Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Izara Aishah pelakon baru yang cantik

Jumaat, 16 Mac 2012

Siapa Izara Aishah ni? ala dia ni bekas finalis Dewi Remaja tahun yang lalu. Selain tu, mesti korang perasan kelibat dia dalam Vanila Coklat kan. Pelakon baru ni, jadi korang kena kenali dia. Muka dia juga sebijik Sharifah Amani kan. Kini dia dah makin ngetop, jadi penghias muka hadapan majalah. Nak tahu lebih lanjut mengenai Izara dan kehidupannya? selami adakah sudah mempunyai teman lelaki atau belum? belilah majalah ini yang berdekatan dengan rumah anda segera. Hehe.

Ehsan Gosip Cari

Siti Nurhaliza di Era FM (video)

Tetamu Johara di Era FM. Baru-baru ini, Dato Siti Nurhaliza telah dijemput menghadiri satu rancangan di udara bersama Johara di Era FM. Dalam rancangan ini, Siti telah menyanyi lagu Anuar Zain dengan iringan piano oleh Johan (Johan apa lagi penuh eksyen da). Bagi peminat Era FM, mungkin ada yang sudah mendengarkan isu ini, namun bagi mereka yang tak berkesempatan untuk mendengarnya, jangan risau, sebab Era FM sempat rakam videonya sekali.

video Yuna - Penakut buat di AS

Lama Yuna menyepikan, akhirnya dia dalam diam-diam sibuk dalam pembikinan pelbagai album lagu, dan ini adalah hasilnya yang bertajuk 'penakut'. Dengar cerita video ini dihasilkan di Amerika Syarikat dekat sebuah tempat yang diberi nama Nipton, Nevada. Video ni singkat jerk, namun mengambarkan identiti kombinasi diantara penyanyi dan alam. Tunggu video full selepas ini. :)



ehsan Gosip Cari

Tiz Zaqyah - How Do I Live

Khamis, 15 Mac 2012

Boleh tahan juga suara Tiz Zaqyah apabila menyanyikan lagu bertajuk 'How Do I Live - Trisha Yearwood' yang dirakamkan olehnya sendiri untuk peminat fan Facebooknya, Tiz Zaqyah Zak. korang enjoyed la dulu dengar suara Tiz ni, memang sedap dan mengasyikan juga. :)

Fazley bersama kembar mirip wajahnya

Kembar memang ada dan wujud di dunia ni, tapi tak semestinya kita dapat berjumpa dan bersemuka dengan mereka, sebab kita tidak tahu dimana mereka berada dan mereka juga tidak semestinya berada di sebuah Negara yang sama didiami. Namun begitulah bertuahnya, pakar motivasi, Fazley apabila berjumpa dengan kembar yang hampir iras dengan mukanya. Memang kalau nak dilihat kali pertama nampak tak sama, kali kedua sebijik dari fesyen rambut dan juga gayanya. Hehe

ehsan syokkahwin.com/blog/

Awal Ashaari sahkan kahwin tahun ini dengan Scha

Awal Ashaari telah memberi tahu kepada pihak umum melalui portal GUA baru-baru ni, yang mana dia dan Scha al Yahya bakal kahwin dalam tahun ini, namun tarikhnya tidak dapat dijelaskan sepenuhnya, kemungkinan besar sebelum Hari Raya AidilFitri. Ya lah, nak juga Awal dan Scha tu merasai pasangan suami isteri di pagi Syawal kan. Harap perkahwinan ini bakal dilaksanakan dengan selamat dan berjalan lancar. :)

“Tarikhnya sudah ada. Tapi saya tidak boleh umumkan lagi kerana menghormati pihak keluarga. Bukan sebelah pihak saya sahaja, tetapi di sebelah pihak Scha juga. Kami akan adakan sidang media untuk buat pengumuman tentang majlis itu dan harap pihak media serta peminat memahami situasi kami. Apa yang boleh saya katakan, majlis perkahwinan kami akan berlangsung dalam tahun ini juga,

“Sekarang ini persiapan sudah siap 60 peratus. Tapi kami belum sempat menempah baju perkahwinan kerana masing-masing sibuk dengan jadual penggambaran. Lagipun, saya dan Scha masih mencari-cari pereka fesyen yang sesuai. Memang ada yang mahu menaja, namun kami masih lagi memikirkannya. -Via

Maya Karin Dalam iklan Tv Tema 'Sampah'

Rabu, 14 Mac 2012

Memetik daripada sumber Cari, Tersebutlah alkisah dimana pelakon Ombak Rindu, Maya Karin bakal berlakon dalam sebuah iklan bertemakan 'Kempen Kitar Semula' dibawah naugan JPSPN. Gambar dibawah adalah majlis pelancaran iklan berkeanan yang dirasmikan oleh tamu VVIP merangkap Menteri ketika itu. Nak tahu iklannya seperti apa? korang setia nantikan di kaca tv nanti.

Akibat Isu Video Panas, Melia dan ibubapa putus hubungan!

