Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

KEMBARA 6IXTH SENSE DI SARAWAK

Selasa, 10 November 2009

Pasti menarik untuk menyaksikan gelagat dan aksi anggota Kumpulan 6ixth Sense yang sedang hangat menerusi single terbaru mereka, Khatimah Cinta meluangkan masa mengunjungi destinasi-destinasi menarik di Sarawak dan ianya direalisasikan menerusi program traveloge popular Xpresi Kembara terbitan Unit Ehwal Awam RTM.

Bakal bersiaran dua episod pada 21 November dan 5 Disember 2009 (Sabtu) kelak jam 10.31 pagi di TV1, band remaja dianggotai Adi Priyo (vokal), Wan (dram), Gjie (gitar utama), Ayoy (pemain bass) dan Athan (pemain gitar kedua) ini menjanjikan percutian yang menarik untuk dikongsi sama peminat setia yang ingin berkenalan dengan lebih dekat lagi dengan mereka.

Cukup menarik kerana menerusi siaran episod pertama, penonton yang menyaksikan program ini berpeluang dibawa berkunjung ke perkampungan Orang Iban Lemanak. Siapakah Orang Lemanak? Bagaimanakah kehidupan seharian Orang Lemanak? Persoalan ini akan terjawab apabila kelima-lima anak muda yang pernah menyandang Anugerah Lagu Paling Popular menerusi lagu bertajuk Tanpa pada Pertandingan Hits 1 Akhir tahun lalu meluangkan masa sepanjang 3 hari 2 malam di sana.

Pastinya kenangan manis ingin dikongsi sama dengan peminat apatahlagi inilah pengalaman pertama kalangan mereka belajar cara berburu di hutan, mandi sungai di perkampungan Orang Iban, belajar menyumpit dan menaiki bot panjang menyusuri sungai Sarawak. Turut dikongsi sama saat-saat keterujaan masing-masing memasak nasi menggunakan buluh yang sememangnya biasa diamalkan apabila berada di hutan. Kesempatan yang ada digunakan juga si pelantun vokal, Adi yang berasal dari Jember, Indonesia ini menghiburkan kaum etnik ini mempersembahkan lagu popular mereka secara akustik.

Aktiviti kembara mereka turut singgah melawat orang utan dan mendekatkan hubungan dengan mereka di Pusat Hidupan Liar Semenggoh sebelum mengunjungi Gua Angin dan Gua Pari-Pari yang menjadi tarikan pelancongan semulajadi selain kembara menyusuri dua gua yang istimewa ini.

Kesinambungan momen-momen indah berada di negeri yang terkenal dengan kampung budayanya itu diteruskan mereka dengan berkunjung ke Kampung Budaya Sarawak termasuklah melawat kesemua jenis rumah panjang kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan banyak lagi untuk mengenali dengan lebih dekat lagi suku kaum mereka yang sememangnya unik dan mengagumkan. Kelima-lima mereka juga seronok dihidangkan makanan tradisional suku kaum masyarakat di Sarawak seperti ikan tahai yang pastinya sukar didapati di Semenjung Malaysia.

Sudah nama pun pemuzik, 6ixth Sense mengambil kesempatan bertukar pandangan dan idea dengan pemuzik tradisional Sarawak dan mereka berkolaburasi menyanyikan lagu-lagu 6ixth Sense dengan diriingi alatan muzik tradisional Sarawak seperti Jantung Lutang, Engkurong dan Sape.

Aktiviti berkayak sepanjang sungai Sarawak diteruskan mereka sambil menikmati pemandangan alam semulajadi yang dapat dijadikan kenangan manis apabila menyaksikan sendiri monyet-monyet, batu-batu kapur dan juga aktiviti dilakukan masyarakat yang tinggal di hutan persisiran sungai Sarawak. Malah River Cruise di Sarawak Waterfront turut menyaksikan mereka sempat merakamkan klip video Khatimah Cinta yang sedang popular dan menduduki carta lagu di Malaysia masa kini.

Pastikan temu janji anda menyaksikan Xpresi Kembara bersama 6ixth Sense pada 21 November dan 5 Disember 2009 (Sabtu), jam 10.31 pagi di TV1.

