Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Noah nak masuk usia 4 tahun

Rabu, 7 Mei 2014

Noah anak kepada Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari kini dah nak masuk usia 4 tahun. Dalam usianya yang semakin membesar itu, Noah memang seorang kanak-kanak kacukan yang sangat periang.

Lihat sahaja foto dibawah ini, pastinya rumahtangga Bunga dengan Ashraf memang cukup bahagia. Bila nak dapat adik lagi Noah. ^^ layan..

Gambar Emma, Sharnaaz jadi persoalan peminat

Tak sudah gambar mesra dengan Nelydia Senrose, kali ni pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad sekali lagi memberikan gambaran yang perang dunia bakal meletus.

Bukan apa, ada sekeping gambar yang dimuatnaik oleh Emma Maembong di dalam laman sosialnya dengan Sharnaaz menjadi persoalan.

Gambar ini mungkin dianggap gambar suka-suka oleh kedua-dua pihak memandangkan Zizan dan Sharnaaz bergandingkan bersama untuk sebuah drama/filem berjudul 'Bintang Hati'.

Zizan mungkin beranggapan buah hatinya itu sudah pastinya seorang yang setia dengannya.

Video penampakkan anak kembar Ziana Zain terkini


Rasanya dah 2 tahun tak melihat gambar anak kembar kepada Ziana Zain. Baru-baru ini dia telah memuatnaik video sekitar sambutan harijadinya di kediaman mereka.

Kelihatan anak kembar Ziana Zain yang sudah membesar, Muhammad Ariel Armin Zharin dan Siti Nour Kaseh Armin Zaharin yang kalau tak silap usia mereka kini sudah mencecah sekitar 11 tahun.

Jom layan. -Instagram http://instagram.com/iamzianazain

Lambat solat, ditegur oleh anak Natasha Hudson

Natasha Hudson yang kini dikatakan menyepi di dalam dunia anak seni, dan memiliki anak bernama Nessa Helena (6 tahun) dan Naeema Kalila (1 tahun) telah membuat satu pengajian di dalam jurusan diploma.

Menurut laporan MalaysianDigest.com, Natasha mengambil jurusan diploma di dalam pengajian Islam di Pusat Islam Yayasan Taklim yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). Diplomnanya itu akan tamat pada Mei ini, dan Natasha mahu merancang untuk sambung ke peringkat Ijazah.
"Sekarang ni saya sedang habiskan diploma saya dalam pengajian Islam. Saya mula ambil krusus ni pada September tahun lepas. Saya berlajar di Pusat Islam, Yayasan Taklim yang berkolaborasi dengan Irees Institute, Texas. InsyaAllah saya nak sambung ke peringkat ijazah selepas ini.

"Sebenarnya minat saya mahu mendalami agama sudah timbul sejak remaja lagi. Dan ketika saya saya hamil anak kedua, saya teringin nak sambung belaar di Universiti Malaya.

Tapi susah nak dapat peluang tu. Dan sejak tahun lepas saya dan suami selalu ke Taklim untuk belajar kelas agama. Kebetulan pihak institut ada buka tawaran untuk diploma, jadi tak lepaskan peluang itu.

"Disebabkan saya tiada pembantu rumah, ke mana saja saya pergi, saya memang akan bawa sekali anak-anak saya. Termasuklah bila saya dan suami ke kelas agama, anak-anak akan ikut. Di sana ada bilik khas untuk kanak-kanak Termasuklah bila saya dan suami ke kelas agama, anak-anak akan ikut. Di sana ada bilik khas untuk kanak-kanak.

"Saya perasaan yang Neesa sekarang pun dah mula minta nak pakai tudung. Agaknya sebab saya selalu bawa die ke kelas juga bazaar islamik. Kadang-kadang tu bila dia tengok saya pakai tudung, terus dia pun terus ambil tudung saya di dalam almari dan pakai. Selain tu, kalau dia tau saya lewat solat, dia sendiri yang akan ingatkan saya "mummy, tak sembahyang? Mummy, kenapa lambat?". Saya gembira dan bersyukur sebab walaupun dia masih kecil, dia mula dapat memahami sikit sebanyak tentang agama" -Natasha

Ani Mayuni akui diri sebagai bomoh!

Selasa, 6 Mei 2014

Dengar khabar yang Ani Mayuni kini sudah bergelar bomoh!. Menurut laporan Utusan, Ani mengakui dirinya bomoh dan memiliki kuasa namun kuasanya itu dianggap terbatas.

