Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar bakal isteri TMJ?

Sabtu, 5 Julai 2014

Heboh memperkatakan dimana ada sekeping gambar yang beredar di laman sosial menampilkan Tunku Ismail (TMJ) dengan seorang wanita bernama Khaleeda (kanan berbaju putih) yang berusia lingkungan 20-an ketika berada di satu perlawanan bola sepak tempatan.

Difahamkan menurut laporan BHarian, TMJ akan melangsungkan perkahwinannya pada Oktober tahun ini. Ianya dibuktikan lagi dengan penyebaran surat edaran mengenai mesyuarat jawatankuasa santapan dan jamuan sempena istiadat perkahwinan Diraja, yang diadakan semalam yang turut terbesar di laman sosial.

Surat edaran itu turut menyatakan nama bakal isteri baginda, Cik Khaleeda Bustaman berasal dari Gombak, Selangor. Namun buat masa ini belum ada kenyataan rasmi mengenai hal ini.

Menjadi persoalan sekarang kemana hubungan TMJ dengan Nur Fazura ek?

Datuk Sharifah Aini meninggal dunia di bulan Ramadan

Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi tadi, Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat fibrosis paru-paru atau paru-paru berparut.

Berita kematian penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu disahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu Aishah Ali.

Sharifah Aini pada Selasa lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Aliff Omar Ali.

Dalam pada itu, jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke Masjid Al Taqwa Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur selepas solat Subuh sebelum dikebumikan. -mStar

Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan mendapat keberkatan meninggal dunia pada bulan suci Ramadan yang mulia ini. Amin.

Ustaz Kazim nasihatkan artis yang bertudung agar...

Jumaat, 4 Julai 2014

Sekali sekala mendengar pendapat ulama kita mengenai pemakaian tudung para selebriti kita wajar kita dengarkan, bahkan boleh diambil pengajaran dan pedoman juga buat kita bersama.

Memetik portal mStar semalam, penceramah terkenal, Ustaz Kazim Elias tela menasihati selebriti yang memakai tudung atau berhijrah ke arah itu adalah diwajarkan untuk mendalami ilmu agama Islam yang secukupnya.

Namun tidak menyalahkan niat dan tindakan selebriti yang mahu berubah ke arah itu, Ustaz Kazim juga menyokong penuh bila selebriti kita bertudung tapi tidak mahu mereka menjadi ustazah/pemceramah 'express'.
"Alhamdulillah… bagus ramai artis yang berhijrah ke arah kebaikkan kerana ia dapat mempengaruhi peminat mereka untuk melakukan perkara sama tetapi biarlah ia disertai dengan ilmu agama yang cukup.

"Jangan hari ini beritahu sudah berubah lalu mengenakan tudung dan terus hendak menjadi seorang ustaz atau ustazah kerana banyak perkara yang perlu didalami mereka terlebih dahulu,"

"Jika asas dalam bidang agama tidak cukup bagaimana hendak berceramah kepada orang lain malah ia boleh menjadi risiko besar.

"Tambahan pula dengan teknologi hari ini apa yang kita perkatakan dalam masa lima minit, ia akan tersebar di laman sosial dan YouTube. Jadi golongan ini harus berhati-hati dan belajar terlebih dahulu," -Ustaz Kazim

Noraniza Idris akui mahu bersara daripada menyanyi..

Penyanyi yang pernah terkenal dengan lagu-lagu etnik di Malaysia satu masa dahulu, Noraniza Idris yang ditemui baru-baru ini mengakui dirinya kini menyepi daripada industri anak seni.

Memetik portal GUA, di dalam kesunyiannya itu, dia memilih untuk mendekatkan diri dengan ilmu agama (mempelajari). Dan akhirnya dalam niat untuk meninggalkan dunia seni seperti menyanyi tidak lama lagi, namun tidak menafikan hanya aktif untuk dibelakang tadbir sahaja.
"Saya akan lebih aktif di belakang tabir seperti terlibat dengan produksi dan pembikinan album artis di bawah naungan syarikat saya dan sebagainya. Tapi saya bukanlah bersara dari bidang nyanyian.

