Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fasha Pantau Keselamatan Anak Pakai Handphone!

Khamis, 11 Julai 2013


Zaman sekarang kalau dah berteknologi tinggi keselamatan juga harus diutamakan, lebih-lebih lagi jika melihat keselamatan anak di rumah dimana orang tuanya pergi kerja.

Fasha Sandha tidak ketinggalan untuk menggunakan teknologi ini dengan memerhatikan keselamatan putera sulungnya, Putra Rayfal melalui handphone miliknya. Kerana bimbang keselamatan anaknya jika dia berada di saloon mahupun set pengambaraan.

Ianya seterusnya disambungkan melalui kamera keselamatan CCTV berteknologi tinggi dengan kelajuan internet yang tinggi.

“Saya akan memantau keadaan anak melalui telefon bimbit. Tidak senang jika tak melihat sendiri keadaan anak di rumah. Setiap setengah jam saya akan memeriksa keadaan anak,” ujar fasha yang dipetik daripada Astro Awani.

Gambar Ulang Tahun Anak Rita Rudaini

Rabu, 10 Julai 2013

Walaupun masih lagi dalam prosiding mahkamah berkaitan dengan kes Rita Rudaini dengan Aidil Zafuan namun anak-anak mereka sedikit sebanyak terpancar kebahagian apatah lagi Rita yang kini mengasuh mereka.

2 anak Rita dan Aidil Airit Rayyan Rizqin yang sulung manakala Airit Rafqa Arjuna yang bongsu baru-baru ini menyambut ulang tahun mereka, tak pasti yang mana satu, tapi apa-apa pun semoga berbahagia dan panjang umur.  -Instagram Rita Rudaini

Gambar Azza Elite Terkini

Di awal bulan Ramadan ini, baik dan baguslah kalau kita melihat yang indah-indah, sejuk di hati. Azza Elite yang sudah sedia maklum kini bertudung tetap aktif dalam aktiviti sehariannya seperti berlakon dan dengan promosi produknya. Dia dan suaminya kini cukup bahagia walaupun masih belum ada rezeki anak dari zuriat mereka. Apa-apa pun semoga terus sukses dan berbahagia di bulan Ramadan ini.

Akim Mahu Merisik Stacy!!

Wah dengar cerita yang Akim anak kelahiran Johor dengan Stacy anak jati Sabahan ada menjalinkan satu hubungan istimewa, tidak tahu kesahihan cerita ini secara dalamanya, tapi semalam BeritaHarian ada mengupas yang Akim akan merisik bila menjelma AidilFitri nanti.

Khabar itu rupanya gurauan dari Akim yang menyatakan dia dan Stacy hanya tidak lebih dari seorang kawan. Namun tidak menolak jika Stacy adalah jodohnya.
“Memang saya pernah berkunjung ke rumah keluarga Stacy di Sabah, manakala pada Hari Raya tahun lalu Stacy meluangkan masa menziarah keluarga saya di Johor. Insya-Allah jika tiada aral melintang mungkin kami akan beraya bersama tahun ini. Mana tahu kunjungan kali ini menjadi acara merisik pula?”

“Saya mengaku senang berkawan dengannya, malah hubungan dengan keluarganya juga baik. Saya suka dengan keluarga Stacy kerana mereka melayan saya dengan baik. Begitu juga saya suka dengan budaya masyarakat Sabah.

“Keluarga saya juga tiada masalah dengan Stacy. Seandainya ditakdirkan ada jodoh antara kami, saya tidak menolak kerana soal jodoh pertemuan, ajal maut bukan kuasa kita,” -Akim

Gambar Resepsi Pelakon, Hani dan Shamsul

Pelakon Roda-roda Kuala Lumpur, Hani Nur Zara telah bernikah dengan suaminya Shamsul pada 1 Julai yang lalu. Kini pada hari Sabtu yang lalu iaitu, 6 Julai telah berlangsung majlis resepsi di kediaman rumah Dato' Hattan iaitu abang kepada suami Hani yang terletak sekitar Sri Menanti, Negeri Sembilan. Tidak ketinggalan bos besar, Datuk Yusof Haslam turut hadir bersama memeriahkan majlis. -gambar REDphotography



Gambar Diana Danille Bersama Anaknya

Pada 2 Julai yang lalu, Diana Danielle telah mengemparkan pemerhati hiburan tempatan dengan melahirkan anak sulung di Australia bersama-sama dengan suaminya, Farid Kamil. Namun banyak spikulasi yang timbul dengan cerita kelahiran anak sulung berkenaan.

