Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar baju muslimah Fida

Rabu, 9 November 2011

Promote jap kedai busana dari butik Galeri Muslimah Sdn. Bhd. Butik Galeri Muslimah yang ditubuhkan pada tahun 2009 ini terletak di A-1-6, Blok A, PJU 8/1, Neo Damansara, Damansara Perdana.Pelbagai jenis kain yang berkualiti siap untuk korang yang mementingkan ciri-ciri pemakaian dalam Islam. Gambar dibawah adalah diantara pakaian yang dipakai oleh Fida. Kalau nak tahu lebih lanjut / berkenan mengenai pakaian yang dipakai Fida ni, boleh lah pergi ke kedai berkenaan ok.

[gambar Via]

Maya Karin Tidak di Undang ke ASK 2011

Dalam kemenangan filem Cun yang meraih tiga anugerah utama pada ASK 2011 pada Jumaat lepas, mungkin ramai yang tidak perasan bahawa pelakon filem berkenaan, Maya Karin tidak hadir. Mengikut portal Murai, pelakon, Maya Karin dikatakan tidak mendapat undangan ke majlis berkenaan.

Mungkin Maya sudah mengetahui yang dirinya tidak akan memenangi kategori Pelakon Filem Wanita Terbaik malam itu. Dengar khabar lain, Maya tidak kecil hati atau terkilan sangat atas itu, dan lebih berbangga kerana lakonannya dalam filem itu telah mengondol 3 kategori yang dipertandingankan iaitu Pengarah Filem Terbaik, Pelakon Filem Lelaki Terbaik dan Pelakon Filem Pembantu Wanita Terbaik.

Aksi Nabila dapat perhatian Amy Search

Keoch baru-baru ni, mengenai anak artis Raja Rock yang bersosial tahap dewa. Siapa lagi kalau bukan Nabila Huda yang dimaksudkan ramai pemerhati selebriti. Kisah ni bermula apabila rancangan Galaksi memaparkan adegan liar yang diambil ketika Nabila sedang berpesta di Pulau Tioman bersama seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya. Namun buat masa ini tiada penafian daripada pihak Nabila mengenai isu ini.

Tapi papanya pula yang dah mula mengomen, komennya begini, berbentuk nasihat kepada Nabila.

"Saya tidak tahu tentang gambar-gambar itu, tapi sebagai bapa saya berharap dia menjaga tingkah lakunya kerana dia seorang perempuan. Dia yang memilih untuk menjadi selebriti dan seharusnya dia menjaga kerjaya dan fokus dengan apa yang dia ada sekarang

"Saya harap dia tidak melarikan diri daripada kesilapan yang telah dilakukan dan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku," -Amy Search -Via

Gambar Izara Aishah Dewi Remaja

Selasa, 8 November 2011

Pemenang tempat kedua pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 tahun lalu, gadis kacukan Melayu-Pakistan, Izara Aishah, mula mendapat perhatian penerbit-penerbit drama dan filem Tuah badan memiliki pakej yang cukup sempurna, permulaan karier gadis berusia 18 tahun ini sedikit mudah apabila dia menerima banyak tawaran berlakon.

Selain itu, mengenai hal pribadinya pula, dengan selambanya dia mengakui hatinya sudahpun dimiliki oleh seorang lelaki yang bukan dari kalangan orang seni. Izara bersyukur kerana teman lelaki nya seorang yang memahami. Dan mereka berkawan sejak kecil lagi, cuma baru sekarang hubungan cinta terjalin.

[Via]

Zarina An Julie buat teka teki!

Rozita Che Wan siapa tidak kenal, artis yang sudah dikenali ramai walaupun usianya tidak muda, tapi sifat fizikalnya memang seperti orang muda. Sehinggakan ada juga orang masih yang masih memperli mengenainya. Zarina, pelakon kontroversi ini tidak mahu ketinggalan menyatakan dalam laman sosial twitter miliknya, dimana dia buat satu jenaka mengenai anugerah payudara silikon bersempena ASK 2011. Tidak tahu siapa yang dimaksudkan, tapi kalau lihat sudut pandang kasar, tiada orang lain, cuma Rozita sahaja yang selalu digosipkan mengenai itu. Haish, tak de isu lain ker Zarina ni.

