Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Shazleen Shahbi Selamat Lahir Anak Kembar

Khamis, 23 Januari 2014

Tahniah kepada pelakon, Shazleen Shahbi yang selamat melahirkan anak cahaya mata kembar pada 20 Januari lalu sekitar jam 9 pagi di Pusat Perubatan Gleneagles Intan memetik sumber mStar.

Shazleen berkahwin dengan Badrul Hisham Md Isa, pada tahun 2002 dan turut dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Alham Akhyar, 11, Putri Dulillah, 7, dan Putri Doa, 3 tahun.

Lagi Gambar Suami Linda Onn

setelah bergelar suami isteri yang sah, akhirnya Linda Onn berani menampilkan wajah suaminya yang sememangnya hensem giler orangnya, Ungku Azhar. Takpe la, dah jodoh mereka kan, semoga berbahagia lah kehendaknya. :)

Syamsul, Syafiq Disandingkan Bersama-sama

Rabu, 22 Januari 2014

Dengarnya anak kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul (dengan Puteri Sarah) dan Syafiq (dengan Aiesyah) akan disandingkan serentak pada bulan Jun 2014 nanti selepas mereka berdua selamat dinikahkan sebelum bulan itu nanti.

Tambahan lagi memetik portal mStar, majlis berkenaan dikatakan akan diadakan dengan keadaan sederhana untuk mengelakkan pembaziran dan melakukan dua kali majlis.
"Setelah berbincang, kami bersetuju untuk mengadakan sebuah majlis sahaja melibatkan perkahwinan Syamsul dan adiknya Syafiq. Itu pun cukuplah sekadar secara sederhana agar tidak membazir.

“Bagaimanapun hasrat ini belum dibincangkan lagi dengan Syamsul,” -Datuk Yusof

Pakaian Ketat Yuna Dapat Kecaman

Baru-baru ini penyanyi terkenal,Yuna telah dikecam hebat oleh pengikutnya di laman sosial Facebook miliknya. Disebabkan Yuna memuatnaik gambar photoshot dirinya dengan berpakain ketat aka lagging.

Ramai yang telah memberikan komen tak kurang juga positif (membina) dan juga negatif (cacian) terhadap penyanyi tersebut.  Mungkin dah budaya fesyen di Amerika Syarikat , tapi kan bagus kalau Yuna bawa fesyen dari Malaysia ke sana, boleh juga promosi budaya Malaysia kan. :)

Miera Liyana Menyeksi Lagi

Miera Liyana kali ini tampil dengan fesyen seksi di dalam sebuah majalah tempatan. Memang tak mencerminkan budaya rakyat Malaysia apabila mengambil gambar. Sepatutnya Miera Liyana yang juga orang Melayu dan beragama Islam tahu adap dan akhlak berpakaian. Hmm. Harap-harap Miera Liyana berubah satu hari nanti. -gambar Forum Cari

Gambar Kekasih Saida Tarudin?

Dengarnya kakak kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza iaitu Saida Tarudin, 38 tahun, yang berstatus janda kini sedang mengenali seseorang lelaki yang juga berstatus duda.

Nama lelaki itu adalah Apit dan berusia 34 tahun dan hubungan perkenalan mereka sekarang dah dua tahun menurut sumber memetik portal GUA. Namun Saida belum terfikir untuk berkahwin dan hanya mahu berserah kepada Allah soal jodoh, namun kini dia hanya memfokuskan anaknya yang mahu mengambil SPM tahun ini.

Tahniah! Ustaz Don Timah Cahaya Mata Sulung

Selasa, 21 Januari 2014

Tahniah kepada pendakwah dan personaliti TV, Don Daniyal yang difahamkan isterinya, Husna telah selamat melahirkan anak sulung mereka kira-kira semalam jam 10.25pm.

Anak itu dikatakan seberat 3.5 kilogram yang disahkan lagi oleh Don di laman Facebook miliknya. Dia dan isteri sekarang berada di Mesir atas urusan menyambungkan pengajian dan akan pulang ke tanah air pada hujung bulan ini.
"Assalamualaikum semua... Alhamdulillah.

"Bayi selamat dilahirkan pada jam 4.25 petang (di) sini (yang sama) 10.25 malam di Malaysia.

