Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Serangan Fitnah Kepada Fizo Omar

Isnin, 11 November 2013

Tak tahu apa motif sebenar wanita yang digelar 'selinanadra' ini membuat kenyataan seperti ini dimana bunyinya memburukkan Fizo Omar yang difahamkan esoknya nak bernikah dengan pasangannya Mawar.

Adakah ianya benar atau sekadar 'cemburu' yang itu, Wallahualam. Apa-apa pun kita doakan kebahagian Fizo dan Mawar berkekalan hingga akhir hayat. -gambar Forum Cari




Ariel Peterporn meninggal dunia?

Ahad, 27 Jun 2010

Terkejut seketika para peminat Ariel Peterporn dari Indonesia sehinggalah ke Malaysia apabila tersebarnya cerita yang menyatakan bahawa pada petang semalam kononnya vokalis Peterpan berusia 28 tahun itu telah meninggal dunia, gara-gara terlebih dos ('overdose') dadah psikotropik selepas penahanan Polis Indonesia terhadap dirinya baru-baru ini.

Namun berita itu kemudiannya disahkan sebagai satu olokan oleh laman KapanLagi.com - 'Ariel Tewas OD = HOAX!' - yang telah menghubungi salah seorang pegawai di balai polis Mabes, lokasi di mana Ariel sedang ditahan. Menurut pegawai berkenaan, Ariel
"baik-baik aja, sehat sekarang"
.Seperti yang ramai maklum, Ariel yang kini mendapat jolokan Peterporn, telah ditahan polis pada 22 Jun lalu selepas menyerahkan dirinya apabila dinamakan polis sebagai suspek kerana melanggar undang-undang antipornografi. Ini ekoran dari skandal dua klip video lucah yang memperlihatkan seorang lelaki mirip wajahnya bersama dua wanita yang menyerupai kekasih Luna Maya dan bekas teman wanita, Cut Tari.

Ariel, yang selama ini tegas menafikan lelaki didalam kedua-dua klip tersebut adalah dirinya, mungkin berhadapan dengan hukuman 12 tahun penjara jika didapati bersalah. Bagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang menuntut supaya duda beranak satu itu dihukum rejam sampai mati, hukuman yang dirasakan mereka setimpal bagi seorang penzina. -Gua

Zina bakal hancurkan masa depan Ariel Peterporn

Khamis, 24 Jun 2010

Polisi Indonesia kelmarin secara rasmi mengesahkan bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril Irham,29 (Ariel Peterpan) sebagai suspek utama kes video lucah yang dipercayai dilakukannya secara berasingan dengan dua wanita yang juga selebriti negara itu. Komisioner Jeneral Polis Jakarta, Ito Sumardi ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, Ariel kini ditahan di sebuah penjara bagi membolehkan siasatan ke atasnya dilakukan atas tuduhan melakukan hubungan suami isteri tanpa nikah.

Katanya, bukan sahaja Ariel tetapi sesiapa sahaja yang berzina dan perkara itu diketahui umum perlu dihukum.

“Kalau perkara ini tidak diketahui umum, mungkin ia boleh disembunyikan tetapi bila video (lucah) sudah keluar, ia di anggap telah melanggar hukum. Luna Maya dan Cut Tari berkemungkinan akan ditahan tetapi bukan untuk menjalani proses hukuman sebaliknya melindungi mereka daripada menerima sebarang ugutan pihak luar kerana ramai yang geram dengan perbuatan mereka itu,” katanya. -mStar