[gambar Via]

Gambar Nasha Aziz tingkatan 3

Gambar masa muda ni memang selalu kita ingin lihat, apatah lagi golongan selebriti, nak juga tengok mereka dikala mereka masih muda lebih-lebih lagi di bangku sekolah. Tip top sekarang dah jadi artis terkenal. Kalau lihat waktu kecil, memanglah tak cantik. Begitulah yang anda bakal saksikan, gambar Nasha Aziz tahun 1986, 25 tahun yang lalu. Waktu ni Nasha sudah tingkatan 3 dah. Mungkin ada pembaca disini masih belum lagi lahir atau pun masih kecil lagi kan.

[gambar Via]

Gambar Fasha Sandha di ASK 2011

Isnin, 7 November 2011

Lepas Jom Heboh di Kelantan baru-baru ni dikatakan Fasha seswai bertudung dan adalah menjadi pendorong semangat peminatnya untuk bersama dengannya, la kini pulak dah buka di ASK 2011, siap fesyen berkemban ala corak Cina pulak, kan bagus molek kalau bertudung tym tu. Memang jadi perhatian sungguh la ketika itu rasanya, dengan skirt bawa seperti berkembang besor. Dalam ASK kali ni, Fasha tak menang apa-apa anugerah. Boleh cuba tahun hadapan la nampaknya.

[gambar Via]

Gambar Remy, Tiz di ASK 2011

Umum dah tahu yang Remy Ishak dan Tiz Zaqyah adalah sepasang kekasih hati. Gambar mereka berdua menjadi perhatian ketika majlis gilang gemilang ASK 2011. Biasalah pasangan secocok aka serasi gitue. Remy memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam filem CUN, manakala Tiz pula dalam kategori pendorong kekasih hati, haha, manada ni kategori la, Tiz tak menang apa-apa tahun ni. Apa-apa pun kita lihat dulu ragam mereka berdua di ASK 2011.

[gambar Via]

Dato' Siti Nurhaliza bertemu Kimora Lee Simmons

Sabtu, 5 November 2011

Baru-baru ni, pelakon dan model terkenal Amerika, Kimora Lee Simmons ada datang ke ibu negara. Tak dapat dipastikan sempena apa, tapi kehadirannya memang sangat dinantikan, apatah lagi penyanyi nombor satu Negara, Dato' Siti Nurhaliza sempat bertemu dan mengambil gambar bersama. Kimora Lee Simmons memang tinggi orangnya, dengan ketinggian 6 kaki lebih menurut laman WikiPedia.

[gambar Via]

Ini kah Kekasih Marsha Londoh?

Gambar dibawah ni dikatakan adalah kekasih hati kepada Marsha Londoh. Pada mulanya ada seseorang terserempak dengan Marsha bertigaan di sebuah tempat ni, dengan seorang lagi selebriti dan seorang lagi jejaka berbaju biru. Dok asyik berbual mengenai mereka, Marsha mengakui yang jejaka ini adalah kekasihnya, Tengku Bakar. Ntah betul atau tidak cerita ni, adalah terserah kepada anda untuk mempercayainya. Kan3. :)

[gambar Via]

Alyah dibedah dua kali!

Jumaat, 4 November 2011

Baru-baru ni penyanyi Alyah dikatakan mengalami sakit perut luar biasa. Dan dia dikejarkan ke hospital pakar di Damansara. Mengikut laman Kosmo, Alyah diperiksa oleh doktor, dan Alyah difahamkan terpaksa dibedah dua kali dengan segera disebabkan apendiks di dalam perutnya sudah pecah dan seterusnnya menyebabkan beberapa telur ovarinya menerima jangkitan.

“Selepas mengalami muntah-muntah, badan rasa sangat tidak selesa, saya dihantar ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Ketika itu Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya, hidung dan mulut saya keluar air tanpa henti, bila doktor tekan bahagian perut, sakit yang teramat!” -Via
Kini Alyah disahkan sembuh sepenuhnya dan sihat seperti sediakala setelah 2 minggu apa yang terjadi kepada dirinya ini berlalu.

