Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
4 Gambar Yuna Ketika Kecil
Jumaat, 7 Februari 2014
Ini adalah beberapa keping gambar Yuna ketika dia masih kecil sehinggalah diusia 10-an yang memetik portal noisey.vice.com. Memang comel juga Yuna diwaktu kecilnya. layan..
Gambar Fara Fauzana Waktu Kecil
Khamis, 5 September 2013

Comel juga melihat gelagat Fara Fauzana ni waktu zaman kecil-kecil dahulu.Mata dia bulat besar, sekarang dah kecil dah. Hehe. Apa-apa pun jom layan, zaman waktu kanak-kanak ke zaman remajanya ini. -gambar myartis.com
Gambar Umie Aida Waktu Kanak-Kanak
Selasa, 3 September 2013
Ini adalah gambar Datin Paduka Umie Aida waktu dia zaman kanak-kanak dan remajanya. Untung juga la kan zaman dahulu ada kamera filem yang boleh merekodkan segala masa silam sebagai kenangan.
Sekarang cuma digitial, itu pun orang malas mahu pergi 'cuci' sebab selalu upload kat laman sosial je kan. Hee.
Gambar Melissa Saila Waktu Kanak-kanak
Isnin, 2 September 2013
Gambar diatas ni, gambar pelakon Melissa Saila waktu kanak-kanak dahulu. Tidak kelihatan ibunya, seniwati Mariani yang muda ketika bersama Melissa waktu kecil, cuma ini dapat dicari.
Apa-apa pun jum kita lihat kemanisan Melissa waktu kecil dengan dibandingkan dengan anaknya yang sekarang, Noor di bawah ini.
Apa-apa pun jum kita lihat kemanisan Melissa waktu kecil dengan dibandingkan dengan anaknya yang sekarang, Noor di bawah ini.
Gambar Darwisz Mirip Ayah Waktu Kecil
Ahad, 1 September 2013
Kalau dilihatkan wajah anak pastinya akan mirip kepada emak atau ayah. Jika dilihat anak hasil perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim, Darwisz Hakim, korang pasti tak perasan yang Darwisz Hakim sebenarnya mirip Norman waktu Norman seusia Darwisz.
Bukti dah ditunjukkan dan kini nampaklah yang mereka seumpama pepatah english, Like Father Like Son.-gambar Ammboi.com
Bukti dah ditunjukkan dan kini nampaklah yang mereka seumpama pepatah english, Like Father Like Son.-gambar Ammboi.com
Gambar Qi Razali Waktu Kanak-Kanak
Jumaat, 30 Ogos 2013
Eh kebanyakkan selebriti yang lahir ni dari kelompok kanak-kanak yang aktif dalam bidang pengiklanan ker. Tak sangka murah rezeki sungguh kan. Mungkin nampak sudah bakat tu dah ada, cuma nak asah je lagi, ni lah bakat-bakat original, meningkat dari tahap bawah. Ni gambar Qi Razali atau Qushairi Razali waktu dia kanak-kanak lagi.
Program realiti, tip top sekejap je popular. Huehue..
Program realiti, tip top sekejap je popular. Huehue..
Teka Siapa Selebriti Kat Dalam Botol Minuman Ini
Rabu, 28 Ogos 2013
Pagi yang ceria ini pastikan anda minum pagi. Milo ke, teh tarik ke, nescafe ke, janji yang panas-panas. Kalau boleh yang ada gambar selebriti kat tin minuman yang korang nak minum tu.
Tapi rasanya sekarang sudah semakin kurang. Paling tidak, minuman sirap dan seumpamanya suatu masa dahulu. Ingat lagi tak botol minuman di atas ni, lama dah botol minuman ni, dah berkurun-kurun. Tip top kanak-kanak tu sekarang dah jadi selebriti dan isteri kepada orang dah.
cuba teka siapa dia? hehe.

