Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Zubir Bipop Hina Pengawal Keselamatan

Selasa, 11 Februari 2014

Baru-baru ni, pengarang berita Bharian, Zubir Bipop telah meluahkan satu perasaan yang tak disangka-sangka sangat 'jelek' dibaca melalui laman sosial nya.

Ianya berkaitan dengan pengawal keselamatan wanita yang bertugas di sekitar KLCC. Ikut situasi, kalau dah peraturan kenalah patuhi, namun Zubir tidak puas hati dengan tindakan pengawal keselamatan berkenaan.

Sampai rasanya tak suka duduk di Malaysia katanya dengan menghina lagi, macamlah dirinya sempurna sangat macam nabi. Nabi sempurna pun tak maki dan menghina orang kan.



Suami Bertatu? Nadiya Nisaa Enggan Komen!

Selasa, 19 November 2013

Zubir sekali lagi membua satu artikel panas dan pedas pada sisipan hujung minggu yang lalu. Beritanya adalah apabila mendakwa menerima beberapa foto yang didakwa suami kepada Nadiya Nisaa memakai tatuu di kedua-dua lengannya.

Sepertinya jelas kelihatan tatuu berkenaan, namun wajahnya terpaksa di blerr kan untuk apa, tidak tahu pula. Namun Nadiya yang dihubungi oleh Zubir sendiri, enggan mengulas lanjut mengenainya dan mahu diabaikan segera.

Yang peliknya, Nadiya enggan ulas gambar itu, tetapi enggan menafikannya pula. hoho

Komen Ummi Nazeera isu Kahwin Aeril

Selasa, 5 November 2013

Semalam kecoh pasal artikel Zubir Bharian yang mengeluarkan artikel bertajuk Ummi Nazeera dan Aeril Zafrel pernah berkahwin telah membuatkan Ummi bertindak membuat kenyataan tidak rasmi melalui laman sosial Twitter miliknya kurang dari 24 jam.

Dia menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan Zubir itu, sekaligus memberikan kenyataan dari Ummi itu sepertinya dia tidak berjumpa dengan Aeril sekali pun sekaligus tiada hubungan apa-apa diantara mereka berdua.

Aeril, Nazeera Pernah Berkahwin?

Isnin, 4 November 2013

Ni gosip baru rasanya, sebab sisipan Bpop semalam yang ditulis oleh penulis berita hiburan sensasi, Zubir menyatakan yang Aeril Zafril dan Ummi Nazeera pernah kahwin.

Tajuk agaknya mungkin ada sedikit memberikan maksud dimana salah satunya pasti kita ingatkan yang Aeril kahwin dengan Ummi, namun boleh disimpulkan juga yang masing-masing pernah berkahwin dengan pasangan masing-masing.

Black Mentor Komen Bawa Kekasih Bercuti di Pulau Redang

Selasa, 2 Oktober 2012

Sisipan BpoP minggu lalu ada memaparkan satu berita yang mengejutkan juga, mengenai Black Mentor yang dikatakan khalwat atau bersekedudukan dengan seorang wanita di sebuah resort dan cerita itu disampaikan oleh staff yang bekerja di sana kepada penulis paling pedas, Zubir.

Namun Black mempertahankan dakwaan itu dengan mengatakan dia mengakui pergi bercuti di Pulau Redang namun bukan bulan lalu, ianya pada awal tahun ini dan ditemani oleh tiga orang rakan yang lain. Dan ini komentar sekali lagi Black melalui portal GUA terhadap dakwaan sisipan BpoP berkenaan.

“Saya mengaku pergi bercuti bersama teman wanita ke Pulau Redang pada Januari lalu. Tetapi, saya nafikan duduk sebilik dengan teman wanita seperti yang didakwa dalam ruangan gosip sebuah akhbar. Bahkan, kami juga tidak pergi secara berdua-duaan. Sebaliknya percutian itu disertai oleh tiga orang rakan lain. Jadi, kami pergi berlima iaitu tiga orang perempuan, dan dua orang lelaki.

Ketika percutian selama tiga hari dua malam itu, memang ada masa-masanya saya luangkan masa dengan teman wanita sahaja tanpa kehadiran rakan-rakan lain. Tetapi bukan seperti yang digembar-gemburkan. Sebagai manusia biasa, saya juga ada keinginan untuk menghabiskan masa dengan teman wanita. Oleh itu, tidak hairanlah kalau ada pihak yang mendakwa nampak saya berdua sahaja, tidak ada kawan-kawan lain.

Saya sangat terkilan apabila penulis ruangan gosip itu mempersoalkan tentang agama saya. Tolonglah! saya ada emak dan ayah yang mendidik saya dengan baik. Untuk pengetahuan penulis itu, saya dulu bersekolah di sekolah agama dan sudah pasti saya tahu hukum-hakam agama. Saya tahu batas-batas sebagai seorang Islam. Saya tidak akan buat perkara yang tidak senonoh. Sebagai manusia biasa, memang saya tidak sempurna dan tidak lepas daripada melakukan kesilapan, tetapi tolong jangan melebihi batas. Saya sanggup bergaduh kalau soal agama,”

Hans Isaac tidak puas hati dengan Zubir

Selasa, 12 Jun 2012

Tidak tahu apa nasib wartawan Z yang didakwa oleh segelintir pihak sebagai wartawan Zubir ni. Ramai selebriti sudah muak melihat gaya yang dipamerkan oleh Z ni, yang terbaru luahan pengarah, Hans Isaac dalam laman sosialnya yang begitu lantang untuk tidak berpuas hati dengan wartawan Z mengenai hal yang berbangkit mengenai Neelofa dalam sisipan Bpop, pasal artikel apa itu, admin tak dapat pastikan pula, kalau ada siapa-siapa terbeli, mungkin boleh rujuk kemudian. Ini hanyalah keluhan Hans sahaja kerana memberani membela Neelofa, sweet gitu lor.

Twitter Hans Isaac

Wartawan Zubir Disimbah Cat

Rabu, 9 September 2009

Wartawan sisipan hiburan B*Pop aka Berita Minggu, Zubir Md Yunos, 38, yang menjadi mangsa simbah cat dan campakan bangkai ayam pada hari Isnin (7/9), merasakan tidak pernah menyimpan dendam terhadap orang yang bertanggung jawab melakukan tindakan yang keterlaluan itu. Malah kata Zubir, dia tidak pernah menggunakan khidmat Ah Long dalam membuat pinjaman. Bagi Zubir ini adalah pengalaman yang tidak akan dilupakan bagi dirinya dalam menjadi salah seorang pengossip artis. Bawak2 bersabar lah Zubir oi..