Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Lagi Gambar Memey, Norman, Abby Bercuti

Jumaat, 7 Jun 2013

Ini adalah sambungan cuti diantara Memey Suhaiza dengan suaminya, Norman Hakim serta janda kepada Norman, Abby Abadi. Kali ini mereka pergi bermandi-manda, yang si kecil anak kepada Memey dan Norman juga dah boleh join mandi bersama-sama.

Siapa yang belum lihat lagi cuti mereka yang sebelum ini, boleh lah semak di SINI. Dan ini juga ada petikan dari Abby Abadi melalui laman Twitter miliknya. Sweet sungguh kata-katanya.
[ @ ] abby_abadi Pelem dalam mimpi lagi.. 'Tercipta Untukku ' "Dirikanlah kasih sayang kerana ALLAH, niatkan dlm hati kerana ingin menegakkan kalimah ALLAH &meninggikan asma' ALLAH. Memberi itu lebih baik dari menerima.... Andai banyak memberi maka ALLAH seribu langkah menghampiri, memberikan kasih & sayangNYA pada kita... Semaikan Kasih Sayang dlm hubungan kalian sebelum esok tiada lagi dalam diari perjalanan hidupmu..



Ashraf Muslim Letak Jawatan Pengamal Perubatan

Ashraf Muslim dikhabarkan telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Operasi di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah berkuat kuasa 2 Jun lalu. Memetik dari portal website rasmi mereka pada hari Rabu, 5 Jun 2013.

Difahamkan lagi Ashraf juga tidak lagi bertindak sebagai pengarah Yayasan Al Hidayah dan Mahaad Tahfiz Al Hidayah.

Gambar Anak Marion Rose, SM Nasaruddin Terkini

Model terkenal, Marion Rose Caunter yang menjadi isteri kepada ahli perniagaan terkenal, SM Nasaruddin kini bahagia dengan anak sulung mereka yang lahir pada juga akhir 2011. Namanya adalah Leia Rose. Dah menjangkau nak dekat 2 tahun usianya. -Gambar instagram.com/marioncaunter



Siti Saerah Hamil Anak ke-3


Memetik laman sosial Instagram semalam yang menyatakan adik kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, dan juga seorang penyanyi, Siti Saerah yang kini dikatakan hamil anak ke-3. Gambar menunjukkan gambar 'scan' anak ke-3 berkenaan. Tahniah diucapkan. -gambar MediaHiburan
"Alhamdulillah... terima kasih ALLAH "-Saerah

Gambar Persandingan Saiful Bukhari. Nik Surya


Gambar di bawah adalah gambar resepsi Saiful Bukhari dengan penyampai berita aka wartawan TV3, Nik Suryani yang dilangsungkan baru-baru ini di Kuala Lumpur.

Turut hadir, dua menteri besar, Menteri Besar Kedah dan Pahang. Mereka dinikahkan pada 25 Mei 2013 yang lalu. -gambar REDphotography


Sayang Versi Dakwah Islamiyah


Awal pagi penghulu segala hari, Hari Jumaat ni kita dengarkan dahulu sebuah lagi prodi yang berunsur dakwah Islamiyah oleh pelajar UiTM Penang berjudul Sayang. Tapi ini bukan Sayang yang original dan prodi dari mana-mana puak yang mahu berhibur, tapi membawa mesej yang cukup membina dan dikatakan cinta seseorang kerana penciptaNYA.

Memang best. Nak share kat Facebook boleh pergi ke sini. Nak dengar dulu dan hayati dengan liriknya dibawah ini pun boleh. :)


Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merisaukan kamu
Ku harap iman mu takkan berubah
Kerna di sana ada syurga untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu jaga imanmu
Ku rayu kalau keluar rumahmu
tutuplah aurat untuk jaga dirimu.

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan Tuhan mu
Sayang percayalah apa kataku
Tuhanmu hanya satu.

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga taqwa dan imanmu
Sayang hancurkan bisikan jahatmu
itu pesan Tuhanmu.


Siapa Jejaka Mencium Dahi Jue Aziz Ini?

Khamis, 6 Jun 2013

Tidak dapat dipastikan siapa jejaka yang mencium dahi pelakon Jue Aziz ni, adakah adik/abang dia atau kekasih hati dia. Yang satu lagi, siapa anak kecil yang bersama Jue ini? anak sedara, anak angkat atau anak kandung. ha amik kaw propa gitue?. banyak persoalan bukan. Katanya dipetik dari laman sosial Jue Aziz. Yang pasti kita berfikiran positif sahaja la ye. Mana tahu ada udang disebalik mee hun.. Hehe.






