Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Shaheizy Sam menghidap demam denggi (2 gambar)

Isnin, 8 September 2014

Dapat berita yang pelakon, Shaheizy Sam kini dimasukan ke Pusat Perubatan Ampang Puteri gara-gara menghdap demam denggi pada hari Rabu minggu lalu.

Memetik portal Bharian, ibu Sam, Khaty Fauziah yang menemani Sam telah berkongsi gambar Sam ketika di wad.

"Keadaan sekarang masih sama dan demam masih berlarutan. Doktor sarankan tak boleh keluar hospital sekurang-kurangnya seminggu lagi," kata Shaheizy.

Kekasih baik hati selalu berikan hadiah hijab kepada Adira!

Ahad, 7 September 2014

Seperti sedia maklum, kekasih kepada penyanyi putih melepak, Adira iaitu Shahrul Nasrun kini semakin bahagia bersama.

Dengarnya Shahrul sering kali memberikan hadiah yang jarang-jarang seorang lelaki berikan, iaitu hijab/tudung kepada Adira.

Ini adalah tanda sokongan Shahrul kepada kekasihnya itu di dalam proses mengenakan hijab pada dirinya.

Bakal suami Abby Abadi yang baharu? (gambar & video)


Dengar cerita Abby Abadi kini sudah mendapat penganti aka kekasih hati. Berita ini disahihkan lagi dengan beberapa keping gambar seorang jejaka yang bernama Khairul Azli telah dimuatnaik oleh Abby Abadi.

Dengan bergambar dengan kanak-kanak serta caption hari ulangtahun jejaka berkenaan. Azza Elite mengelar jejaka berkenaan sebagai ustaz.

Inikah kekasih hati Jojie?

Jumaat, 5 September 2014

Walaupun Ella adik kepada Jojie sudah mendirikan rumahtangga dengan Azhar selama 2 tahun, khabarnya Jojie bila lagi nak seperti adiknya itu.

Namun dengar-dengar Jojie sudah mempunyai kekasih hati. Ini dibuktikan lagi dengan gambar Jojie dengan seorang jejaka yang tidak diketahui identitinya.

Apa-apa pun semoga Jojie akan menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka yang terbaik.

9 Gambar Muhammad edisi September

Dah besar dah anak kepada Diana Danielle dan Farid Kamil, Muhammad namanya. Kemana-mana sahaja pasti ibunya rajin mengambil gambar Muhammad untuk dimuatnaik ke dalam Instagram. Comel sungguh Muhammad ni kan.

2 Gambar anak Scha al Yahya, Awal Ashaari


Akhirnya Scha al Yahya telah memperlihatkan anak sulung dia dengan Awal Ashaari. Comel... Lara Alana

Rita Rudaini akui tidak mahu kahwin lagi..!

Rita Rudaini telah membuat kenyataan dimana dia kini tidak mahu lagi atau berniat untuk berkahwin (mungkin dalam masa beberapa tahun). Keputusan ini dibuat adalah disebabkan anak-anaknya.

Dalam pada itu, Rita juga memberitahu yang Aidil menjenguk anankya sebelum dia bernikah dengan isteri ke-2 nya, Zarema.
“Hati sudah tertutup. Buat masa ini dalam hati tiada langsung hasrat untuk berkahwin atau apa sahaja, bukanlah rasa tidak ada langsung tetapi saya takut sekiranya anak saya tidak disayangi. Lagipun saya sungguh sensitif apabila orang ‘haip’ anak saya. Orang gaji marah anak pun, saya dah tak boleh,”

“Apa yang sedih pada tahun ini ialah dia tidak langsung memberikan baju dan duit raya pada anak-anak bertanya pasal baju raya pun tidak. Itu yang saya rasa raya tahun ini cukup marah dan tidak ada mood kerana apa yang telah dia buat pada anak-anak saya” -Rita petikan blog Rotikaya

26 Gambar photography pernikahan Atilia, Adam

Atilia yang sah menjadi isteri kepada Adam pada 31 Ogos lalu kini sudah bersedia menunjukkan gambar perkahwinan rasmi mereka yang ditunggu-tunggu oleh peminatnya. Jom layan. -gambar REDphotography Facebook

Ani Mayuni buka kafe (video)

Khamis, 4 September 2014

Ani Maiyuni dikhabarkan belum lagi mahu bersara di dalam bidang nyanyian di usianya kini mencecah 35 tahun.