"Normal dan sihat...Alhamdulillah... 3.5 kilogram," -Don

Anak-anak Raja Azura Belum Tahu Sudah Bercerai

Memang tak disangka apabila mendapat tahu yang anak-anak kepada Raja Azura dengan bekas suaminya Adzmin Tan Sri Osman tidak mengetahui status mereka yang sudah bercerai sejak September 2010 yang lalu.

Hubungan Azura dengan Adzmin seperti biasa sahaja melayan anak-anak mereka. Memetik portal Kosmo!, Azura mengakui dia belum bersedia memberitahu 3 orang anaknya kerana mereka belum lagi sampai tahap matang.
“Bagi saya, mereka belum cukup matang untuk mengetahui tentang kegagalan hubungan saya bersama suami. Bila sudah sampai masa baru saya akan memberitahu mereka.”

“Tujuan saya berbuat demikian adalah supaya tiada masalah berlaku antara saya, bekas suami dan anak-anak saya, Megat Muhammad Raziq (12 tahun), Megat Luqman Haqiim, (11 tahun), Puteri Mia Maizura (8 tahun).

“Sejujurnya, saya melarang anak-anak membaca surat khabar dan majalah. Di rumah pula, mereka tidak boleh melayari internet (untuk elak diketahui). Lagipun, jadual harian mereka sudah cukup terisi dengan aktiviti-aktiviti yang telah ditentukan oleh saya.” -Azura

Isteri Ally Iskandar Hamil Kali ke-2

Tahniah lah diatas perkhabaran dimana pengacara, Ally Iskandar punya isteri, Farah Lee telah berbadan dua. Berita baik ini disampiakan oleh Ally sendiri melalui laman sosial Facebook miliknya.

Farah Lee kini hamil dengan usia kehamilannya mencecah 12 minggu atau 3 bulan. Setelah menunggu 2 tahun berumahtangga (20/1/2012) akhirnya tak lama lagi mereka bakal bergelar ayah dan ibu.
"Ini kandungan kedua selepas keguguran pada 15 April 2013," -Ally

Almy Nadia Sudah Pergi Kursus Kahwin?

Dengarnya pelakon Almy Nadia sudah menghadiri kurus perkahwinan baru-baru ini, memetik sumber portal forum Cari, dia pergi keseorangan tanpa kelibat kekasihnya Fizz Fairuz untuk bersama-sama.

Mungkin Fizz dah pergi kot kursus berkenaan sebab tragedinya bertunang dengan isteri orang tempoh hari dan akhirnya bertaut kembali dengan Almy.

Wah macam tak lama lagi kan rasanya mereka berdua nak mendirikan rumahtangga. Baguslah juga tu, kalau nak kahwin cepat-cepat, dapat menghilangkan fitnah orang ramai kan.

Gambar Anak Nabil Ahmad Januari 2014

Isnin, 20 Januari 2014


Rasanya dah masuk setahun lebih usia anak Nabil Ahmad, Naira Mikayl. Memang comel sangat anak dia ni, bapa dia pula sekarang tengah berjuang di Maharaja Lawak Mega. Apa-apa pun semoga bahagia lah ye.

Zizan, Emma Bercumbuan dalam Kapal Terbang?

Dengarnya pasangan 'kekasih', Zizan Razak dan Emma Maembong bercumbu-cumbuan di dalam kapal terbang. Berita ini memetik daripada portal Utusan baru-baru ini yang mendakwa mereka berbuat demikian.

Ada sumber yang menyatakan terlihat gelagat pasangan ini sedang bercumubuan ketika perjalanan ke Los Angeles, USA beberapa lama dahulu.
“Menurut teman Miss J itu, Zizan yang duduk bersebelahan Emma dalam kapal terbang tanpa segan silu bercumbuan. Tak kiralah, cium pipi juga salah satu aksi bercumbuan bukan?”

“Sekarang ini alasan apa lagi yang Zizan nak guna kalau banyak mata yang nampak perbuatan tu? Itulah, bila ditanya, mati-mati tak mengaku bercinta. Baik Zizan atau Emma, dua-dua pun sama tak nak mengaku — habis itu, cium-cium itu sebab sayang sebagai kawanlah?” -utusan
Kalau betul atau salah dakwaan diatas ni, memang selayaknya kedua-duanya tampil untuk memberikan sebarang penjelasan, kalau boleh percepatkan kahwin, rasanya Zizan dah cukup mampu dah untuk kahwin, sponsor kahwin pon tengah tunggu giliran..

