar, kematangan Fattah telah memikat hati Sherry walaupun dia masih muda.

Mereka mula bercinta sekitar bulan Jun yang lalu, namun sebelum itu mereka dipertemukan di satu drama Cinta Ibadah.

Haniff Era FM timang anak ke-2 (gambar bayi)

Sabtu, 4 Oktober 2014

Penyampai radio Era FM dan juga pengacara SuperSpontan 2014, Haniff telah menerima kedatangan cahaya mata lelaki dan yang ke-2 baru-baru ini.

Memetik sumber, isterinya, Wan Nor Katherina telah selamat menjalani persalinan pada awal bulan Oktober ini iaitu 1 Oktober yang lalu kira-kira jam 12 tengahari.

Resepsi Pija Mentor, Hamil 4 Bulan (6 gambar)

Akui Pija Mentor yang gambar perkahwinannya tersebar beberapa minggu lalu adalah benar. Dia telah berkahwin pada bulan Mac yang lalu di Kota Kinabalu. Dan acara resespi pula diadakan pada bulan September di Kuala Lumpur.

Dalam pada masa yang sama Pija akui kini sudah berbadan dua dimana usia kandungannya kini adalah 4 bulan.

Panas, Freddie Fernandez dakwa Diana Johor Pembohong

Jumaat, 3 Oktober 2014

Panas! Dapat berita yang syarikat produksi Unique Twins Sdn Bhd milik adik beradik kembar, Diana dan Lina Johor didakwa oleh Persatuan Karyawan Malaysia berbohong isu menjelaskan hutang di dalam produksi terbabit.

Menurut presiden persatuan itu memetik portal mStar, Datuk Freddie Fernandez turut melaporkan belum ada penjelasan dibuat oleh syarikat produksi mereka berhubung kegagalan membayar pelakon dan kru di bawah naungannya.

Bahkan Diana juga menuduh Karyawan sebagai tidak profesional dan memburukkan nama baiknya.

Dah popular buat duit pulak.. Instagram Felixia Rania

Agak mengejutkan apabila mendapati status yang dikeluarkan Instagram milik raisyyahrania.official telah mendapat kritikan pengikutnya.

Mana taknya memuatnaik gambar unuk servis untuk mengiklankan produk di laman sosial yang sudah popular milik model mualaf, Felixia Rania Yeap. Dengan dakwaan ramai yang mengatakan Instagram berkenaan sengaja mengaut keuntungan atas tiket populariti.

Dia bukan tahu pun hutang bapa dia.. - Den Wahab

Kemelut percakaran fakta oleh ND Lala dengan Shila Amzah terhadap Den Wahab mengenai hutang ND Lala yang didakwa belum dijelaskan makin parah.

Tiada kata sepakat atau perbincangan untuk mendamaikannya. Sindiran dari Shila juga melalui laman sosial membuatkan Den Wahab menjadi lebih cool bukan sebaliknya gabrah.

(atas) Keratan akhbar tahun 2012 yang lalu..

Panas! Zul Ariffin peluk wanita seksi..

Wah biar betul Zul Ariffin ni. Peluk dengan perempuan mana tu pula. Dengarnya memetik Forum Cari, Zul berpelukkan dengan seorang wanita di sebuah bar dekat Langkawi.

Tidak dipastikan kekasihnya, keluarganya atau kawannya. Tidak pula menampakkan ianya hasil photoshop, rasanya 100% ori. Tapi tak tahulah pula bila diambil..

Marion Rose, keluarga ke Paris (14 gambar)

Khamis, 2 Oktober 2014

Baru-baru ini, Marion Rose Caunter dan ahli keluarganya terbang ke Paris, France untuk majlis fesyen Paris Fashion Week yang dianjurkan bersama oleh Chanel dan Louis Viutton (LV).

Anak Marion pun turut dibawa bersama iaitu Leia Rose dan Lana Rose.

Produk kecantikan Rita Rudaini selamat digunakan..

Menurut laman sosial Instagram milik Rita Rudaini produk yang dibawah naugan pengedarnya. RS Cosmetic and Health Care kini sudah dibubarkan.

Rita mensyorkan yang pembelinya agar tidak membeli lagi produk keluaran pengedar ini. Dengar ianya dibubarkan sebab tiada persefahaman dan tiada kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebab mengapa tidak diluluskan? tak pasti pula.. Tapi Rita yang mengeluarkan dua produk sendirinya tetap meneruskan jualan seperti biasa, cuma menjadi pengedar dan juga pembekal.

Isu minyak naik - nasihat Ustaz Kazim Elias kepada Kerajaan!

Kecoh tetap kecoh, tidak setuju juga tidak setuju dan berang tetap berang. Itulah rasanya keluhan rakyat yang rata-rata berpendapatan sederhana dan rendah akibat kenaikkan harga minyak semalam oleh Kerajaan.

Ulama terkenal, Ustaz Kazim Elias menasihati kerajaan agar memikir semula kenaikkan harga ini. Katanya juga pemberian BR1M dan insentif lain bukanlah perkara yang menyelesaikan atau meringankan beban rakyat, sewajarnya ianya dimansuhkan dan harga minyak boleh diturunkan.

