Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ziela Jalil berbelanja beribu Ringgit beli tudung?

Selasa, 6 Jun 2017

Akhbar minggu lalu ada menceritakan yang Datuk Ziela Jalil berbelanja tudung hampir beribu Ringgit setiap hari. Beliau tampil menafikan berbelanja mewah untuk membeli tudung seperti dilaporkan sebuah akhbar.

Ziela yang kini berusia 46 tahun, dalam satu status Instagram miliknya menjelaskan bahawa dia hanya ke butik jenama terkenal tersebut sebagai terapi, namun tidak membelinya seperti didakwa.

"Pada satu ketika hampir setiap hari ke Bawal Exclusive pasal pergi sana seperti terapi sebab saya suka tengok benda cantik dan pemilik tudung itu sangat baik, bukan setiap hari pergi dan beli.

"Pemilik Bawal Exclusive selalu menaja saya dengan tudung-tudung dia yang berharga beribu, bukan saya beli. Saya kata ada semua warna yang plain berharga RM30 atau RM40 sahaja," tulisnya.
"Bila tanya pasal berbelanja beribu, saya kata itu hak masing-masing, kalau dah mampu beli sahaja, jangan tak merasa," tambahnya memetik portal mStarOnline.

Sekitar sambutan harijadi Erra Fazira ke-42 (6 gambar)

Khamis, 11 Februari 2016

Pada 9 Feb yang lalu, Erra Fazira merasa terharu dan sedih dimana rakan-rakan beliau telah mengadakan satu majlis surprise birthday party ke-42 tahun.

Rakan artis yang dimaksudkan adalah Umie Aida, Datuk Ziela Jalil dan Datin Umie Aida. -gambar instagram.com/blackpepperproduction

Sekitar kejutan hari jadi Umie Aida (13 gambar)

Isnin, 11 Januari 2016

Tarikh sebenar harijadi Umie jatuh pada 18 Januari, tapi diawalkan oleh rakan-rakan selebritinya.

Ziela Jalil cemburu komen pengikut Shah Rezza?

Khamis, 12 November 2015

Pelakon era 80an, Dato' Shah Rezza menjadi rebutan 'ringan-ringan' di Instagram beliau. Tetapi kenapa pula Ziela Jalil yang memberikan komen seperti agak tersentap?

Alkisahnya, terdapat dua pengikut Instagram Shah Rezza yang kelihatan agak obses dan selalu memberikan komen berbaur mesra. Di setiap gambar yang dimuatnaik oleh Shah Rezza pasti ada komen mereka berdua. Disyak mereka adalah orang yang sama tetapi menggunakan nama yang berlainan. Mungkin Ziela juga mengesyaki perkara yang sama, sebab itulah Ziela komen agak sentap sebegitu.

Tetapi jika diikutkan biasalah apabila peminat obses dan memberikan komen mesra dan manja terhadap selebriti yang mereka minat. Ada selebriti yang diobseskan lagi hebat daripada itu. Lagipun Shah Rezza memang masih kacak bergaya walaupun pada usia 54 tahun. Wanita mana-mana pun boleh terjatuh suka. -sumber portal Cari

Tidak patut rasanya drama ini dipersalahkan jika.. -Ziela Jalil

Khamis, 2 Julai 2015

Penerbit drama Ziela Jalil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang kurang senang dengan beberapa adegan dalam drama terbitannya, Dia Isteri Luar Biasa yang dianggap terpesong daripada ajaran agama Islam.

Ziela berkata, dia mengambil komen-komen tersebut secara positif namun menyifatkan drama-drama penerbitannya itu masih lagi ada unsur-unsur teladan yang boleh diambil contoh.
"Apabila bercakap tentang hukum hakam Islam, saya tidak mengiakan benda yang salah dan tidak menghalalkan cara. Kalau nak ikutkan, banyak benda yang kita tidak boleh buat dalam drama.

"Bukan senang... Sebagai contoh, saya seorang ibu seronok melihat kepulangan anak lelakinya. Kalau seronok, takkan nak berdiri dan tunjuk mimik rasa gembira sahaja. Mesti kena peluk sebagai tanda sayang dan rindu.