Fesyen Arabian Nora Danish

Isnin, 9 November 2009

Masa pertunjukkan fesyen ala Arabian Nite di Majlis Pelancaran Anugerah Skrin 2009 baru-baru ini yang berlangsung di ibu negara, pelakon dan juga artis janda, Nora Danish adalah antara selebriti yang menggayakan fesyen baju berkenaan. Warna, fabrik dan rekaan busana ini memang kena dengan tema Arabian. Melihat Nora Danish pun nampak ceria dan cantik dengan pakaian yang dipergayakan. Baguslah cuma kalau digayakan dengan konsep bertudung, lagi cun.

Haliza Misbun Tegur Abby Abadi

"SAYA tidak pernah ada masalah dengan Abby sebelum ini. Jadi, bila benda seperti ini berlaku, saya agak kecewa dengan dia," - luah pelakon dan penerbit, Haliza Misbun berhubung kisah tentang Abby Abadi yang dikatakan 'buat hal' dan tidak hadir ke proses memasukkan suara (dubbing) untuk filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami, baru-baru ini.

Filem terbitan produksi milik Haliza sendiri, Big Productions Sdn Bhd itu telah menjalani proses dubbing selama 10 hari bermula 22 hingga 31 Oktober lalu. Menerusi laporan sebuah akhbar semalam, semua pelakon yang terbabit seperti Ari Wibowo, Awie, Erra Fazira dan Fahrin Ahmad memberikan kerjasama yang cukup baik untuk proses tersebut, namun hanya Abby saja yang gagal berbuat demikian.

Dan akhirnya, pengarah filem tersebut, Din CJ terpaksa menggunakan suara pelakon lain iaitu Nik Sayyidah untuk semua babak lakonan Abby di dalam filem yang menjalani penggambaran pada 1 Ogos lalu itu.
"Saya tidak nafikan, tarikh proses dubbing itu sering ditunda kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan. Itu perkara biasa dalam produksi. Tetapi, jika kerana tarikh yang asyik tertunda itu adalah alasannya tidak dapat berikan kerjasama, saya rasa ia tidak relevan kerana pelakon-pelakon lain juga sempat mencuri masa untuk hadir walaupun mereka juga begitu sibuk.
"Jika tidak boleh, mereka akan cadangkan tarikh lain. Tetapi agak mengejutkan juga kerana dia (Abby) tidak memberikan sebarang tarikh pun dalam tempoh 10 hari dubbing dijalankan. Saya faham kesibukan masing-masing, tetapi takkanlah dalam tempoh itu tidak boleh cari sedikit masa untuk hadir. Awie yang terlibat di dalam teater Cuci The Musical pun sempat cari masa. Saya bukan puji dia kerana dia adik ipar saya, tetapi saya memang mengharapkan komitmen seperti ini daripada pelakon-pelakon. Erra dan Fahrin juga dapat luangkan masa tatkala masing-masing sibuk dengan urusan sendiri," ujar Haliza.
Menurut wanita berusia 36 tahun ini, dia bagaimanapun tidak mahu perkara ini menjadi satu isu besar. Cuma apa yang disuarakannya itu hanyalah teguran ikhlas berhubung perkara tersebut.
"Saya dan dia pun tidaklah mengenali rapat, hanya berurusan secara profesional. Tetapi saya menganggap dia seperti adik saya sendiri. Sudah tentu jika adik melakukan sesuatu yang tidak kena, sebagai kakak saya akan kecewa. Saya pun tidak ada menghubunginya sendiri tentang perkara ini kerana semuanya saya serahkan kepada pengurus produksi dan pengarah. Selalunya, saya hanya memantau saja perjalanan produksi. Apapun, saya tidak mahu perkara ini menjejaskan pula hubungan profesional kami. Saya tidak terfikir pun sama ada sudah serik bekerja dengannya atau tidak," kata Haliza yang memegang watak utama sebagai Nikki di dalam filem yang berkemungkinan akan mula ditayangkan pada Mac tahun depan.

Gambar Nor Aliah Lee kahwin?

Bekas janda Pengarah Aziz M. Osman, Nor Aliah Lee akhirnya menamatkan zaman jandanya dengan kekasih barunya dan juga merangkap bakal suaminya. Spikulasi Nor Aliah Lee akan kahwin tidak lama lagi akhirnya dibuktikan dengan majlis yang sederhana di kediaman Nor Aliah Lee. Tapi yang menjadi misteri di sini, adalah bila tarikh pernikahan berkenaan dan siapa lelaki bersamanya itu, infomarsi kurang dijelaskan. ngeh3.

