Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kemalangan kereta disebabkan Rozita Che Wan

Isnin, 11 Mei 2015

Kemalangan Gara-gara Rozita Che Wan
Bermula dengan hanya niat untuk mendapatkan gambar yang terbaik, siapa sangka, penangan kejelitaan Che Ta telah menyebabkan satu kemalangan berlaku ketika pelakon ini menghadiri satu sesi fotografi di London baru-baru ini.

Memetik daripada sumber slot Cik Pang di Harian Metro, pada awalnya dia hanya bergambar biasa-biasa. Kemudian jurugambar teringin mengambil gambar Che Ta di atas tembok berdekatan Marble Arch.

Demi mendapatkan hasil terbaik, Che Ta gigih memanjat tembok berkenaan walaupun waktu itu dia memakai kasut tumit tinggi lima inci. Apabila berdiri di atas tembok sekaligus perkara tersebut menarik perhatian orang ramai termasuklah pemandu di jalan raya ketika itu.

Ketika sedang bergaya di atas tembok, mereka terdengar bunyi dentuman kuat datangnya daripada kenderaan yang berlanggar. Katanya, pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu menyatakan dia tidak sedar ada kereta di depannya kerana terlalu asyik memandang Che Ta di atas tembok.

Gambar photographer Memey, Norman dan anak (6 gambar)

Khamis, 28 Ogos 2014

Ini adalah sesi photographer terbaru keluarga bahagia, Norman Hakim dan Memey Suhaiza serta anak sulung mereka, Darwish. Memang indah untuk mengabadikan foto-foto sebegini untuk tatapan generasi akan datang. -gambar instagram.com/nabil_nadir dan #memeysuhaiza

10 Gambar sesi studio anak Amar Asyraf

Jumaat, 18 Julai 2014

Memang best kalau dapat moment saat-saat indah seperti ini kan waktu kita kecil-kecil dahulu. Ada juga kenangan untuk generasi akan datang dalam bentuk HD gitu.

Dan ini yang dilakukan oleh Amar Asyraf dan isteri, Arna Salleh untuk anak sulung mereka, Amar Taufiq yang baru berusia 10 hari.

Cantik dan menarik sungguh gambar-gambar yang diambil. -gambar Camora Arts Photography

Saya dan Izreen Azminda masih belum bercerai - RIza

Khamis, 22 Mei 2014

Heboh semalam apabila sebuah berita memberitahu yang pelakon Izreen Azminda dan suaminya Muhamad Riza bercerai. Berita yang tidak tahu dari mana pokok akarnya itu membuatkan Riza berasa terkejut.

Menurut laporan mStar, Riza yang bekerja sebagai jurukamera bebas menafikan melakukan perceraian itu di set pengambaran sambil berlakunya sedikit pertengkaran sebaliknya mahu menemui aka mengubat rindu untuk bertemu dengan anaknya, Adrian pada 16 Mei lalu.

Namun bagi Riza dia ada memnfailkan penceraian pada 14 Mei lalu dengan menunggu keputusan mahkamah.
"Saya jumpa dia kerana ingin temukan Adrian kerana sudah lama tidak bertemu dan kesempatan itu juga saya ambil untuk berbincang tentang perceraian kami.

"Saya kesal apabila pertemuan tersebut disalah tafsir oleh pihak tertentu yang tidak bertanya dahulu kepada kami perkara sebenar,

"Kami belum lagi bercerai dan saya belum melafazkan talak kepada dia (Izreen). Kami baru sahaja failkan perceraian pada Rabu minggu lalu dan masih menunggu tarikh (perbicaraan) lagi.

"Saya akui rumah tangga kami bermasalah dan kami sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan yang lalu, namun kami belum bercerai secara sah lagi," -Riza

Benjy Tumbuk Kepala Jurufoto

Sabtu, 29 Jun 2013

Apalah si benjy ni, dah ditahan baru-baru ni untuk kali ke-2 selepas tahun 2010, [SINI] katanya melalui portal Utusan, dia buat hal sedikit ketika berada di sekitar mahkamah.

Kerana dek malu kot, Benjy mengasari wartawan dari mengambil gambarnya yang di tangkap dekat Mahkamah Majistret Ampang.

Tambahan lagi, Benjy kelihatan marah lalu menumbuk kepala seorang jurufoto dan menepis beberapa jurufoto yang lainnya.


