Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Zahnita dah berhijab.. Alhamdulillah (13 gambar)

Selasa, 16 Februari 2016

Zahnita Buat Permohonan Perceraian

Rabu, 4 Disember 2013

Terkejut juga baru dapat mengetahui rumahtangga pelakon dan model, Zahnita, 35, dimana dia sudah membuat permohonan fasakh untuk bercerai dengan suaminya, Abdul Zackery setelah 8 tahun membina sebuah keluarga bersama dengan dikurniakan 2 cahaya mata, Zarafeena, 6, dan Zasharayna, 1.

Setelah seminggu permohonan cerai itu dibuat oleh Zahnita sendiri, dia belum lagi dapat menyerahkan tuntutan itu kerana kelibat suami berada di luar kawasan. Namun kes cerai ini akan dibicarakan semula pada 19 Disember ini.
"Pilihan ini untuk masa depan saya dan kedua-dua anak saya, Zahrafeena dan Zasharayna membina kehidupan yang lebih cerah selepas ini. Saya tidak mahu menjadi hipokrit lagi!

"Saya sudah memfailkan tuntutan fasakh untuk bercerai dengan suami saya pada 18 November lalu kerana kami bukan lagi ditakdirkan untuk hidup bersama. Jangan tanya kenapa tapi inilah keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak dan keluarga kami

"Sudah banyak kali saya cuba memperbaiki hubungan yang makin retak tapi tidak berjaya. Kami cuba berbincang dan pernah membawa kes ini untuk mendapatkan khidmat kaunselor perkahwinan, namun tetap gagal.

"Bukan senang untuk membuat keputusan ini, saya tidak menyesal dengan perkahwinan yang telah terbina selama tempoh lapan tahun ini. Bagaimanapun, saya menganggap mungkin kesilapan saya berkahwin terlalu muda.

"Ketika itu saya terlalu naif dan terburu-buru membuat keputusan tanpa berfikir panjang tapi syukur Alhamdulillah saya dikurniakan dua orang puteri menyerikan hidup saya selama ini,

"Saya bersedia dengan sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Saya sedia menjadi ibu dan bapa kepada kedua-dua anak saya. Disebabkan itu saya mengambil keputusan nekad ini," Zahnita. Kosmo!



Gambar Anak Zahnita Wilson

Ahad, 25 November 2012

Gambar dibawah adalah gambar studio anak kepada model, Zahnita Wilson yang kini sudah semakin besar. Nama anak Zahnita ini adalah Zasha Rayna. -ganbar  facebook.com/shakerhanafiPhotography

Zahnita Selamat Melahirkan Anak ke-2

Jumaat, 2 November 2012

Tahniah kepada model dan juga pelakon jelita, Zahnita Wilson yang dikhabarkan selamat melahirkan anak ke-2 yang juga anak perempuannya pada pagi semalam.

Menurut portal GUA, bayi dan ibunya dalam keadaan baik-baik sahaja ketika proses kelahiran. Nama anak perempuan Zahnita itu adalah Zasha.

Zahnita mendirikan rumahtangga pada usianya 20 tahun pada 2005 dengan  Abdul Zackery dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Zahra Feena.



Gambar Zahnita Wilson Mengandung

Rabu, 26 September 2012

Tahniah kepada sorang lagi selebriti tempatan, Zahnita Wilson yang dikhabarkan sudah hamil. Tiada informasi mengenai kandungan kehamilannya, mungkin yang pasti usianya dah nak masuk 7 bulan ke atas. Gambar dibawah adalah gambar photoshot yang diambil untuk dijadikan kenang-kenangan buat dirinya dan juga keluarga. Semoga selamat melahirkan anak nanti. :)

Zahnita kena balik saman RM15 Juta daripada Gulati's

Rabu, 16 Jun 2010

Saman - Bunyinya agak mengerun dan menakutkan kepada sesiapa sahaja jika melibatkan amaun yang terlalu besar dikenakan. Tetapi bagi mereka yang sudah melalui proses ini, mereka akan memberitahu ia sesuatu yang memang leceh dan memakan masa. Namun di dalam keghairahan nak saman-saman orang ni, ramai yang mungkin terlupa, pihak yang hendak disaman itu juga boleh juga memfailkan saman balas ke atas anda. Itulah senario yang sedang dihadapi model-pelakon Zahnita (Zahnita Dorothy Hussein Wilson).

Jika yang dituntut Zahnita daripada Gulati's - yang dikatakan telah menggunakan gambarnya di poster dan iklan syarikat tanpa kebenarannya - dari segi ganti rugi am sebanyak RM2 juta, kini Gulati's ingin menyaman balas Zahnita untuk jumlah RM15 juta! Jangan cakap Zahnita, tak ramai artis atau sesiapa sahaja yang mempunyai duit simpanan sebanyak itu (melainkan Siti Nurhaliza kot).

Duit dalam RM2.5 Juta

Menurut laporan Kosmo! baru-baru ini, Gulati's membuat tuntutan tersebut apabila mendapati Zahnita telah mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah kepada media sewaktu memfailkan saman RM2 juta terhadap mereka di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada tahun lalu. -Gua

Zahnita ikut fesyen Siti Nurhaliza

Rabu, 6 Januari 2010

Kalau anda masih lag ingat mengenai kisah ketika Zahnita mula-mula muncul sebagai anak seni beberapa tahun yang lepas, ramai yang mengatakan wajahnya mirip/seiras dengan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza. Sehinggakan Zahnita terpaksa membuat dan menyuarakan kenyataan yang beliau tidak mahu di samakan dengan ikon artis popualar berkenaan. Dengan tidak disangka-sangka, maka hari ini, Zahnita sendiri nampaknya mahu menyamakan diri beliau dengan Datuk Siti Nurhaliza dari bentuk fesyen yang dipakai.