Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

15 gambar percutian Fouziah Gous, suami ke Turki

Jumaat, 23 Mei 2014

Baru-baru ini Fouziah Gous dan suaminya telah pergi ke Timur Tengah untuk bercuti-cuti. Tempat pemilihan destinasinya adalah di Turki dan paling wajib sekali mereka untuk berselfie di negara itu. Dengan mengunjungi Masjid Biru yang terbesar dan tertua di Turki. -instagram fouziahgous

Hanez Suraya saman MAS

Wah, punya berani Hanez Suraya bagi membersihkan nama baik dan hak pribadinya, dia telah memfailkan saman kepada syarikat penerbangan koglemerat tempatan, MAS. Ianya adalah disebabkan pendedahan tiket penerbangannya dengan kekasihnya, Romie Razin yang dfihamkan ke Bangkok Thailand bulan April lalu.

Menurut laporan mStar, Hanez dan Romie beberapa jam selepas mendarat di Bangkok, mereka diberitahu oleh rakan mereka dimana salinan tiket penerbangan mereka telah dimuatnaik ke dalam laman sosial Facebook, Kami Sokong Liyana Manan.
“Saya mengambil tindakan atas dasar privasi. Perkara ini tidak patut berlaku kerana pihak tersebut merupakan sebuah syarikat penerbangan gergasi. Pihak mereka tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan tidak boleh melakukan perkara tersebut,”

"Apabila perkara ini terjadi, saya dan peguam cuba berbincang dengan pihak MAS terlebih dahulu untuk menyelesaikan perkara ini secara baik. Namun begitu, usaha yang saya lakukan gagal mendapat kerjasama.

"Kalau boleh saya memang tak mahu membesarkan cerita. Tak mahu pun ambil tindakan undang-undang. Tapi dalam masa sebulan, usaha saya untuk berbincang bersama mereka gagal. Persoalan saya tidak dijawab oleh mereka dan mereka tak memberi saya kerjasama. Saya tidak boleh berdiam diri,” -Hanez Suraya

Fizo akui isterinya mempunyai beribu koleksi tudung Fareeda

Menurut laporan portal MalaysianDigest, difahamkan Fizo Omar memberitahu yang isterinya, Mawar telah menyimpan ribuan helai tudung Fareeda di rumah mereka.

Memandangkan Mawar adalah duta dan pemilik, maka tidak hairanlah jika Mawar sering memakai tudung baru rekaan dari Fareeda.

6 Gambar kekasih Erin Malek

Ini lah dia kekasih kepada pelakon, Erin Malek. Namanya Farriz Fauzi yang difahamkan 4 bulan baru berkenalan melalui laman sosial Instagram. Dan yang terbaiknya adalah, bulan Jun nanti mereka akan diikatkan dengan tali pertunangan. :)

Tiada anak, Kucing sebagai penganti - Zizie Ezzete

Khamis, 22 Mei 2014

Setelah 4 tahun lebih menjadi isteri kepada Datuk Bung Mokhtar Radin, Zizie Ezette kini lebih selesa dan bahagia dengan kehidupannya walaupun tidak lagi kita nampak dia berada di dunia seni.

Pun begitu dalam kebahagiannya itu, anak yang menjadi idaman mereka belum lagi dimiliki. Pun begitu, walaupun tiadak anak lagi, namun Zizie mencurahkan kasih sayangnya sementara itu kepada seekor kucing yang bernama Puteri.

Kucing terbuang itu dijumpainya dalam keadaan fizikalnya yang hampir buta.

Gambar photography anak Beego, Linda (10 gambar)

Gambar sesi photography anak kepada Beego dan Linda Hashim telah diambil baru-baru ini oleh seorang jurufoto bebas. Nama anak mereka itu adalah Jelita Clarissa dengan usianya sudah hampir sebulan. Jom layan. -foto Ryaniez Moments Photography

Orang tersayang Shila Amzah meninggal dunia..

Difahamkan yang orang tersayang aka datuk sebelah ibu Shila Amzah telah meinggal dunia pada petang selasa lalu selepas waktu Zohor.

