Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Dato' Siti Nurhaliza di pelancaran SimplySiti

Isnin, 16 April 2012

Setelah selesai ABPBH 2011 yang lalu, kini Dato' Siti Nurhaliza sudah pun selesai membuat satu perasmian produk terbaru keluaran SimplySiti Eau De Parfum (haruman untuk lelaki) yang berlangsung dengan tema Masquerade Ball bertempat di Grand Ballroom Double Tree by Hilton Kuala Lumpur baru-baru ini. Duta produk ni pun turut hadir gak, Khairul Fahmi@apek. Selain tu kawan karib Siti, Rossa dan pengarah filem, David Teo juga turut kelihatan. Selain perasmian, acara memotong kek bersama suami tersayang, Datuk K.

gambar Budiey

Khairul Fahmi sah kini single, takde awek!

Ops, kepada peminat penjaga gawang gol bola sepak Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) telah disahkan kini 'single' aka available. Ini disahkan oleh majalah hiburan URTV dalam satu ruangan mengorek kisah tentang dirinya telah putus dengan bekas pacarnya, Dahlia Teck.

Ini kata Apek di URTV:

"Saya dah tak ada awek. Saya sekarang sudah single. Dalam keadaan sekarang, saya nak tumpukan perhatian kepada kerjaya dan keluarga saya dulu. Malas nak bercerita tentang cinta yang sudah tidak berpanjangan."
Ini pula respon Dahlia Teck:

"Apa sebenarnya tentang kami, cukuplah saya dan dia yang tahu. Tidak ada punca orang ketiga. Saya lebih senang bersendiri dulu kalau nak memikirkan soal cinta."

Gambar Pernikahan Natasha Hudson

Tahniah kepada Natasha Hudson kerana telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Khalid Kamal@Carleed Khaza yang juga seorang komposer pada pagi semalam di Masjid Jalan Duta. Menurut portal GUA, Natasha menerima 5 dulang hantaran berupa sireh junjung, al-Quran, kain persalinan, wangian, cincin dan mas kahwin. Khalid pula terima 7 dulang berupa sireh junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, wangian, al-Quran digital dan cincin.

gambar GUA

RM100,000 untuk buktikan Datuk K kahwin lagi

Ahad, 15 April 2012

Ganjaran wang tunai sebanyak RM100,000 bakal diberikan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai bukti yang kukuh dan sahih mengatakan Datuk Khalid (Datuk K) telah berkahwin lain oleh adik kepada Datuk K, Datin Zaitun Mohd Jiwa.

Wanita yang dikaitkan telah berkahwin dengan Datuk K adalah pelakon drama popular, Rozita Che Wan yang juga sebelum ini pernah menafikan khabar angin tersebut.

Namun perkara tersebut masih terus diperkatakan sehingga kakak kepada Datuk K mengambil keputusan untuk memberikan ganjaran kepada mereka yang mempunyai bukti.

Zaitun turut memberitahu bahawa dia tidak kisah mengeluarkan jumlah wang yang banyak demi mencabar individu yang menyebar fitnah terhadap suami penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza.

"erkara ini bukan pertama kali terjadi, sebelum ini juga ada terdengar khabar angin bahawa mereka telah berkahwin. Namun tiada seorang pun yang tampil memberikan kad jemputan mahupun gambar perkahwinan di antara Khalid dan perempuan tersebut.

"Jika berani mengeluarkan kenyataan tersebut kenalah berani tampil kehadapan dan memberikan bukti. Jika ada, ganjaran yang saya sebutkan tadi akan saya berikan."

Ziana Zain penghias majalah Nona

Sabtu, 14 April 2012

Ziana Zain yang tampil pada ABPBH 2011 yang lalu cukup tidak disangka yang dirinya lagi masih berbisa walaupun suam-suam dalam dunia seni. Kemunculannya bukan sahaja menyerikan majlis malah membuktikan khidmat artis lama masih juga diperlukan agar tidak tenggelam ditelan zaman. Lihat sahaja dari segi komersial, Ziana pun boleh setanding dengan orang lain, majalah Nona menaruhkan harapan itu untuk menghiasi muka hadapan majalah berkenaan. Lihatlah, kulit wajahku yang berseri ini~, kan kelas gitu ZZ. :)

Kad perkahwinan Fasha Sandha, Rizal

Di bawah ni adalah kad jemputan Fasha Sandha dan Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai. Kad jemputan ini tertera tarikh 27 April ini, namun tempat dan lokasinya adalah rahsia, dan masih lagi tidak boleh diberitahu secara umum hanya media, dan orang terdekat sahaja yang tahu buat masa ini. Nak tahu dimana? nantikan 27 April ini. Nanti baritahu tempat, ramai pula yang serbu makan free kan. Hehe.