Gambar Izara Aishah Sebagai Duta Brands

Pelakon manis, Izara Aishah baru-baru ini menerima rezeki yang tidak diduga, menjadi duta baharu kepada produk kesihatan Brands, Innershine Pati Prun.

Dengan pemilihan Izara sebagai duta baharu, maka ianya bermakna tempat Maya Karin yang menjadi duta produk berkenaan sebelum ini telah tamat kontraknya. -gambar RotiKaya

Gambar Memey, Norman, Abby Bersiar-siar


Ini adalah gambar terkini daripada pasangan selebriti Memey Suhaiza dan Norman Hakim. Gambar yang menampakkan mereka pergi bercuti aka bersiar-siar kot dengan anak-anak yang dibawa bersama, anak-anak daripada perkahwinan dengan Abby Abadi.

Tidak ketinggalan Abby sendiri juga turut serta bersama-sama dengan mereka pergi bersiar-siar. Tempatnya seperti di Penang, betul ke. Maaflah kalau silap teka. Hehe. Kan bagus kalau Abby tu jadi isteri semula kepada Norman. Bahagia dunia akhirat berbini dua. :)





Maya Karin Kini Menyulam Cinta...


Maya Karin tidak berselindung sedang mengenali hati budi seorang lelaki namun menjelaskan hubungan itu masih pada peringkat awal. Maya akui sudah tiba masanya untuk dia membuka hati bagi menerima satu hubungan baru selepas gagal dalam rumah tangga bersama Muhammad Ali (Steven David Shorthose) pada tahun 2010.

"Ya, saya sedang mengenali hati budi seseorang yang saya sudah kenal lama tetapi hubungan ini masih pada peringkat awal.

"Sudah tiba masanya saya membuka hati namun biarlah hubungan ini berkembang secara perlahan-lahan," -Maya Karin. mStar

Gambar Kate Middleton Mengandung

Awal pagi yang cerah dan indah ini marilah kita lihat gambar selebriti antarbangsa sekejap. Pasangan diRaja Britain, isteri kepada Putera Mahkota Britain, Putera William, Kate Middleton yang kini sedang hamil anak sulung.

Mengikut sumber, diperkirakan hanya sebulan sahaja lagi Kate akan melahirkan anak mereka sekaligus menjadi satu lagi perhatian seluruh dunia.

Kate kali terakhir nampak adalah ketika pada hari Isnin lalu apabila dia dan Williams menghadiri sambutan ulang tahun ke-60 pertabalan diiraja, Elizabeth 2 di Westminster Abbey, London.








Suami Nadiya Nisa Hiasi Majalah GLAM

Rabu, 5 Jun 2013


Katanya suami kepada pelakon Nadiya Nisa yang menaik namanya menerusi drama Adam dan Hawa Saiful Razman telah diberikan kepercayaan untuk menghiasi muka hadapan majalah GLAM edisi terbaharu. Wah bukan calang-calang lelaki dapat tembusi muka hadapan majalah popular tanah air ni.

Sebagai info tambahan Nadiya mempunyai anak yang kini berusia setahun dan berkahwin dengan Saiful pada bulan Julai 2009. Nah ekstra tambahan, gambar anak dan suaminya.







Gambar Bertudung Haleeda Mazlin Terkini

Penyanyi terkenal era 90-an, Haleeda Mazlin yang bertudung pada awal bulan Mac lalu telah memberikan satu gambaran yang penyanyi ini masih lagi dikenali. Apa-apa pun mari kita lihat gambar Haleeda terbaharu memakai tudung. Episod penghijahan beliau boleh dibaca di sini.




Video Komen Khalwat Shahrizal di Melodi

Berita penangkapan khalwat oleh pihak JAIS kepada pelakon Shahrizal Jaszle pada 18hb Mei yang lalu telah memberikan satu impak yang besar dalam dunia selebriti tempatan, memandangkan Shahrizal mempunyai seorang tunang, Redzwani Puteri.

Kini usia pertunangan mereka dah nak masuk 6 bulan sejak 8hb Disember yang lalu. Tapi itu bukan persoalan pokok, tapi mengenai soal khalwat yang didakwa Shahrizal sebagai perangkap. Melodi Ahad lalu ada menemui Shahrizal bagi memberikan komen secara live kepada peminat hiburan tempatan.

Turut hadir tunangnya, Redzwani Puteri. Gaya rambut Shahrizal juga bukan main kelas. Cepat-cepat tengok, nanti kena delete pula. Hehe.