Pemilik Suara Kartun di TV
Selasa, 8 Januari 2013
Semalam pembongkaran disebalik maskot Along, kali ini pembongkaran suara kartun popular di tv oleh beberapa orang awam yang dirasakan cukup berbakat besar.
Mereka mengayakan suara Doraemon, Ultraman, Naruto, dan juga BoboiBoy dalam satu rancangan yang di hostkan oleh Awie, ntah punya rancangan tak tahu lah pula, yang penting enjoy..
Mereka mengayakan suara Doraemon, Ultraman, Naruto, dan juga BoboiBoy dalam satu rancangan yang di hostkan oleh Awie, ntah punya rancangan tak tahu lah pula, yang penting enjoy..
Siapa Disebalik Maskot Along?
Isnin, 7 Januari 2013
Masih ingat lagi rancangan Along yang terkenal masa korang kecil-kecil dahulu? bukan sahaja Along ada Angah dan Achik. Tapi mesti ramai yang nak tahu siapa di sebalik topeng Along tu kan.
Orangnya adalah pelakon Istanbul Aku Datang iaitu Beto Kushairy. Memang tak disangkakan. -gambar Cari
Orangnya adalah pelakon Istanbul Aku Datang iaitu Beto Kushairy. Memang tak disangkakan. -gambar Cari
Gambar Nasha Aziz tingkatan 3
Selasa, 8 November 2011
Gambar masa muda ni memang selalu kita ingin lihat, apatah lagi golongan selebriti, nak juga tengok mereka dikala mereka masih muda lebih-lebih lagi di bangku sekolah. Tip top sekarang dah jadi artis terkenal. Kalau lihat waktu kecil, memanglah tak cantik. Begitulah yang anda bakal saksikan, gambar Nasha Aziz tahun 1986, 25 tahun yang lalu. Waktu ni Nasha sudah tingkatan 3 dah. Mungkin ada pembaca disini masih belum lagi lahir atau pun masih kecil lagi kan.
Episod Nakal Kamal Adli
Isnin, 5 September 2011
Biasalah manusia, bila time kanak-kanak ada sahaja aktiviti mereka untuk menjadikan sesuatu itu bahan sebagai penghibur. Apatah lagi bila menjelma/menjelangnya hari lebaran. Memang terasa dan sungguh gembira waktu itu. Bermain mercun dan bersuka ria dengan kawan-kawan. Tak juga yang main meriam buluh. Lah kini dah besar, benda-benda tue dah semakin ditelan zaman, diwarisi pulak oleh kanak-kanak generasi baru. Baguslah, meriah juga kampung halaman kita kan.
Epsiod Kamal Adli yang suatu masa dahulu mungkin boleh juga dikatakan sebagai seorang nakal di zaman kanak-kanaknya. Menjelang Raya, Kamal sungguh exited bermain mercun, sehingga MEMBUNUH benda bernyawa. Tapi jangan silap, bukan bunuh manusia, tapi bunuh seekor katak dengan memakai mercun oO. Mungkin katak tu hancur berkecai kot agaknya. Iskh2, nakal sungguh Kamal di zaman kanak-kanaknya. Hoho.

“Waktu zaman sekolah dulu, saya memang suka main mercun. Pengalaman yang saya tak dapat lupakan sampai sekarang ialah saya pernah letupkan katak dengan mercun bola. Selain itu, ketika waktu Subuh, saya pernah bakar mercun bola dan baling dalam kawasan rumah seorang pakcik ini." -Gua
gambar Wardina ketika kecil
Jumaat, 22 Julai 2011
Semua orang dah tahu yang Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot merupakan anak kacukan. Ayahnya orang Australia. Wardina terkenal ketika dia berlakon dalam Spanar Jaya di NTV7 beberapa tahun yang lalu dan kini menjadi lebih daripada sekadar berlakon. Tapi pernah kah anda melihat Wardina masa dia kecil? pastinya tidak pernah kan. Jom lihat gambar Wardina ketika kecil yang kemungkinan umur Wardina masa ini dalam 5-6 tahun. (gambar Wardina duduk paling kanan)

[fb Wardina]