Gambar Pra-Perkahwinan Liyana Tersebar Terjawab

Isnin, 28 Januari 2013

Gambar Pra-perkahwinan Liyana Jasmay dan tunangnya yang tersebar minggu lalu kini menjadi satu isu besar sebelum Liyana diijab kabulkan tidak lama lagi.

Ianya adalah berkaitan dengan penyesalan Liyana dan keluarganya dan menunding jari kepada jurufoto yang menyebarkan foto berkenaan. Jurufoto berkenaan adalah Saiful Nang di bawah naungan syarikat Candid Syndrome

Namun Saiful Nang memberikan penjelasan yang cukup details melalui portal SinarHarian untuk menangkis dakwaan keluarga Liyana itu yang dia tidak sengaja menyebarkan gambar pra-perkahwinan 'mesra' itu kepada umum.

 Bolehkah anda jelaskan mengenai perkara ini?

Seperti yang diterangkan menerusi laman Facebook, saya sendiri tidak mengetahui perjanjian yang diperkatakan ibu LJ. Mereka tak ubah ingin meletakkan kesalahan ke atas bahu kami, CandidSyndrome, sedangkan tiada apa-apa perjanjian bertulis. Dari awal lagi, saya menolak penajaan fotografi perkahwinan kerana pada tarikh itu, saya berada di Makkah untuk majlis perkahwinan lain. Saya hanya berurusan dengan Izuan Mokhtar, yang menguruskan perkahwinan LJ. Selepas berbincang, saya putuskan hanya boleh membuat sesi pra perkahwinan sahaja kerana kesuntukan masa. Semuanya berlaku menerusi telefon dan LJ tidak pernah menghubungi saya walaupun berpuluh-puluh emel dihantar kepadanya untuk menandatangani perjanjian. Pada hari yang ditetapkan, saya bersama kumpulan CandidSyndrome tiba di Hyatt Regency Kuantan Resort pada jam 9 pagi. Namun, LJ tiba jam 1 petang dengan alasan ‘overslept’. Tanpa meminta maaf, LJ dan tunangnya beredar untuk makan dan penggambaran bermula jam 5 petang. Ia berlaku tanpa terma dan syarat yang dipersetujui sedangkan kami mengamalkan sistem itu sebelum membuat penggambaran supaya tidak menjadi kekeliruan di kemudian hari.

Adakah aksi ‘mesra’ yang dirakamkan itu atas arahan CandidSyndrome?

Kami terlalu penat nak menunggu dan semua pra-visual yang disediakan tidak boleh digunakan kerana kesuntukan masa. Jadi, kami hanya mengambil gambar mengikut ‘flow’ dengan kurang intervensi dalam pengaturan gaya. Kami tidak suruh mereka cium, peluk dan pegang. Apa yang mereka gayakan, kami ambil. Itu juga permintaan LJ kerana tunangnya sangat pemalu. Sebenarnya, ia sudah cukup melanggar prinsip saya kerana saya tidak mahu merakam gambar sebegitu.

Jadi, bagaimana foto itu boleh tersebar?

Hak foto adalah milik jurugambar selagi tidak dipindah hak dengan pembayaran atau klausa tertentu yang dipersetujui secara bertulis. Namun, selepas penggambaran itu, wartawan sebuah akhbar (bukan Sinar Harian) , meminta saya memberikan foto-foto itu secara eksklusif kepadanya dan ia diakui LJ selepas saya bertanya. Saya menolak kerana hak eksklusif diberi kepada akhbar itu tanpa pengaturan, Return of Investment, (ROI). Kami cuba bekerjasama dengan wartawan itu, namun emel saya tidak berbalas sehinggalah wartawan itu menghubungi untuk mendapatkan foto untuk siaran Ahad, 20 Januari lalu. Jadi, di mana hak kami untuk mendapatkan pulangan penajaan setelah gambar diserahkan kepada akhbar secara eksklusif?

 Apakah reaksi LJ selepas itu?

