Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Punca Farah Asyikin juga baju dalam dan baju tidur seksi...

Rabu, 20 Januari 2016


Luahan Farah Asyikin yang kini jual baju dalam
Farah Asyikin memberitahu dia tidak hairan dan bimbang dengan pandangan bersertakan kritikan dan cemuhan segelintir pihak terhadap dirinya kerana menjalankan perniagaan pakaian dalam wanita juga baju tidur seksi.

Memetik laporan BH Plus, Farah juga beranggapan yang perkara tersebut tidak perlu dijadikan isu.

Katanya, idea mahu menjalankan perniagaan itu tercetus selepas dia terfikir bahawa ada di kalangan wanita terutama wanita betudung yang berasa malu untuk menadapatkan pakaian tersebut di butik tertentu lapor Malaysian Digest.
“Lumrah bagi masyarakat tempatan, terutama wanita bertudung yang agak keberatan untuk mendapatkan pakaian dalam di butik tertentu. Mereka mungkin segan dengan pandangan skeptikal segelintir pihak, sedangkan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu”

“Bertitik tolak daripada itu, saya mula terfikir untuk menjalankan perniagaan ini. Mungkin ada yang kurang selesa, tetapi niat saya ikhlas ingin memudahkan wanita bertudung mendapatkan pakain dalam yang menjadi kegemaran mereka”

“Sebagai wanita bertudung, saya akui pernah berdepan situasi yang sama. Jangankan membeli, untuk memulakan perniagaan ini juga saya serba salah,” katanya

Haram hukumnya bagi perempuan menyanyi - Waheeda

Sabtu, 31 Mei 2014

Sudah lama tidak mendapat tahu berita mengenai isteri kepada Akhil Hayy, Waheeda. Lagi-lagi selepas berkahwin, Waheeda tidak lagi bernyanyi mahupun berlakon.

Memetik portal mStar, dia tidak menyesal akan keputusan dan caranya ini kerana untuk menjaga kepentingan agama.

Namun bukan pintu rezekinya sudah tertutup, Waheeda juga telah membuat shopping online menjual koleksi pakaian muslimah dan jubah serta produk kecantikan.
"Saya tidak pernah rasa menyesal dan itu adalah keputusan yang saya buat selepas saya sendiri mengetahui hukumnya haram perempuan menyanyi selain aurat suara yang perlu kita jaga.

"Cuma saya lebih kesal kerana hingga kini ada lagi orang dapat mengenali saya sebagai artis biarpun berpurdah. Ia membuatkan saya rasa tidak selesa terutamanya apabila peminat lelaki pula yang mengenali saya,"

"Alhamdulillah, selepas menjadi suri rumah saya banyak masa dengan keluara. Dulu susah sangat nak berkumpul sekeluarga.

"Lima tahun melayari kehidupan suami-isteri, memang kami bahagia dan banyak yang saya belajar. Dalam pada kita rasa kenal suami kita, rupa-rupanya ada lagi perkara yang menjadi kejutan menarik yang membuat kita tak tahu tentang dia," -Waheeda

Peraduan iPad 4 Bloggerz : iPad 16GB Untuk Di Menangi!

Khamis, 17 Mac 2011

Hai para pembaca setia izyan.com sekalian. Ini ada berita baik punya dari laman web lot.my. Lot.my bagi hadiah berupa barangan Apple IPAD 16GB tue~! Jangan risaulah ini, laman web Malaysian punya. Bukan luar negeri. Lagi pula hadiah tersebut merupakan satu hadiah daripada satu pertandingan yang diadakan oleh Lot.my. Sebelum itu, penulis nak kenalkan kepada korang semua, mengenai laman web Lot.my. Laman ini merupakan sistem e-commerce Malaysia yang paling top dan popular digunakan oleh peniaga offline untuk berniaga secara online.

Sejak ia di lancarkan, hampir 10,000 peniaga sudah membuka kedai online mereka sendiri, maknanya sesiapa peniaga yang mahu mengembangkan perniagaan mereka di alam maya, dan setiap kedai mendapat nama domain unik sendiri dengan PERCUMA. Contoh laman yang sering mendapat perhatian ramai seperti wau.lot.my, wedding.lot.my, waheeda.lot.my dan lain-lain lagi. Nak tahu lebih contoh dan demo?? masuk jer ke sini, contoh.

Pada awal Februari 2011 lepas, Lot.my telah melancarkan akaun premium (kelebihan daripada yang percuma). Sehingga kini, sambutan terhadap akaun premium amatlah memberangsangkan oleh masyarakat peniaga di Malaysia dan sudah pun melepas target sebenar. Selain itu, Lot.my telah memenangi pelbagai Anugerah dan mendapat sambutan media tempatan. Seperti Utusan, Astro, RTM, TV9 dan banyak lagi di SINI.

