Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Abby Abadi Melawat Anak Memey Suhaiza

Jumaat, 8 Februari 2013

Nama anak Memey Suhaiza dan Norman Hakim adalah Mohamed Darwisz Hakim, dan semua sudah sedia maklum yang usia anak sulung mereka ini belum lagi mencecah sebulan.

Abby Abadi bekas isteri Norman Hakim sempat menjenguk, melawat atau menziarahi Memey yang masih dalam pantang dan anak sulungnya yang berambut lebat itu baru-baru ini.

Saya Sudah Malas! -Sharnaaz

Baru-baru ini, Shila Amzah telah mengeluarkan surat yang mengomen mengenai kekasihnya, Sharnaaz dan juga ayahnya, Nd Lala mengenai apa yang terjadi.

Namun kali ini, memetik portal mStar, Sharnaaz sendiri mengomen mengenai surat yang dipersembahkan oleh Shila kepada media itu baru-baru ini. Sharnaaz difahamkan telah jauh hati dengan Shila akibat tindakan Shila itu.

Antara lainnya, Sharnaaz menganggap tindakan Shila itu seperti tidak telus dan keanak-anakan. Dan mensyorkan agar Shila berjumpa dengan Sharnaaz bagi membincangkan masalah yang telah melanda bukan dengan cara mengutus surat dengan menghebahkan kepada seluruh dunia.

Malah keadaan semakin keruh, Nd Lala difahamkan enggan mahu berkomunikasi dengan Sharnaaz. Persoalannya, acara merisik Mac ini jadi ke tak ek?
“Saya sudah malas nak komen sebenarnya. Pada saya, kenyataan sebegitu (surat) adalah tidak telus dan macam budak-budak.

“Kenapa tidak bersemuka dan duduk berbincang? Saya sudah malas nak ambil pusing mengenai dia, terpulanglah (pada keadaan),

“Sampai bila dia (Shila) nak dikawal begitu? Hak bersuara dan berfikir adalah hak dia, bukan hak ibu bapanya,” -Sharnaaz

Kereta Milik Hafiz AF

Khamis, 7 Februari 2013

Selebriti tak sah kalau tak pakai kereta sport atau mewah mengikut usia dan juga pengalaman popularitian pada dirinya. Hafiz AF juga tidak ketinggalan memiliki kenderaan bercirikan sport, dia dikatakan memakai Honda CRZ 1.8 yang berharga hampir RM120,000.

Gambar kereta itu telah dimuatnaik sendiri oleh Hafiz melalui laman Instagramnya.

Memang cantik sungguh kereta ini, moden serta betul-betul digital lah kalau digunakan, memang sesuai digunakan oleh orang bujang, sebelah bawa awek jer, biasalah kereta dua pintu. Hehe.

Salma Mentor Kini Bertudung

Siapa peminat tegar rancangan TV yang popular dengan nyanyian seperti Mentor di TV3, pasti mengenali Salma. Ya, Salma kini sudah bertudung, dia kelihatan bertudung di rancangan Wanita Hari Ini (WHI) semalam dengan tajuk perbincangan Salahkah Menjadi Janda.

Tidak tahu ianya hanya sekadar untuk set rancangan atau pun memang dah benar-benar berubah bertudung. Kita harap Salma sememangnya bertudung untuk setiap masa.
gambar forum Cari

Faezah Elai Selamat Melahirkan Anak Sulung


Pelakon, Faezah Elai dikhabarkan telah selamat melahirkan anak sulung pada jam 7 petang semalam di hospital swasta, Prince Court Medical Centre.

Berita baik ini disahkan sendiri oleh Faezah melalui laman sosial Twitternya. Namun gambar serta nama bayi berkenaan belum lagi diberitahu kepada umum.

Faezah dan Heykal Hanifah dinikahkan pada September 2011. Tahniah diucapkan.

Dato' Yahya Sulung Meninggal Dunia

Berita pengusiran pelakon vateran bergelar Datuk yang disiarkan pada bulan Disember lalu, iaitu pelakon, Dato' Yahya Sulung memang dapat perhatian orang ramai, dan yang pasti mendapat perhatian Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Namun itu semua sudah tinggal cerita, sekarnag Dato' Yahya Sulung telah pergi buat selama-lamanya, Arwah dikhabarkan telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari Rabu 6/2/2013 6.45 petang.

Arwah berusia 85 tahun meninggal akibat menghidap pelbagai penyakit dan juga asma. Jenazah dikebumikan pada hari yang sama di Teluk intan.

Isteri arwah, Alisah tidak dapat bersama arwah ketika menghembuskan nafas terakhir kerana Alisah juga sudah tidak larat dengan sakit dan uzur.

“Saya mengaku begitu sedih kerana tidak berada di sisinya. Banyak kenangan manis kami bersama sejak berkahwin pada tahun 1978. Selepas ini kalau saya sakit, siapalah yang hendak jaga saya?” kata Alisah -mStar.
Al Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat, kepada puan Alisah, kami seluruh pembaca izyan.com mendoakan agar puan Alisah diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan.