"Bagaimanapun segala kritikan yang diberi saya terima dengan fikiran terbuka dan akan lebih berhati-hati menghasilkan drama pada masa akan datang,"
 Ini kerana terlalu banyak adegan mesra secara berlebih-lebihan lakonan Fathia Latiff dan Shukri Yahya sebagai suami-isteri sehingga menimbulkan rasa kurang senang penonton apatah lagi drama itu ditonton bersama anak-anak.

Individu berkenaan turut berkata, drama-drama seperti itu mampu merosakkan akidah kanak-kanak yang masih lagi belajar ilmu agama dan boleh mengundang kekeliruan antara ajaran dan drama yang dipaparkan sedangkan pelakon tersebut bukanlah suami-isteri di luar drama.

Sementara itu, Ziela berkata, golongan penerbit sepertinya tidak patut dipersalahkan sekiranya ada kanak-kanak rosak akhlak dan ia tiada kaitan langsung dengan drama tersebut.
"Tidak patut rasanya drama ini dipersalahkan jika akhlak anak-anak itu tidak baik. Bukan Dia Isteri Luar Biasa sahaja, tetapi juga drama-drama lain.

"Saya percaya pembentukan akhlak anak-anak bermula daripada cara didikan ibu bapa itu sendiri," tegasnya lagi memetik portal mStar

Ziela Jalil drama puan tu drama maksiat!

Jumaat, 26 Jun 2015

Bukan main hangit dan pedas lagi surat kenyataan terbuka untuk pengarah Ziela Jalil mengenai drama, Isteriku Luar Biasa oleh seorang yang tidak dikenali ini.

Jom baca, petikan portal Forum Cari..
Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum wbt.
kehadapan puan ziela jalil.
apa khabar puan. diharap puan sihat. saya adalah antara berjuta penonton drama puan. isteriku luar biasa.

saya teruskanlah point saya.
saya malu tengok drama puan.
boleh ke kalau saya katakan drama puan tu drama maksiat.

kalau dulu..pihak berkuasa negara kita bukan main bersusah payah nak menangkap pasangan yg takde ikatan bercumburayu berpelukan bercengkerama kat taman,kat hutan,rumah kosong,hotel bajet, mahupun tandas awam,(wallahualam)..kemain diorang sanggup menyorok dari pandangan mata awam.(tetapi tidak dari Allah)

tp sekarang puan dgn bangga buat drama tunjuk kat mata masyarakat drama yg penuh dgn adegan peluk2..bersuap2 makan,pegangan tangan,berlaga pipi ...yg pada hakikatnya semua tau pasangan pelakon tu takde ikatan apa apa pun..

demi niat puan nak menunjukkan kasih sayang dan sucinya sebuah ikatan 'perkahwinan' ciptaan drama puan.

ye..saya tau drama tu adaptasi dari novel. tapi bezanya novel adalah karangan yg terkandung dlm buku. yg dibaca kebanyakannya oleh golongan dewasa/remaja yg boleh berkhayal dan syok sendiri betapa indahnya dunia perkahwinan. yg dah ditulis dlm novel tu.. mereka dah kahwin puan.

tapi ini dah cerah menyala dan terang benderang secara fizikalnya puan mengarahkan dua hamba Allah yg beragama islam bersentuhan pipi hidung tangan perut peha dan seterusnya puan pun tahulah kat mana..saya pun tak tau nak cakap apa lagi yg tersentuh kalau dah berpeluk mcm tu.

saya malu puan. tengok drama hasil lakonan pelakon islam. pengarahnya islam dan penerbitnya pun islam.
adakah sebab niat.. puan menghalalkan cara?

kesianlah dgn keluarga saya yg ada anak remaja..meningkat dewasa.. sedang belajar hukum hakam agama..tapi terangan kat tv tunjuk sebaliknya..

puan nak suruh saya tutup tv ke. saya ada tv satu je. tu pun depan meja makan.kalau tak bukak.. kusamla rumah saya. budak2 muncung nak tgk tv. puan nak suruh saya tukar cenel ke. abis saya nak tengok ape.. saya suka tgk cerita tu..tapi sebab byk adegan mcm tu..mcm melampau pulak saya rasa..puan tak rasa begitukah?.