Bak kata pepatah, tiada kerja semudah kata. Tapi dalam erti membuka kedai online yang hanya di Lot.my, tidaklah serumit yang di sangka. Lot.my di bina untuk memudahkan segala urusan peniaga kedai online, baik bagi yang baru atau lama. Anda hanya perlu mendaftar akaun anda dengan masukkan nama kedai, password, dan email. Amat mudah, dengan beberapa klik sahaja, anda sudah boleh mulakan perniagaan anda. Disamping itu, ianya juga ilengkapi dengan sistem yang terkini dan canggih, dapat memudahkan peniaga megatur, mengurus dan mengemaskini aktiviti jualan yang dilakukan seharian. Kalau buat kedai di blogspot atau Facebook memang payah dan lembab sebab kedua-dua platform berkenaan BUKAN dicipta untuk berniaga.

Dalam kesinbungan yang sediaada, Lot.My yang kini telah mececah usia setahun dengan penuh rasanya pemurahnya telah menyediakan satu pertandingan yang menarik untuk blogger dan juga kaki Facebook iaitu Peraduan iPad 4 Bloggerz Lot.my. Jadi anda online, anda juga berpeluang memenangi hadiah. Tak sia-sia online, kalau ada nasib, dapat hadiah tu. Untuk menyertai peraduan ini, anda diberi tempoh daripada 1 Mac 2011 (pelancaran) hingga 31 Mei 2011 (penutupan).

Caranya mudah sahaja, tak susah sangat pun cuma ada 4 Langkah sahaja yang senang dan mudah difahami Untuk menyertai peraduan ini! Semuanya free jerk. Tak dikenakan bayaran pun. Cuma amik masa 1-2 jam korang untuk 4 langkah ni. Itu jerk.
Cara-caranya:
1) Tulis artikel tentang Lot.my
2) Hebahkan di Twitter atau Facebook milik anda
3) Letakkan widget Lot.my di blog anda
4) Isi borang penyertaan
5) Dan menang
Dan ini merupakan hadiah-hadiah untuk anda menggunakan 4 langkah mudah diatas:

Hadiah Utama – Sebuah Apple iPad 16GB!
Hadiah Kedua – Sebuah Apple iPod Touch 8GB!
Hadiah Ketiga – Sebuah Apple iPod Shuffle 2GB!
Hadiah Saguhati – T-Shirt Eksklusif Lot.my!
Dan jangan risau, bukan hadiah diatas sahaja kena bagi, ada lagi, untuk setiap penyertaan pun boleh bawa balik hadiah juga. Sebagai tanda penghargaan dan menghargai peneyertaan daripada pihak anda, Lot.my juga bebesar hati nak bagi hadiah yang dinamakan "Random Bloggerz". Apa benda ni? ini dinamakan hadiah cabutan bertuah. Ala macam korang selalu join tiket bertuah tue. Macam tu lah kiranya. Hadiah cabutan bertuah ni akan berlangsung pada setiap akhir bulan Mac, April sehingga Mei 2011. Peratusan anda untuk memenangi hadiah begitu besar setiap bulan.

Dan ini merupakan hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah untuk akhir bulan.

Kategori: ‘Random Bloggerz – Mac 2011’
Cabutan Utama – Sebuah Apple iPod Shuffle 2GB
Cabutan Saguhati x 3 – T-Shirt Eksklusif Lot.my

Kategori: ‘Random Bloggerz – April 2011’
Cabutan Utama – Sebuah Apple iPod Shuffle 2GB
Cabutan Saguhati x 5 – T-Shirt Eksklusif Lot.my

Kategori: ‘Random Bloggerz – Mei 2011’
Cabutan Utama – Sebuah Apple iPod Shuffle 2GB
Cabutan Saguhati x 9 – T-Shirt Eksklusif Lot.my
Sertai sekarang sebelum terlambat masih ada masa lagi, bukan mudah untuk mendapatkan barangan Apple ni, korang kumpul duit baru dapat beli kan? manada orang nak bagi free-free beb. Meh la Join Sini.

Ps : Untuk maklumat lanjut peraduan, anda boleh rujuk di laman peraduan di sini.
Ps : Setiap aktiviti yang di lakukan Lot.my akan mendapat perhatian media. Jadi, anda bukan sahaja berpeluang mendapat iPad, malah blog anda juga berpeluang mendapat publisiti percuma pada masa-masa akan datang. Siapa tahu, blog anda akan menjadi semakin popular. Jom sertai!