Shila Amzah Komen Isu Sharnaaz dan Ayahnya

Isu diantara Sharnaaz dengan ayah kepada Shila Amzah, Nd Lala yang semua orang tahu mereka berdua kini dingin dengan egois masing-masing. Malah kenyataan pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh Sharnaaz dan Nd Lala sendiri.

Dan masing-masing sepertinya menyalahkan pihak lain, tiada kesepakatan atau pertemuan dibuat bagi mencari jalan membetulkan suasana. Namun yang menjadi himpitan kepada isu itu adalah Shila Amzah sendiri. Shila semenjak isu itu berlaku, dia sepertinya sukar ditemui oleh media ataupu  wartawan untuk bertanyakan soal apa yang terjadi.

Namun mengikut sumber rasmi, Shila telah menghantar sepucuk E-mail untuk menjelaskan apa yang berlaku ketika ini.
    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih dan maha penyayang, Shila rasa cukup bersyukur di atas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada Shila. Tujuan Shila menulis surat ini, sebab Shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama Shila berdiam diri.

    Pertama sekali, Shila memahami situasi ibubapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati Shila. Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.

    Tentang Sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan familinya atas apa yang telah terjadi. Terima kasih kerana melayan shila dengan baik selama hari ini.Janganlah semua menghukum Sharnaaz atas kenyataannya. Dia tidak sepenuhnya bersalah. Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua “damage” yang telah berlaku kepada Sharnaaz dan familinya.

    Shila, sebagai seorang anak kepada ibubapa Shila, sebagai seorang kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya. Shila sentiasa percaya pada qada’ dan qadar. Seandainya ia baik untuk Shila maka dekatkan lah, seandaikan ia membawa kemudaratan untuk shila maka jauhkan lah.

    Jodoh, pertemuan, Ajal dan maut di tangan Allah SWT.Shila berdoa agar semua berdamai.Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku. Shila juga ingin memohon maaf kepada semua Shilalas kalau ada yang terguris hati .Demi Allah Shila sangat sayangkan anda semua.

Cita-cita Najwa Latif Adalah........

Rabu, 6 Februari 2013

Walaupun ada yang beranggapan Najwa Latif adalah seorang yang buta fashion namun hakikatnya anak seni muda ini berjiwa besar, dan memendam cita-cita besar dalam hidupnya.

Menurut laporan Utusan semalam, Najwa akui dia minat dalam bidang pengajaran, yakni dia mahu menjadi setidak-tidaknya seorang pensyarah atau pendidik.

Najwa kini dalam proses menunggu keputusan SPM yang dijadualkan pada Mac 2013 ini. Dan berharap dapat keputusan yang cemerlang.

Jika keputusan SPM-nya baik, dia akan sambung belajar di IPTA tempatan dan mahu mengambil bidang dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).  :)





Gambar Anak-anak Aqasha

Perkahwinan pelakon kacak, Aqasha dan Noor Baizura pada Oktober 2010 yang lalu kini sudah dikurniakan dua cahaya mata

Seorang lelaki bernama Alehandra Ahmad Firdee berusia setahun lebih dan seorang lagi perempuan bernama Alaena Ayesha berusia 4-5 bulan.

Mari tengok perkembangan anak comel Aqasha ini yang dimuatnaik di dalam laman Instagram beliau.

Usah Tanya, Doakan Saja! - Erra Fazira

Hal-hal rumahtangga sebenarnya sudah menjadi rahsia diantara suami dan si isteri dan kadang kala sudah menjadi kewajaran mereka berdua mencari jalan dan penyelesaian sendiri, mungkin perlu juga jika untuk mendapatkan nasihat atau panduan dari orang-orang yang boleh dipercayai.

Mungkin bagi halnya seperti Erra Fazira dan Engku Emran masih lagi menjadi samar-samar dan tiada sebarang berita yang betul-betul menyakinkan hal mengenai rumahtangga mereka. Majalah Intrend edisi Februari 2013 telah memaparkan penampilan Erra Fazira sebagai muka hadapan majalah mereka. Namun dalam sisipan berkenaan terselit perkataan 'Usah Tanya, Doakan Saja' yang menimbulkan banyak persoalan di minda pembaca.

Mungkin inilah cara Erra untuk tidak memberitahu apa-apa yang begitu privacy bagi dirinya, dan mengharapkan agar peminat-peminat beliau sentiasa berfikiran positive dan berdoa agar rumahtangganya sentiasa dalam kebahagiaan dan diredhai Allah. Nak tahu lanjut mengenai tajuk itu, dapatkan segera di pasaran majalah Intrend ok.

Erti Nama Anak Ning adalah Islamik, Bukan Barat!

Baru beberapa hari anak Ning Baizura dilahirkan kini dikhabarkan telah menghidap penyakit kuning yang sudah menjadi kebiasaan terjadi dalam proses kelahiran bayi baru lahir, namun kita berdoa agar ianya menjadi stabil seperti sedia kala hendaknya.

Yang menjadi isu disini adalah nama anak Ning Baizura, Ryan Sky Dalton, yang rata-rata ramai menganggap nama anak Ning lebih bermaksud dan membawa erti kebaratan. Namun Ning menyangkal semua tanggapan itu dengan menganggap nama anak dia bukan untuk disalah ertikan.