Namun wajah akhir arwah datuknya itu tidak dapat dilihat olelh Shila Amzah kerana dia berada di China atas sebab kerja.

Ini komen Shila di laman sosial Instagram miliknya
Kalau sha boleh balik sekarang,sha dah balik..sha nak ada dengan family.. Terima kasih buat yang bukan ada pertalian darah dengan family sha..tapi ikhlas tolong jaga atuk sepanjang sha takde..i did nothing to help..maafkan sha:'( syahir shafiq syada and abah..please jaga mak... Sha sayang sangat kat semua.. Allah lebih sayangkan atuk.. Semoga Atuk ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.. I believe,He will be happy there..:') ALFATIHAH. @syadaamzahh @syahiramzah @amirshafiq_anis @ainishuhaidah @ndlala @zie_lala
salam takziah keapda Shila dan juga keluarganya. al Fatihah.

Saya dan Izreen Azminda masih belum bercerai - RIza

Heboh semalam apabila sebuah berita memberitahu yang pelakon Izreen Azminda dan suaminya Muhamad Riza bercerai. Berita yang tidak tahu dari mana pokok akarnya itu membuatkan Riza berasa terkejut.

Menurut laporan mStar, Riza yang bekerja sebagai jurukamera bebas menafikan melakukan perceraian itu di set pengambaran sambil berlakunya sedikit pertengkaran sebaliknya mahu menemui aka mengubat rindu untuk bertemu dengan anaknya, Adrian pada 16 Mei lalu.

Namun bagi Riza dia ada memnfailkan penceraian pada 14 Mei lalu dengan menunggu keputusan mahkamah.
"Saya jumpa dia kerana ingin temukan Adrian kerana sudah lama tidak bertemu dan kesempatan itu juga saya ambil untuk berbincang tentang perceraian kami.

"Saya kesal apabila pertemuan tersebut disalah tafsir oleh pihak tertentu yang tidak bertanya dahulu kepada kami perkara sebenar,

"Kami belum lagi bercerai dan saya belum melafazkan talak kepada dia (Izreen). Kami baru sahaja failkan perceraian pada Rabu minggu lalu dan masih menunggu tarikh (perbicaraan) lagi.

"Saya akui rumah tangga kami bermasalah dan kami sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan yang lalu, namun kami belum bercerai secara sah lagi," -Riza

Jue Aziz sudah berkahwin dengan.. (4 gambar)

Dikhabarkan yang pelakon jelita, Jue Aziz mengakui sudah berkahwin secara senyap dengan seorang jejaka kelahiran Indonesia yang bernama Bayu Daniels.

Pendedahan ini didedahkan oleh portal Kosmo!, mereka berkahwin pada bulan Mac yang lalu.

Puteri Sarah kembalikan semangat Syamsul

Rabu, 21 Mei 2014

Menurut laporan mStar, Syamsul Yusof kini sudah mula berani untuk keluar dikhalayak umum dimana dia memberitahu yang isterinya, Puteri Sarah Liyana memberi dorongan dan semangat kepadanya.

Sebelum ini Syamsul dikatakan kecewa dan tidak berani muncul akibat filemnya iaitu KL Gangster 2 di cetak rompak (keluar awal sebelum penayangan) pada 3 Oktober 2013.

Syamsul ditemui pada majlis pra tonton Abang Long Fadil (arahan adikny, Syafiq) di GCS One Utama baru-baru ini.
"Saya sudah boleh terima hakikat (isu filem dicetak rompak). Selepas kahwin, isteri banyak memberi dorongan dan semangat untuk saya kembali ke dunia seni,"

"Saya dapat rasa ada perubahan dalam diri lepas kahwin, tetapi tak boleh nak cerita kepada semua,"

15 Gambar Tiz Zaqyah masih warnakan rambut


Ingatkan isu rambut Tiz Zaqyah (yang sebelum ni kecoh di Instagram) ni sudah tidak berlarutan lagi, tapi nampaknya dia masih mewarnakan rambutnya. Dalam bentuk kekal atau sementara tak dipastikan lagi. Tapi rasanya kekal kot.

