Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar majlis akikah anak Yatt Amzah (36 gambar)

Jumaat, 17 Mac 2017

Yatt Hamzah selamat melahirkan anak ke-2 (4 gambar)

Khamis, 29 Disember 2016

Yatt Hamzah selamat melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju pada jam 9.14 pagi Selasa lalu. Si comel seberat kira-kira 3 kilogram itu adalah anak kedua Yatt.

Perkembangan terkini dari Yatt Hamzah yang mengejutkan..

Ahad, 15 Mei 2016


Yatt Hamzah disahkan hamil dua bulan

“Sebenarnya, saya dan suami tidak merancang apa-apa mengenai anak. Kami biarkan rezeki itu ditentukan Allah. Alhamdulillah, saya disahkan hamil. Setakat ini, kandungan kali ini agak manja sedikit. Saya hanya makan di rumah saja kerana tidak boleh makan di luar,”

“Saya bersyukur kerana sejak kelahiran Suci enam tahun lalu, saya sentiasa berdoa diberikan cahaya mata kedua. Sekarang pada perkahwinan kedua ini, Allah makbulkan doa saya. Bukan saya saja, malah Suci paling gembira untuk mendapat adik. Dia banyak mengingatkan saya agar berhati-hati,” jelasnya kepada BH Online.

Bila Fasha Sandha bertudung selepas bercerai (gambar & video)

Rabu, 4 Mei 2016

Yatt Hamzah terlibat kemalangan.. Keadaannya...

Jumaat, 29 April 2016

Yatt Hamzah bersyukur selamat selepas kenderaan yang dipandu terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Karak, petang semalam.

Kereta jenis Kia Optima K5 miliknya, rosak teruk pada bahagian depan akibat terlanggar pembahagi jalan.
"Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk hidup.

"Saya tidak mengalami kecederaan malah adik ipar dan pembantu peribadi semuanya selamat. Namun, kami masih trauma,

"Kami bergegas keluar dari kereta dan mencari tempat berlindung dalam keadaan terketar-ketar. Jika dilihat keadaan kereta yang rosak teruk, ramai tidak percaya kami masih hidup malah tidak cedera," katanya memetik Bharian Online

Majlis bertandang Yatt Hamzah (15 gambar)

Selasa, 26 April 2016


Sebelum ini telah berlangsungnya majlis berinai, esoknya Yatt Hamzah telah berlangsung majlis bertandang yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan bertemakan warna merah jambu aka pink.

Sekitar majlis berinai Yatt Hamzah (10 gambar)

Ahad, 24 April 2016

Pada malam semalam telah berlangsung majlis berinai Yatt Hamzah. Sementara itu, pada hari ini akan berlangsung majlis bertandang pula bagi pihak lelaki yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan.

Yatt Hamzah dan juga pasangannya, Mohammad Zulfadli kerana telah selamat diijabkabul di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Februari lalu.

Pengantin baru, Yatt Hamzah & suami berbulan madu Krabi, Thailand (7 gambar)

Ahad, 20 Mac 2016

Sekitar pernikahan Yatt Hamzah (12 gambar HD)

Ahad, 28 Februari 2016



Yatt Hamzah dan juga pasangannya, Mohammad Zulfadli kerana telah selamat diijabkabul di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam semalam.

Yatt telah menerima mas kahwin berjumlah RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Pengantin perempuan turut menyerahkan 11 dulang hantaran kepada pihak lelaki dan dibalas dengan sembilan.

Respon Yatt Hamzah terhadap tuduhan bekas suami..

Selasa, 23 Februari 2016

Kemelut bekas suami Yatt Hamzah, Abdul Mutalib berhubung kait dengan bakal suami barunya, dimana dakwaan bekas suaminya itu yang menyatakan bakal suaminya itu adalah pihak ketiga.

Namun bagi Yatt dia tetap dengan pendiriannya sendiri untuk mempertahankan bakal suaminya itu.

Bakal suami Yatt adalah 'orang ke-3' - bekas suami

Ahad, 21 Februari 2016

Bakal bernikah dengan seorang lelaki yang muda 10 tahun darinya, Yatt Hamzah, 36, pernah menafikan punca perceraian dengan bekas suami, Abdul Mutalib ialah orang ketiga yang menjalinkan hubungan dengannya.