Memetik portal mStar, walaupun bersaing dengan pendatang baru anak seni, namun Ani masih lagi menyayangi para peminatnya.

Selain dariada itu, Ani bakal membuka kafe restoran pada penghujung tahun ini dengan diberi nama, Mayuni Mini Kafe.

"Sekiranya saya mengundurkan diri ia akan mengecewakan peminat kerana sokongan mereka tidak berbelah bahagi dan Alhamdulillah permintaan untuk mengadakan persembahan juga masih ada.

"Tambahan pula nyanyian adalah karier tetap dan saya masih ingin perjuangkan irama dangdut kepada peminat,"

"Alhamdulillah impian saya ingin membuka sebuah kafe hampir terlaksana namun kerana kesibukan dengan pelbagai tugasan saya terpaksa tangguhkan sehingga penghujung tahun ini,"

"Saya mahu ia menjadi sebuah kafe dengan konsep terbuka di mana pengunjung dapat menghabiskan masa bersama-sama sambil menikmati snek," -Ani

Sesi photography Zizan, Emma Maembong. Sweet Couple!

Zizan dan Emma Maembong telah dijemput untuk menghadiri satu sesi fotographi bersama-sama majalah MediaHiburan edisi 6-12 September.

Nak tahu lebih lanjut mengenai dua merpati sejoli ini? dapatkan majalah ini di pasaran nanti.


Adik Neelofa seksi bermandi manda!

Siapa sangka aktiviti yang dimulakan sebagai kempen untuk kesedaran berkenaan penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) kini telah menjadi viral di internet khususnya berkaitan Ice Bucket Challenge (Cabaran Baldi Ais).

Cabaran Baldi Ais ini dilakukan dengan menyiram kepala anda dengan sebaldi air berisi ais dan kemudiannya anda akan mencabar tiga nama rakan atau sesiapa sahaja untuk melakukan cabaran berkenaan.

Adik Neelofa, Ameera yang semakin dikenali ramai kerana wajahnya yang cantik sebentar tadi baru memuanat naik satu video Ice Bucket Challenge. Ameera dikatakan telah disahut oleh ramai orang untuk menyahut cabara Ice Bucket Challenge.


Akhirnya Ameera sudah pun menyahut cabaran tersebut dengan memakai seluar pendek yang agak seksi hingga menampakkan pehanya yang putih. Ramakan video tersebut telah pun dibantu oleh pembantu rumah Ameera sendiri untuk menyahut cabaran Ice Bucket Challenge. Selepas selesai, Ameera menamakan tiga orang kawannya yang dicabarnya untuk turut melakukan perkara sama. -medialah.com

Resepsi Ramli, Alyah September ini tidak masuk akal!

Untuk makluman Dato Ramli MS dikatakan sudah memberitahu media yang dia dengan Alyah akan mengadakan resepsi pada bulan September ini jika tiada halangan.

Namun perkara ini dinafikan sekeras-kerasnya kerana beranggapan tidak logik kerana menghadapi situasi seperti ini. Namun Ramli MS sempat membuat lawak.
“Ada buat 7 hari 7 bulan, ada ke dia tanya macam itu. Saya nak buat majlis kenduri doa selamat untuk rumah saya bukan resepsi,”
Ada juga hal dimana Ramli menafikan yang Alyah telah tinggal bersama dengannya. Ini disebabkan rumahnya masih di dalam pembinaan dan Alyah datang melawat. Dan Alyah ketika ditemui ketika serbuan itu.
“Ketika itu, dia hendak pulang ke rumahnya, tetapi saya menghalang kerana pintu telah dikunci dan saya pula berada di tingkat atas. Tetapi tidak mengapa saya tidak kesal dengan apa yang telah berlaku ini,”

“Saya bercadang untuk memberitahu status perkahwinan ini selepas rumah saya siap sepenuhnya dan memiliki CF untuk mendudukinya,” -Ramli

Baju ketat Rabecca dikecam!

