Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Majlis Pertunangan Anak Aziz M. Osman

Isnin, 25 November 2013

Dikhabarkan yang anak kepada pengarah Aziz M. Osman iaitu Puteri Nurul Fateha, 24, (kalau tidak silap anak kepada isteri pertama Aziz iaitu Sri) sudah bertunang baru-baru ini.

Kelihatan juga Aziz M. Osman sendiri bergambar dengan anaknya itu. Apa-apa pun tahniah.

Amyza Aznan Keguguran Anak ke-4

Beberapa hari yang lalu, dikhabarkan memetik portal MediaHiburan yang Amyza Aznan mengalami musibah dimana dia mengalami keguguran kandungannya yang difahamkan berusia 2 bulan yang juga anak ke-4 Amyza.

Kilafairy, Hardy Hartono Bercuti Ke HK? Aksi Cium?

Ahad, 24 November 2013

Menurut laman forum Cari, pelakon Kilafairy kelihatan berada di KLIA bersama dengan seorang artis dari Negara seberang, Indonesia iaitu Hardy Hartono.

Mengikut laman forum itu lagi, keadaan sepertinya kantoi apabila ada orang yang cuba mengambil gambar mereka berdua terutama Hardy yang tergesa-gesa mencari tempat persembunyian.

Tambahan lagi, perjalanan mereka itu ke Hong Kong. Sumber ini juga mendakwa mereka saling bercium pipi ketika perjalanan Flight ke sana.

Zed Zaidi Bukan Presiden Seniman Lagi

Jumaat, 22 November 2013

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam akhirnya memutuskan Mesyuarat Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kali ke-14 yang diadakan pada 25 Mei tahun lalu adalah tidak sah dan terbatal.

Keputusan ini sekali gus menyebabkan mesyuarat agung persatuan itu terpaksa diadakan semula dalam tempoh dua bulan bermula dari tarikh semalam.

Video Ika Nabella Pakai Botox

Ika Nabella ni memang nampak ok je pada zahirnya, namun kadang-kadang agak pelik juga jadinya. Apa taknya, memuatnaik video kat Keek, menjadikan orang sepertinya berfikiran samaada dia menggunakan botox betul atau tidak.

Membuat mimik muka seakan-akan memakai botox, ramai beranggapan dia memang memakainya. Wallahualam lah kalau dia pakai, tapi kalau nak populariti lagi up, memang botox lah jalan segeranya. Harap Ika tak menggunakannya lah k dan mukannya itu semulajadi gitu sebab berbakat. :)

Villa Nabila Akan Difilemkan

Difahamkan penerbit MiG, David Teo dalam satu kenyataannya baru-baru ini akan membuat satu filem dokumentari berjudul Villa Nabila, sebuah kediaman mistik yang terletak di Danga Bay.

Ini berikutan beberapa kes pelik yang berlaku beberapa hari lalu yang menjadi bualan hangat di seluruh negara mengenai kes seorang lelaki hilang ketika memasuki rumah berkenaan dengan rakan-rakannya dan akhirnya ditemui di rumah rakannya.

Jep, Rahim Terlibat Kemalangan Jalan Raya

Difahamkan Jep Sepahtu dengan Rahim Raja Lawak terlibat dengan satu kemalangan kecil jalan raya baru-baru ini. Kereta yang mereka naiki model Exora telah remuk dibahagian hadapannya.

Namun mereka berdua tidak mengalami apa-apa kecederaan serius dan sempat bergambar bersama dengan keadaan kereta berkenaan.

Ella Nafi Hamil Cuma Kena Penyakit....

Adeh ni la kenyataan akhir yang dibuat Ella setelah berita daripada blogger-blogger yang menyatakan yang dia telah hamil/mengandung.