Melia Aimiellia (Melia) berkata pendedahan cerita mengenainya itu di muka hadapan sebuah tabloid pada Isnin lalu telah menyebabkan hubungan keluarganya kini berpecah-belah. Melia tidak menduga kontroversi tersebut bukan sahaja menjejaskan periuk nasinya sebagai pelakon, malah turut memutuskan hubungan silaturahim di antara ibu bapanya dan sanak saudara yang lain.

“Saya akui kontroversi ini bukan sahaja mengaibkan, malah turut memporak-perandakan kehidupan saya sekeluarga. Bayangkanlah, apabila isu dibesarkan sehingga terpampang di muka hadapan akhbar semalam (Isnin), ibu bapa saya mula dihujani pelbagai panggilan dan kecaman daripada sanak saudara dan kenalan.

Apa yang saya kesalkan, apabila saudara mara lebih mempercayai laporan-laporan tersebut berbanding penjelasan darah daging mereka sendiri,

“Ia mengakibatkan hubungan keluarga ibu bapa menjadi tegang dan terputus. Ibu bapa saya kecewa apabila keluarga mereka sendiri bukan sahaja tidak memberikan sokongan moral malah mengecam mereka dengan kata-kata kesat.

“Biarlah, apa pun yang terjadi, kami anak beranak akan hadapi perkara ini bersendirian,” katanya dengan nada sebak. baca lagi...

Ogy Tak Jadi Saman Johan RL

Akibat daripada ketidak 'dewasaan' Johan Raja Lawak di artikel yang lalu di sini, kira-kira 3 bulan yang lalu, Ogy Ahmad Daud telah pun mengemukakan satu tindakan saman terhadap Johan. Namun tindakan ini telah ditarikbalik sendiri oleh Ogy. Memetik sumber dari GUA, Ogy telah memberikan komennya seperti ini, selepas ditemui ketika rancangan pengumunan protoge Mentor 6 baru-baru ini.

"Untuk pengetahuan semua, saya tidak jadi saman Johan," ujar Fauziah
selepas ini molek benor kalau mereka berdua bermaaf-maafan antara satu sama lain. :)

Shamsul Ghau Ghau tunaikan umrah

Selasa, 13 Mac 2012

Syukur ke hidrat Ilahi, dalam diam-diam pengacara terkenal dan pelakon komedi, Shamsul Ghau Ghau pergi menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah. Satu petanda yang baik daripada golongan artis. Biasalah artis zaman sekarang kan kaya raya, tapi bab melancong luar negara memang nombor satu, tapi bab pergi umrah / haji, perkara ini di belakangkan. Haish. Semoga saper-saper yang ada harta lebih tu, kunjungilah Tanah Suci, tak rugi dan dapat banyak pahala. :)

gambar dari Cari

Gambar Resepsi Datuk Malek Noor

Baru beberapa jam yang lalu terpampang gambar pernikahan Datuk Malek Noor dan juga isterinya, Dr Wan Asma, kini korang boleh melihat majlis resepsi mereka yang diadakan pada hari yang sama namun disebalah malam diadakan di hotel Renaisance Kota Bahru Kelantan, dikhabarkan Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz juga berkesempatan menghadiri majlis berkenaan. Gambar ini ekslusif dikirimkan oleh jurufoto, HAFIZ SEVEN, JIHAN MEGHAA ISMAIL, AYIE NAZRI DAN FAKHRUL HAQIM melalui laman web mereka di thehuruhara.com | hafiz7.com

Gambar Pernikahan Datuk Malek Noor

Hanya dengan sekali lafaz, Datuk Malek Noor akhirnya selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail. Mereka dinikahkan di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) pagi semalam.

Pengantin lelaki hanya memberikan senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin tanpa wang hantaran disertai lima dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan.

Dr Wan Asma memberitahu beliau tidak memerlukan wang hantaran kerana segala kelengkapan sudah beliau miliki.

Apa yang penting beliau berharap perkahwinan mereka berdua kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan di Hotel Renaissance, pada malam Isnin. -Via

Memey, Norman bulan madu di Bali

Isnin, 12 Mac 2012

Setelah 5 bulan mendirikan rumahtangga, akhirnya, Memey dan Norman Hakim telah pun berbulan madu di Bali pada 29 Feb sehingga 5 Mac yang lalu. Berita ini diterima melalui sorotan akhbar Bpop baru-baru ini. Mungkin ketiadaan masa dan kesibukan kerjaya masing-masing, maka waktu ini lah masa yang sesuai untuk pasangan suami isteri merehatkan diri dan pergi bercuti. Apa-apa pun semoga bahagia lah. enjoyed!

gambar Beautifulnara

Irma Hasmie bertunang 27 Mac ini?