Cuma saya akan lebih beri tumpuan dalam mendalami ilmu agama. Ini permintaan suami dan saya rasa dah tiba masanya saya ikut haluan dia pula," -Noraniza.

Bawa slip gaji ke butik Fareeda, itu fitnah - Fizo Omar

Baru-baru ini, kecoh lagi mengenai perniagaan tudung Fareeda, dimana ada sebuah kenyataan di laman sosial milik individu yang mendakwa perlu membawa slip gaji tiga bulan untuk datang ke mana-mana butik sah yang menjual tudung Fareeda.

Fizo Omar yang ditemui wartawan mStar, agak kecewa dan ianya seperti memburuk-burukkan lagi nama baik perniagaan yang dimiliki oleh isterinya, Mawar.
"Itu semua fitnah dan tuduhan itu langsung tidak berasas. Secara logiknya, mana ada kedai yang meletakkan syarat perlu membawa slip gaji sebelum dibenarkan masuk kedai?

"Butik-butik berjenama mewah pun tidak meletakkan syarat seperti itu. Bagi saya gosip itu adalah khabar angin kosong yang sengaja mahu menjatuhkan nama baik syarikat,

"Biasalah, apabila sesebuah jenama barangan sudah menjadi popular, mulalah ada yang dengki. Rasanya itu adalah satu perkara normal yang terjadi kepada mana-mana perniagaan," -Fizo

Komen Amy Search, Nourish mengenai Nabila Huda

Apa nak jadi dengan hubungan kekeluargaan diantara Amy Search dengan Nabila Huda ni kan. Isu Nabila ingin berpindah agama yang diajak oleh seorang di laman sosialnya membuatkan Amy bertindak diluar batasan dengan memberikan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang ayah.

Namun itu lah ketegasan sebenar yang dipamerkan Amy sebagai tanda kecewa dengan sikap Nabila yang kini sukar dikawal lagi.
“Pasal isu masuk Kristian dah buat jantung saya ibarat terhenti. Bila cakap pasal boyfriend pula, saya terus jadi hilang akal”.

“Saya agak fep up juga kenapa saya yang perlu jawab. Saya harap wartawan jangan tanya saya lagi pasal isu dia. Saya tak nak bila ada sahaja isu, wartawan datang cari saya.

Lepas ni tiada lagi sebarang kenyataan daripada saya. Bukan saya tak peduli, cuma saya tak nak orang tanya saya. Dia dah besar untuk jawab apa saja soalan orang tanya pada dia, apa yang dia buat.

Saya memang marah sebab soal agama memang sensitif. Memang saya yang buat komen dan status tu. Saya ambil tanggungjawab atas apa yang saya cakapkan. Sama ada public suka atau tak, terpulang. Bagi saya simple, jangan buat perkara yang boleh mendatangkan isu.” -Amy Search
“Masa itu saya tiada dengan dia. Bila saya balik rumah hari Jumaat, saya terkejut tengok Abang Amy ada. Mata dia merah sangat. Dia beritahu ada wartawan cakap Nabila diajak masuk Kristian dan dia pun sudah lihat gambar-gambar di Instagram.

aya beri nasihat jangan komen apa-apa. Sekali rupanya dia dah komen di Instagram. Tapi, memang bukan saya yang buat. Sebagai isteri yang duduk di rumah saya dapat tengok perubahan dia. Bila orang cakap pasal anak dia, dia banyak diam tapi sejak akhir-akhir ni dia banyak luahkan pada saya.

Saya nasihat dia dan cakap budak tu dah besar, bukan zaman dulu yang dia boleh diarah-arah. Sebagai ibu bapa kita kena banyak berdoa. " -Nourish isteri Amy Search

Nama anak Didie Alias yang ke-6..

Pada saat kelahiran anak sulung perkahwinan ke-2 diantara Didie Alias dengan suaminya, Norisham beberapa hari lalu, disedari mereka belum memberi nama kepada anak lelaki mereka itu.

