Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Tak payah nak over sangat lah setan! PANAS

Rabu, 9 Disember 2015

Kelihatan Arwah Pak Yus atau Yus Jambu memang sangat sukar diterima, namun ada juga pengikutnya yang terlalu meratapi kehilangannya.

Melalui Instagram milik arwah Pak Yus, ramai komen yang sangat-sangat tidak boleh di terima pakai kerana dianggapi terlalu meratapi.

Melalui Facebook Amran Fan, dia mengecam tindakan pengomen berkenaan dengan menyarankan supaya tidak terlalu 'over' sangat.

Jep Sepahtu buat pengumuman mengejutkan...


Pengumuman mengejutkan Jep Sepahtu
Jep Sepahtu telah membuat satu pengumuman yang amat mengejutkan dimana dia tidak menyertai Maharaja Lawak Mega tahun depan.

Bagi Jep, pengalaman menyertai program realiti lawak bersama-sama Arwah Yus Jambu, juga mesra dipanggil Pak Yus, menjadi kenangan yang cukup istimewa buatnya.
"Selepas pemergian Pak Yus, saya rasa saya tidak masuk lagi program ‘Maharaja Lawak.’

Program itu cukup meriah dan istimewa kerana adanya orang-orang seperti Pak Yus yang memeriahkan lagi program itu,

Program itu juga cukup bermakna bagi saya sendiri kerana kami sebenarnya tidak bertanding sesama sendiri dalam program itu, peminat yang menilai [sebagai pertandingan] dari luarannya. Kami sebenarnya sebagai satu keluarga.

Jadi saya tidak rasa saya dan Syuib akan masuk Maharaja Lawak dalam masa terdekat ini," -Jep

Jawapan terbaik Johan tak pergi ke Tribute Mengenang Pak Yus..

Ahad, 6 Disember 2015

Gambar didakwa ada kalimah Allah di dahi arwah Yus Jambu..

Selasa, 1 Disember 2015

Gambar Terakhir Yus Jambu Sebelum Meninggal Dunia
Terbaharu, ada seorang lelaki yang telah berkongsi gambarnya dengan arwah Yus Jambu beberapa jam sebelum meninggal dunia dan di gambar itu arwah kelihatan letih dan pucat selepas selesai persembahan.

Di gambar itu juga kelihatan seperti ada kalimah Allah pada dahi Pak Yus.

Tauke Jambu menangis di saat pemergian Yus Jambu (video)

Pelawak Helmi dedah 2 jam sebelum Arwah Yus meninggal..


Rakan Selebriti Dedah Peristiwa 2 Jam Sebelum Yus Jambu Meninggal Dunia
Pelawak Helmi The Gimmick memberitahu nyanyian terakhir Allahyarham Yus Jambu ketika di Konsert Raja Band yang diadakan di Dataran Merdeka pada malam Ahad menyentuh perasaan penonton.

Helmi berkata, arwah menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh Datuk Ramli Sarip berjudul Bukan Kerana Nama, namun ditukar lirik yang menyelitkan beberapa nasihat kepada orang ramai.

Arwah Yus Jambu selamat dikebumikan.. (5 gambar)

Isnin, 30 November 2015


Yus Jambu meninggal dunia..

Tak tahu berita ni benar atau tidak, tapi melalui Instagram kawan rapatnya, Tauke Jambu, Yus Jambu sudah kembali ke Rahmatullah dan diupdates kira-kira jam 12 tengah malam lebih tadi, dan Facebook Afdlin Shauki juga telah membuat post untuk memperingatinya.

Kalau betul, Inalillahirojiun dan Salam Takziah..

Bila Neelofa ketawa terbahak-bahak (video)

Khamis, 29 Oktober 2015

Bila Neelofa ketawa terbahak bahak ni memang susah nak lihat, selalunya dia jarang berbuat demikian, tapi sebagai pengacara untuk rancangan Meletop, Neelofa dah hilang pertimbangan.

Dimana tetamu jemputan ketika itu adalah Johan yang telah buat lawak yang membuatkan Neelofa ketawa sedemikian.

