Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kes Cerai Akhil dan Maiza 2Jun

Rabu, 3 Jun 2009

Kes menuntut 'kebenaran cerai' yang dikemukakan oleh isteri Akhil, Maizawati Zainal, 33 telah didengar di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh Mohd Ridhuan Yusof kelmarin.

Maizawati diwakili dua peguam Azmi Rais dan Zulkifli Che Yong sementara Akhil pula tidak diwakili mana-mana peguam.

Perbicaraan di dalam kamar itu sepatutnya didengar pada jam 10 pagi tetapi tertangguh selama 25 minit kerana menantikan kemunculan Akhil yang akhirnya hadir bersama dua sahabat yang bertindak seperti 'pengawal peribadi'nya.

Hubungan kedua suami isteri ini kelihatan agak dingin apabila masing-masing tidak bertegur sapa dan bertanya khabar.

'Kehilangan' Akhil selama 3 bulan dari rumah mereka juga tidak menampakkan apa-apa reaksi.

Namun, sebagai seorang ayah, Akhil sempat melempiaskan rasa rindunya kepada anak bongsu mereka, Muhd Shatiri Hidayatullah berusia 2 tahun.

Maizawati, yang hadir bersama lima orang anak mereka, kelihatan agak tenang.

Ada dokumen yang tidak lengkap untuk membuat urusan tuntutan, maka kes tuntutan cerai ini ditangguh ke 15 Julai.

Akhil kelihatan agak serius dan tidak begitu mesra. Setelah dikejar oleh beberapa wartawan akhirnya beliau akur untuk menjawab soalan yang diajukan.

"Saya tak nak bagi komen. Saya akan selesaikan dengan cara paling makruf. Saya akan buat yang terbaik dan telah dinasihatkan jangan perbesarkan isu ini," kata Akhil.
Namun di sebalik riak tenang di wajahnya, hos program 'Cafe Akhil Hayy' itu sempat juga memberi komen sinis...

"Kalau sesiapa ada masalah boleh adu pada stesen TV."
Beliau juga berkata, ramai sahabat handai datang memberi nasihat dan sokongan moral kepadanya.
"Biarlah saya berbincang secara makruf. Saya tidak mahu membesarkan cerita ini," kata anak kepada pendakwah terkenal ini.
Ini diakui sendiri oleh Akhil, apabila beliau dengan nada rendah diri berkata, "Kredibiliti dan imej saya sebagai pendakwah sudah terjejas," kata Akhil.
Ditanya samada beliau akan teruskan niat melepaskan Maizawati, Akhil berkata, "Saya akan cuba buat keputusan yang terbaik."
Namun, pendirian Maizawati terhadap tuntutan cerainya jelas goyah.

Dia bagaikan bingung samada ingin meneruskan niatnya untuk membuat tuntutan cerai.
"Apa-apa pun tunggulah 15 Julai. Saya tak boleh cakap lagi. Ramai kawan-kawan yang nasihat jangan bercerai. Kata mereka kalau saya minta cerai, saya akan kelihatan seperti tewas..."
Bagaimana perasaan apabila ketemu semula suami selepas 3 bulan?
"No komen," kata Maizawati sambil tersenyum.
Beliau juga berkata dia tidak ada masalah untuk bersemuka dengan Akhil.

Harapan pada kes tuntutan cerai pada kes ini?
"Tak boleh bagi penjelasan lagi...," kata Maizawati. -mStar

Rambut Merah Mulan Jameela

Selasa, 2 Jun 2009

Kurus Bukan Kerna Stres

Akhir-akhir ini penampilan artis penyanyi Mulan Jameela dirasa makin beda. Bentuk tubuhnya terlihat makin kurus. Padahal dia mengaku tidak melakukan diet. Ia pun membantah kalau sedang stres.
"Ini mungkin karena faktor keturunan bukan karena stres atau apa," ujarnya.
Demikian juga soal wajah, sebagian orang mengira wajah Mulan bukan asli sepenuhnya alias hasil daripada surgery.
"Alhamdulillah ini masih asli dari sananya," katanya pendek.
"Yah, kalau aku sebenarnya jarang untuk ke salon, mungkin satu minggu atau satu bulan baru ke salon. Dan kalau jadwal lagi padat aku lebih memilih untuk latihan dari pada ke salon," ungkap penyanyi lagu Makluk Tuhan Paling Seksi itu lagi.