Baru-baru ini pasangan itu telah bersetuju untuk menamakan anak mereka sebagai Muhammad Dayyan.

“Assalamualaikum...Selamat Menyambut Bulan Ramadhan..My name is Muhammad Dayyan..Juz nk cakap tqvm to all the wishes to my mummy & daddy..Yg datang visit Dayyan & Mummy kt hospital too.. Doakan Dayyan & Mummy sihat ok..”

Didie sebelum berkahwin dengan Norisham sudah mempunyai 5 orang cahaya mata yang terdiri daripada 4 orang perempuan dan seorang lelaki hasil perkahwinan pertamanya dengan Ridzuan Hashim.

Isteri Shajiry selamat melahirkan anak sulung

Khamis, 3 Julai 2014

Diucapkan tahniah kepada Shajiry yang juga pelakon/penyanyi yang dikhabarkan menerima kedatangan putera sulung dia dan isterinya, Yusnita Yusof pada 1 Julai sekitar jam 8.30 pagi.

Menurut portal MediaHiburan, bayi berkenaan berjantina perempuan dengan berat 2.77 kilogram. Namanya pula adalah Nur Keysha Amanda binti Mohamad Shajiri.

Semoga dengan kedatangan anak perempuan ini membawa berkat di bulan Ramadan yang muia ini.

Ikhwan putus tunang kali ke-2, lepas ni mahu nikah terus!

Deejay terkenal Hot FM, Ikhwan telah mendapat berita sedih dimana dia kini sudah putus dengan tunangnya, Natasha Nadia.

Sekaligus adalah yang ke-2 kalinya musibah ini menimpa Ikhwan dalam proses pertunangan.
“Saya mengakui telah putus tunang secara baik pada Awal Muharram lalu. Keluarga saya telah pergi ke rumah tunang saya bagi memutuskan ikatan tersebut secara baik. Enggan mengaibkan mana-mana pihak, keputusan ini dibuat atas sebab peribadi.

Kami tidak lagi berhubung kerana masing-masing meneruskan kehidupan, namun saya sedih kerana kehilangan orang baik di sekeliling seperti ahli keluarganya. Saya masih lagi mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluargnya dan saya juga rapat dengan abang kepada bekas tunang saya itu,”

“Tidak mustahil ada yang menuding jari kepada saya dan mempunyai persepsi bahawa saya yang bermasalah dalam hubungan. Namun, saya memilih untuk memandang positif setiap benda yang berlaku dan berpendapat bahawa Allah telah merancang yang terbaik untuk kita semua.

Selepas ini sekiranya saya berjumpa dengan seseorang, saya merancang untuk terus menikah. Banyak dugaan dalam bertunang ini dan saya tidak sanggup untuk berhadapan dengan situasi begini lagi,” -Ikhwan petikan Gua

Rita Rudaini, anak hiasi majalah denga berpakaian Raya..

Majalah MediaHiburan untuk edisi keluaran mereka pada 5 hingga 11 Julai 2014 akan menampilka Rita Rudaini dengan dua orang anaknya bersama-sama majalah berkenaan untuk menjadi cover majalah itu nanti.

Dibawah ini adalah sesi photographi mereka anak beranak dimana Rita mengenakan gaun yang menarik sekali dan anaknya dengan berbaju Melayu sekaligus memperlihatkan mereka sentiasa gembira walaupun tidak bersama ayah kandung (Aidil) ketika di bulan Ramadan ini. Tonton jangan tak tonton..

Gambar memasak bersama Nora-Nadem, timbul isu lagi..

Kisah antara pasangan kekasih paling top tahun ini, Nora Danish dengan Nadem telah menimbulkan banyak isu dan gosip.

Yang terbaru mengenai mereka adalah berkenaan dengan sekeping gambar yang dimuatnaik oleh Nadem di laman sosial Instagram miliknya dimana menunjukkan Nora Danish turut bersama dengannya di dalam rumah.