Tak percaya? korang tengok video kat bawah ni. Pasti ketawa juga.


Fazura - bukan Zizan sahaja yang saya tujukan tapi..

Jumaat, 30 Januari 2015

Kemelut Zizan Razak yang didakwa agak 'biadap' ketika berada di pentas MaharajaLawak Mega yang lalu telah memberikan banyak reaksi mengenai kemampuannya berada di atas pentas lagi. Juri rancangan itu, Fazura juga memberikan komen yang agak pedas untuk Zizan di dalam laman sosial miliknya.

Namun Zizan sudah membuat kenyataan maaf berhubung salah lakunya itu kelmarin. Namun buat Fazura kenyataannya itu bukan sahaja kepada Zizan malah kepada kumpulan Virus termasuk Yus dan Tauke.
“Saya tak tujukan kepada Zizan Razak sahaja, ia lebih kepada kumpulan Virus itu sendiri. Ini kerana mereka telah mencelah kata-kata juri sebanyak dua kali iaitu sewaktu saya dan Farah Quinn memberi komen,”

“Sejujurnya, untuk mengungkapkan sesuatu persembahan itu hambar bukan mudah. Malah, untuk beri mereka dua markah itu pun adalah satu perkara yang sangat susah. Jadi, bagi saya, dengan sikap mereka sebegitu adalah tidak wajar kerana mereka seperti tidak ambil serius dengan persembahan mereka dan kata-kata juri”

“Saya dan Zizan adalah kawan tapi apabila dalam pertandingan itu, saya adalah juri dan dia adalah peserta. Kalau boleh, biarlah saya habiskan dulu kata-kata saya barulah boleh mencelah atau buat lawak,” -Fazura

Gambar sekitar karpet merah Anugerah Lawak Warna (20 gambar)

Ahad, 21 September 2014

Beberapa keping gambar karpet merah Anugerah Lawak Warna yang berlangsung pada hari Jumaat lalu di Teater Selangor, Shah Alam, Selangor.

Antara selebriti yang hadir adalah Sharnaaz Ahmad, Rosnah Mat Aris, Elfira Loy, Diana Danielle, Sari Yanti, Yus Jambu, Intan Ladyana dan ramai lagi. -gambar RotiKaya

Yus Jambu akhiri zaman bujang

Rabu, 16 April 2014


Eh, pelawak Yus Jambu, 38 tahun, dikhabarkan akan berkahwin. Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh beliau dimana gadis pilihannya itu merupakan seorang model sambilan dan juga setiausaha ahli korporat.

Mereka mula bertemu apabila Yus berkenalan melalui laman sosial Facebook selama setahun setengah sehingga sekarang.

Perkahwinannya akan berlangsung pada hujung tahun ini jika tiada aral melintang.

gambar shooting bersama Nora Danish

Gambar sekitar sambutan hari jadi Nora Danish ke-32

Rabu, 12 Mac 2014



Baru-baru ni pihak produksi dan kakitangan MiG dibawah naugan David Teo telah mengadakan sambutan hari ulang tahun ke-32 untuk pelakonya, Nora Danish.

Dengan dihadiri ramai juga selebriti, Nora amat teruja akan sambutan berkenaan. Acara pemotongan kek serta penyampaian hadiah adalah salah satu acara yang wajib untuk dilaksanakan.

Yus, Tauke bergaduh?

Isnin, 17 Februari 2014

Memetik sumber portal Utusan, dikhabarkan yang hubungan dua akrab pelawak kumpulan Jambu, Yus dengan Tauke kini rengang.

Keadaan itu berlaku ketika akhir program Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) minggu yang lalu. Mereka berdua bergaduh diatas sebab yang remeh temeh.

Jika anda perasan, persembahan mereka pada akhir itu, mereka bermasam muka dan enggan memberikan kerjasama yang terbaik dan akhirnya mendapat tempat ke-4.

Tak dapat dipastikan sebab apa, namun diharap kedua pelawak ini boleh berbaik semula dan menjalinkan persahabatan seperti sediakala.