Irma Hasmie akan mengikat tali pertunangan bersama lelaki pilhannya pada 27 Mac ini. Majlis pertunangan mereka bakal dilangsungkan di kediaman pihak perempuan di Sungai Buloh, Selangor. Difahamkan, bakal tunangan Irma berjaya memikat hati Irma ketika mereka ke tanah suci Mekah tidak berapa lama dahulu. Namun siapakah lelaki misteri ini? kita nantikanya tak lama lagi. Fahrin? OMG? -Sumber

Scha bertudung, Awal bersongkok ke Kelantan

Lawa dan cantik melihat pasangan Scha al Yahya dan Awal Ashaari pergi ke sebuah perkahwinan kawan mereka di Kelantan baru-baru ini. Awal mengenakan songkok, manakalah Scha pula memakai tudung. Wah jarang sekali kita dapat lihat mereka berpakaian begini, mestinya rumah kawan mereka ni, orang alim-alim kot. hihi

dipetik daripada facebook Scha al Yahya

Harith Iskander jadi ayah, isteri selamat lahirkan anak

Ahad, 11 Mac 2012

Tahniah kepada pelawak rancangan tv, Harith Iskander dan juga isterinya Dr. Jezamine kerana menjadi ibubapa diatas kelahiran putera sulung mereka pada 8 Mac baru-baru ini. Bayi lelaki yang diberi nama Zander Xayne ini seberat hampir 4 kg. Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh Harith melalu laman Twitternya, #harithiskander.

Gambit dan Juliana Evans penghias majalah Remaja

Sabtu, 10 Mac 2012

Untuk edisi 15 Mac 2012, majalah remaja sekali lagi memaparkan dua selebriti untuk penghias majalah mereka, Gambit Saifullah dan Juliana Evans. Kenapa bukan Zizan Raja Lawak bersama Juliana? nah tajuk sahaja 'serasi bersama' membuatkan adakah Gambit mempunyai perasaaan terhadap Juliana? segera lah membelinya dipasaran sekarang, untuk remaja sahaja, retua tak boleh. Hehe.

fan page Facebook Remaja

Fasha Sandha tolak tajaan kahwin 29 April

Tidak mahu dianggap "Wedding Of The Year", Fasha Sandha akan menurut kata bakal suaminya yang mahukan perkahwinan mereka dilakukan bersederhana. Fasha turut mengakui bahawa dia tidak pernah mengimpikan untuk membuat majlis perkahwinan yang besar, cukuplah sekadar dikongsi bersama keluarga dan teman-teman rapat.

Fasha yang mengesahkan bakal bernikah pada 29 April ini, memberitahu bahawa akan menbuat 3 majlis resepsi untuk perkahwinan mereka yang dikatakan sederhana itu.

Fasha juga turut memberitahu bahawa dia dan bakal suami, Jejai telah menolak secara baik tawaran tajaaan yang pernah cuba untuk menaja keperluan di hari bersejarah mereka itu nanti. Segala persiapan yang dilakukan untuk hari persandingan kelak menggunakan duit mereka sendiri.

"Ini juga antara permintaan pihak suami dan saya sendiri yang tidak mahu penaja. Bukan apa, ini mungkin akan menimbulkan perasaan terhutang budi kepada sesetengah pihak. Saya tidak mahu perkara tersebut berlaku". -Via

Gambar Lisa Surihani di majalah Cosmopolitan

Jumaat, 9 Mac 2012

Cantiknya Lisa Surihani di majalah Cosmopolitan eidisi Mac 2012, mungkin ini majalah yang terakhir beliau sebelum sibuk menguruskan dirinya untuk majlis perkahwinan bersama Yusry. Nak tahu mengenai majalah ini lebih lanjut, silalah beli di pasaran dengan segera, selagi stock masih ada. Hehe.

Alyah, Siti Saleha penghias majalah ENF

Alyah dan Siti Saleha kini berduet untuk penghias majalah depan ENF. Majalah ini secara lazimnya adalah majalah online pertama yang begitu perfect. Pembaca akan membaca melalui online sahaja, dan kemudahan ini telah memberikan satu nafas baru dan teknologi terkini untuk pembaca langsung membukanya, takhtala kemunculan tablet pelbagai jenis dan jenama. Korang boleh jer langsung ke laman ini, untuk membacanya, http://www.wuuhuuonline.com/

Edrie Hashim dapat anak ke-2

Tahniah kepada komposer Edrie Hashim, kerana isterinya, Pat Candy selamat melahirkan anak ke-dua mereka pada 10 pagi hari Rabu yang lalu memetik daripada sumber laman sosial Edrie sendiri, di twitter, @eddriehashim. Dalam informasi yang dipetik daripada laman GUA pula, nama anak berkenaan adalah Dylan Haidar. Edrie mendirikan rumah tangga dengan isterinya pada tahun 2002 yang lalu, dan dikurniakan seorang anak yang kini berusia 8 tahun setelah isterinya keguguran hampir 4 kali.

Inikah dia bakal tunang Liyana Jasmay?

Khamis, 8 Mac 2012

Kalau nak diikutkan artikel yang sudah, di SINI, Liyana Jasmay sudah pun meng'confirm'kan yang dia akan bertunang dengan seorang jejaka yang mana jiran kepada dirinya juga. Jejaka itu bernama Fathuddin Mazlan. Namun tidak ramai yang bakal tahu bagaimana paras rupa orangnya, admin berkesempatan dapat melihat gambarnya yang didakwa dia adalah Fathuddin Mazlan. Oleh itu harap tak salah oranglah, kalau betul, memang hensem juga orangnya.

Fathuddin yang ditengah-tengah. gambar Syokkahwin