6 Tips Diamalkan Ziana Zain Untuk Awet Muda

Umum mengetahui yang usia penyanyi dan juga pelakon yang terkenal satu masa dahulu, Ziana Zain kini mencecah 45 tahun. Tapi dalam usianya yang nak dekat diambang usia emas, Ziana masih lagi kelihatan awet muda dan seakan-akan berusia 30-an. kelas gitue.

Menurut portal GUA, Ziana sempat berkongsi tips penjagaan kecantikkannya. Nak tahu? baca lah kat bawah ni, semoga bermanfaat. Hehe. Wallahualam.
1) Setiap kali mencuci muka jangan lupa berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
2) Minum segelas air masak sebaik sahaja bangun daripada tidur. Minum sebelum memberus gigi.
3) Minum air secukupnya untuk memastikan kulit sihat dan menawan. Sekurang-kurangnya tujuh ke lapan gelas sehari.
4) Jangan lupa memakai krim pelindung cahaya matahari setiap kali mahu keluar dari rumah.
5) Kurangkan pengambilan nasi, sebaliknya lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
6) Jangan lupa bersenam untuk dapatkan berat badan ideal.

Sudin Meninggal Dunia!

Salam takziah diucapkan kepada pelakon vateran yang lebih mesra dipanggil Sudin rakan karib kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Datuk Aziz Satar. Sudin meninggal dunia semalam pada pukul 10.56 pagi 4 Jun 2013.

Sudin yang berumur 84 tahun menghembuskan nafas terakhirnya di Singapura. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lim Chu Kang, Singapura.

Tip top pada malam Isnin, 3 Jun pihak RTM ada menayangkan filem yang dilakonkan oleh Sudin berjudul Bujang Lapok.
“Saya sungguh terkejut mendapat berita pemergiannya pada pagi ini (semalam). Agak ralat kerana tidak dapat bertemu dengannya sebelum Sudin meninggal dunia.

“Kali terakhir saya bertemu dengannya pada awal tahun ini. Itu pun Sudin sudah uzur kerana penyakit paru-paru yang dihidapinya.

“Sekarang ini tinggal saya seorang sahaja, selepas dua sahabat baik saya, Sudin dan P. Ramlee meninggal dunia. Kenangan bekerja bersama ketika muda tidak akan saya lupakan buat selamanya. Mereka merupakan bintang yang sebenar,” Aziz Satar. -Kosmo

Gambar Ahmad Nabil Sekeluarga Bercuti

Selasa, 4 Jun 2013

Ini adalah gambar terbaharu keluarga Ahmad Nabil dengan isteri serta anaknya, Naira Mikayla yang dah nampak seperti usia setahun, namun belum lagi sampi setahun. Gambar kelihatan sedang bercuti di Negara seberang, Indonesia.




Anak Andy Flop Poppy 21 Tahun, Kekasih 34 Tahun!


Kalau dah bercinta, usia juga akan menjadi buta, betul lah kata punjangga dahulu kala. Zaman sekarang kekasih wanita lebih berusia daripada teman lelakinya. Itu lah yang terjadi kepada anak vokalis Andy Flop Poppy, Dan Azreen yang bercinta dengan seorang pereka fesyen lebih tua 13 tahun dari usianya.

Pelik atau tidak, itulah kenyataannya, kini usia percintaan mereka adalah 7 bulan. Dan yang berumur 21 manakala Asimareen berusia 34 tahun. Dan tidak menolak jika dijodohkan bersama-sama.
"Keluarga dan kenalan rapat saya tahu yang saya memang tidak sukakan wanita yang bersikap kebudak-budakan. Saya lebih selesa berkawan dengan wanita yang lebih dewasa.

"Usia bukan penghalang kepada cinta kami kerana paling penting kami selesa dan memahami antara satu sama lain,

"Paling penting hubungan kami mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak dan orang boleh berkata apa sahaja yang mereka suka," katanya.
Mereka berkenlan pada mulanya menlalui kenalan kepada ibunya pada tahun lalu.

Gambar Kad Kahwin Linda, Beego


Kalau dah pasangan selebriti, nak kahwin pastinya ada unsur seni. Tidak ketinggalan kad jemputan perkahwinan dari Linda Hashim dan Beego yang bertemakan kad kahwin versi 'shooting'.

Linda dan Beego sudah bertunang pada 3 November dan akan pula akan bernikah pada 7 Jun ini di Masjid Usamah Bin Zaid,  Wangsa Maju selepas solat Isya disusuli 8 Jun keesokkan harinya bersanding di Dataran Karyawan, Hulu Klang. Kemungkinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghadiri majlis itu. -gambar Budiey