saya tak marah pun niat puan ikhlas nak kasitau objektif drama tu adalah untuk menunjukkan kemesraan suami isteri. tp saya marah sebab puan menggunakan khidmat pelakon yg takde ikatan muhrim..segan kami org tua nengoknye.
nak menjawap kat anak anak lagilah satuhal. Allahuakbar.

takboleh ke puan amek pelakon yg memang suami isteri utk lakonkan adegan mcm tu? contohnye..dato ct dgn dato k ke..(mampu?) norman hakim dgn meymey ke..(sendu pulak) che ta dgn zain ke.. lisa dgn yuci ke..shuib dgn sarah raisudin ke.. hanis zalikha dgn hairul ke.. fynn jamal dgn tri ke(tetibe)..

malah abangjib ngn kakmah pon boleh belakon jugak.. ha..diorang dah kawin..puan nak suruh diorang beciom menenggek atas katil .. bepelokan basah sambil basuh kereta pun pon saya tak marah..nak tunjuk adegan mandi skali pon boleh. .lagi la saya nak tengok..

dan sebab saya boleh jawap kat anak anak saya. there..tu diorang dah kawin. walaupun diorang berlakon aje.. tp diorang dah kawen. barulah hati saya senang nak tengok dan anak anak pun paham yg sememangnya dah muhrim baru boleh bersentuhan. kan banyak tu saya bagi nama kapel yg dah kawin. takboleh ke puan amek dorang aje?

saya tak rasa pun nanti rating drama puan jatuh menjunam ke ape. saya rasa lagi ramai nak tengok pasangan dah kawin ni belakon drama puan. ala ala romantika gitu. kan dah mcm dua dlm satu. kami dpt tonton drama arahan/terbitan puan yg best..disamping dpt lihat kemesraan artis yg dah bersuami isteri. see..barulah sweet in real life kata orang.. gituu. tak menarik ke idea saya puan?

tolonglah.. konsiderkan cadangan saya..

cukup2lah dgn adegan semacam itu kalau hero dan heroinnya takde ikatan lagi. drama dulu takde pun se daring sekarang. sedih saya puan. kami ibu bapa penat kerja nak hantar anak anak belajar agama..hukum islam.. tp bila balik rumah buka tb dah mcm tu pula lakonan dramanya..

saya harap puan tak terkesan dr sudut negatif teguran saya. puan ameklah dari sudut yg positip. saya hormat puan sebab puan sgtlah sempurna dimata saya.. menutup aurat,berharta,kaya raya mempunyai anak anak yg cantik beriman sangat bagus didikannya..

tunjukkan lah contoh yg baik buat anak anak muda kita yg berkebolehan utk mengarah atau menghasilkan drama melayu yg bagus. saya kagum dgn puan.. saya pilih untuk tegur drama puan sebab saya tau puan mampu ambil teguran saya dan mempertimbangkannya.

saya tau banyak lagi drama atau pilem yg selamba kodok aje tunjuk pelakon tak muhrim bersentuhan. tapi saya tak tegur diorang sebab saya tak kenal pon diorang dan saya tak tengok pun hasil kerja diorang. puan ghaser?

baiklah puan. setakat ini sajalah rasanya luahan saya. tak gi terawikh pulak saya mlm ni sebab gigih menulis semua ni untuk puan.

akhir kata dari saya rakyat marhaen penonton tegar drama tb pada pukul 7ptg.. majulah drama melayu Islam di mata dunia. semoga setiap apa yg kita usahakan..diberkati Allah didunia dan di akhirat.

Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Puan Ziela Jalil. Maaf Zahir dan Batin.

Gambar censored aset Ziela Jalil

Khamis, 18 September 2014

Memetik sebuah bloh hiburan, ada menyatakan yang pelakon, Ziela Jalil ada memuat beberapa keping gambar yang menjadi bahan pertanyaan di laman sosial miliknya.

Gambar censored di bahagian dada itu tidak dipastikan kenapa ianya berbuat demikian, walhal baju itu nampak elok dan menutupi aurat.

Tapi setelah dinilai semula, gambar diatas (censored) tadi sudah dipadam dan digantikan dengan yang dibawah ini.

Hans Isaac bergelar Datuk?

Isnin, 19 Mei 2014

Menurut laporan Kosmo! semalam Hans Isaac dikhabarkan sudah bergelar Datuk. Namun berita ini dikatakan masih lagi samar-samar hanya kedengaran apabila sekeping gambar diberikan kepada wartawan kosmo!