Yang peliknya, kuasanya itu tidak sama dengan bomoh lain yang 'temberang' di sekeliling kita.
"Memang saya seorang bomoh. “Tetapi jangan risau, kuasa saya ini terbatas, " -Ani
Namun ini semuanya bukan betul, Ani kini aktif untuk pementasan teater berjudul, teater Bomoh Dharai yang akan dilangsungkan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka pada 22 sehingga 24 Mei ini.

Gambar kemesraan Erra Fazira, Engku Alessya

Walaupun tidak dapat menjaga hak penjagaan anak, Erra Fazira yang juga ibu kepada Engku Alessya kadang kala sempat bermesraan dengan anaknya itu.

Kalau dilihatkan jarang sudah Erra memuatnaik gambar dia dengan Alessya di Instagram, jarang-jarang dapat lihat selepas bercerai dengan Engku Emran.

Tapi apa-apa pun melihat wajah Alessya yang hanya riang gembira itu, pastinya dia belum tahu apa-apa lagi mengenai status ibu bapanya itu.

Gambar mesra Zain Saidin, Rozita Che Wan

Gambar mesra kali ini diantara suami isteri sepertinya sebuah trend apabila dimuatnaik ke dalam laman sosial. Kalau ianya seperti tak membangkitkan 'rasa' ianya agak normal, tapi kalau macam ini, mungkin banyak perkara berbangkit yang perlu di persoalkan. ==

Tasha Shila tak kisah bakal suami bertatu

Umum mengetahui yang Tasha Shila mempunyai kekasih seorang peninju Thai dan dia memiliki sifat fizikal bertatu. Namun bagi Tasha, dia enggan melihat pribadi seseorang itu pada luarannya tapi pada sudut pada hati yang dalam.

Ini komen Tasha, mungkin juga kalau berkahwin, Tasha tak kisah sangat dapat suami memiliki tatu. Admin tak tahu kekasihnya itu dah Islam ke belum lagi, kalau dah masuk Islam, baguslah, memang untuk menghilangkan kesan tatu agak lama.

“Saya bukan jenis individu yang suka menilai orang lain dari luarannya. Jadi saya tidak mahu menilai dia berdasarkan perkara tersebut,” -Tasha

Aziz Sattar meninggal dunia


Kuala Lumpur: Seniman negara, Datuk Abdul Aziz Sattar atau lebih dikenali sebagai Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Menurut anak perempuannya Sandakiah Aziz, turut berada di sisi ketika arwah menghembuskan nafas terakhirnya adalah dua anak, menantu dan cucu.

Katanya, jenazah akan dibawa ke kediamannya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dan dikebumikan sebelum Zohor di Tanah Perkuburan Islam di Cheras Perdana.

Seluruh ahli keluarga dan saudara termasuk dari Johor dan Singapura dijangka tiba pagi ini untuk membantu menguruskan jenazah Allahyarham.

Pelakon veteran itu dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Kajang akibat sakit jantung, malam kelmarin. -hMetro.

Jawapan Azwan soal perkahwinan dengan Nad Zainal

Isnin, 5 Mei 2014

baru-baru ini Mohd Al-Azwan Kombos telah didatangi wartawan Bharian untuk menanyakan soal perkahwinan dia dengan kekasihnya Nad Zainal.

Dengan seloroh jawapan Azwan seperti ini:
“Azwan tidak berani nak buat kepastian, mungkin tahun ini atau akan datang, terserah kepada ketentuan Allah SWT.” -Azwan
Semoga dipercepatkan lah ya Azwan dan Nad, korang dah lama bercinta tu, bertahun-tahun lagi, harap tak putus ditengah jalan.

Kamelia kembar Yuna

Siapa Kamelia Syermain ni? katanya dia mirip dengan pengayaan dari penyanyi Yuna. Imej yang dibawa Kamelia begitu ramai menyangka dia meniru dari Yuna.

Namun rasanya imej nya itu, tidak sepenuhnya sama dengan Yuna (sebab banyak gelang kot, hehe). Dalam usianya yang kini 21 tahun, Kamelia sudah membuat single lagu pertamanya bertajuk, Khabar Aku.
"Rasanya imej saya dan Yuna jauh berbeza tetapi dia merupakan salah seorang daripada idola saya dalam industri muzik tempatan.

"Tetapi kami memiliki karakter serta pendekatan muzik yang berbeza. Diharap tiada pihak yang menyamakan saya dan dia (Yuna)," -Kamelia. petik mStar

Noniswara dah punya penganti? Imran namanya..

Pelakon cantik, Noniswara mengakui berkawan dengan seorang usahawan, Imran Mohd Nor (kenalan suami kepada pelakon Rabecca Al-Islam iaitu Datuk Nor Azam Sulaiman) namun menolak mereka ada hubungan cinta.