Rabu, 3 September 2014

Memang tidak menafikan fesyen Rebecca Nur al Islam kini bertudung, dan juga berpakaian sendat dan ketat. Banyak foto yang menampakkan dia berfesyen demikian.

Terbaru dia dikritik lagi gara-gara foto yang dimuatnaiknya baru-baru ini sehingga menampakkan bahagian agak pribadi dan berlegging.

Ramai beranggapan imej bertudung Rabecca tidak bersesuaian dengan fesyen yang dikenakan olehnya, bahkan ianya tidak mencerminkan pakaian muslimah sebenar.

Kamal Adli berbohong? isu putus cinta Intan Ladyana

Minggu lepas Intan Ladyana telah akui yang hubungan dia dengan kamal Adli telah putus dan kenyataan itu dikeluarkan Intan kepada beberapa media.

Namun Kamal yang ditemui berasa terkejut dan tidak mengetahui akan kisah putus itu.
"Bohonglah kalau dia kata tidak tahu dan terkejut dengan kenyataan saya bahawa hubungan kami sudah putus itu. Ini kerana tidak mungkin saya buat keputusan ini sendiri atau sengaja berlalu pergi begitu sahaja tanpa berbincang dahulu.

"Saya dah malas nak besar-besarkan cerita ini lagi dan saya harap kami masing-masing boleh mulakan hidup baru,

"Buat apa saya jumpa dia untuk berbincang sebab hubungan kami memang sudah berakhir (25 Ogos) dan tiada apa nak dibincangkan lagi,"
Agak pelik apabila Kamal telah memuatnaik gambar mereka bersama bercuti pada hari Khamis minggu lepas. Namun perkara ini tidak diketahui Intan, dan Intan sudah tidak lagi follow bekas kekasihnya itu.

Inilah dia kekasih Shaheizy Sam..

Pelakon kesukaan ramai, Shaheizy Sam difahamkan telah kembali bersama kekasih lamanya, Puteri Najwa. Puteri merupakan seorang pelakon di dalam filem Dari KL Ke Queenstown.

Berita ini tidak dinafikan apabila laman sosial Instagram milik Puteri telah mendedahkan beberapa hint yang dia akan bersama-sama Shaheizy Sam untuk menyambut hari jadinya pada tanggal 4 September ini nanti menerusi ruangan komen.

Namun beberapa gambar bersama jejaka misteri tidak dipertontonkan, namun caption, 'my second mom khatyfouziah' agak jelas membuktikan hubungannya dengan Sam kini berputik. -sumber Murai


.

Fasha Sandha rela dimadukan ketika hamil anak ke-2!!

Ish apa ni takkan lah dah sarat mengandung anak ke-2 rela untuk di madukan. Pastinya korang rasa pelik dan kurang selesa mengenai berita ini.

Namun itulah hakikat sebenar, apabila memetik laporan Bharian semalam yang menyebut, Fasha akan dimadukan di slot Lestary berjudul "Selamat Pengantin Madu" yang boleh dilihat bermula Rabu dan Khamis ini jam 9 malam di TV3 selama 13 episod.

Pelakon lain yang turut menjayakan drama ini adalah Aiman Hakim Ridza, Eina Azman, Kuza, Falisha Crossley, dan Ieda Moin.

Inilah kali pertama melihat Fasha Sandha berlakon ketika hamil.

Nak tahu lebih lanjut? tunggu malam ini.. keke.

Bila Fazura bertelekung..

Amat manis sekali melihat Nur Fazura apabila memakai pakaian yang menutup aurat. Lebih lebih lagi apabila dia mengenakan sebuah telekung baru-baru ini yang dimuat naik ke dalam laman sosial facebook miliknya.

Menurut Fazura telekung itu adalah pemberian hadiah hari jadinya yang lalu dari mak ciknya. Namun ada juga pengomen yang sempat memberikan nasihat bercampur sindiran terhadap Fazura.


Ramli MS maki hamun di Facebook!