Scene Peluk Akim & Noni

Selepas tengok drama Kau & Aku di Astro minggu lalu, ramailah mula makin seronok pula melayan drama lakonan bakat baru seperti Aril, Akim, Mila, Noni, Ika Nabila dan Farish Aziz ini. Ramai juga memberikan komen positif dan tidak kurang mengkritik drama itu terutama dari segi lakonan. Antaranya, ada pihak kurang setuju dengan pemilihan Mila dan mahu tempat Mila digantikan dengan Aishah AF7. Biasalah, semua kan masih baru, lama-lama nanti OK lah tu.

Ada juga komen tentang babak Noni terjatuh di pangkuan Akim. Kata mereka aksi itu macam sengaja dibuat-buat. Kata mereka Akim tentu suka dengan adegan tersebut dan cuba mengambil kesempatan untuk memeluk Noni. Dari segi lakonan, dapat perhatikan, Ika Nabila, Farish dan Noni lebih bersahaja, mungkin sebab mereka sudah lama berlakon berbanding yang lain.

Manohara Kalah Kes RM105 Juta

Ahad, 8 November 2009

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, memenangi kes saman fitnah RM105 juta yang dikemukakan terhadap isteri, Manohara Odelia Pinot dan ibu mertuanya, Daisy Fajarina. Putera ketiga Sultan Kelantan itu berjaya dalam tuntutan tersebut setelah Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonannya untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap Manohara dan Daisy yang gagal melantik peguam baru.

Dengan perintah yang dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Shazali Hidayat Shariff itu bermakna Manohara dan ibunya yang dinamakan sebagai defendan perlu membayar ganti rugi kepada Tengku Muhammad Fakhry selaku plaintif. Bagaimanapun peguam plaintif, Mohd. Haaziq Pillay ketika ditemui di luar mahkamah menyatakan, jumlah ganti rugi akan ditaksirkan oleh mahkamah kemudian.

Penghakiman ingkar adalah satu keputusan yang mengikat dan berpihak kepada plaintif jika defendan gagal mengambil sebarang tindakan terhadap saman atau tidak hadir di mahkamah. Perintah penghakiman tersebut dikeluarkan setelah mahkamah memberi tempoh sehingga hari ini untuk Manohara dan ibunya melantik peguam baru selepas firma guaman terdahulu menarik diri daripada mewakili mereka.

Firma guaman Tetuan Fakrul Hisham Abdullah & Associates mengemukakan permohonan menarik diri daripada menjadi peguam cara mereka pada 25 September dan ia dibenarkan oleh mahkamah pada 12 Oktober lalu. Tindakan tersebut diambil oleh firma guaman tempatan itu setelah Manohara dan ibunya tidak memberikan kerjasama sehingga menyukarkan proses menyediakan pembelaan.

Tengku Muhammad Fakhry, 31, dan Manohara, 17, yang juga model Indonesia, berkahwin pada 26 Ogos tahun lalu dan menetap di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan. Selepas sembilan bulan bernikah, Manohara pulang ke Indonesia secara mendadak tanpa kebenaran dan pengetahuan suaminya pada 31 Mei lalu.

Menurut Mohd. Haaziq, sejak plaintif memfailkan saman pada 20 Julai lalu, kes terhadap Manohara telah disebut sebanyak empat kali, namun defendan tidak pernah hadir. Tengku Muhammad Fakhry mengemukakan tuntutan sivil itu setelah mendakwa defendan memfitnahnya dalam sidang akhbar pada April dan Jun lalu.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa, defendan telah secara palsu dan niat jahat melafazkan perkataan bersifat umpatan dan fitnah mengenai dakwaan penderaan seksual pada sidang akhbar itu. Dakwa beliau lagi, pernyataan fitnah itu telah diterbitkan semula dalam media elektronik seperti The Jakarta Globe, Banjarmasin Post, Detiknews, Kompas.com, Global TV dan Malaysiakini, serta dilaporkan secara meluas dalam akhbar di Malaysia dan Indonesia.

Sementara itu, Mohd. Haaziq turut memberitahu, berapa pun jumlah ganti rugi yang bakal ditaksir oleh mahkamah, ia tidak dapat mengembalikan semula reputasi anak guamnya. Menurut peguam itu, anak guamnya telah difitnah dengan pelbagai tohmahan seperti merogol dan mencederakan Manohara serta digambarkan seorang yang ganas.

Justeru itu, Mohd. Haaziq menyatakan, defendan sepatutnya hadir ke mahkamah dengan bukti dan keterangan tetapi bukan sahaja gagal berbuat demikian malahan tidak melantik peguam baru. Selain tuntutan sivil, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan dua saman di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu, Kelantan pada 4 Julai lalu terhadap isterinya itu.