Pada 17 Januari lalu, Izuan menghubungi saya dan menyampaikan pesanan yang berbunyi, “Kalau susah sangat berurusan dengan Saiful Nang dan CandidSyndrome ni, tanya dia berapa bayaran dia hari tu, kita bayar sahaja, senang cerita”. Saya menjawab, jangan ingat duit boleh beli hormat dan jangan cakap tentang duit dengan saya kerana mereka bukan golongan pelanggan saya. Saya meletakkan harga RM12,000 untuk sesi itu dan Izuan menyatakan LJ tidak mahu berurusan dengan saya lagi kerana harga sangat melampau. Jadi, selepas bayaran dibuat, gambar itu bukan hak saya lagi dan akhbar itu bebas untuk menyiarkannya. Namun saya kesal bila timbul isu ini,saya pula dipersalahkan ibu LJ. Sedangkan dia membenarkan gambar itu disiarkan di akhbar.

Adakah harga itu berbaloi?

Dari awal lagi, saya dah kata, jangan main soal duit dengan saya. Saya tahu siapa pelanggan saya dan saya pilih pelanggan juga. Saya pernah tolak tawaran puluhan ribu ringgit dari jutawan ternama yang tidak pandai hormat kami sebagai manusia. Jangan sesekali main harga diri kami dengan harga ringgit. Saya pernah menerima tawaran tanpa bayaran kerana nilai hormat mereka lebih besar daripada nilai wang ringgit.

Apakah tindakan anda selepas ini?

Perkara ini bukanlah besar mana dan ia boleh diselesaikan dengan mudah. Jika ia dijelaskan dari awal, mungkin tidak akan berlarutan hingga jadi begini. Saya bukan kaki gaduh dan inginkan penyelesaian terbaik. Saya berharap, mereka bersikap profesional dan jangan gunakan orang pengantara sepenuhnya. Saya minta keluarga LJ tidak terus melatah dan saya pelawa untuk menghubungi saya. Selesaikan cara baik, pasti ada jalan. Sepanjang saya bekerja, ini bukanlah masalah pertama yang kami hadapi, namun ia berjaya diselesaikan dengan mudah menerusi perbincangan. Pun begitu, jika mereka bertindak untuk memfailkan saman terhadap saya, silakan. Saya akan tampil dengan semua bukti yang ada.

Pernahkah anda berdepan dengan perkara sebegini?

Kami pernah bekerjasama dalam perkahwinan selebriti termasuk Ning Baizura, Datuk Dr Sheikh Muszaphar, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, namun tiada pula kesukaran seperti ini. Semuanya berurusan secara mudah. Kami ambil foto dan wartawan akan hubungi kami untuk mendapatkan foto itu dengan mudah mengikut sistem yang ditetapkan. Kami juga mendapat publisiti yang diminta seperti menerbitkan nama CandidSyndrome pada gambar berkenaan.

Mungkin selepas ini anda serik untuk bekerjasama dengan selebriti ?

Serik untuk bekerjasama dengan LJ, bukan selebriti lain. Saya tidak ada masalah untuk menerima tawaran dari kalangan selebriti kerana bukan semua mereka bermasalah. Tapi, selepas ini, saya akan menyediakan perjanjian terlebih dahulu sebelum membuat penggambaran. Mungkin perkara ini menjadi ‘special case’ saya sepanjang bekerja dengan artis. Namun, selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan mengambil iktibar dari apa yang berlaku.

Siti Hani pertunangan tahun baru 2011

Isnin, 3 Januari 2011

Siapa Siti Hani ni? Siti Hani atau nama sebenarnya Siti Hani Nur Zara Harmi merupakan seorang pelakon aksi Roda-Roda KL dan juga drama Si Capik tu ha. Siti Hani juga anak kepada penerbit terkenal, Julie Dahlan tu. Memang jarang kita dapat mengetahui berita pelakon ni. Tip top dah selamat bertunang 1 Januari 2011. Pasangan Siti Hani ni bernama Hamzah Talib yang bekerja sebagai jurukamera bebas.

Pertunangan ini merupakan hasil perkenalan mereka berdua selama 8 tahun. (8 tahun pun dah, tak kan nak bertunang lagi kot, hihi) dan akan diikat selama 1 tahun lagi jah. Dalam tak disangka, wang hantaran sebanyak RM23,000 serta mas kahwin yang bernilai RM1,000 turut disertakan. Wow~, jurukamera Reuters ke ni atau BBC/CNN. Zzz. Apa-apa pun berbahagialah kehendaknya.