Selasa, 2 September 2014

Kisah perkahwinan kontroversi komposer Ramli M.S dengan Alyah telah mengundang beberapa bualan dan komentar daripada beberapa pihak melalui laman-laman sosial.

Lantas Ramli yang didakwa oleh seorang pengikut laman sosial miliknya telah memaki hamun.

Menurut sumber, Ramli telah menggunakan perkataan perkataan ‘P***M*K’ terhadap pengikut laman Facebook yang memberi komen mengenai berita perkahwinan mereka.

Isu berbangkit itu timbul apabila portal mStar memaparkan tajuk “Macamlah Saya Jual Dadah" yang bersangkutan dengan Ramli.
“Wei p***m*k korang!!! Korang tau ape aku ckp kat wartawan tak? Kenape nak heboh cam aku kena tangkap jual dadah? Korang buat hal korang ok!!! Hak mutlak aku.”

“Ta puas hati mai dtg jumpa aku!!!”
Mangsa keadaan itu tidak menyalahkan Ramli kerana dia berhak untuk mengatakan apa sahaja, namun tidak boleh menerima makian yang keterlaluan oleh Ramli. -gambar Murai

Gambar Lana Nordin bersosial setelah umrah?

Menerusi ruangan Forum Cari, agak terkejut apabila satu pendedahan yang memperlihatkan Lana Nordin yang dikatakan telah menghadiri sebuah 'majlis' yang tidak diketahui lokasinya, dengan tajuk 'Lana Nordin Selepas Pulang Umrah'.

Gambar yang diambil adalah milik laman sosial Stephani Liah iaitu kawan baik Lana Nordin. Melihat gambar di Instagram milik lananordin, gambar ini tidak ada, dan kesemuanya gambar yang boleh dikatakan agak sopan.

Mungkin gambar ini gambar lama kot sebelum mengerjakan Umrah (bersangka positif)

Enot akui berbohong isu sakit!

Ramai yang sudah tahu, Enot kini menghidap penyakit kanser usus tahap 4. Namun ada yang beranggapan dia memberitahu media kerana hendak meraih simpati dengan berpura-pura sakit.

Bahkan ada juga yang mendakwa Enot pembohong besar.

Mari lihat dan baca temuramah dari wartawan Utusan kepada Enot.

Sekitar pernikahan Atilia, Adam (13 Gambar)

Tahniah kepada penyanyi, Atilia yang bernikah kali ke-2 selepas 7 tahun hidup berseorangan. Atilia selamat bergelar isteri kepada Adam Sofian Mazlan di Saujana Golf & Country Club, di sini 11 pagi 31 Ogos lalu.

Majlis perkahwinannya itu dijalankan tertutup dan kawan-kawan dan keluarga terdekat sahaja dijemput. Atilia menerima 9 dulang dengan 11 untuk Adam.

Difahamkan mereka sudah berkenalan sejak 6 tahun yang lalu, dimana Adam merupakan seorang sound engineering dengan mempunyai syarikatnya sendiri.

Adibah Noor, Sazzy Falak, Dynas Mokhtar, Daphne Iking dan Yasmin Hani turut hadir. -sumber Bharian | gambar Instagram Atilia Haron, Yasmin Hani Richardson, Daphne Iking

Lisa Surihani pernah keguguran kandungan!

Dengar khabar angin menyatakan melalui portal Kosmo!, Lisa Surihani isteri kepada Yusry KRU pernah hamil/mengandung beberapa bulan yang lalu namun Lisa dikatakan menerima musibah apabila dia mengalami keguguran.

Berita ini dikuatkan lagi dengan sumber terdekat dari ahli keluarga Lisa sendiri.
“Katanya, Lisa yang dah bertahun-tahun kahwin tetapi tak dapat anak bukan sebab ada banyak masalah kesihatan ke apa, tapi tiada rezeki. Jadi apa ceritanya, kawan Diva pun tambah khabarnya Lisa pernah hamil tapi keguguran. Kalau tak silap, beberapa bulan lalu,” -Kosmo!
Jika benar berita ini, maka diharap Lisa dan Yusry tabah dan bersabar dengan rezeki yang belum dikehendaki Allah SWT.