Kali ini tanpa menghiraukan lagi spikulasi itu, Diana sempat meyelitkan sekeping foto bersama anaknya itu semalam di Instagram miliknya. Dan pastinya pasangan suami isteri ini ceria dengan kehadiran cahaya mata di bulan Ramadan yang pertama mereka bergelar suami isteri.

Gambar Neelofa Yang Terkini

Selasa, 9 Julai 2013

Cantik sungguh melihat Neelofa ni kan. Pelakon yang manis pastinya mendapat ramai perhatian, lagi pula Neelofa jarang dikaitkan gosip panas dan sensasi. Baguslah macam itu. Harap dapat dikekalkan dengan kelas dan status yang tersediri.

Gambar Terkini Anak Sari Yanti Edisi Julai

Dah besar panjang dah dua anak Sari Yanti, Barr al Aliy dan yang bongsu, Basit al Haq. Untung la Sari ni kan, dapat dua anak yang comel-comel, sat lagi nak masuk Ramadan mesti seronok berbuka bersama anak-anak dan juga suami. -Instagram Sari Yanti


Gambar Anak Ayu, Zaquan Edisi Julai

Ini adalah gambar terkini anak kepada pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha dan juga adik kepada Rozita Che Wan yang juga seorang pelakon, Ayu Raudhah yang terkini, Muhammad Aisy Qaiser. Usianya kini dah 3 bulan lebih dan untuk edisi Julai ini Zaquan sempat memuatnaik gambar anaknya ini ke dalam laman sosial Instagram miliknya. -Instagram zaqone_08

Gambar Raja Ema Terkini, Wajah dan Album!

Ada dua berita penting yang mahu disampaikan disini mengenai penyanyi popular era 90-an, Raja Ema. Yang pertama baru-baru ini dia memberitahu yang rahsia awet mudanya adalah disebabkan dia menjalani raawatan Kosmetik yang dinamakan 'thread lift' untuk mengegangkan kulit wajah. Bukan botox, suntik dan bagai lagi.

Dan yang kedua, setelah lama menyepi akhirnya Raja Ema mengeluarkan album single terbarunya yang berjudul, Wanai Hatiku. Ha tu je lah yang terbaru dari Raja Ema, walaupun kini usianya sudah 45 tahun, namun bisanya masih lagi ada.-sumber Murai


Rozita Che Wan Nafi Jadi Queen Control Zain

Kisah cinta diantara Rozita Che Wan/Che ta dan Zain Saidin dikatakan kini memetik portal mSrar yang ada segelintir pihak yang mengatakan Che Ta bersikap 'queen control' terhadap Zain.

Dengan menambah lagi ada mata-mata yang melihat reaksi menganggu Zain seperti 'calling', 'sms' ketika Zain sedang berada di set pengambaran.

Namun bagi Che Ta, dia menganggap gosip itu karut.
"Cerita berkenaan mengarut dan tiada asas malah kami sangat profesional dengan kerjaya kami.

"Tidak wujud istilah saya mengawal pergerakannya atau mengganggunya ketika dia sedang bekerja,

"Saya dan Zain sibuk dengan pelbagai perkara dan tidak mahu layan perkara-perkara remeh seperti ini," - Rozita Che Wan.