Tengku Muhammad Fakhry menuntut agar Manohara kembali taat kepada beliau dan menyerahkan semula hutang sebelum dan selepas berkahwin sebanyak RM1,112,250. Pada 3 November lalu, peguam syarie, Mohd. Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie turut menarik diri daripada mewakili Manohara dalam kes syariah tersebut. Hakim Syarie, Mohd. Yusof Awang menetapkan 8 November dan 20 Disember ini untuk mendengar kedua-dua tuntutan saman Tengku Muhammad Fakhry.

Zaidi Omar Terlibat Kemalangan

Warga hiburan dan peminat dikejutkan dengan berita seorang pelakon telah terbabit dalam kemalangan jalanraya baru-baru ini sehingga menyebabkan kematian seorang remaja. Awalnya nama Zed Zaidi, 29 disebut-sebut sebagai orangnya tetapi hari ini akhbar Harian Metro menjelaskan bahawa artis yang dimaksudkan itu adalan pelakon Zaidi Omar, 48, dan bukan Zed Zaidi. Malah Zed sendiri membuat penafian dia adalah artis yang dikatakan itu dan semuanya adalah salah faham dan gosip.

Mengikut laporan akhbar, kemalangan ngeri itu berlaku sekitar jam 1 pagi semalam di Lebuhraya Lingkaran Tengah berhampiran Batu Caves. Difahamkan, kereta BMW Zaidi telah bertembung dengan motosikal yang ditunggani oleh Allahyarham Tuan Mohamad Nul Hakim Tuan Long, 21, yang berasal dari Tumpat, Kelantan. Hanya takziah yang mampu di lafazkan buat keluarga Allahyarham.

Anak Perempuan Rosyam Nor

Pengarah, pelakon dan juga penerbit terkenal, Rosyam Nor mempunyai seorang anak dara yang cukup sweet juga, wajah mirip Rosyam Nor ini sememangnya dalam lingkungan 20 tahun keatas. Kebiasaannya Rosyam Nor suka menyembunyikan identiti keluarganya daripada pihak media, tapi kadang-kadang boleh sahaja tersebar meluas dek anaknya juga mahu famous juga tapi dalam jaringan sosial komuniti jer lah.

Fiqa, Juara Gadis Melayu Musim ke-2

Sabtu, 7 November 2009

Syafiqa Amirol Melvin atau panggilan mesranya, Fiqa, berjaya mengenepikan empat finalis lain - Shazfinaz Hashim (Finas), Hazlin Hussain (Lyn), Nadiah Adrianna Mohd Akbar (Nadia) dan Putri Noor Nawal Ramlan (Putri) - untuk merangkul gelaran Gadis Melayu, yang telah berlangsung di Auditorium Dewan Bahasa & Pustaka Kuala Lumpur malam tadi (10/11).

Bagi yang sempat mengikuti siaran langsung program realiti itu di TV9 sejak 8.30 malam tadi, tidak dinafikan persembahan Fiqa pada malam ini lebih mantap berbanding peserta lain. Malah persembahan lakonannya di samping Fauzi Nawawi berjaya juga menyentuh hati juri jemputan, Rosyam Nor. Fiqa memenangi wang tunai RM10,000 dan diikat kontrak selamat setahun bersama TV9. Dia juga membawa pulang anugerah sampingan, Gadis Safi Balqis.

Keputusan ditentukan melalui undian SMS (50%) dan juri (50%). Malam ini, panel juri terdiri daripada Nurfarahin Jamsari, pengarang majalah Cosmopolitan Izza Safinaz Ibrahim, pengarang hiburan Harian Metro Adam Salleh, Datin Seri Normala Shamsudin, Syafinaz Selamat dan Rosyam. Selain Gadis Safi Balqis, satu lagi anugerah sampingan telah diberikan iaitu Gadis Bijaksana yang dimenangi Finas. Dia mendapat sebuah trofi dan cek bernilai RM2,000.

Noorkhiriah Selamat Lahirkan Anak

Selepas tiga tahun menunggu, akhirnya pelakon Noorkhiriah, 33, dikurniakan bayi lelaki pada pukul 9 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara, Petaling Jaya. Menurut Noorkhiriah atau nama sebenarnya Norkhiriah Ahmad Shafie, dia masih menunggu suaminya memberitahu nama anak sulungnya yang seberat 2.56 kg itu.