Tujuannya adalah untuk berbuka puasa, tajuk gambar itu adalah “Preparing for berbuka. Ned vs. Nora”. Namun dengan tersebarnya gambar itu, pelbagai komen positif dan negatif dilemparkan kepada mereka berdua.

Ada yang menganggap mereka hanya berdua sahaja, namun ianya adalah bersama-sama dengan keluarga Nadem sendiri. Pelbagai komen dari peminat membuatkan pasangan ini lebih kuat dan bersemangat untuk menjadi suami isteri kelak, daripada terus goyah dan akan berpisah.

Doakanlah mereka kahwin cepat ek, Nadem dah cukup mampu untuk kahwin tu.

Sharifah Aleya mengandung anak sulung dan yang ke-3

Tahniah kepada penyampai radio aka deejay, Sharifah Aleya yang telah mengandung/hamil anak sulung hasil perkahwinannya yang ke-2 dengan Mmhammed Azam Abdullah pada 11 Januari 2014 yang lalu.

Memetik portal GUA, Aleya memanjatkan kesyukuran yang teringga dengan berita kehamilannya ini.

“Alhamdulillah buat setakat ini saya tidak mengalami sebarang alahan yang teruk. Cuma saya kerap mengidam burger daging yang mempunyai isi yang tebal. Boleh dikatakan pernah satu ketika hampir setiap hari saya akan mengajak suami saya untuk menemankan saya makan burger.

Malah anak-anak saya juga begitu teruja menanti kelahiran adik baru mereka ini. Boleh dikatakan hampir setiap hari mereka bertanya mengapa kandungan saya masih belum besar lagi. Tapi saya menjelaskan yang kandungan saya ini tidak akan membesar sekelip mata,” -Aleya

Terkini!, Umie Aida ke Mahkamah Syariah..

Rabu, 2 Julai 2014

Admin baru sahaja menerima sebuah email dari seseorang yang mendakwa dan mengakui ternampak kelibat Datin Paduka Umie Aida di sekitar Pejabat Agama Islam Shah Alam sekitar tengahari tadi.

Menurut sumber itu lagi, dia ternampak Umie berada di tingkat 4 iaitu tingkat dimana terdapatnya Bahagian Undang-undang Keluarga bersama peguam syarienya.

Antara desas desus mengapa dia ke sana kata sumber itu, disebabkan Umie ingin pergi menunaikan ibadah fardu Haji namun permintaannya itu ditolak oleh suaminya, Datuk Paduka Khairuddin.

Wallahualam. Kita tunggu kenyataan Umie Aida berkaitan hal ini, maybe dia saje jalan-jalan je kot. hehe.

Aliff Aziz warnakan rambut demi Siti Nordiana?

Mengenai isu rambut Aliff Aziz yang berwarna kuning itu sebenarnya adalah untuk sebuah kerja dimana dia dengan Siti Nordiana menghasilkan sebuah album lagu yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

Mengakui ianya bukanlah untuk publisiti akibat sekarang namanya sudah seperti tenggelam. Kemungkinan besar sekarang rambutnya itu berwarna hitam sebagai menghormati bulan puasa Ramadan.

Jadi Aliff berharap peminatnya akan tidak berburuk sangka mengenai perubahan rambutnya itu.
Alahai, niat saya bukan untuk buat kontroversi pun dengan rambut ni.

Saya mewarnakan rambut kerana tuntutan kerja. Apa yang saya lakukan kerana mahu menjiwai karakter di dalam video klip lagu baru bersama Nana. Dengan menggunakan latar belakang gelap dan konsep hitam putih, warna rambut yang saya gunakan sebenarnya turut membantu mencantikkan lagi video klip ini. Malah kami semua berpuas hati apabila melihat hasilnya.