Semalam Ella menyatakan yang dia menafikan yang dirinya hamil. Namun mengalamai radang apendiks dan telah menjalani rawatan di Hospital Ampang Puteri memetik sumber mStar.
"Saya ada dengar juga orang kata saya sedang hamil, tetapi sebenarnya tidak. Tetapi saya menjalani pembedahan membuang apendiks baru-baru ini. Mungkin orang salah faham tentang perkara itu," -Ella
Namun Ella masih mengharapkan dia dan suami menimang anak secepat mungkin. Takpe la, harap Ella sembuh dengan segera dan hamil juga dengan kehendak Allah. :)

Gambar Fasha Sandha, Rayqal, Rayfal ke USS Singapore

Khamis, 21 November 2013

Hujung minggu yang lalu, Fasha Sandha, Putra Rayfal, suami serta keluarganya dan juga anak Nora Danish, Rayqal telah pergi ke USS Sinagpura untuk bercuti-cuti. Memang happening sungguh keluarga ni. Jom lihat kecomelan dua anak kecil tu. Hehe.

Amy Search Akui Dirinya Muflis

Akhirnya memetik sumber mStar semalam, Amy Search mengakui dirinya telah muflis akibat dianiya oleh kawan sendiri. Amy enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, dan mahu mengheret kawannya itu ke muka pengadilan.

Kes muflis itu bermula apabila Amy gagal membayar balik jumlah hutang bagi menjayakan konsert jelajah Di Awan Biru pada tahun 2009 yang lalu.

Gambar Seksi Julia Ziegler?

Bila lah agaknya Julia Ziegler nak kahwin dan menjadi isteri kepada orang ni. Belum ada bunga-bunga lagi menceritakan dia bercinta bahkan bergambar dengan kekasihnya langsung tidak kelihatan. Takpe lah, kita doakan agar jodoh dia dekat ok.

Ini gambar terkini Julia yang dikatakan agak seksi sedikit oleh sebuah blogger. Seksi part mana, yang tu admin tak perasan pula. Sesiapa mata tajam tu, boleh nyatakan kat bawah ni ek. hekhek.











Gambar Baby Shower Nana Mahazan Anak Ke-2

Nana Mahazan dalam diam sudah hamil anak ke2, tak tahu pula admin. Namun berita kehamilan Nana ini rasanya sudah ramai orang tahu. Dan kalau tidak silap usia kandungannya baru berusia 5 bulan.

Namun seperti biasa, Baby Shower adalah satu acara yang sudah penting buat masa kini bagi mereka yang hamil. Nana juga tidak ketinggalan untuk melakukannya baru-baru ini dengan suaminya, Brian.

Gambar Sesi Photographi Betty Benafe Mengandung

Usia kandungan anak yang dihamil oleh Betty Benafe kini sudah mencecah 8 bulan. Bersempena 8 bulan itu lah, minggu lalu dia dengan suaminya, Bruce Dargus telah mengambil photographi untuk mengabadikan sesi Betty hamil anak pertama mereka. -Facebook sazastudio

RM100,000 Untuk Ibu Ayah - Faizul AF

Rabu, 20 November 2013

Ni lah anak mithali katakan. Juara AF2013, Faizul telah membuat satu kejutan dimana wang hadiah bernilai RM100,000 yang dimenanginya itu akan diberikan kepada kedua orang tuanya.

Niatnya sungguh murni sekali taktala sebelum masuk ke dalam gelanggang AF lagi dia sudah menanamkan impian sedemikian bahkan tidak terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi juara, cuma niatnya untuk membantu keluarganya yang tersayang.

13 Gambar Akikah Anak Faizal Ismail

Bersempena dengan tamatnya kerjaya Faizal Ismail di Hot FM minggu lalu, hari ahad yang lepas dia dan keluargannya telah mengadakan satu majlis akikah untuk anaknya yang ke-3, Khayla Nur iman yang kini berusia nak masuk 3 bulan. -gammbar Chozen Photowork

Kereta Dipecah, Tukar Plat Nombor - Nabil Ahmad

Gara-gara kereta milik Nabil Ahmad dipecah masuk pada hari Isnin yang lalu, kini Nabil telah menukar nombor pendaftaran plat keretanya itu kerana risau sekali lagi menjadi sasaran penjenayah.