Gosip ini timbul apabila kelibat lelaki berkenaan di dalam laman sosial Instagram milik Noniswara. Bahkan ada sumber menyatakan yang mereka kerap bersama dalam beberapa majlis termasuk di sambutan ulangtahun Noniswara bulan April yang lalu.
"Memang benar hubungan saya dengan Imran rapat tetapi hanya sebagai teman biasa dan bukannya intim seperti mana diperkatakan oleh sesetengah pihak.

"Apa yang mereka lihat menerusi gambar-gambar tersebut hanya salah faham dan terus membuat kesimpulan tanpa mengetahui cerita sebenar,"

"Saya seorang yang minat dalam perniagaan dan ada meminta nasihat Imran tentang selok belok tentang bidang itu dan sekiranya kami keluar bersama pun ia turut ditemani oleh rakan-rakan lain yang pada kebiasaannya hampir sepuluh orang semuanya," -Noniswara. mStar

Hanez Suraya jawab isu 2 tiket kapal terbang

Dengarnya gambar yang menunjukkan 2 tiket penerbangan MAS yang tertera nama Romie Razin Adilha dengan Hanez Suraya sekali lagi menimbulkan kontroversi.

Hanya nama sahaja dapat dilihat yang lain-lain seperti destinasi, tarikh dan masa di kaburkan. Kata Hanez, ada orang menceroboh hak privasi mereka. Yang peliknya, macamana si penyebar boleh dapat gambar tiket itu.

Namun bila ditemui wartawan, Hanez tidak pula menyebut berkaitan lanjut mengenai tiket itu, hanya mahu menyatakan kepada penyebar gambar tiket itu sebagai penyebar fitnah.

Tu la, p la cepat-cepat kahwin, fitnah terhindar, selamat dunia akhirat cik Hanez oi. Ni dialog Hanez dengan wartawan Pacaindera Utusan semalam. -gambar Kartikel.com
Baru-baru ini ada pihak mendedahkan tiket penerbangan yang tertera nama Hanez dan Romie ke satu destinasi kononnya bercuti bersama-sama. Boleh komen?

Ya, saya tahu. Memang ramai wartawan cuba menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan. Tetapi saya ambil langkah berdiam diri. Hak privasi saya telah diganggu kerana penyebaran gambar tiket penerbangan itu. Mereka yang menyebarkannya patut faham akan privasi saya. Dan jangan cuba membuat cerita tanpa usul periksa.

Hanez marah tak dengan tindakan mereka itu?

Cuba beritahu saya siapa yang tak geram jika diperlakukan begitu? Ini soal hak privasi. Mereka sudah mengganggu privasi saya dan membuat cerita yang boleh mendatangkan fitnah.

Mereka cerita tentang keburukan saya padahal mereka sendiri tidak sedar yang mereka sedang menabur fitnah. Semestinya saya bengang dan tidak berpuas hati.

Adakah Hanez khuatir selepas ini Hanez tidak lagi punya privasi untuk ke mana-mana kerana ada pihak yang memerhati?

Ya, sudah tentu. Saya rasa selepas ini segala pergerakan saya sudah terbatas. Malah saya percaya ini boleh mendatangkan bahaya kepada diri saya pada masa akan datang.

Khabarnya Hanez nak ambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan gambar tersebut. Benarkah?

Soal itu saya tak nak komen. Maaf.

Kenapa pula tak nak komen?

Saya telah dinasihatkan oleh peguam agar tidak memberi sebarang kenyataan terhadap perkara ini. Memang ramai yang bertanya tapi saya tidak dibenarkan menjawab berhubung perkara berkenaan.

Saya akan memberi penjelasan lanjut mengenai hal ini. Saya harap semua pihak boleh berikan saya masa sehingga tiba waktu yang sesuai. Saya harap semua orang boleh hormati keputusan saya.

Umie Aida padam semua gambar suami?

Berapa hari yang lalu, ada laporan di Astro Gempak yang menyatakan Datin Umie Aida telah memadam semua gambar suaminya, Datuk Paduka Khairuddin di Instagram milik Umie.

Tidak dipastikan apa sebabnya, namun kalau tak silap, ada khabar angin yang menyatakan memang rumahtangga mereka kini ada masalah.

Sebuah artikel di portal Malaysia Gazzette turut mendakwa masalah rumahtangga dihadapi Umie adalah berpunca dari seorang artis wanita.

Menurut laporan portal itu lagi, Umie dan suaminya kini dikatakan jarang bertegur sapa dan banyak membisu walaupun berada di rumah sendiri.

