Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Yazit cop Amy Search tunjuk bagus, tidak ikhlas!

Isnin, 30 Mei 2016

Amy Search sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah mengabaikan pemain dram Search, Yazit dan sering melawat rakannya itu di hospital ketika sakit.

Namun, masalah mereka berdua seakan tiada lagi jalan penyelesaian dan semakin rumit apabila Yazit baru-baru ini membalas semula kenyataan Amy.

Yazit mendakwa, kedatangan Amy ke hospital ketika beliau sedang sakit tidak ikhlas dan penyanyi itu semata-mata inginkan perhatian media untuk mencari publisiti.
Nampak atau tidak muslihat dia? Saya tidak sedarkan diri. Dia ambil tangan saya, bersalam, muka dia senyum tengok kamera. Apa maknanya itu? Dia hendak tunjuk pada media dia bagus.

Sebagai kawan, dia tidak perlu buat begitu. Sepatutnya duduk sebelah bacakan saya Yaasin kerana saya pada itu koma, 50-50. Itu lebih afdal tetapi hendak glamor juga.

Dia datang sendiri atau isteri saya yang hubungi beliau? Isteri saya hubungi minta datang tengok. Lepas itu tiba-tiba dia buat cerita lain. Dia kena paksa datang dengan isteri saya, bukan ikhlas. " -Yazit

Amy Search vs Awie Wings - isu Yazit

Khamis, 26 Mei 2016

Amy Search kecewa dengan kenyataan yang dibuat penyanyi sealirannya, Awie, berkenaan hubungannya dengan Yazit Ahmad.
Komen daripada Awie tersebut benar-benar melukakan hatinya.
"Saya kecewalah dan pada saya ia amat melukakan hati saya. Sampai hati dia cakap saya macam itu, sampaikan ibadah saya dipijak-pijak,"

"Tapi saya tidak salahkan dia (Awie) kerana dia mungkin dengar dari sebelah pihak sahaja," jelas Amy.

Katanya, menurut portal Astro Awani, Amy adalah pemilik sekolah tahfiz tetapi mengabaikan Yazit, sekali gus memohon agar Amy membantu rakannya itu kerana ia juga adalah 'saham akhirat'.
"Kalau saya dalam kumpulan itu, saya akan korbankan sedikit masa untuk menolong. Ini saham akhirat kita. Fikir dekat situ saja.

"Tidak guna kita cerita pasal tahfiz dan jubah tetapi soal akhirat dibuat main macam ini," Awie
Projek MMO turut melaporkan Awie sebagai berkata, ahli-ahli Search seharusnya bermuhasabah dan mengetepikan ego masing-masing. Jelasnya, Yazit harus dibantu kerana pengasas kumpulan rock itu hanya menjadikan muzik sebagai satu-satunya sumber pencarian.
"Mereka perlu ambil iktibar dan muhasabah diri kerana sahabat saya (Yazit) sakit, jadi tolak ke tepi soal ego," katanya.

Namun, Amy pada minggu lalu menafikan dia dan ahli-ahli Search yang lain mengabaikan Yazit sepanjang enam tahun menerima rawatan di hospital.

Kemelut antara Yazit dan Amy berlaku susulan dakwaan Search tidak membayar wang pendahuluan 'Konsert Search 35 tahun' sehingga perkara itu dilaporkan ke balai polis.

Saya ada jutaan Ringgit! ini apa Kes? - Amy Search

Selasa, 24 Mei 2016

Sebelum ni hangat diperkatakan isu bertikam lidah diantara Yazit dengan Amy Search mengenai isu konsert. Namun baru-baru ini Amy memberitahu bahawa pertikaian Yazit terhadap ahli kumpulan itu bukanlah isu baru, malah dia sendiri tidak disukai sejak awal penubuhan kumpulan itu.

Tiada maaf bagi mu kumpulan Search! -Yazit Ahmad

Jumaat, 13 Mei 2016

post-feature-image



Pemain dram Search, Yazit Ahmad, enggan memohon maaf dan menarik balik laporan polis yang mendakwa kumpulan itu melakukan pecah amanah seperti yang dituntut anggota lain band rock itu, semalam.

Tegas Yazit, 54, beliau bersama wakil peguamnya akan membuat laporan polis yang kedua terhadap kumpulan itu, petang semalam.