Isu Zizan RL dikupas Ustaz Azhar Idrus

Isu sensitif yang hangat satu masa dahulu oleh Zizan RL dalam filem Hantu Bonceng kini dah dikupas oleh penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus sempena pertemuannya dengan pelajar UIA Gombak baru-baru ni, walaupun kita tahu isu ini dah lama berlalu. Kata Ustaz Azhar, Zizan menelefon dirinya dan langsung bertanyakaan mengenai soalan itu. Mungkin Zizan diantara peminat/fan Ustaz Azhar kot, sebab tue, jauh-jauh dia mencari dan call ustaz itu. Apa-apa pun kita tengok dulu video dibawah ni. K enjoy.

Gambar Pra-Perkahwinan Lan A to Z, Ain

Memang menarik betul melihat gambar pra-perkahwinan Lan A to Z kini sedang bahagia dengan kekasihnya, Nur Ain Daud yang bakal dinikahinya pada 11 November (11.11.11) ini. Walaupun perbezaan jurang umur yang begitu dalam, 20 tahun, tapi mereka sepertinya sudah dapat membiasakan diri dengan cinta yang mereka miliki. Mungkin sekarang kedua-dua mempelam ni tengah sibuk menguruskan sesi perkahwinan mereka.

So selepas ini kita doakan agar majlis itu nanti. Dan kekal hingga ke akhir hayat. :)
[gambar Via]

Bob Lokman dikenakan waran tangkap JAIS

Khamis, 3 November 2011

Bob Lokman sedia dirinya ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada bila-bila masa kerana berpendapat dirinya berada di pihak yang benar ketika memberi ceramah agama di sebuah masjid bulan lalu.

JAIS mengumumkan bahawa waran tangkap ke atas Bob Lokman telahpun dikeluarkan Jumaat lalu kerana gagal hadir memberi keterangan sepertimana yang diarahkan berhubung ceramahnya tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu.

“Jika mereka hendak tangkap saya, silakan kerana saya akur dengan keputusan mereka yang menganggap saya bersalah. Sedangkan saya hanya memberi dakwah tentang apa yang saya fikirkan dan menjelaskan (kepada pendengar ceramah) mengapa saya perlu dekatkan diri dengan cara hidup seperti hari ini yang lebih menjurus kepada akidah dan tauhid"

“Saya tidak mencampurkan urusan politik di dalam masjid kerana saya hanya menyampaikan dakwah. Ini bersandarkan kepercayaan saya bahawa orang Islam tahu perkara yang nyata dan benar dalam masjid. Selagi tidak bualkan tentang perkara yang buruk, saya berada di pihak yang benar. Saya lakukan ini berlandaskan agama dan kebenaran,” kata Bob.
Bob kini sedang disiasat di bawah seksyen di bawah Seksyen 119 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor, iaitu menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
[artikel Via]

PS: orang berceramah pon kena tahan, dimana kebebasan berdakwah di negara ini? kalau sudah terikat dengan undang-undang dunia, hukum Allah pun tetap dilanggar. Zz.

Zamarul Hisham Kena Demam Denggi!

Ini berita yang dipetik daripada laman Gua, dimana Zamarul Hisham menghidap demam denggi untuk kali ke-2 (pertama pada tahun 1995) dan kini terlantar di hospital dekat Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, sejak hari Ahad. Paling sedih buat Zamarul ketika ini adalah dia terkena demam ni pada tarikh yang sama dengan 'befday' anaknya, Kashfi Haiqal yang berumur setahun. Kita doakan agar Zamarul kembali sihat semula yer.

[via]

Diana Danielle dalam Majalah Intrend November

Cantik dan menawan sungguh melihat Diana Danielle sebagai cover majalah Intrend edisi baru-baru ni. Dengan berjemur dibawah sinaran terik matahari, siap pakai baju skirt dan juga berjaket, menampakkan Diana, serba boleh. Sebagai satu ciri wanita lasak yang masih wujud. hehe. Rambut yang nmpk rebonding mengilatkan lagi keceriaan majalah itu. Layans..

