Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Raja Farah Akan Ambil Anak Angkat Jika..
Aik sama pula kisah Raja Farah ni dengan niat Datuk Siti Nurhaliza yang mahu mengambil anak angkat. Mengikut Farah dia akan menunggu tahun hadapan untuk mengandung zuriat sendiri, namun jika tidak ditakdirkan mengandung, dia akan mengambil anak angkat.
Namun hanya kini Raja Farah dan suaminya Megat Bashirun hanya mampu berdoa dan berusaha untuk mendapatkan anak dari zuriat mereka sendiri setelah 3 tahun mendirikan rumahtangga.
Tiada masalah dari segi kesihatan dan sebagainya, namun rezeki belum ada lagi nampaknya. Dan ini kata Raja Farah memetik portal mStar semalam...
"Ramai yang berkata, usia perkahwinan kami masih muda, jadi tunggu sahajalah rezeki anak yang akan kami peroleh kerana kami tiada sebarang masalah kesihatan. Tetapi kalau nak menunggu masa, sampai bila? Kami perlu melakukan sesuatu. Mungkin rezeki anak sendiri masih belum tiba.
"Apa-apa pun, yang saya lihat sekarang ini, suami dah semakin mesra dengan anak buahnya. Mana tahu, Allah S.W.T mengizinkan kami untuk mendapatkan anak sendiri pula. Jadi kami tunggu sehingga tahun depan. Jika tiada apa berita, maka kami akan mengambil anak angkat," -Raja Farah
Sharnaaz Ahmad Pakai Rantai Emas?
Khamis, 4 Julai 2013
Isu pemakaian rantai memang tidak elok dipandang bagi orang Melayu terutama orang Islam apatah lagi kalau ada emas, memang sah haram. Sharnaaz Ahmad juga ada pakai rantai sepertinya berwarna emas ke atau biji-bijian yang ni tak pasti, nampak memang seperti emas.
Apa sudah jadi dengan Sharnaaz ni, adakah setelah frust bercinta dia berubah kepada 180 darjah? ha. Pelik tapi itu lah yang dimuatnaik oleh Sharnaaz apabila dia memakai rantai emas.
Tak dapat dipastikan kalau iikutkan dalam laman Instagram tu, dia berada di Phuket mungkin bercuti kot. Tapi ada yang mengatakan dia pakai cuma untuk berlakon je, untuk filem Sindiket katanya.
Mana satu benar atau tidak tak tahu lah. Tengok komen di Instagram tu, takde satu pun yang bahas penggunaan rantai tu.

Gambar Izreen Azminda Hamil 9 Bulan
Wah dah semakin membesar dah usia kandungan pelakon Izreen Azminda. Melihat portal Kosmo! baru-baru ini, usia kandunganya sudah 9 bulan. Dan hanya menunggu hari sahaja lagi untuk menyambut kelahiran bayi berkenaan.
"Alhamdulilah, sepanjang hamil saya tidak mempunyai sebarang alahan dan tidak pula mengidam makanan yang pelik-pelik. Saya masih bekerja seperti biasa kerana sudah tandatangani kontrak dan hanya berehat daripada lakonan apabila kandungan sudah mencecah empat bulan,"Mengenai jantina nya pula, Izreen suka bermain teka teki dengan memberitahu jantina anaknya itu adalah rahsia. Dan sepertinya ingin membuat kejutan untuk peminatnya nanti.
"Rahsialah, tunggu sampai saya lepas bersalin nanti (ketawa). Saya dan suami memang sudah tahu, tetapi kami ingin menjadikan saat kelahiran itu istimewa buat kami berdua. Jadi lebih baik rahsia dahulu daripada orang lain.Untuk pengetahuan, Izreen diijabkabulkan dengan suaminya, Mohammad Riza Baharuddin pada tanggal 30 Ogos 2012 yang lalu.
"Saya percaya petua orang dahulu kata, jangan terlampau teruja dan seronok menyambut kelahiran anak pertama. Jadi, biarlah saya simpan semuanya sehingga saat akhir, nanti lambat laun orang akan tahu juga,"
Tag Nama Emma Maembong, Apa Kata Zizan?
Kecoh dah kepoh apabila Zizan Razak dikatakan telah mengaitkan sekeping foto dilaman sosial Instagramnya dengan meletakkan 'tag' nama/profil Emma Maembong.
Sekaligus membawa spikulasi orang ramai adakah mereka ini sedang bercinta. Namun jawapan Emma pastinya mengakui yang dia dengan Zizan tiada apa-apa hubungan istimewa melainkan kawan biasa.
Zizan pula hanya seperti menyembunyikan sesuatu, ntah kenapa nama/profil Emma juga yang dia tag ketika berada di Paris minggu lalu, namun bila ditanya, ini jawapan dia..