Gambar Anak Michelle Melodi Seusia Sebulan

Pengacara aka wartawan terkenal Melodi dan isteri kepada Tengku Naharuddin, Michelle Wee sudah selamat melahirkan cahaya mata sulung berjantina lelaki pada bulan Disember yang lalu, mungkin sekarang usianya dah sebulan.

Dan mereka telah memuatnaik gambar yang sudah diedit sebelum dan selepas bersalin pada bulan Januari ini kedalam laman sosial instagram. Michelle dan Tengku dinikahkan pada 20 November 2011. Tahniah diucapkan.

Gambar Scan Kandungan Scha al Yahya

Cerita yang isteri Awal Ashaari, Scha Al Yahya hamil atau berbadan dua kini sudah terbukti benar, Scha baru-baru ini telah memuatnaik gambar scan anak kandungannya itu ke dalam laman sosial Instagram miliknya. Jadi tahniah lah kan diucapkan semoga Scha mampu menjaga kandungnnya itu sehingga melahirkan nanti. :)
Salam Jumaat, Syukur Alhamdulillah we are happy to announce that we're expecting our first baby, InshaAllah. Reaching my second trimester now. We feel blessed with this rezeki. Berbanyak terima kasih kepada semua yg selalu mendoakan dan semoga semuanya berjalan dengan lancar, Amin! #schawal

Zed Zaidi Ketika 21 Tahun

Ni lah gambar Zed Zaidi ketika berusia 21 tahun. memang di waktu remaja la katakan, dengan gayanya yang tersendiri. Menampakkan Zed kelihatan matang dan begitu hensem sekali. Mungkin untuk drama bersiri Sembilu Kasih yang hot ketika itu.

Lelaki Menyamar Sebagai Rozita Che Wan untuk...

Sabtu, 18 Januari 2014

“Saya buat laporan polis bagi membersihkan nama saya dan bagi menghalang lelaki itu daripada terus menipu orang lain pula,”
kata pelakon Rozita Che Wan mengenai seorang lelaki menyamar sebagai dirinya dan memperdaya pereka fesyen sehingga kerugian RM19,000.

Rozita, 40, yang mendakwa kenal identiti individu di sebalik perbuatan itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya jam 7.30 malam pada 16 Januari.

Menurutnya, kegiatan penipuan individu itu sampai ke pengetahuannya selepas seorang pereka fesyen memintanya bayaran RM19,000 melalui akaun Instagram baru-baru ini untuk bayaran 70 pasang baju pengantin.

Rozita yang mesra dengan panggilan Che Ta berkata, pereka fesyen itu memberitahu menerima tempahan baju pengantin daripadanya untuk majlis persandingannya di Kedah.
“Padahal saya tak buat pun majlis bersanding di Kedah. Saya percaya lelaki penipu itu menggodam akaun Instagram saya dan menyamar sebagai saya untuk membuat tempahan dengan pereka fesyen terbabit. -HarianMetro

Gambar Ulang Tahun ke-35 Siti Nurhaliza

Baru-baru ni Datuk Siti Nurhaliza dan ahli keluarganya telah menyambut ulang tahun dirinya ke-35. Dengan suasana meriah, sebuah kek besar telah disediakan untuk majlis berkenaan. Fasha Sandha dan suami, Nabil Ahmad dan Fara Fauzana antara tetamu selebriti yang hadir.

Azwan Ali Bersama-sama Anak Yatim Bakti

Jumaat, 17 Januari 2014

Pada hari suci Mualud Nabi yang lalu, Azwan Ali telah meraihkan hari berkenaan di rumah anak-anak yatim Bakti. Dia pergi berseorangan untuk bersama-sama anak-anak yatim disana beramah mesra.

Memang kalau dilihatkan Azwan Ali seorang yang happening dan sukakan kanak-kanak, tapi itulah persepsi masyarakat, masih sukar menerima kehadiran Azwan Ali dimata mereka. Apa-apa pun tahniah Azwan, buatlah apa yang terbaik dan patut, semoga Allah memberkati anda.

Syamsul Yusof Beli Rumah RM1 Juta Persedian Selepas Kahwin

Syamsul Yusof yang selamat merisik Puteri Sarah Liyana minggu ini adalah sesuatu yang memeranjatkan apatah lagi, mereka jarang digosipkan bersama.