Jangan risau, selepas ini, saya akan warnakan balik rambut saya ke warna asal. Setiap apa yang saya lakukan bersebab dan berharap tidak ada yang menuduh saya sengaja mencari masalah. Harap peminat tidak lagi berprasangka buruk kepada saya gara-gara isu rambut ini. -Aliff Aziz petikan Utusan
Sejak awal pembikinan lagu ini lagi saya dan Nana sudah digosipkan bersama. Semua itu saya tepis kerana saya tahu pembikinan lagu ini lebih penting. Saya memang teruja digandingkan dengan Nana yang sudah berpengalaman dalam bidang seni. Apa yang saya boleh kata, saya gembira dengan hasil yang dilakukan.

Mizz Nina wish ulangtahun perkahwinan ke-3 kepada Noh Salleh

Suami isteri selebriti, Mizz Nina dan Noh Salleh HUJAN sudah mendirikan rumahtangga selama 3 tahun untuk pengetahuan korang. Bahkan pernikahan mereka pada 1 Julai 2011 yang lalu merupakan tarikh yang keramat buat Mizz Nina dimana tarikh itu jugalah dia dilahirkan.

Mizz Nina baru-baru ini ada memgemas kini status Instagram miliknya berserta gambar dimana dia mengucapkan aka wish kepada ulangtahun perkahwinan kepada suami tercintanya itu.

Memang agak romantik kata-kata yang diberikan Mizz Nina bersempena ulang tahun mereka, dan lebih romantik sekali, 1 Julai tahun ini pada 2 Ramadan bulan puasa.

Doakan agar mereka dikurniakan zuriat juga ek. :)


Aidil, Zarema tunai umrah. Kena maki hamun..

Pemain bola sepak dan juga bekas suami kepada pelakon, Rita Rudaini, Aidil Zafuan telah berangkat pergi menunaikan umrah dengan isterinya, Zarema Zainal bersempena bulan Ramadan hujung bulan lalu.

Turut mengikuti jejak pemergian mereka ke Tanah Suci Makkah itu juga adalah, rakan seperjuangan Aidil, Safee Salie dan juga isteri beliau.


Namun dalam kepermergian Aidil dan isteri baharunya itu menunaikan umrah, ada juga pihak-pihak lain yang tidak berpuas hati dengan memberikan komen mengenai kes nya yang kini masih tiada jalan penyelesaian mengenai tuntutan nafkah oleh Rita Rudaini yang banyak kali ditangguhkan.

Manusia ke Tanah Suci biarlah kita tanggapi dengan berfikiran positif sebagai melatih diri kita menjadi manusia yang berakhlak walaupun individu yang menunaikan umrah itu menghadapi masalah pribadi, jangan lah diungkit mengenai hal yang melanda dirinya, pergi umrah adalah atas jemputan Allah SWT sang Maha Pencipta Alam Semesta ini, doakan terbaik agar semuanya boleh selesai dengan cara yang di redhai.

peace yo..

8 Gambar Siti Nurhaliza edisi Ramadan

Dah lama tak jenguk kelibat Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin sibuk dalam perniagaan kosmetik miliknya dan juga pembuatan album lagu kot. Tak pe lah, kami paham. Tapi sekurang-kurangnya, Dato' Siti ni kira rajin mengemas kini laman sosial Instagram nya, jadi kerinduan peminatnya pasti akan terbalas juga. layan..

Neelofa kini bertudung.. (7 gambar)

Alhamdulillah, itu sahaja perkataan yang dapat diungkap kepada pelakon, Neelofa apabila dikhabarkan yang dirinya kini telah berhijab bermula pada 1 Ramadan yang lalu.

Mengambil keberkataan bulan penuh berakah ini, Neelofa mengakui yang dirinya bertudung adalah ikhlas semata-mata bukan kerana desakan atau perniagaan yang dibinanya sekarang.

Kesahihan berita ini disampaikan sendiri menerusi pengurusnya di portal mStar semalam.

5 Gambar isteri Julfekar, Min Yasmin kini bertudung

Selasa, 1 Julai 2014

Tidak disangka, isteri kepada komposer terkenal, Julfekar iaitu Min Yasmin yang juga seorang penyanyi kini sudah berhijab. Memetik portal MediaHiburan, ianya adalah bersempena mengambil keberkatan bulan Ramadan kali ini.