Nama makna anak Ning sebenarnya Ryann berasal daripada Parsi yang bermaksud kebijaksanaan dan keharuman dan juga dalam bahasa Arab, Rayhaan (Surah Rahman, ayah 12; dan Surah Waqi'ah, ayat 89). Dan Sky adalah langit, dengan memberi erti yang cukup luar biasa, berdoa sambil mendongak ke langit melihat kebesaran Illahi dan merasa rendah diri.

Gambar Anak-anak Rita Rudaini

Selasa, 5 Februari 2013

Sudah besar memanjang anak Rita Rudaini walaupun kini ramai orang tahu, yang dia dengan Aidil Zafuan mempunyai isu dan juga krisis dalaman yang cukup membuka mata pemerhati hiburan tempatan.

Walaupun begitu, kini Rita cukup bahagia dengan dua orang anaknya yang comel-comel itu, nama anak Rita ini adalah Airit Rafqa Arjuna berumur 2 tahun dan Airit Rayyan Rizqin yang berumur 4 tahun.

Kereta BMW Abon Kemalangan

Berpunca daripada cuaca hujan dan keadaan jalan raya yang licin, Abon telah mengalami kemalangan dan kereta yang dinaikinya telah terbabas di Kilometer 13, Jalan Mersing-Endau baru-baru ini.

Kereta yang dipandunya telah melanggar sebuah tebing tanah dan terperosok  ke dalam longkang.

Sebelum kejadian, Abon baru sahaja selesai menghadiri majlis makan malam ‘My Beautiful Malaysia’ di Gambang, sebelum bertolak ke Mersing bagi memenuhi undangan majlis di Dataran Pulau, Mersing.

Oleh kerana tidak mahu menghampakan peminat-peminatnya, Abon telah mengambil keputusan untuk meninggalkan keretanya di tempat kejadian, lalu menumpang kenderaan lain untuk ke destinasi yang ingin dituju. -sumber :)

Gambar Keluarga Roy Azman, Isteri hamil Anak ke-3

Inilah dia gambar keluarga kepada pelakon yang sering berada di kaca TV terutama sekali Roda-Roda Kuala Lumpur di TV2, Roy Azman. Nama isteri Roy Azman adalah Fida. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, dan sekarang tengah mengandung anak ke-3, Insyallah tak lama lagi akan bersalin.

Gila Best Suara Jayesslee Ni! Cuba Dengar

Memang tidak dinafikan penyanyi nama kumpulan Jayesslee yang terdiri daripada dua wanita, Janice dan Sonia Lee merupakan seorang artis YouTube yang cukup dikenali ramai. Sekali upload lagu di YouTube satu dua hari, berjuta-juta penonton melihat lagu mereka. Admin baru tahu kewujudan mereka ni, walaupun sudah lama berada di Youtube.

Serius, suara pon mantap, vokal yang terbaik pernah didengar, orangnya juga tak kalah cantiknya. Cukup dengan kelasnya yang tersendiri, kurang dipastikan mereka ini asal dari Malaysia atau bukan. Mereka sekarang menetap di Sydney, Australia mengikut informasi daripada laman fan page Facebook mereka. facebook.com/jayessleemusic

Lagu mereka terbaru yang dimuat naik oleh mereka adalah Gangnam Style - PSY (Jayesslee Cover) sejak 2 hari yang lalu, fenomena Gangnam yang sedang hangat beberapa tahun ini menjadi pilihan mereka untuk dinyanyikan versi perempuan. Enjoy di pagi yang indah ini!.

Nora Danish Bela Monyet?

Isnin, 4 Februari 2013

Ntah lah ni haiwan peliharaan apa nama dia, kalau nampak secara kasarnya memang dari keluarga monyet. Namun haiwan peliharaan ini cukup dibelai dan disayang oleh pelakon cantik, Nora Danish. Namun ini bukanlah milik Nora, namun sumber mengatakan ianya kepunyaan Betty Rahmad

Siap ada baju dan kelihatan cukup jinak dan mesra dengan tuannya. Kenapa pilih haiwan ini, tak pilih kucing ke, lain-lain yang lebih comel dengan tuannya ke. Hek hek. Apa-apa pun yang penting kita enjoy!

KCT1 di Range Rover Evoque

Plat nombor KCT 1 merupakan plat yang dikira mahal dan ianya mampu dibeli oleh Datuk Seri Khalid kepada isterinya sempena harijadi Dato' Siti Nurhalzia pada tahun 2010 yang lalu. Kombinasi nama K (Khalid) dan CT (Siti) merupakan erti yang cukup makna buat kedua-dua suami isteri ini.

Plat berharga RM66,550 itu memungkinkan telah diletakkan pada sebuah motorsikal berkuasa tinggi, namun baru-baru ini plat itu kelihatan di sebuah kereta mewah, Range Rover Evoque yang sepadan dengan gaya serta ciri kemewahannya. Gambar diambil oleh pelawak, Enot ketika kebetulan berada di kereta berkenaan.