Gambar Fasha Sandha di ABPBH 2011

Jumaat, 13 April 2012

Hampir terlupa admin nak letakkan gambar sepenuhnya Fasha Sandha ketika dia di ABPBH 2011. Kemenangan Fasha dalam kategori Pelakon Wanita TV meletakkan dia kini kembali mendapat kepercayaan peminat setelah turun naiknya prestasi akibat pelbagai peristiwa yang melanda. Apa-apa pun tahniah kepada Fasha kerana berani menempuhi gelora lautan yang begitu kuat sehingga sampai ke tahap ini mendapat anugerah pilihan rakyat Malaysia. Enjoyed.

gambar We Love Fasha Sandha

Maria Farida menari setalah 30 tahun!

Kehangatan ABPBH 2011 yang lalu masih lagi terasa. Kisah kali ini adalah episod dimana, pelakon cantik, Maria Farida yang sebelum ini kita kenali sebagai seorang pelakon di layar perak dan drama tv, telah pun membuatkan persembahan tarian ketika itu bersama-sama dengan Watie Elite bersempena nyanyian Alyah - Bad Romance. Mungkin ada juga kita tahu kan cerita ini, mari kita dengar komen Maria yang dipetik daripada portal GUA

“Saya berdebar sangat masa menari sebab dah lama tak buat persembahan tarian. Kali terakhir saya buat persembahan bersama Kit Kat Club sekitar hujung 80-an. Masa mula-mula Berita Harian hubungi saya, saya tak tahu lagu apa. Bila dapat tahu lagu Lady Gaga, saya terkejut sebab saya tak pernah buat tarian macam ini. Saya berlatih sekejap sangat dan ‘belasah’ saja menari tadi,

“Saya pasti orang akan kutuk saya sebab dalam umur saya begini, saya terlompat-lompat atas pentas. Saya hanya menari untuk peminat sempena ulangtahun ABP kali ini. Kalau nak kutuk, kutuk saja, saya berfikiran terbuka. Lagipun, apa yang kita buat, semuanya salah.

“Apa-apapun, saya tahu batasnya dan saya juga tak pakai terlalu menonjol. Saya pakai seluar ‘tracksuit’ di dalam. Lagipun, umur macam ini tak kan saya nak menari selalu, sekali sekala bolehlah. Sekurang-kurangnya, ia mengubat kerinduan saya di pentas tarian,”

Sham Kamikaze nafi kahwin kali ke-2

Wanita yang dikatakan menjadi isteri kedua kepada Sham (Kamikaze) iaitu Nurul Halimin Md Salleh, enggan mengulas khabar angin mengenai perkahwinan mereka.
"Tanyalah Sham sendiri," katanya ringkas.
Pada Januari lalu, Sham menjadi tumpuan ramai apabila dia yang kini merupakan seorang pendakwah dikatakan sudah beristeri dua.

Sham telah pun menafikan status berkenaan dan meluahkan rasa kecewa dengan gosip yang melanda itu. Hal itu disebabkan pendedahan oleh beberapa blog mengenai wajah isteri baru Sham yang merupakan janda anak yang antara lain mendedahkan pasangan tersebut telah berkahwin pada 16 Januari lalu.

isteri pertama, Farazilla

Menurut sumber berkenaan lagi, perkahwinan Sham dan Nurul Halimin masih lagi belum diketahui oleh isteri pertama lelaki tersebut menyebabkan dia mengambil keputusan untuk merahsiakannya terlebih dahulu. -Via

Gambar Akikah Anak Marion Caunter. SM Nasaruddin

Khamis, 12 April 2012

Marion Caunter dan suami tercintanya, SM Nasaruddin telah mengadakan majlis cukur jambul atau akikah bagi anak perempuan sulung mereka, Leia Rose pada hari Ahad yang lalu. Majlis ini dihadiri oleh sanak saudara terdekat dan juga sahabat-sahabat kedua-dua pasangan. Gambar diambil dari Twitter Marion Caunter

Fan Page Zed Zaidi digodam

Baru-baru ini, siapa yang selalu pergi ke laman fan page Facebook milik Zed Zaidi mungkin agak terkejut dan sudah pastinya tidak menduga yang laman pelakon ini telah digodam beberapa jam oleh Aaronators Crew. Namun apabila laman page ini dibuka beberapa jam yang lalu, ianya kelihatan stabil dan bersih dari pngondam berkenaan. Mungkin fan page baru telah dibuat memandangkan jumlah like yang lebih sedikit.



http://www.facebook.com/zedzaidifanpage

"Hey guys and girls, Aaronators Crew is on air now. What are you doing people? Got anything to say? Tell me, I will choose the best words to post here. By the way, forgot to say that, Zed Zaidi fanpage was hacked by Aaronators Crew. Sekarang... Mau Kasi Langgar Dia Punya Tempat La, Baru Syok~

Jangan risau, Aaron Aziz tidak ada kena mengena dalam godam menggodam ni, so jangan buruk sangka terhadap artis kesayangan kita tu, kitaorang buat di atas kehendak kitaorang sendiri. Amacam korang nak kitaorang serah balik tak? Hewhewhew~ -Via

Rita Rudaini terima SMS cerai Aidil

Akhbar Utusan Malaysia pada Rabu melaporkan Aidil telah memaklumkan untuk bercerai dengan Rita Rudaini menerusi SMS. Dalam SMS yang diterima Rita, Aidil memberitahu sudah memfailkan penceraian melalui peguamnya.