“Jika benar kami bercinta, tiada sebab untuk saya menyembunyikannya. Hakikatnya tidak. Tindakan saya tag (melabel atau melekatkan) nama Emma di dalam Instagram saya adalah kerana dia begitu meminati Menara Eiffel. Jadi saya sekadar mahu berkongsi gambar dengannya, itu saja.Memang jawapan yang cool, tapi apa salahnya mereka bercinta, Zizan juga nak tamatkan zaman bujangnya secepat mungkin, namun calonnya sepertinya kita masih belum mengetahui lagi..
“Bagi saya, perkara ini sengaja digembar-gemburkan. Sebelum ini pun saya ada tag nama artis lain dalam akaun Instagram saya, tetapi kenapa perkara itu tidak dijadikan isu?” -Zizan Razak, BeritaHarian.
Julie Dahlan Hidap Penyakit Buah Pinggang
Baru je beberapa hari lalu anak Julie Dahlan telah diijab kabul iaitu Hanny dengan pasangannya, kali ini berita sedih bertopeng disebalik kegembiraan majlis yang penuh makna itu.
Julie Dahlan yang kini dah berusia 60 tahun menghidap penyakit buah pinggang sejak 2 bulan yang lalu menurut portal Murai. Dan kini Julie terpaksa ulang alik ke hospital untuk mendapat rawatan 3 kali seminggu.
Selain itu juga Julie menghidap kencing manis dan juga darah tinggi.

"Sebenarnya saya sudah lama tidak keluar dan aktif melakukan aktiviti seni seperti dulu, lebih-lebih lagi selepas disahkan doktor menghidap penyakit buah pinggang ini. Saya dinasihatkan doctor untuk ke hospital setiap 3 kali seminggu untuk mencuci darah (rawatan dialisis) sejak menghidap penyakit ini.Apa-apa pun kami berdoa dan berharap Julie sihat senantiasa dan tabah menharungi dugaan hidup..
"Saya memang sudah tidak sekuat dulu, malah mata pun sudah tidak berapa nampak. Doktor juga nasihatkan saya untuk berehat dan berpantang daripada makan makanan seperti makanan laut serta minum dan makan mengikut sukatan yang ditetapkan,
"Bohonglah , kalau saya kata saya tidak pernah rasa down atau sedih, tetapi saya kuatkan juga dan perlu tabah menghadapi kenyataan ini. Namun saya lebih kuat apabila punya anak-anak yang sentiasa berada disamping saya. Malah, mereka banyak beri kekuatan kepada saya," -Julie Dahlan.
Maria Farida Tidak Terkejut Isu Shahrizal
Bekas kekasih kepada pelakon, Shahrizal Jaszle, Maria Farida tidak terkejut dengan berita khalwat yang menimpa bekas kekasihnya itu.
Pelakon manis ini sudah melupakan Shahrizal sepenuhnya selepas mereka berpisah dahulu dan setelah itu Shahrizal couple dengan Miera Liyana.
"Saya tak terkejut pun perkara itu berlaku,Haa. Rasa rugi pula melepaskan Maria yang begitu cantik tuU kan, sekarang dah seperti biasa, Maria pun tak tahu single atau sudah berpunya.
"Selepas dah tak ada apa-apa, saya tak nak ambil tahu langsung tentang dia.
"Tapi sebab orang bercerita, saya dapat tahu tentang kes tersebut," -Maria Farida, memetik portal MediaHiburan
Natsha Hudson Tukar Nama Anak
Menurut portal SinarHarian, pelakon, Natasha Hudson telah menukar naman anaknya, Naeema Taqiyyah (keberkatan, ketenangan, soleh dan bertakwa) kepada Naeema Kalila.
Ini kerana maksud Taqiyyah setelah dirujuk oleh ustaz/ulama ianya adalah cenderung kepada makna fahaman mazhab Syiah.
Ini kerana maksud Taqiyyah setelah dirujuk oleh ustaz/ulama ianya adalah cenderung kepada makna fahaman mazhab Syiah.
"Saya tidak tahu yang Taqiyyah turut membawa makna pengikut ajaran Syiah sehinggalah saya menyertai majlis usrah.Anak Natasha lahir pada bulan April lalu dan kini sudah seusia dua bulan.
"Setelah bertanya mengenai perkara itu, saya dan suami bersetuju menukar namanya dengan makna lebih baik.
"Dalam Bahasa Arab, Taqiyyah merujuk kepada perkataan bertakwa. Namun, kami tidak mahu ia mengundang salah faham dan kekeliruan pada masa akan datang. Jadi, ialah ditukar kepada Naeema Kalila," -Natasha Hudson
Gambar Anak-anak Noniswara
Gambar dibawah adalah gambar pelakon, Noniswara dengan anak-anaknya yang kini dah besar panjang. 3 orang anaknya ini adalah hasil perkahwinnnya dengan suami pertama, Zakaria Rahman. Nama anaknya adalah Naveer Mihshon, 19 (lelaki), Nur Arysha Amyra, 14 (bertudung) dan Nazeer Danish, 7 tahun. Kini Nonis sangat bahagia dengan anak-anaknya tanpa suami disisi.
Afiq: Hubungan Kami Ok Sahaja..
Menurut laman Berita Harian semalam, hubungan Afiq Muiz dan ibunya Hasliza dikhabarkan sudah kembali baik, namun tidaklah sebaik maksima, hanya ditahap sederhana. Almaklumlah bulan Ramadan dah nak dekat. Tambahan lagi, Afiq yang dihubungi hanya tidak mahu mengomen lebih lanjut dan sekadar mengatakan 'ok' mengenai hubunga dengan ibu kandungnya.
Afiq enggan berkongsi apa-apa juga kisah pribadinya lagi kepada media/wartawan dan kemungkinan sudah 'insaf' dari memberitahu media untuk kali terakhir dan kini hanya fokus kepada kerjayanya yang masih diterima oleh segelintir produser.