Gambar Anak Redza Minhat Terkini

Isnin, 8 Julai 2013

Anak pelakon, Redza Minhat kini dah berusia setahun lebih. Di lahirkan pada bulan Mac 2012 yang lalu, anak lelaki Redza bernama Ali merupakan anak sulung diantara Redza dan isterinya, Aidira Khaidir yang berkahwin pada bulan Julai 2011. Anak Redza memang comel dan begitu cute.



Gambar Diana Amir Bertudung Terkini

Cantik sungguh melihat Diana Amir bertudung, apatah lagi kalau dia memperagakan fesyen terkini dan terbaru model tudung.

Dengan kesempatan itu, Diana sempat memperagakan hasil tudung dari pereka fesyen terkenal, Melinda Looi -Facebook- dimana terdapat edisi menarik untuk bulan Ramadan ini seterusnya untuk digunakan pada Hari Raya nanti.

Nah tengok lah mana tahu anda ada yang berkenaan.

Gambar Gembiranya Abby Abadi Dengan Anak Memey


Bukan main suka dan gembira betul kalau melihat Abby Abadi bertemu dengan anak kepada Memey Suhaiza ni, Darwizsz.

Tapi baguslah juga kan melihat keikhlasan Abby menyayangi anak Memey, akhirnya dendam dia dah terkubur dan kini cukup bahagia walaupun sudah berpisah dengan Norman Hakim.




Tahniah! Nurul Wahab Umum Dapat Anak Jantina Lelaki

Wah dah semakin lama usia kandungan anak Nurul Wahab sudah hampir 6 bulan setengah nak masuk 7 bulan tak lama lagi. Dan yang paling manis lagi, beliau dan suaminya, Eric Depp menyampaikan berita gembira semalam memetik portal Utusan yang jantina anaknya adalah lelaki.

Dan akan dijadualkan bersalin pada 15 Oktober 2013 nanti.
"Alhamdulillah, sewaktu saya pergi melakukan imbasan untuk mengetahui jantina bayi dua minggu lalu, doktor mengesahkan bayi yang saya kandung adalah lelaki.

"Saya gembira sangat kerana bakal dapat anak lelaki, lagipun Ayu Nazirah (anak) memang nak adik lelaki. Harap saya dan bayi sihat sehingga bersalin nanti," -Nurul Wahab

Gambar Shila Amzah Pelancaran Album Baru

Baru-baru ini berlangsung majlis perasmian album terbaru dari Shila Amzah. Album terbaru ini diterbitkan oleh syarikat ayahnya sendiri, ND Lala, Shila Amzah Entertainment Berhad yang baru berusia setahun.

Album baru ini kemungkinan akan berada dipasaran bulan Ramadan ini. Jadi kepada peminat setia Shila, jangan dok follow kat Twitter dan Instagram jew, sikit-sikit support beli album Shila ni ok.

antara lagu yang ada adalah Sedar, Masih Aku Cinta, Cinta Hati, Tulus, Maaf, Patah Seribu dan Xia Yi Bu (Patah Seribu versi Mandarin). -gambar Budiey

Gambar Sejati Dua Sahabat, Umie & Erra

Ahad, 7 Julai 2013

Babak-babak sedih ini di rakam oleh Datin Paduka Umie Aida dengan kawan sejatinya, Erra Fazira ketika menjalani aktiviti hujung minggu semalam. Tak dapat dipastikan apa dialog diantara mereka berdua, kemungkinan motor Erra kot ada masalah, nampak sahaja dua sahabat ini memang sejati, naik motor Umie Aida pon bersama-sama, nampak gembira sokmo gitu. -Facebook Umie Aida




Syukurlah, Ummi Nazeera Dah Bertudung

Sabtu, 6 Julai 2013


Wah tak disangka, Ummi Nazeera kini dah bertudung. Berita baik ini disampaikan sendiri oleh Ummi melalui laman sosialnya baru-baru ini. Dengar khabar dia mendapat hidayah memakai tudung kerana selalu pergi ke kelas usrah yang diadakan di Australia. Apa-apa pun Alhamdulillah bertambah lagi seorang selebriti tempatan memakai tudung.