Lepas ni admin percaya, ramai pekedai akan menaikkan harga barangan dengan alasan minyak naik 20 Sen. Dan kemungkinan besar populariti parti politik yang memimpin kerajaan sekarang akan merundum jatuh jika negara kaya minyak ini gagal dalam mengimbangi harga minyak tempatan.

Dakwa Rita, Aidil pakai Mercedes CLS350, gaji RM50k

Isu bekas isteri kepada pemain bola Sepak Aidil Zafuan iaitu Rita Rudaini belum lagi ada titik noktahnya. Berhubung tuntutan nafkah tertunggak RM300,000 yang dianggap tidak masuk akal sebelum ini.

Terkini apabila Rita memberitahu yang bekas suaminya itu mendapat gaji lebih RM50,000 sebulan dan mampu untuk membayar tuntutan nafkah berkenaan bahkan bersangkutan pula dengan kegagalan Aidil untuk memberi sebarang nafkah dari Januari 2012 sehingga bulan Ogos 2013.

Rozita tunai janji, belikan Ammar kereta BMW berharga...

Memang super kaya kalau melihatkan ROzita Che Wan menunaikan janjinya untuk anak sulungnya yang berjaya mendapat keputusan terbaik di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), iaitu Ammar dengan kenderaan mewah jenis BMW Series 6.

Dengar info harga kereta berkenaan di pasaran tempatan mencecah lebih RM500,000!. Aduiya. Gila mahal hadiah seperti ini, rasanya rekod bagi hadiah daripada pemberian ibu kepada anaknya di negara ini.

Sesi fotografi Diana Danielle untuk majalah Lisa (4 gambar)

Rabu, 1 Oktober 2014

Bukan main cantik lagi melihat Diana Danielle d make up untuk Majalah Lisa edisi terkini. Jom lihat sesi fotografi Diana untuk majalah itu.. -gambar portal  GUA

Rozita, Zain membolehkan baby mereka masuk iklan

Walaupun belum melahirkan lagi anak sulung perempuan mereka yang dijangka dilahirkan pada bulan November ini, Rozita memendam hasrat untuk menggunakan anaknya jika ada pihak pengiklan untuk mengiklankan produk mereka.

Tapi menurut Rozita memetik portal mStar, dia enggan anaknya terlibat dengan seni pada peringkat awal pertumbuhannya sebagai kanak-kanak.

Panas! Shila Amzah sindir Den Wahab

Tak tahulah, adakah benar Shila Amzah kini ego dan sombong dengan pencapaiannya sehinggakan ramai yang menasihatinya di laman sosial tidak diendahkan. Kenapa hanya meminta maaf kepada media Melayu (sebangsanya sendiri) menjadi susah? perkataan itu hanya simple tapi besar maknanya dan membawa hikmah. Tapi sebaliknya untuk Shila.

Isu lain pula mengenai hutang ayahnya, ND LALA dengan Den Wahab beberapa tahun yang lalu. Namun menurut portal Murai, Shila Amzah pula yang menyibuk dan membela ayahnya itu, dengarnya juga Shila pergi menegur Den Wahab di laman sosial miliknya.

Masa kecil-kecil juga, Shila selalu main ke rumah Den Wahab seperti saudara maranya sendiri. Ntah kenapa kini Shila menghantam dan menyindir 'pak cik' nya itu semata-mata mahu membela urusan ayahnya.

"Kalau tak mengaku jugak, memang spesis kacang lupakan kulit betullah," - luahan selebriti yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Shila
Tu lah kalau dah popular/kaya raya dengan tidak merendah diri inilah akibatnya. Makin ramai orang meluat dari menyokongnya, tidak menerima nasihat orang ramai.

Difahamkan Media-media Melayu kini sudah mula memboikot dua beranak ini. Harap-harap satu masa nanti, drama ini akan berakhir dengan penuh kebaikkan.

Anzalna Nasir tayang spender lelaki di Instagram!

Tidak dipastikan apa motif Anzalna Nasir memuatnaik gambar seluar dalam lelaki di dalam laman sosial miliknya. Namun kemungkinan untuk suka-suka dan menjadi trend yang semakin menular buat masa ini.

Akhir sekali gambar berkenaan diserupakan umpama Azw** Al*. Dengan caption, 'Tengah Cari Sender' itu mengundang ramai reaksi kelakar dari pengikutnya.

Pengikutnya pula kebanyakkan ada lelaki (mengomen).

Anak sulung Rima Melati, Marchell (4 gambar)

Pelakon dari seberang, Marcell Siahaan difahamkan isterinya, Rima Melati selamat melahirkan anak sulung mereka berjantina lelaki pada 21 September yang lalu sekitar 9.13 pagi dengan nama Seth Ananda Siahaan.

Difahamkan lagi menurut portal MediaHiburan, Rima telah selamat bersalin secara pembedahan di Brawijaya Women and Children Hospital, Jakarta Selatan.