Aien Kembar Ekin di WHI

Lama sudah tidak melihat Aien kembar Ekin kan. Kelmarin dia dijemput dan ditugaskan oleh sebuah kedai butik untuk memperagakan pakaian pegantin. Almaklumlah tajuk kelmarin juga, Pakaian Pengantin Idaman. Tetamu jemputan Serina Chef Wan yang nak kahwin tak lama lagi. Aien mempergayakan 3 set pakaian pengantin walaupun dia belom kahwin lagi. Namun diusik-usik oleh WHI, dia akan berkahwin selewat-lewatnya hujung tahun ini. Wah..

Kerana Botol Air, Maya Karin Sakit Hati

Setelah dinobatkan sebagai Duta Alam Sekitar Malaysia oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar tahun lepas, pelakon Maya Karin kini mengorak langkah untuk bergiat cergas dalam pemeliharaan alam sekitar dan bercadang menubuhkan sebuah pertubuhan bagi menjayakan usahanya itu.

Beliau berkata ini perlu dilakukan kerana kesedaran masyarakat negara ini tentang penjagaan alam sekitar masih rendah dan perlu terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

"Kesedaran kita masih rendah. Contohnya penggunaan botol minuman. Saya amat sakit hati jika nampak botol air yang dibuka tetapi tidak diminum dan terus dibuang begitu sahaja," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan fotografi "Genting Goes Green Flora & Fauna" di Genting Highlands.
Maya Karin berkata beliau juga telah dijemput untuk menghadiri satu seminar di Australia berkaitan alam sekitar bulan depan di mana para peserta akan berkongsi pengalaman dan maklumat mengenai isu penjagaan alam sekitar.

Mengenai pertandingan fotografi itu, Naib Presiden Kanan Perhubungan Awam dan Komunikasi Resorts World Bhd, Datuk Anthony Yeo berkata pertandingan yang diadakan buat kali kedua itu bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menghargai alam sekitar.
"Pertandingan ini memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat termasuk golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak untuk berinteraksi dan menghargai alam sekitar," katanya.
Seramai 12 orang peserta dalam kategori terbuka dan pelajar dipilih sebagai pemenang di mana setiap seorang mendapat hadiah wang tunai, pakej pelancongan serta kamera digital. -BERNAMA

Emylia Surgery Hidung?

Kenal Emylia? buat masa ni memang dia jarang muncul dalam TV bcoz dah jadi bini AC Mizal. Berkenaan dengan Emylia sekarang mungkin tiada apa-apa yang best diperkatakan, cuma ader terselit satu gossip disini yang diambil ketika penampilannya di Melodi ahad lalu, berkaitan hidungnya yang didakwa sesetengah pihak, dia telah 'modify' hidungnya tue. Yang tue belum ada kepastian lagi dari empunya badan, namun bagi penulis hidung dia nie dari dulu memang pelik. Ngeh3.

Alyah Juga Berani Dedahkan Paha

Asyik-asyik mende yang sama juga keluar. Bohsan betullah. Trend tayang paha nie, semakin menular dari akar umbi ke dahannya. Terbaru si Alyah yang membuat persembahan di JomHeboh (31/5). Firstly, dia memakai seluar panjang hitam ketika berduet bersama tomok. Tapi last-last, pabila dia menyanyi solo, dia seperti membuka seluar panjang itu, maka terserlahlah pahanya itu. Memang penonton yang kat bawah tue, matanya lari sedikit ke situ, disebabkan hal-hal didalam pengetahuan 18sx. Ngeh3.

Cium Lidah Oleh Dewi Perssik

Isnin, 1 Jun 2009

Penulis tahu, ini bukan satu gosip yang baru. Gambar-gambar itu juga disiarkan dibeberapa tabloid, dan rancangan TV sebelum ini. Penulis baru sahaja hendak tahu bagaimana pendapat anda. Dalam satu kenyataan kepada Insert (Trans TV) ketika melakukan ciuman lidah dengan berada di depan kanak-kanak, Dewi Perssik menyatakan:
"Ini merupakan hanya satu ciuman umpama suami dengan isterinya, jangan fikir yang bukan-bukan. Jadi... loh apa masalahnya bercium seperti itu?"

Gambar Perkahwinan Darling dan Nur Azlin

Pasangan Darling Ngasri (26) dan Nur Azlin (34) telah selamat mengadakan majlis persandingan/perkahwinan mereka di Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh, kelmarin (31/5), dengan bertemakan 'garden wedding', manakala resepsi di sebelah lelaki pula akan diadakan di Bukit Katil, Melaka pada 7 Jun depan. Tahniah buat dua mempelai dari izyan.com!