“Saya dan suami, Azfaidzul Antan telah sepakat kalau bayi lelaki, dia yang akan beri nama manakala kalau perempuan, saya yang kena beri..jadi sekarang saya tak tahu apa namanya sebab suami sedang uruskan pendaftaran nama bayi,” katanya dalam nada suara yang lemah.
Walaupun lemah kerana bersalin secara pembedahan, pelakon yang mendapat jolokan Artis Komedi Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 2008 ini menyambut kelahiran bayinya dengan pelbagai rasa. Selepas keluar dari hospital dua hari lagi, pelakon filem ‘Susuk’ dan ‘Gubra’ ini akan berpantang di kampungnya di Raub, Pahang.

Dia juga berterima kasih kepada rakan-rakan, peminat dan sesiapa yang mendoakannya dari jauh.

Kereta Betty Benafe Kena Curi

Kereta Satria GTI berwarna perak milik penyanyi dan pelakon Betty Banafe telah dicuri di sebuah hotel lima bintang di Jalan Conlay pada pukul 4 petang tadi dalam masa 10 minit. Cerita Betty, dia menyedari kereta bernombor plat WHX 8179 itu telah lesap setelah kembali untuk mengambil pakaian berjenama oleh pereka dari Arab, alat solek dan beg tangan bagi menjayakan persembahan anjuran Malaysian Palm Oil Board (MPOB) di hotel itu pada malam berkenaan (10/7).

“Saya terkejut dan sedih sebab kereta itu saya guna sejak lebih tujuh tahun lalu dan hilang dalam masa 10 minit sahaja. Selepas saya meletakkan kereta di tingkat lima hotel itu, saya ‘check in’ bilik. Apabila saya turun semula untuk mengambil barang ‘show’, kereta saya dah tiada.
“Saya dah kunci kereta itu dan rasa mesti di hotel itu mempunyai sindiket curi kereta dan pencuri kereta itu mesti sangat profesional,” katanya.
Kata Betty, insiden itu menyebabkan kali pertama dia bekerja 'sehelai sepinggang'.

Rumah Mewah Banglo Mawi

Mawi mengajak wartawan ke rumah banglonya di Bangi, Selangor baru-baru ini sempena majlis kenduri doa selamat dan sambutan hari lahir isterinya, Ekin yang ke 30. Sebelum ini ramai wartawan yang meminta izin merakam gambar rumahnya, namun Mawi keberatan. Agaknya pada masa itu hiasan rumahnya belum sempurna. Mereka pindah tinggal di sana sebaik sahaja bernikah. Sebelum itu mawi tinggal sendirian. Inilah sebahagian ruang dalam rumah Mawi.

Nas Ahmad tinggalkan MELODI

Jumaat, 6 November 2009

Melihat daripada tajuk di atas, memang agak mengejutkan sedikit. Manakan tidak seorang yang professional dalam aksi terjah menerjah akhirnya mengundurkan diri atas sebab-sebab yang dirahsiakan. Memang Nas Ahmad seorang yang berani dan berbakat, tapi itulah yang diluahkan olehnya dalam laman jaringan komuniti di internet. Berkemungkinan besar disini, dia tukar kerjaya atau ditukarkan ke unit lain. Yang tue tak pasti pulak. Namun yang menjadi persoalannya di sini, siapakah penganti Nas Ahmad nanti?..

Isu Montok, Purdah Rozita Che Wan

Selepas mengerjakan umrah, banyak spikulasi bahawa Rozita Che Wan akan berpakaian muslimah lengkap. Tapi semua itu hanya spkulasi dan berkemungkinan sahaja. Selain daripada itu juga Rozita juga dikenali disebabkan memiliki bentuk badan yang montok dan indah bak mekar mewangi bagi sesetengah lelaki. Mengulas kedua-dua isu di atas, Rozita dengan nada yang cukup cun mengatakan.

“Ye ke badan saya montok? Siapa yang cakap? Ikutkan saya tiada apa-apa rahsia untuk memiliki badan seperti ini. Cuma saya menjaga makan dan melakukan senaman ringan apabila ada masa lapang,” kata pelakon janda ini.
“Saya memakai hijab untuk mengelakkan diri dari penyakit H1N1. Daripada saya memakai topeng, lebih baik saya tutup hidup dan mulut saya dengan hijab terus,” jawabnya soal isu pemakaian purdah.