Shila Amzah Kini Mencari Lelaki Pilihan..

Setelah berpisah dengan Sharnaaz Ahmad beberapa bulan yang lalu, kini sudah tiba masanya Shila Amzah membuka pintu offer untuk jejaka diluar sana untuk memikat hati Shila.

Namun ianya bukan semudah yang di sangka kan. Kali ini memetik portal mStar yang Shila bukan mencari mengikut kehendaknya sendiri sahaja, tapi menyerahkan pilihan di tangan ibunya, Fauziah Sarman untuk memilih jejaka sekaligus menjadi teman hidup Shila.

Bah kan tidak menolak jika Shila terlebih dahulu mendapatkan calonnya jika jejaka itu.....
"Memang saya meminta ibu carikan jodoh jika ada yang sesuai kerana pilihan mereka pastinya adalah yang terbaik.

"Bagaimanapun, andai kata saya bertemu dengan lelaki pilihan sendiri, saya akan pastikan dia seorang yang menghormati keluarga dan mampu membimbing saya ke arah kebaikan," -Shila Amzah

Gambar Anak Fasha Sandha Terkini Julai

Jumaat, 5 Julai 2013

Tak perlu cakap banyak, lihat sahaja gambar anak Fasha Sandha ni, Putera Rayfal yang kini semakin lama semakin comel. Untuk edisi awal Julai 2013. Hehe. Jom Layan.. -gambar Instagram FashaSandha

Gambar Siti Nurdiana dan Anaknya Terkini..

Hidup Siti Nurdiana kini sebagai janda adalah sangat bahagia tanpa suami disisi, sebab ditemani seorang anak bernama Rayyan. Dan kini yang sibuk dengan jemputan show nyanyian. Harap-harap lah dapat suami baru ya Nana.

Rumah Ibu Almy Terbakar, Tiada Cuti Pulang Lihat..

Dikhabarkan yang rumah pelakon keluarga Almy Nadia terbakar beberapa minggu yang lalu yakni pada 16 Jun 2013 di Kampung Pondok Upih, Balik Pulau, Pulau Pinang. Ketika kejadian Almy tidak berada dirumah kerana berada di set lokasi pengambaraan dan tidak dibenarkan untuk pulang kerana terikat dengan produksi. Yang ada ketika itu adalah ibunya.

Ibunya ketika selepas kejadian kebarakan itu telah ditimpa musibah kerana jatuh di bilik air dan mengakibatkan dirinya patah tulang rusuk kanan. Yang menjadi bualan sekarang ntah kenapa pihak produksi tidak membenarkan Almy untuk pulang menjenuk ibunya dan rumah yang terbakar itu.
“Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya sekarang, fikiran saya hanya mengingatkan kampung halaman dan ibu yang sedang sakit.

“Saya memang minta cuti untuk balik sekejap sejak rumah saya terbakar minggu lalu tapi sehingga sekarang saya tidak dibenarkan cuti dengan alasan akan mengganggu jadual artis lain,

“Alhamdulillah walaupun kebakaran agak teruk tetapi tiada siapa yang tercedera dan bomba dapat mengawal api sebelum merebak ke bahagian atas.

“Saya difahamkan ia berlaku apabila sebuah radio lama meletup secara tiba-tiba walaupun tiada sebarang aliran elektrik kepada radio tersebut.

“Belum sempat saya balik menjenguk keluarga, saya diberitahu ibu pula jatuh bilik air, bayangkan bagaimana perasaan saya ketika ini,

“Kami baru sebulan mulakan bisnes karipap sejuk beku yang dibuat sendiri namun selepas rumah terbakar ia dihentikan sementara, ditambah pula ibu sekarang dalam keadaan tidak sihat.

“Insya-Allah kalau rumah sudah siap dibaiki dan ibu sihat, perniagaan itu akan disambung semula kerana permintaan setakat ini menggalakkan,” -Almy Nadia. SinarHarian