Kalau warna tu sedang-sedang takpelah kan, ni pekat sangat warnanya. Takpelah, dah kemahuan Tiz, nak wat macamana, tahulah dia nak menguruskannya kan. :)

Tiz ditemui baru-baru ini bersempena majlis sidang media drama ‘Kusinero Cinta’ bersama-sama hero Malaya, Aaron Aziz dengan pelakon terkenal Filipine, Jericho Rosales. -gambar portal GUA

Tahniah, Idayu AF bergelar isteri (2 gambar)

Tahniah kepada Idayu AF3 atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu yang kini sudah bergelar isteri kepada pasangannya, Shahrul Fadzil pada 15 Mei lalu di rumah Idayyu dekat Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan.

Mereka dipertemukan apabila masing-masing belajar di tempat satu belajar yang sama iaitu di UiTM dalam bidang Seni Muzik menurut laporan Murai.

Idayu menerima mas kahwin beserta wang hantaran berjumlah RM15,000 selain menerima 9 dulang hantaran dan membalasnya dengan 9 dulang juga.

Mereka mahu merancang berbulan madu di 3 destinasi utama iaitu, Langkawi, Tokyo dan akhir sekali di Bali. -gambar Murai | MediaHiburan


Baju gambar payu dara, Sharifah Sakinah dikecam

Lagi satu kes yang timbul mengenai Sharifah Sakinah. Mengenai baju yang tertera gambaran sebuah aset wanita yang sangat kontroversi.

Tujuan sebenar penayangannya adalah untuk kempen kanser payudara, namun disalah ertikan oleh ramai pihak dengan mengecam beliau sebagai seorang yang tidak sensitif.

Lalu Sharifah terpaksa memadamkannya dan mengakui ianya tiada kena mengena dengan produk kesihatan miliknya.
"Foto itu berkaitan dengan sebuah kempen. Saya pun pelik kalau perkara buruk itu cepat sahaja menular walaupun orang ramai tak tahu kebenarannya.

"Ia hanyalah tujuan untuk kempen saja. Tapi, disebabkan foto itu jadi kontroversi, saya dah pun padamkannya,” - Sharifah Sakinah. petikan Sinar Harian

Gambar anak Ashraf Muslim edisi Mei 2014

Selasa, 20 Mei 2014


Dah usia sebulan anak kepada Ashraf Muslim dengan Wan Sakinah ni. Sarah nama anak mereka. Apa-apa pun jom layan. Comel sangat Sarah ni.

Gambar konsert Stacy seperti Miley Cyrus

Baru-baru ini melihat gelagat bertenaga Stacy di dalam mini showcase di kelab Zouk Kuala Lumpur. Penampilannya jika dilihat seperti selebriti barat, Miley Cyrus.

Namun bagi Stacy dia akui tidak meniru siapa-siapa, dia hanya mahu kesegaran di dalam setiap lagu di dalam album terbarunya ini. -gambar Rotikaya

Zain Saidin nekad rambut berwarna perang

Dari sudut padang agama Islam, lelaki muslim makruh memwarnakan rambutnya yakni dari hitam ke warna lain dengan syarat lain yang sudah ditetapkan agama dan ulama.

Namun bagi Zain Saidin, dia berdegil dengan tidak mahu lagi menukar warna rambutnya yang berwarna perang itu ke hitam.

Baginya dia mahu kekal dengan imej begitu. Bukan kekal sampai ke liang kubur, tapi untuk sebuah tele-TV, watak Mr. Henry Middelton sehingga penggambaran siri berkenaan tamat yang dijadualkan pada akhir tahun ini.
"Ikutkan hati memang saya ingin kembali kepada warna rambut asal tetapi kerana terikat dengan Oh My English! saya perlu kekalkan warna 'blonde' ini buat sementara waktu.