Video Tiz Zaqyah Bermain Piano

Rabu, 2 November 2011

Tidak disangka selain berbakat dalam bidang lakonan, Tiz Zaqyah juga mahir dalam menggunakan alat muzik terutama piano. Piano ni bukan calang-calang alat muzik, jarang orang dapat memiliki atau pelajari, orang-orang kaya sahaja yang mampu, orang sederhana tu boleh la juga, tapi jarang lah dapat melihat orang sederhana memiliki sebuah piano. Kan kan. Video dibawah ni diambil ketika Tiz dan krew pengambaraan untuk drama Soffiya. Lihat Tiz ketika bermain piano, memang berbakat bukan? ke Tiz baru berjinak-jinak atau belajar ni? hikhik.


[video Via]

Apek didakwa ambil ganja!

Saiful Apek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada hari Selasa kelmarin, atas tuduhan mengambil dadah jenis ganja, tahun lalu. Apek mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan itu.

Apek didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan.

Bagi kesalahan itu, Apek didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama. Jika sabit kesalahan, Apek boleh dihukum denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

[artikel Via]

Pemakaian Tudung Yuna Jadi Isu!

Kecoh baru-baru ni di laman sosial Facebook yang membandingkan tudung Yuna dengan tudung biarawati. Ramai yang teriya-iya dan menghentam cara dan pemakaian tudung Yuna. Apatah lagi mereka tidak tahu disebalik cerita yang sebenar. Namun persoalan ini sudah pun terjawab oleh seorang ustaz yang sememangnya bijaksana daripada mereka. Jom Tengok~

Nora Danish sambut Halloween

Selasa, 1 November 2011

Hangat dah penuh sensitif betul isu yang telah timbul akibat pelakon Nora Danish meng'upload' gambar dirinya dengan seorang kawan pergi menyambut sambutan Halloween baru-baru ni. Agak memeranjatkan kenapa Nora pergi menyambut perayaan tue erk? dalam info yang diterima, Halloween ni diasaskan dari All Saint Day yang dirayakan pada 1 November dan dari itu, malam penyucian atau All Hallow Eve dirayakan pada 31 Okt sebagai persiapan menyambut All Saint Day.

Gambar diatas diambil di dalam Facebook milik Nora Danish, disana ramai juga yang menyokong dan juga ada yang membangkang aka tidak setuju. Apa yang kita tahu sebagai seorang muslim, kita tidak seharusnya merayakan perayaan yang tidak disuruh oleh agama. Apa kurang agama kita? banyak lagi perayaan dalam agama kita yang ternyata lebih indah dan penuh berkat. Apa-apa pun diharap Nora tidak lagi menyambut perayaan ini dimasa akan datang untuk kebaikkan peminat-peminat Nora yang sentiasa menyokong Nora. Peace World!

Lagi Artis Bertudung, Akma AF3 dan Zura!

Masih kenal dengan Akma AF3 atau Asiahtunakma Abdullah? kini dia dah start bertudung dah. Perubahan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan malah kita harus berbangga dengan artis-artis yang mula bertudung ni. Mungkin tahun ni sahaja ramai artis yang dah mula bertudung. Tapi ada juga yang masih tak mahu mengikut perintah Allah. Selain Akma, ada juga bestfriend dia yang ikut sekali bertudung, pembaca berita TV9, Norazura Abu Samah.

[gambar Via]

Nadia diarah bayar RM50,000 kepada Lisdawati

Akhirnya kes yang melibatkan Nadia Mustafar dan Lisdawati kini sudah hampir ke kemuncaknya. Kes yang sudah pon berlalu 5 tahun itu telah pun diakhiri dengan Nadia diperintahkan mahkamah dengan membayar ganti rugi kepada Lisdawati sebanyak RM50,000. Dulu kita dengar yang Lisdawati ada memfailkan sebanyak RM250,000 mungkin dah terlalu diskaun jadilah sehingga RM50,000. RM50,000 bukan jumlah yang cikit oo, mana mo cari. Tapi dah nasib Nadia yang harus membayarnya. fulus-fulus..

Kes lalu itu adalah dimana Nadia telah mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah dalam temu bual oleh wartawan Media Hiburan, Hanif Abdul Ghani (Allahyarham). Temu bual tersebut kemudiannya diterbitkan dalam artikel bertajuk 'Hutang - Nadia Mustafar serang Lisdawati?' oleh majalah itu pada keluaran bertarikh 8 hingga 14 Januari2005.
[artikel Via]