Foto Milik mStar

Elyana Juga mahu Dedahkan Paha

Memang trend ker aper nie. Asal sahaja nak amik foto, sekarang nie sebilangan artis-artis mengayakan untuk menayangkan paha dari bahagian dada. Mungkin suka-suka sahaja, namun bagus terus pakai underwear. Elyana salah seorang artis yang tidak mahu ketinggalan mengikut trend ni. Gambar di bawah sempat diambil ketika konsert yang berkemungkinan Elyana jadi artis jemputan, namun tidak tahu konsert apa yang dijemputnya. Ngeh3

September, Pertunangan Fasha Sandha

“Jika tiada aral melintang, saya akan bertunang September ini sebelum berkahwin pada awal tahun depan,” kata Fasha (Nur Fasha Sandha Hassan), sambil menunjukkan ‘cincin tanda’ berbentuk hati yang tersarung di jari manis tangan kirinya.
Bagaimanapun, di sebalik pengakuan itu masih timbul persoalan siapakah lelaki yang bakal bergelar suaminya kerana setakat ini belum sedia dikongsi Fasha untuk pengetahuan umum.

“Itu belum boleh saya bagi tahu sekarang. Cukuplah jika saya katakan orangnya hitam manis, dia ahli perniagaan, penyayang selain dapat menerima saya seadanya.
“Yang pasti, dia bukan suami orang, jauh lagi duda. Mungkin ada pihak mengandaikan saya dengan ‘orang itu’, tetapi bukan dia sebenarnya. Jangan salah sangka,” kata pelakon berusia 25 tahun itu sambil ketawa kecil.
Sebelum ini, dua kontroversi paling ‘meletup’ membabitkan Fasha ialah dia dikatakan menjalin hubungan dengan hartawan teknologi maklumat, Datuk Shafik Rizaal Saaban, 35, atau Datuk S serta Rizal Ashram Ramli, 38, yang juga bekas suami pelakon, Nora Mohd Danish Haniff.

Apabila ditanya hal itu, Fasha sekali lagi menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan dua lelaki berkenaan, namun masih enggan mendedahkan siapakah lelaki yang kini bertakhta di hatinya.
“Saya tidak mahu perkara ini menjadi punca timbulnya banyak gosip. Biar saya serta orang terdekat saja yang tahu. Saya tidak mahu akibat pendedahan identitinya, dia menjadi ‘buruan’ media.
“Lagipun dia seorang yang suka merendah diri dan tidak mahu menonjolkan diri,” katanya dalam pertemuan dengan Metro Ahad, baru-baru ini. Dalam pertemuan itu Fasha ditemani ibunya, Hatijah Teh Man, 48, atau lebih mesra dengan panggilan Mama serta pembantu peribadinya, Jane Thomas.
Fasha yang membintangi hampir 20 filem, antaranya Cicakman, Berlari Ke Langit dan Anak Halal, juga memberitahu, selepas berkahwin kelak dia memutuskan untuk bersara daripada dunia lakonan.

Gadis kelahiran Johor Bahru, Johor, itu berkata, keputusan itu diambil kerana bakal suaminya tidak mahu dia berlakon lagi, sebaliknya lebih senang dia membabitkan diri di belakang tabir saja.
“Perancangan saya, selepas berkahwin nanti, saya mahu membuka perniagaan berkaitan bidang kecantikan atau peragaan. Bagi saya, sekarang masa paling sesuai untuk bersara.
“Ini kerana, sebelum ini sasaran saya ialah berlakon selama lima tahun sebelum bersara dan sekarang masuk tahun keenam. Lagipun, sasaran untuk memberi kesenangan kepada keluarga juga sudah saya capai,” katanya. -myMetro

Gatalnya Pelakon Kanak-kanak ni?

Shafimie Saedon, atau lebih dikenali sebagai Shazlan (wataknya di dalam Hikayat Putera Shazlan) akan berlakom bersama Eman Manan dan Rozita Che Wan dalam sebuah filem komedi terbaru, Aman.

Gambar dibawah ditangkap semasa pelancaran filem berkenaan dan efek sudut kamera menampakkan adik Shazlan menuding jarinya ke 'emas' Rozita Che Wan.Anggap saja ini semua gurauan media dan juga artis. Lagi gambar selepas ini…