Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Pernikahan Fazura, Shaheizy Sam

Jumaat, 10 Mei 2013

Tiada angin tiada ribut, tip top dorang dah bernikah, biar betul. Tapi jangan panik, gambar dibawah bukanlah gambar pernikahan/perkahwinan sebenar diantara pelakon Nur Fazura dengan Shaheizy Sam. Tapi mereka berdua hanya lah berlakon untuk satu filem yang berjudul Manisnya Cinta Di Cappadoccia.

Filem ini juga turut dibarisi oleh Lisa Surihani, Kak Ogy, Zaibo, Rafidah 3R dan ramai lagi. Gambar dibawah adalah sebagian babak yang mereka berjaya jalani. -gambar FB Manisnya Cinta Di Cappadoccia
























Zaibo kahwin pada usia 54 Tahun

Ahad, 5 Disember 2010

Zainal Ariffin Abd Hamid atau Zaibo menamatkan zaman bujangnya pada usia 54 tahun apabila selamat bernikah dengan Siti Hawa Shawal, 45, di Pejabat Agama Islam, Batu Pahat pada 3 Disember 2010. Dengan 2 kali lafaz, Zaibo bernikah dalam satu majlis tertutup yang ringkas di kampung pengantin perempuan dengan dihadiri oleh rakan dan saudara terdekat.

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Zaibo dan yang kedua bagi Hawa. Hasil perkahwinan pertama, Hawa dikurniakan sembilan orang anak berusia antara 3 hingga 26 tahun. Bagaimanapun dalam pernikahan kali ini, Zaibo enggan menghebahkan jumlah wang hantaran mahu pun dulang hantaran yang diberikan kepada isterinya. -mStar

Zaibo digosip sudah kahwin dengan janda anak sembilan

Selasa, 27 April 2010

Satu Johor kecoh kononnya ternampak pelakon komedi popular, Zaibo, 54, selalu sangat berkepit ke sana kemari dengan seorang wanita berusia awal 40-an. Salah seorang pengosip adalah dari Rengit. Orang Rengit tu bagi tahu dia syak Zaibo dah kahwin senyap-senyap sejak beberapa bulan lalu. Kalau tak kahwin pun mungkin tengah dok bercintan-cintun dengan wanita berkenaan. Menurutnya lagi, Zaibo dengan wanita berkenaan begitu mesra. Mereka selalu ke pasar dan beli ikan sama-sama.
“Kami orang Johor ni minta Niezam tolong siasat segera. Dia orang macam laki bini. Mesti dah kahwin tu. Jangan la sorok-sorok kalau ye pun,” komen seorang pembaca.
Tanpa mahu berselindung, kata Zaibo dia mengaku memang sedang berkawan baik dengan seorang janda anak sembilan. Tapi hubungan tu tidak lebih-lebih. Hubungan tu macam adik dan abang angkat sahaja.
“Saya memang berkawan baik dengan wanita Rengit tu (seorang petugas di sebuah universiti di Johor). Sejak kebelakangan ni bila tak ada shooting memang saya selalu ke sana. Dia adik angkat saya. Kami dah kenal dekat 10 tahun dah. Saya minta kepada sesiapa yang nampak saya berdua-duaan di pasar atau di mana-mana kedai makan ke, jangan salah faham pula. Dia bukan isteri saya tapi adik angkat sahaja,” ujar Zaibo. -Utusan