"Tidak guna saya beriya-iya menegakkan kebenaran, kelak diri saya juga yang dipersalahkan. Lagi pun, kenyataan saya selama ini sering ditokok tambah dan seterusnya saya yang menjadi bahan fitnah. Jadi lebih baik saya tidak memberikan komen panjang lebar"
"Alhamdulillah, rezeki masih ada walaupun dengan apa yang berlaku selama ini. Saya percaya rezeki di tangan Allah dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Saya kini sibuk menjalani penggambaran drama Ratu Syuhada untuk RTM" -Afiq
Tahniah! Diana Danielle Dah Bersalin, Dapat Baby Boy
Tahniah kepada pengarah, Farid Kamil yang diberitakan mendapat anak lelaki selepas isterinya pelakon Diana Danielle bersalin di Australia pada Selasa 2 Julai semalam, berita ini juga disahkan lagi oleh David Teo yang mendapat mesej dari Farid.
Bayi berkenaan lahir kira-kira pukul 4.30 petang waktu Malaysia. Berat bayi tersebut ialah 9.7 paun (4.3 kilogram) yang dinyatakan melalui laman Instagram Farid Kamil.
Bayi berkenaan lahir kira-kira pukul 4.30 petang waktu Malaysia. Berat bayi tersebut ialah 9.7 paun (4.3 kilogram) yang dinyatakan melalui laman Instagram Farid Kamil.
Shaheizy Sam Terima Hadiah Nissan 370Z
Akhirnya secara rasmi, Shaheizy Sam telah menerima hadiah daripada Berita Harian kerana dirinya telah memenangi Artis Paling Popular ABPBH 2012 yang lalu iaitu Nissan 370Z versi Coupe bernilai RM354,400 baru-baru ini.
Shaheizy Sam juga memilih nombor pendaftaran kereta yang unik, iaitu SS4M.
-gambar Budiey | MiGonline
Shaheizy Sam juga memilih nombor pendaftaran kereta yang unik, iaitu SS4M.
-gambar Budiey | MiGonline
Fida Ibrahim Dipilih Peserta Akademi Fantasia
Seperti sedia maklum, Akademi Fantasia (AF) kini sudah bermula. Pencarian bakat baru telah dilakukan di seluruh negara. Tidak ketinggalan Fida Ibrahim bekas kekasih Mamat Sepah telah dipilih untuk menjadi peserta di AF kali ini
Antara juri yang memberi peluang kepada Fida adalah Cikgu Syafi, menurut laman Murai, dia memberikan peluang kepada Fida walaupun memberikan markah rendah kepada Fida namun dua juri lain memberikan markah yang tinggi buat Fida. Bagi Syafi, vokal Fida biasa-biasa saja.
Tambahan lagi, Cikgu Syafi tidak menggalakkan golongan artis untuk menyertai Akademi Fantasia kerana merasakan mereka sudah punya peminat tersendiri dan tidak adil untuk peserta yang baru dalam indusrti.