"Saya sedar banyak orang mempertikaikan tentang imej saya ini tetapi mungkin kerana mereka tidak faham tentang tujuan sebenar saya mewarnakan rambut," -Zain Saidn. petikan mStar

Gambar Zizan Razak waktu kanak-kanak

Zizan Razak waktu muda-muda aka kanak-kanak memang tidak berubah wajahnya. Kalau berubah pun mungkin hidung dia kot. Hehe. Tapi ni la, tengok gambar dia masa kanak-kanak ni, memang mimik muka dia nampak kelakar, tak sangka sekarang jadi pelawak terkenal. All the best Zizan!

Gambar dan nama anak Liyana Jasmay

Akhirnya nama dan gambar anak kepada pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay didedahkan. Nama anak perempuannya itu adalah, Sofia Arissa ibinti Mohod Fathuddin.

Sofia dilahirkan pada 13 Mei yang lalu secara normal seberat 2.9 kilogram di Pusat Perubatan Prince Court.

Taste Saleha hanya lelaki berdarah kacukan!

Isnin, 19 Mei 2014

Umum mengetahui yang Siti Saleha ada menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki yang wajahnya seakan-akan mat salleh. Namun lelaki ini mahu diletakkan oleh Saleha sebagai aset privasi yang identiti dan namanya tidak boleh diketahui umum.

Baru-baru ini, berkesempatan Siti Saleha membawa kekasihnya itu untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan seorang penerbit filem.
"Itulah kali pertama saya bawa dia menghadiri majlis secara terbuka,"

"Dia seorang pemuda kacukan, tapi saya tak boleh beritahu kacukan apa. Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini saya selesa dengan dia,"

"Dia penyayang dan matang. Lebih penting, saya dapat rasakan yang kami serasi antara satu sama lain.

"Kami suka melancong,"

"Kami masih lagi dalam fasa mengenali hati budi masing-masing. Lagipun, saya masih muda. Nak fikir fasal kahwin dalam masa terdekat ini belum lagi rasanya.

"Saya belum bersedia nak kahwin,"

"Kami dah pernah jumpa ahli keluarga. Mereka okey. Penerimaan keluarga pun baik," ujarnya.

"Sejujurnya, selera saya memang lebih kepada lelaki berdarah kacukan. Tapi itu tidak bermaksud saya tak pandang langsung lelaki tempatan," -Siti Saleha. petikan Kosmo!

Rumahtangga Abby, Farhan bergolak?

Lama tidak mendengar khabar berita rumah tangga Abby Abadi dengan suaminya, Farhan. Tiptop sebuah laman forum tempatan memberitahu yang rumahtangga mereka kini sedang bergolak.

Tidak tahu kebenaran disebalik berita yang disampaikan namun mereka memetik sumber daripada Instagram Abby Abadi, dengan ada syair-syair seperti membawa maksud yang mendalam sekali.

Ramai yang tertanya-tanya mengenai maksudnya, namun sebahagian daripada mereka pastinya menganggap ianya lebih kepada rumahtangga Abby dan Farhan.

Kita tunggulah berita seterusnya ye..

Hans Isaac bergelar Datuk?

Menurut laporan Kosmo! semalam Hans Isaac dikhabarkan sudah bergelar Datuk. Namun berita ini dikatakan masih lagi samar-samar hanya kedengaran apabila sekeping gambar diberikan kepada wartawan kosmo!

Gambar lain yang dimuatnaik oleh Ziela Jalil juga menunjukkan yang Hans memakai baju biasa dan komen Ziela ketika itu memberikan ucapan tahniah kepada Hans diatas gelaran Datuk berkenaan.

Tak ke musykil tu jadinya, bukan berbaju formal atau melayu, pakai baju biasa pula ketika menerima anugerah pngat kebesaran berkenaan? ada suprise dari Sultan ketika itu, keke pastinya tidak lah kan.

Hans yang dihubungi enggan mengulas mengenainya.

Inilah dia kekasih Hafiz Suip

Untung lah dapat kekasih selebriti yang meletop-letop menang banyak anugerah ni. Hafiz Suip baru-baru ini mengemparkan laman sosialnya apabila memuat naik gambar yang dikatakan kekasih hatinya.