Sebab utama pemakaian hijab berkenaan adalah kerana niatnya yang ikhlas dan bukan dipengaruhi oleh sesiapa termasuk suaminya sendiri.
"Alhamdulillah, akhirnya seru datang dengan sendirinya. Tiada sesiapa yang memaksa Min membuat keputusan ini. Sebagai hamba Allah, Min rasakan sudah sampai masanya Min berhijrah ke arah yang lebih baik. Doakan yang terbaik untuk Min," -Min
Luahan Jul sebagai seorang suami juga berasa amat-amat bangga bercampur terharu dan gembira akan perubahan isterinya itu.

Boy Iman selesa dengan gelaran Dato'

Boy Iman mengakui dia akan terus menggunakan gelaran Datp' pada dirinya walaupun ramai yang tidak senang dan beranggapan sebaliknya mengenai gelaran berkenaan yang dianugerahkan kepada pelakon muda, Boy Iman.

Memetik laporan Murai, Boy Iman yang ditemui ketika Majlis Kesyukuran Dato` Boy Iman di Dataran Kitchen Kuala Lumpur baru-baru ini menyatakan ianya satu kebebasan yang perlu ada pada dirinya selagi tidak menyalahi undang-undang Negara.
“Saya akan terus pangku gelaran Dato` ini menerusi majlis-majlis rasmi, di ‘business card’ mahupun baju korporat kerana saya sangat selesa dengan penganugerahan yang diberikan,”

“Saya tidak kisah sekiranya ada sesiapa yang nak panggil saya sebagai Dato`atau nama sahaja, yang penting selagi ia tak menyalahi undang-undang maka saya ada hak untuk menggunakannya,” katanya.
Sebelum itu untuk penegtahuan umum, Boy Iman dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.M.N) dari kerajaan Naning.

Awie dipanggil polis Selangor bantu siasatan

Awie dipanggil oleh Polis untuk disoal siasat berhubung kait dengan penyebaran gambar foto belasah isterinya, Rozana Misbun yang tersebar beberapa hari ini.

Awie didakwa sengaja mencederakan isterinya itu. Memetik sumber Kosmo!, Polis Selangor telah menahan Awie untuk membantu siasatan sebelum diikat jamin.

Awie yang ditemui berkata, dia hanya berharap penuh dengan siasatan kerja Polis untuk mengenal pasti siapa suspek sebenar yang membelasah isterinya itu.

Agak pelik, kenyataan Rozana Misbun belum ada lagi yang keluar, mungkin masih sakit, atau tidak mendapat kebenaran daripada Awie untuk bertemu media.
“Jika benar gambar itu tersebar, saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk sebarang tindakan,” -Awie

Eira, Azad tinggalkan dunia seni...

Dengarnya pasangan suami isteri, Azad Jasmin dengan isterinya, Eira Syazira akan meninggalkan dunia seni mereka yakni berlakon. Berita ini memang sahih namun peninggalan mereka bukanlah bersifat kekal namun sementara sahaja.

Ini disebabkan mereka memfokuskan perniagaan tersendiri, ‘multi-level marketing’ (MLM), Rania Marketing memetik portal GUA. Mengakui hakikat sebenar dimana punca pendapatan mereka bukanlah dari hasil anak seni, namun lebih kepada bidang perniagaan.
“Berlakon tu minat. Pendapatan kami daripada bidang lakonan hanya sebanyak 20 peratus. Selebihnya kami kena berkerja-keras dalam perniagaan. InsyaAllah saya dan Eira akan berehat dari dunia lakonan sehingga bulan Disember tahun ini,”

“Sepanjang bulan Ramadhan, kami masih berlakon tapi kami bersifat selektif kerana perniagaan adalah keutamaan kami. Saya bakal menjalankan penggambaran untuk ‘Suatu Malam Kubur Berasap 3’, manakala Eira pula sibuk dengan penggambaran drama raya,” -Azad