Gambar Pernikahan Pelakon, Hani dan Shamsul
Memetik portal Murai, anak bongsu produser, Julie Dahlan iaitu yang juga pelakon Roda-Roda Kuala Lumpur, Hani Nur Zara sudah selamat dinikahkan pada 29 Jun 2013 lalu dengan pasangannya yang juga adik kepada komposer, Dato' Hattan iaitu Shamsul Akmar.
Mereka selamat dinikahkan pada jam 10 pagi di Masjid Bukti Antarabangsa, Kuala Lumpur. Majlis resepsi pula akan diadakan pada 6 Julai nanti di rumah Dato' Hattan dekat Sri Menanti, Negeri Sembilan.
Mereka selamat dinikahkan pada jam 10 pagi di Masjid Bukti Antarabangsa, Kuala Lumpur. Majlis resepsi pula akan diadakan pada 6 Julai nanti di rumah Dato' Hattan dekat Sri Menanti, Negeri Sembilan.
Gambar Zehra Zambri Terkini
Ini lah penyanyi Zehra Zambri yang terkenal dengan lagu Hanya Kamu yang dikatakan kini sudah bertudung. Zehra kelihatan di satu majlis besar kenamaan untuk makan malam TUDM (Tentera Udara diRaja Malaysia( yang turut dihadiri oleh Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah baru-baru ini.
Dengar khabar dulu dia sudah bersara, tapi tak tahu, mungkin masih ada jemputan, dia pun ok sahaja kot. :)
Dengar khabar dulu dia sudah bersara, tapi tak tahu, mungkin masih ada jemputan, dia pun ok sahaja kot. :)
Salma Mentor 5 Bersikap Egois?
Admin terbaca sisipan Utusan semalam, yang Salma artis kelahiran Sabah yang kini bertudung lahir daripada program realiti tv Mentor 5, dikatakan semakin berubah. Berubah dari dengar kata kepada tak dengar kata.
Bila ada show atau tawaran untuk apa-apa jua berkaitan hiburan, Salma dikatakan ikut hati dia mahu melaksanakan atau tidak. Tambahan lagi Salma akan menarik diri disaat-saat akhir jika show itu sepertinya tidak seronok/best buat dirinya.
Kalau dah jadi sebegini, yang pastinya menyusahkan ramai pihak. Apa-apa cerita mengenai kesahihan cerita ini benar atau tidak, Wallahualam.

Siti Nurhaliza Mahu Ambil Anak Angkat
Dengar cerita yang Datuk Siti Nurhaliza menyimpan hasrat untuk mengambil anak angkat. Bahkan yang lebih mengejutkan dan membuatkan anda lebih teruja adalah, anak angkat yang diambil oleh Siti adalah dari rakyat Gaza, Palestin.
Namun niat Siti itu bakal tidak direalisasikan memandangkan hal politik yang membuatkan anak-anak dari Gaza tidak boleh keluar dari bumi mereka sendiri. Dan ini yang dipetik melalui portal MediaHiburan semalam.

"Apa salahnya (ambil anak angkat dari Gaza), sekiranya boleh... tapi saya dimaklumkan awal-awal di mana mereka tidak membenarkan kanak-kanak keluar dari Gaza.Selain itu Siti juga mahu mengikuti jejak langkah artis lain yang sudah menjejakkan kaki di Gaza.
"Bagi mereka, jika kanak-kanak ini dibawa keluar oleh keluarga angkat, siapa lagi yang akan mempertahankan bumi mereka.
"Kalau ALLAH beri saya satu keajaiban... saya bawa balik bayi dari Gaza, memanglah saya nak jaga sangat tapi saya percaya, mereka sangat diperlukan di sana,"
"Keistimewaan dan keajaiban di sana, saya masih belum dapat rasai.
"Jika diizinkan suami dan ALLAH, pasti saya ingin ke bumi Gaza. Ramai rakan-rakan artis lain sudah menjejakkan kaki ke sana," -Siti Nurhaliza.