Rita akan berjuang habis-habisan sekiranya Aidil atau pihak keluarga mertua mahu menuntut hak penjagaan anak-anaknya jika kes itu dibawa ke mahkamah nanti.

Rita telah menyerahkan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut dan menjangkakan kes berkenaan akan dibawa ke Mahkamah Syariah dalam masa seminggu.

"Saya sudah bertahan terlalu lama dan berita Aidil mahu menceraikan saya sedikit pun tidak mengejutkan. Lagipun dia sudah tidak pulang ke rumah hampir empat bulan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Aidil kerana berkongsi hidup dengan saya selama ini sehingga kami mendapat dua orang anak," ujarnya. -Via

Gambar Aaron Aziz, Isteri di ABPBH 2011

Rabu, 11 April 2012

Inilah dia Aaron Aziz disaat menang di ABPBH 2011 dan juga disamping isterinya yang tersayang, Diana. Korang jangan jeles sangat la. Tak patut jeles sebab dia dah berbini. Hehe. Aaron juga telah menang sebuah kereta separa mewah, kereta Nissan Teana V6 2.5L (Premium) berharga RM175 ribu tu. Jum Layan Gambar dulu.

Gambar Kekasih Siti Saleha, Penjaga Gol Sabah

Siti Saleha, Adik kepada penyanyi Sam (Bunkface) mengakui dia kini sedang intim dengan seseorang. Jejaka tersebut juga dikenali ramai. Dia yang dimaksudkan ialah penjaga gol negeri Sabah bernama Syed Adney Syed Hussein yang juga merupakan adik kepada pelakon Sharifah Sofea.

Adney merupakan bekas kekasihnya sebelum ini dan hubungan mereka putus di tengah jalan kerana salah faham. Masih sayang antara satu sama lain, hubungan mereka kembali bertaut dan kini sedang menuju ke arah satu hubungan yang lebih serius dan matang. -Kosmo

Gambar Izara Aishah di ABPBH 2011

Selasa, 10 April 2012

Kemunculan pertama atau ketegori yang pertama Artis Baru Wanita Popular di ABPBH 2011 yang lalu yang telah dicalonkan bagi Izara Aishah, sememangnya memberikan satu kesan bahawa pelakon jelita ini kian meningkat naik namanya. Memang susah nak menang buat kali pertama, sebab persaingan juga sengit antaranya Tasha Shilla (pemenang), Najwa Latif, Neelofa dan juga Nur Fathia. Apa-apa pun syabas buat calon-calon ini, memang susah nak jangka siapa yang menang pada mulanya, last2 dapat tahu memang Tasha juga yang menang. :)

Gambar Nora Danish di ABPBH 2011

Paling menjadi perhatian di ABPBH 2011 yang lalu adalah penampilan artis yang berpakaian anggun dan penampilan yang tidak menjolok mata. Antaranya adalah Nora Danish. Nora berpakaian sungguh anggun dan fesyen rambutnya juga kelihatan cantik. Bekas suami Jejai tidak kelihatan, mungkin Jejai serba salah nak duduk kat mana kot, memandangkan Fasha Sandha juga hadir bersama. Auch!

Nora Danish

Nora Danish

Nora Danish

-gambar Budiey.com

Aaron kata Zed Zaidi kurang matang!

Aaron Aziz menegur aktor Zed Zaidi yang mempersoalkan kemenangannya dalam ABPBH2011 Ahad lalu. Aaron berkata Zed yang menjadikan faktor kenegaraan bagi mempertikaikan kemenangannya adalah satu pemikiran yang tidak matang apatah lagi ia datangnya daripada Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

"Saya tak boleh nak halang dia untuk menulis apa sahaja dalam entri Twitter miliknya kerana itu hak masing-masing. Cuma jika begitulah pemikiran dia yang juga merupakan orang penting dalam Seniman, saya rasa, dia tak cukup matang. Apa-apa komennya itu tidak menjejaskan saya," katanya.
Aaron diminta mengulas mengenai entri menerusi Twitter milik Zed pada Ahad lalu yang dilihat seperti kecewa di atas kemenangan Aaron, seorang warga negara Singapura.
Antara komen Zed Zaidi menerusi Twitter miliknya yang mempersoalkan kemenangan Aaron Aziz.

Zed secara menyindir turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengundi pelakon itu kerana ia dilihat seperti menggalakkan artis luar merosakkan industri seni tempatan.
"Apa juga jenis seni sekalipun, ia sebenarnya tiada sepadan. Lagipun kemenangan ini adalah pilihan orang ramai. Kalau saya kacau periuk nasi dia, lainlah. Insya-Allah, kalau dia masuk pertandingan saya akan undi dia,” sindir Aaron. -Via