Gambar lain yang dimuatnaik oleh Ziela Jalil juga menunjukkan yang Hans memakai baju biasa dan komen Ziela ketika itu memberikan ucapan tahniah kepada Hans diatas gelaran Datuk berkenaan.

Tak ke musykil tu jadinya, bukan berbaju formal atau melayu, pakai baju biasa pula ketika menerima anugerah pngat kebesaran berkenaan? ada suprise dari Sultan ketika itu, keke pastinya tidak lah kan.

Hans yang dihubungi enggan mengulas mengenainya.

Gambar pegang tangan Ketih Foo oleh Ziela Jalil..

Khamis, 3 April 2014

Ziela Jalil kini hangat digosipkan dengan pelakon kacak, Keith Foo kerana dilihat secara mata kasar hubungan mereka kelihatan agak mesra. Namun kemesraan mereka disalah anggap sehingga menimbulkan gosip dimana mereka menjalinkan hubungan cinta.

Bahkan beberapa keping gambar mereka bersama sambil bersentuhan dilihat dimuatnaik ke Instagram sehinggakan ada insan prihatin yang mengritik tindakan Ziela berkenaan kerana dianggap tidak mencerminkan budaya Islamik (pakaian).

Memetik laporan HarianMetro, Ziela menafikan ada hubungan cinta dengan Keith sebaliknya dia menganggap Keith sebagai adiknya dan juga mirip wajah anaknya.
“Saya dikata macam-macam seolah-olah ada hati dan nak menggatal dengan mereka. Kalau suka, aksinya tak begitu. Baik saya peluk saja mereka dari belakang! Saya anggap mereka semua ini macam adik-beradik. Apatah lagi muka Keith pun ada iras muka anak lelaki saya Jufri. Saya tak fikir soal lain pun ketika itu”

“Keith datang bertemu saya berkenaan isu kontraknya yang ada masalah sebelum ini. Sesudah itu kami bergambar. Ketika itu saya terfikir kalau masukkan gambar ini di Instagram pasti akan jadi isu. Tapi apa salahnya saya berkongsi gambar ini dengan peminat”

“Memang betullah selepas itu teruk saya kena kutuk. Mulanya saya tak nak jawab kerana beranggapan suka hatilah sesiapapun nak kutuk. Tapi saya bengang apabila ada yang kaitkan nama anak saya dan suruh mereka ajar saya. Tak perlulah nak ajar mereka sampai begitu sekali. Cara mereka bukannya nak menasihat tapi lebih untuk mengaibkan orang”

“Memang saya pegang tangan Keith dan saya tak katakan perbuatan ini betul, tapi cara menegur itu salah. Saya bukan sempurna, bagaimanapun sebagai manusia kita perlu amalkan adab hubungan dengan Allah SWT dan hubungan dengan manusia”

“Sekali lagi saya katakan cara menegur itu yang tak kena kerana ayat yang digunakan sangat melampau,” -Ziela Jalil

Ziela Jalil Kini Langsing!

Selasa, 22 Oktober 2013

Wah tak sangka, bentuk badan Ziela Jalil kini dah slim dan turun dengan mendadak. Melihat foto yang terbaru di muatnaik di laman sosial Instagram miliknya @zielajalil, kelihatan sekali dia amat langsing dengan menggunakan produk tertentu.

Kemungkinan produk hasil usaha perniagaannya senditi. Waktu Hari Raya AidilFitri kelihatan badan Ziela seperti sebelum tu, tak sangka 2 bulan dia berbentuk badan begini, apa yang tidak mustahilkan. :)

Gambar Raya Ziela Jali dan Anak-anaknya

Sabtu, 24 Ogos 2013

Ini adalah gambar rasanya edisi terakhir Hari Raya selebriti dari Ziela Jalil di blog ini. Apa-apa pun mari kita lihat anak-anak Ziela yang dah semakin membesar terutama anak kandungnya, Puteri Julia Nabilah, 21 tahun dan Megat Jufri Nasrullah, 19 tahun dan anak angkat Ziela, Ibrahim Junid. - Instagram zielajalil

Gambar Siti Nurhaliza Dukung Rayfal

Khamis, 22 Ogos 2013

Sudah berusia 4 bulan Putera Rayfal anak kepada Fasha Sandha ni. Kebetulan beberapa hari yang lalu, Siti Nurhaliza ada pergi bertemu dengan Fasha Sandha sekaligus mendukung Putera Rayfal dan menemai Fasha Sandha menyusu di sebuah bilik.