Kejadian itu difahamkan ketika Nabil, isteri dan anaknya sudah selesai makan malam aka diner di salah sebuah restoran dekat Sungai Buloh. Dan didapati cermin kereta berkenaan pecah.

Antara barangan yang hilang adalah kad pengenalan dan beg galas yang diisi baju sukan.

Menurut portal mStar, nombor kereta yang ditukarnya itu adalah model Mitsubishi Lancer Evo 10.

Gambar Sekitar Malam Berinai, Pernikahan Riz Amin

Memetik portal MediaHiburan, Pelakon Riz Amin sudah selamat menjadi suami aka dinikahkan dengan pasangannya Sharifah Fazlina awal pagi Jumaat lalu bertempat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Jelutong.

Mas kahwin bagi majlis bermakna itu dari Riz adalah jongkong emas berharga RM5,000, wang hantaran pula RM10,000 diiringi dengan 7 dulang barang hantaran. Manakala Sharifah membalasnya dengan 9 dulang.

Azean Irdawaty Masuk Hospital Lagi

Azean Irdawaty sekali lagi dimasukkan ke hospital kira-kira pukul 11 malam, Isnin lalu. Anak sulungnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim memberitahu keadaan ibunya tidak membimbangkan
"Keadaan mama stabil dan masih mendapat rawatan doktor. Mama bukan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Mama memang seorang yang tabah dan saya harap dia cepat keluar dari hospital. Harapkan doa daripada mereka yang mengenali mama," -Benjy
Azean sebelum ini sering keluar masuk hospital kerana penyakit tumor yang dihidapinya dan sehingga kini masih memerlukan rawatan. -Utusan

Gambar Rambut Fesyen Terkini Norish Karman

Selasa, 19 November 2013

Rambut terkini Nora Danish seperti remaja pula ke nampak seperti lelaki. hehe. Mana taknya potongannya di sebelah tepi nampak nipis seperti lelaki punya style. Atas masih banyak rambut pula.

Cantik ke tak, korang nak test buat macam ni, silakan lah, mana tahu secocok dengan rambut korang. Hehe.

Suami Bertatu? Nadiya Nisaa Enggan Komen!

Zubir sekali lagi membua satu artikel panas dan pedas pada sisipan hujung minggu yang lalu. Beritanya adalah apabila mendakwa menerima beberapa foto yang didakwa suami kepada Nadiya Nisaa memakai tatuu di kedua-dua lengannya.

Sepertinya jelas kelihatan tatuu berkenaan, namun wajahnya terpaksa di blerr kan untuk apa, tidak tahu pula. Namun Nadiya yang dihubungi oleh Zubir sendiri, enggan mengulas lanjut mengenainya dan mahu diabaikan segera.

Yang peliknya, Nadiya enggan ulas gambar itu, tetapi enggan menafikannya pula. hoho

Indah AF Terima Hadiah Dari Arja Lee, Isunya....

Hari Ahad yang lalu, Faizul telah mencipta namanya sebagai juara program realiti tv, Akademi Fantasia 2013 dengan mengalahkan beberapa lagi peserta/pelajar yang lain.

Namun apa yang menjadi ceritanya di sini adalah memetik portal Murai, yang jadi ceritanya adalah pemenang tempat ke-4, Indah. Indah dikatakan sangat gembira pada majlis parti AF2013 semalam sambil memegang hadiah teddy bear.

Gambar Pra Perkahwinan Farawahida

Gambar dibawah adalah gambar pra-perkahwinan penyanyi, Farawahida yang berkonsepkan kebaya Melayu serta gaun moden daripada perekany Butik Nasha dan photographi dari Empayar Che Det.

Gambar ini membuktikan dan mengukuhkan lagi dakwaan yang dia akan berkahwin pada bulan Disember 2013 nanti. Sayangnya gambar dengan bakal suami tidak disertakan. :(