Namun dalam persediaan menempuhi alam rumahtangga yang dijadualkan bulan depan, Syamsul dikhabarkan telah membeli sebuah rumah berharga RM1 juta.

Inilah salah satu kebaikan yang ada pada Syamsul, sudah bersedia sepenuhnya berumahtangga dengan kelengkapan tertentu dan paling menariknya, tidak melengahkan waktu perkahwinan.

Biasalah, jutawan muda yang semua orang dah tahu. Ayahnya, Datuk Yusof Haslam pula tidak tahu menahu mengenai pembelian rumah itu, namun berharap apa yang Syamsul lakukan adalah yang terbaik untuk dirinya, rumahtangganya serta masa depannya kelak.
"Tentang rumah itu, lebih baik tanya kepada dia sendirilah. Bagaimanapun, pada saya tidak salah kalau dia mahu ada aset sendiri, rumah dan kereta sendiri untuk masa depannya. Sebelum berkeluarga sendiri, dia sudah ada itu semua, jadi itu akan memberi manafaat kepada dirinya dan bakal isteri, serta anak-anak mereka kelak,"

"Saya memang mengalakkan anak-anak supaya menyimpan, buat aset sedari muda. Ia bukan untuk saya dan isteri, tetapi untuk mereka sendiri kerana selepas ini, merekalah yang akan meneruskan kehidupan dengan keluarga masing-masing.

"Saya dan isteri sudah tua, sampai masa kami akan pergi menghadap Illahi. Mereka akan tinggal dan meneruskan legasi kami. Saya harap selepas ini mereka akan meneruskan apa juga perkara baik yang pernah kami suami isteri lakukan," -Yusof Haslam. Utusan

Aidil Akui Tidak Bayar Rumah Sewa RM3000

Kes nafkah diantara Aidil Zafuan dengan bekas isterinya, Rita Rudaini disebut semula semalam. Menurut portal SinarHarian, Aidil dikhabarkan mengakui yang dia tdak pernah menjelaskan bayaran rumah sewa di Kota Damansara berjumlah RM3000 sejak keluar rumahnya itu kalau tidak silap bulan Januari 2012.

Semenjak itu, Rita yang menjelaskan bayaran sewa rumah selama 18 bulan. Namun Aidil masih memberikan nafkah kepada anak-anak mereka.

Aidil juga tidak mahu kalah, apabila akui dia mengajak Rita tinggal bersama di rumah yang disponsor oleh majikan Aidil di USJ 1, Subang Jaya, dan Rita dikhabarkan menolak pelawaan itu di sebabkan rumah itu bukan kelamin mereka.
“Biasanya, saya hanya beli satu pek lampin pakai buang anak jika habis. Begitu juga dengan susu,”

“Saya membayar RM2,000 untuk ansuran bulanan kereta BMW 3 Series dan RM1,000 bagi motosikal berkuasa tinggi berjenama Ducati Monster,

“Ketika berkhidmat dengan pasukan Negeri Sembilan pada 2011, saya menerima pendapatan RM8,000 sahaja,”(pendapatan bersih RM12,000 pula untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2012).

“Adakalanya lebih daripada itu kerana bonus akan diberikan jika memenangi perlawanan,” -Aidil

Jaafar Onn, Hafiz Hamidun Sindir Menyindir

Pelik dan jarang berlaku apabila dua selebriti yang jarang bertemu bersama menyindir antara satu sama lain, Jaafar Onn yang menyndir Hafiz Hamidun di dalam laman sosial masing-masing.

Dengarnya Jaafar dulu yang mulakan apa dia didakwa Hafiz menyindir lagu klip video terbaru Hafiz yang berjudul 'Jodoh Berdua'. Dan Hafiz juga menyentap dengan ditujukan soalan berdesing dengan 'nada lembut' di dalam laman sosialnya.

Memang tak disangka kan. Tapi itulah, diharap tidak berlanjutan. -gambar MediaHiburan

Gambar Percutian Diana Amir, Suami

Khamis, 16 Januari 2014

Baru-baru ni Diana Amir dengan suaminya telah bersiar-siar di peranginan tinggi, Cameron Highland. Dia dan suami pergi melawat kebun-kebun bunga serta teh yang ada di sana.