Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Instagram Mizz Nina kena hack
Selasa, 14 Februari 2017
Dengar khabar yang Instagram milik penyanyi Mizz Nina kena godam atau hack beberapa hari lalu sehingga ke hari ini. Mengikut ruangan komen Instagramnya itu, seorang telah tampil memberitahu yang Instagram milik penyanyi berkenaan telah digodam oleh orang Afrika.
Buat masa ini, Mizz belum tampil memberikan penjelasan mengenainya.
Kasihan Nabil Ahmad...
Khamis, 22 September 2016
Pelawak, Nabil Ahmad dikhabarkan telah menimpa satu musibah dimana dia telah kehilangan 1.2 juta pengikut di Instagram miliknya semalam. Akaun Instagram berkenaan juga merupakan pengongsian bersama isteri beliau, Nazirah Ayub atau Zira.
Nabil, berkata keadaan itu memberikan tekanan memandangkan akaun berkenaan bukan saja merakamkan detik indah perkembangan dua anak mereka malah turut berfungsi sebagai medium menjana pendapatan.
Nabil, berkata keadaan itu memberikan tekanan memandangkan akaun berkenaan bukan saja merakamkan detik indah perkembangan dua anak mereka malah turut berfungsi sebagai medium menjana pendapatan.
Instagram Emma Maembong hilang 3 juta pengikut.. WOW
Ahad, 24 April 2016
Instagra mmilik Emma Maembong sendiri sudah pun hilang hampir 3 juta pengikut. Ini kemungkinan disebabkan aktiviti kurang sihat seorang pengondam.
“Terkejut sehingga lidah saya kelu tak tahu nak cakap apa. Saya sedih sangat kerana Instagram saya itu menyimpan seribu satu memori yang tidak dapat dicari kembali. Saya hanya menyedarinya apabila bangun pagi dan mendapat e-mel berhubung perkara ini”
“Namun, saya redha dan membuat keputusan untuk tampil dengan akaun Instagram baharu. Bukan itu saja, ada yang mengambil kesempatan dengan mewujudkan beberapa akaun palsu. Saya tidak mahu ada peminat yang tertipu dan ingin menegaskan akaun baharu rasmi saya ialah @emma_maembongofficial,” katanya memetik BH Online.
Love u Fara Mendoza - Syafie Naswip. OMG! (3 gambar)
Khamis, 3 Disember 2015
Gambar yang dimuatnaik baru-baru ini di Instagram pelakon Syafie Naswip ada gambar Fara Mendoza dengan kapsyen "love u. Pls accept I" kemudian ditag namanya. Pengikut-pengikut di Instagram Syafie berasa hairan dan menganggap bahawa Instagram beliau telah digodam (hacked).
Iyalah tiba-tiba sahaja ber'love u' sebegitu dan memadam gambar-gambar sebelumnya bahkan kesemua gambar milik Syafie juga dipadam. Tak ke kejam macam ni kan.
Nora Danish tiada akaun Facebook, yang ada semua palsu!
Isnin, 25 Ogos 2014
Tidak dinafikan ramai yang menggunakan nama selebriti tempatan untuk mengaut keuntungan di dalam membuat akaun laman sosial seperti di Facebook.
Nora Danish diantara selebriti yang menjadi mangsa keadaan tidak bermoral ini. Akui Nora memetik portal mStar semalam, mengakui akaun Facebook miliknya digodam pada minggu lalu.
Laporan Polis telah dibuat oleh Nora bagi menjejaki penjenayah siber ini.

Facebook Azhar Sulaiman digodam Cyber Troopers!
Khamis, 2 Mei 2013
Alahai kecian sungguh melihat raut wajah pelakon Azhar Sulaiman yang ditemui ketika membuat laporan polis berkaitan ada orang mengondam laman fan page Facebooknya gara-gara menyokong parti kerajaan, Barisan Nasional (BN).
Yang lebih parah lagi, pengondam yang bergelar 'Cyber Troopers' merupakan orang yang didakwa kepada pro pembangkang.
“Saya menerima cacian dan maki hamun melalui Facebook selain akaun itu turut digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga ia tidak lagi boleh berfungsi,
“Saya tidak bermaksud untuk mencari populariti tetapi saya mahu Barisan Nasional kekal memerintah,” -Azhar. mStar.
Akaun Laman Sosial Ramlah Ram di Hack
Rabu, 10 Oktober 2012
Gejala tidak sihat seperti hack menghack laman sosial ini adalah satu perkara yang tidak boleh diamalkan kerana ianya memberi beban kepada empunya pemilik. Golongan tertentu kadang kala dijadikan target termasuklah golongan selebriti.
Terbaru kes mengenai berita hacker yang menyerang laman sosial milik penyanyi Ramlah Ram. Tidak diketahui apa motif sebenar hacker berkenaan mahu menceroboh dan mengondam berkenaan.
Sehinggakan memberikan ugutan yang terlampau seperti penyebaran gambar pribadi, gondam handphone/laptop, serta memusnahkan apa-apa yang ada di dalam laman lain seperti YouTube.
Sehinggakan kini Ramlah fobia untuk mengangkat panggilan luar. Pihak pengurus Ramlah sudah membuat laporan polis yang berdekatan.
Pengondam ini juga dpercayai akan membuat aktiviti hack terhadap akaun selebriti yang lain seperti Azwan Ali, Lisa Surihani dan Fazura. -Via

Fan Page Zed Zaidi digodam
Khamis, 12 April 2012
Baru-baru ini, siapa yang selalu pergi ke laman fan page Facebook milik Zed Zaidi mungkin agak terkejut dan sudah pastinya tidak menduga yang laman pelakon ini telah digodam beberapa jam oleh Aaronators Crew. Namun apabila laman page ini dibuka beberapa jam yang lalu, ianya kelihatan stabil dan bersih dari pngondam berkenaan. Mungkin fan page baru telah dibuat memandangkan jumlah like yang lebih sedikit.

http://www.facebook.com/zedzaidifanpage

"Hey guys and girls, Aaronators Crew is on air now. What are you doing people? Got anything to say? Tell me, I will choose the best words to post here. By the way, forgot to say that, Zed Zaidi fanpage was hacked by Aaronators Crew. Sekarang... Mau Kasi Langgar Dia Punya Tempat La, Baru Syok~
Jangan risau, Aaron Aziz tidak ada kena mengena dalam godam menggodam ni, so jangan buruk sangka terhadap artis kesayangan kita tu, kitaorang buat di atas kehendak kitaorang sendiri. Amacam korang nak kitaorang serah balik tak? Hewhewhew~ -Via
Fan Page Abby Abadi kena hack
Selasa, 31 Mei 2011
Sudah banyak fan page yang di hack oleh hacker terkenal yang hanya dikenali sebagai RileksCrew Rulez. Diantara fan page Facebook yang kena hack berkenaan adalah fan page Hot FM, Fara Fauzana dan yang terbaru, milik Abby Abadi (Abby Abadi Lurvly Fanpage) yang memiliki 130,000 fan. Tidak tahu apa motif sebenar si hacker sehinggakan dapat menembusi laman yang telah di kunci oleh tuan rumah.

klik untuk besarkan
Kalau melihat daripada 'post' milik hacker berkenaan, dia amat benci dengan golongan artis. Haish, bawa bersabar bro, tak semua artis tue jahat, ada juga yang baik ma. Yang penting artis tu tak ganggu kita, kita pula tak ganggu dia dah lah. Pulangkan lah kepada empunya badan yer, semoga Allah merahmati golongan RileksCrew yang menitik beratkan soal sosialis. Peace No War..