Tidak dipastikan kedatangan Siti untuk beraya atau lain-lain hal. -Instagram FashaSandha

Gambar Anak Sulung Ziela Jalil

Isnin, 15 Julai 2013

Lama sudah tidak mendengar cerita Ziela Jalil. Dengar cerita memetik daripada Kosmo! dia kini membuka produk kecantikan dibawah syarikat miliknya sendiri, Ziela Jalil Trading (M) Sdn. Bhd. sebagai produk kecantikan yang bernama FizzCola dan Berry Slim.

Gambar Ziela Jalil dan Anak-anak

Rabu, 20 Februari 2013

Dah makin besar memanjang anak Ziela Jalil terutama anak kandungnya, Puteri Julia Nabilah, 21 tahun dan Megat Jufri Nasrullah, 19 tahun dan anak angkat Ziela, Ibrahim Junid setahun lebih.

Lihat lah bentuk badan Megat Jufri, bukan main tuff lagi seperti usia 30 lebih, Julia pula dah kini bertudung, baguslah kalau semuanya seperti itu, semoga bahagia tanpa ada seorang suami mahupun ayah di sisi.

Ziela Jalil akui ambil anak angkat

Selasa, 7 Februari 2012

Ziela Jalil menganggap kehadiran anak angkat lelakinya bernama Ibrahim Junid Abdullah yang berusia dua bulan sebagai pengubat kerinduannya kepada Allahyarham suaminya Tan Sri Megat Junid Megat Ayub yang meninggal dunia pada 2008. Anak angkat itu 'diambil' melalui saudara terdekatnya. Dan baru-baru ini majlis cukur jambul bayi tersebut diadakan di Restoran Rebung, Bangsar, semalam. Anak lain Ziela Jalil adalah Puteri Julia Nabilah, 20, dan Megat Jufri Nasrullah, 18. Mana lagi elok, ambil anak angkat atau kahwin baru?? hehe.

gambar mStar

Anak kecil Ziela Jalil?

Khamis, 29 Disember 2011

Memang kita tak akan percaya yang Ziela Jalil melahirkan anak apatah lagi mengandung. Sebab kita tak nampak dirinya bernikah kembali dengan orang lain, dan itu sudah tentunya menjadi satu penafian yang keras buat Ziela sendiri. Namun yang menjadi persoalan siapa anak kecil yang didakwa oleh sebuah blog hiburan bernama Ibrahim Junid yang didukung oleh Ziela ni. Kemungkinan disini anak itu merupakan dijadikan anak angkat Ziela sekeluarga. Lagi peliknya, pesal nama anak tue dibubuh Junid, seperti mem'bin'kan suaminya dahulu, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob. Zzz.. Tanya sama pokok~

Gambar Erra Fazira terbaru!

Khamis, 13 Oktober 2011

Bertarikh pada 11 sehingga 20 November ini, Erra Fazira dan Aaron Aziz serta Umie Aida bakal menjayakan satu teater Badai Semalam hasil karya novel nukilan Khadijah Hashim. Teater ini adalah kerjasama diantara banyak syarikat dan diantaranya juga dibawah under syarikat Umie Aida dan Ziela Jalil. Sesiapa yang berminat dan menyukai teater ni bolehlah pergi mendapatkan tiketnya di di Box Office Istana Budaya dengan kadar segera. Kot-kot dah habis nanti, menyesol pulak. Ngeh2.

[via]

Gambar Ziela Jalil Dan Anak-anak

Khamis, 7 Mei 2009

Ziela Jalil aka janda anak dua yang still cun bergambar bersama-sama dengan anak-anaknya Puteri Julia Nabilah, 17 tahun dan Megat Jufri Nasrullah, 15 tahun. cun ooo anak dara Ziela kan. Mabelesss. Anak lelaki pun dah membesar. Encem bangettt, chuby2 dah takde. Lagi gambar..