Buat masa ini belum ada respon dari empunya badan, tunggu dan lihat sahaja la ok.

Ayu Raudhah selamat melahirkan anak (4 gambar)

Ahad, 4 Mei 2014

Tahniah kepada Zaquan Adha dan Ayu Raudhah kerana selamat menimang anak ke-2 mereka pada hari Jumaat lalu sekitar jam 2.15 petang.

Bayi berkenaan berjantina lelaki dengan berat 2.73kg. Nama masih belum dipastikan lagi, yang pasti bayi ini normal dan sihat. :)

30 Gambar pernikahan Misha Omar, Firos

Sabtu, 3 Mei 2014

Misha Omar selamat bergelar isteri kepada pilot MAS, Firos Ezzwan di Hotel Renaissanse, Jumaat. Misha menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas manakala tiada wang hantaran disediakan.

Terdahulu Misha sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari lalu namun ia terpaksa ditangguhkan bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada30 November tahun lalu.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Februari 2012. -gambar mStar | Rotikaya

Style rambut Pekin

Jumaat, 2 Mei 2014

Pelakon Pekin difahamkan telah mengubah style rambutnya yang lebih canggih dan moden gitu. Dikatakan style ala punk ini menjadi trend ketika ini, namun penambahan warna untuk style ini adalah ditahap yang power gila lah katakan.

Namun perubahan pada style rambut Pekin ini bukanlah selamanya, dia hanya untuk berlakon filem Yakuza dan Juvana II. Jadi kepada orang muslim, jangan mencontohi rambut seperti ini diluar sana ok. :)

Julia Zieglar nafi mabuk di Australia

Kecoh beberapa hari lalu, apabila sebuah akhbar tempatan mendakwa ada seorang selebriti tempatan berkacukan Melayu-Inggeris telah mabuk dan menjerit-jerit  di tengah jalan raya dan di dalam restoran di Australia.

Gosip ini telah  menimbulkan spekulasi dan andaian dimana artis berkenaan adalah  Julia Ziegler. Julia yang memetik laman sosialnya, menyangkal itu adalah dirinya, dan mengakui walaupun masih nakal tapi tidak sampai ke tahap mabuk dan menjerit-jerit.

Gambar Nasha Aziz bertudung

Nasha Aziz bertudung ditemui ketika dia dalam proses latihan untuk teater Di Bawah Lindungan Kaabah bermula 9 hinggga 18 Mei ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Baru-baru ini dia ditemui dengan pelakon teater berkenaan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur yang sempat melapangkan dada pergi melihat latihan berkenaan. -gambar RotiKaya.

Emylia Rosneida kini bertudung?

Menurut forum Cari, ada sekeping gambar menunjukan isteri kepada Dato' Ac Mizal, Emylia Rosneida bertudung. Sekaligus membuat andaian yang dia kini sudah bertudung. Tak tahu lah kalau hanya pergi ke majlis ilmu, agama atau kenduri je kan.

Kalau betul berita ini Emylia Rosneida sudah mula bertudung, kami adalah orang patut juga menumpang gembira. :)

Rabecca bergelar Datin?

Dengar khabar suami kepada Rabecca Nur al Islam, Norazam bin Dato' Sulaiman kini bergelar Dato'. Ini lagi bukti gambar Rabecca pergi ke majlis penganugerahan berkenaan oleh KDYMM Sultan Pahang.

Selain ada sumber memberitahu Facebook milik Norazam kini sudah bertukar menjadi 'Dato Norazam'. Secara automatiknya, Rabecca bergelar Datin. Kalau betul, tahniah lah. :)

Sari Yanti tak jadi bercerai?

Khamis, 1 Mei 2014

Pelakon terkenal, Sari Yanti Mohd Nazari tidak jadi bercerai dengan suaminya, Mohd Edy Casmadi Che Hussin selepas aktres berusia 30 tahun itu menfailkan bantahan terhadap dakwaan nusyuz.

Permohonan bantahan yang dibuat oleh Sari Yanti adalah bagi menolak tuntutan kembali taat dan nusyuz yang difailkan suaminya pada 7 Mac lalu di Mahkamah Sri Petaling. Ia telah dibenarkan oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abu Samah menerusi sebutan kes yang berlangsung sebentar tadi di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Sebelum ini, pelakon Kisah Kaisara itu telah menfailkan penceraian pada 25 Februari lalu di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan setelah empat tahun mendirikan rumahtangga iaitu sejak Januari 2009.

Hasil perkongsian hidup Sari Yanti dan Edy Casmadi, mereka dikaruniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2, namun kedua-dua anak itu tinggal bersama Edy Casmadi.