Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Anak Rabecca Nur al Islam

Selasa, 6 November 2012

Pelakon, Rabecca Nur al Islam selamat melahirkan anak sulung dengan sebelum ini pernah mengalami 2 kali keguguran hasil perkahwinnnya dengan Nor Azam pada awal Januari 2011 yang lalu.

Menurut portal mStar, anak sulung yang dinamakan dengan nama Nor Anggun Raverra itu dilahirkan pada awal pagi, 8 pagi di hospital Gleneagles, Kuala Lumpur dengan berat mencecah 3.4 kg.

Becca selamat melahirkan Anggun secara pembedahan pada 2 November lalu, pukul 8.19 pagi di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Gambar Pra Perkahwinan Datuk Lee Chong Wee v.ll

Debaran 10 November memperlihatkan pasangan badminton dan juga pemain perseorangan lelaki utama, Datuk Lee Chong Wei bakal menjadi suami kepada Wong Mew Choo pada 10 November ini dapat dirasai bahkan peminat-peminat badminton di luar negara dan juga di tanah air.

Tidak banyak yang mahu diperkatakan, pastinya majlis itu nanti, penuh gilang gemilang dan tajaan yang sungguh besar.

Dan ada beberapa keping foto studio bersempena pra-perkahwinan mereka berdua yang terbaru. -gambar  facebook.com/anoviabridal

Rumah Keluarga di Jual Kerana Kerjaya Seni Lufya

Isnin, 5 November 2012

Lufya yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia kini dikhabarkan telah menetap kekal di Kuala Lumpur, mungkin tidak menjadi isu/berita besar namun ianya amat penting untuk Lufya yang penat ulang alik diantara Johor Baharu dengan Kuala Lumpur untuk beberapa penawaran kerja sebagai anak seni / selebriti.

Namun yang menjadi cerita nya pula, ibu dan bapa kepada Lufya sanggup berkorban untuk menjual penempatan mereka di Johor Baharu mengikut sumber harga rumah berkenaan dalam proses penjualan dengan harga hampir RM500k.

Mereka sanggup menjual kerana mengurangkan kos bebanan hidup menetap di Kuala Lumpur semata-mata untuk Lufya dengan kerjaya seninya itu. Apa-apa sebab lain, Wallahualam, semoga berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat dalam penghijrahan baru ini. -sumber info Murai.com.my

Juliana Evans Bersama Jejaka Amerika

Juliana Evans yang pernah dikaitkan dengan pelawak Zizan Razak kini telah belajar di USA. Namun ada satu gosip yang mula timbul apabila dirinya berada di sana.

Beberapa keping gambar Juliana bersama seorang lelaki tempatan Amerika bernama Nate Miller (mengikut sumber) telah tersebar, malah mereka dikatakan sedang dibuai cinta.

Namun sangkaan itu didakwa oleh Juliana melalui laman sosial Twitternya dengan menafikan dirinya sedang bercinta dan mengakui dia masih single.
Twitter:
“Teman lelaki? Saya tak punya masa untuk itu!"

"Saya seronok dengan kehidupan 'single'!
x

Gambar Maya Karin Duta Sorella Lingerie

Menjadi duta dalam sesebuah produk syarikat itu adalah rezeki buat segolongan selebriti. Dan yang pasti ganjarannya juga amat lumayan. Maya Karin juga tidak ketinggalan untuk menjadi duta kepada produk terkenal pakaian dalaman wanita, Sorella Lingerie Malaysia.

Walaupun menjadi jurucakap kepada produk pakaian dalaman, namun Maya tidak menayangkan tubuhnya untuk dijadikan bahan promosi untuk produk pakaian dalaman, Maya juga tahu batasnya sebagai seorang Muslim dan adat-adat Melayu. Yang menjadi bahan promosi produk pakaian dalaman Sorella adalah mereka yang dari bukan Muslim. gambar -facebook.com/pages/Sorella-Lingerie-Malaysia/

Gambar Yasmin Hani dan Suami di China

Dibawah ini adalah beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh pelakon, Yasmin Hani melalui laman Instagram miliknya bersama-sama dengan suaminya di Beijing, China baru-baru ini.

Mereka bukan sahaja bercuti di sana malahan adalah untuk aktiviti utama menjalani penggambaran program Destinasi Cinta.

Video Pernikahan Farid Kamil, Diana Danielle

Ahad, 4 November 2012


Diana Danielle dan Farid Kamil semalam, 3 November telah selamat diijab kabulkan dan kini bergelar suami isteri yang sah [link]. Hari yang penuh bermakna itu pastinya mendapat liputan yang meluas di negara kita ini.

Dan tidak ketinggalan beberapa rakaman yang sempat diambil ketika majlis pernikahan berkenaan yang telah dimuatnaik di dalam laman YouTube semalam. Enjoy di hujung minggu ini..

Gambar Pernikahan Diana Danielle, Farid Kamil

Sabtu, 3 November 2012

Dengan sekali lafaz nikah, Diana Danielle Danny Beeson akhirnya bergelar isteri kepada Farid Kamil Zahari dalam satu majlis yang diadakan di Flamingo by the Lake di Ampang pada pagi Sabtu tadi (3/11/12).
“Saya tidak terkata. Syukur sangat semuanya (majlis) berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada keluarga mama yang datang jauh dari Perak dan keluarga baru (mertua) dari Kedah,” kata Diana.
“Saya gembira dan bersyukur kerana dapat isteri. Sejak awal perkenalan lagi saya sudah terdetik untuk memperisterikan Diana Namun, ia tertangguh kerana faktor usia Diana yang terlalu muda dan belum sampai seru (ketika itu). Saya berdoa agar Diana menjadi isteri yang soleh dan perkahwinan ini kekal ke alam syurga,” kata Farid.
Diana, 21, menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran bernilai RM20,000 nilai pelaburan emas.

Pihak perempuan menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa motosikal mini Kawasaki KSR 110, telekung dan Al Quran, cincin Tiffany & Co, wang hantaran dan sireh junjung.

Sementara pihak Farid pula mendapat tujuh dulang hantaran iaitu tepak sireh, sebentuk cincin dan dompet, sebuah album foto, sebuah motorsikal mini, produk kecantikan Hugo Boss, majalah Polo International dan manisan. -mStar | gambar Rotikaya.com

Maya Anggap Remy Kawan Biasa

Episod cinta di antara Maya Karin dengan Remy Ishak sememangnya satu gosip yang telah melanda mereka berdua akibat dek status mereka yang masing-masing masih lagi single dan kelihatan bersama-sama yang terbaru di sebuah restoran di shopping complex dekat Mutiara Damansara.

Namun dakwaan itu jelas membuktikan ramai yang salah faham akan status mereka. Maya akui mereka berdua hanya kawan biasa sahaja, namun tidak menolak jika mereka berdua menjadi pasangan kekasih hati. wink2.
dok men suap-suap lagi ker~
"Kebetulan Remy sedang solo pada waktu ini dan saya pula tidak mempunyai kekasih hampir tiga tahun.

"Apabila orang melihat kami bersama, orang sangka kami bercinta. Padahal, kami hanya keluar makan seperti kawan biasa. Dia adalah kawan saya.

"Biasalah gosip sebegitu akan diperkatakan. Suruh dia cari kekasih, kalau tak saya yang susah,

"Saya tidak pasti sama ada ya atau tidak kami akan menjadi kekasih. Apa juga yang akan berlaku pada masa depan, saya reda,

"Buat masa ini, saya belum temui kekasih baru dan tidak ada komen mengenai perkara itu," kata Maya. --mStar