Bagaimanapun, bekas suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 36, tampil kepada Berita Harian Online menyatakan sebaliknya:
Mengenai bakal suami Yatt yang didakwa sebagai ‘orang ketiga’ dalam khabar angin perceraian kami, saya sama sekali tidak menafikannya.

Bagaimanapun, saya sudah lama memaafkan mereka. Saya mendoakan yang baik-baik untuk mereka.

Saya rasa berdosa mengiyakan secara langsung dengan menidakkan kebenaran yang nyata. Saya seperti bersubahat menipu masyarakat. Cukuplah komen saya mengenai hal ini.

Seperti yang dijangka, saya tidak terperanjat dan terima berita itu dengan hati terbuka. Saya berdoa segala-gala dirancang berjalan lancar dan jodoh baharu Yatt kekal.

Saya juga berharap Yatt hormat, jujur dan taat kepada suami baharunya dan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada anak kami, Suci Hanania Malikka.

Pasangan ini bernikah pada tahun 2009 dan bercerai tahun lepas.
Yatt dijangka bernikah dengan Mohammad Zulfadhli pada jam 8 pagi di sebuah masjid di Shah Alam pada 27 Februari ini.

Inilah bakal suami baru Yatt Hamzah (2 gambar)

Khamis, 18 Februari 2016

Desas-desus berita berita perkahwinan pengacara Yatt Hamzah terjawab apabila pelakon wanita itu telah menghantar kad jemputan nikahnya pada petang Rabu.

Dalam jemputan berkenaan, Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 36, mengesahkan akan berkahwin dengan individu bernama Mohammad Zulfadhli Khiruddin pada 27 Februari ini.

Majlis akad nikah akan berlangsung di Shah Alam, kira-kira pukul 12 tengah hari.

Katanya, majlis tersebut serentak dengan hari lahir puteri kesayangannya Suci Hanania Malika Abdul Mutalib yang berusia 6 tahun.

Yatt sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Mutalib Shukor, 36, pada 29 Mac 2009, namun bercerai talak satu pada 25 Ogos 2015 di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur. -mStar

Yatt Hamzah berpisah dengan suami kerana pihak ke-3?

Isnin, 28 September 2015

Dengar cerita yang Yatt Hamzah bercerai dengan suaminya, Abdul Mutalib kerana wujud orang ketiga yang datang dari Yatt sendiri. Namun khabar angin ini dinafikan oleh Yatt melalui rancangan Melodi semalam.
Tidak. Saya sangkal sama sekali. Perkara itu tidak wujud. Saya pun tak tahu dari mana perkara itu timbul.

Biasalah, sebagai selebriti, apa saja yang kita lakukan akan diberikan perhatian khusus.
Saya pernah dengar juga sebelum ini (tentang gosip itu) tapi tidak benar.

Cerita yang dikhabarkan itu bukan punca perpisahan kami. Sebagaimana yang berlaku antara saya dan bekas suami biarlah menjadi rahsia di antara kami dan Allah.

Saya tidak pernah menceritakannya kepada sesiapa kerana ia adalah satu aib kepada saya dan bekas suami.
Saya tetap sama seperti dulu. Saya tetap manusia biasa yang membuat kesilapan.

Sekiranya saya melakukan perkara yang nampak tidak sesuai untuk saya lakukan pada ketika ini, tegurlah saya. Tetapi teguran itu perlu kena pada masa tempat dan caranya.

Tegurlah secara membina, bukan menghancurkan.

Yatt Hamzah sah cerai talak satu sebab mengelak untuk...

Khamis, 27 Ogos 2015

Dikhabarkan akhirnya rumahtangga dan status suami isteri Yatt Hamzah dengan suaminya, Abdul Mutalib sudah terlerai.

Perkahwinan yang dibina sejak Mac 2009 itu retak pada 25 Ogos dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah KL secara tertutup sekitar jam 4.23 petang memetik portal Bharian.
"Kami berpisah secara baik. Makluman ini dibuat bertujuan mengelak sebarang fitnah dan pandangan negatif masyarakat. Apa pun mohon teman media mendoakan yg terbaik buat kami berdua meneruskan kehidupan seperti biasa. Sekian, terima kasih," -Abdul Mutalib

Yatt Amzah meninggal dunia di Syria?

Khamis, 18 Jun 2015

Yatt Amzah menafikan yang dia telah terkorban atau meninggal dunia ketika berada di bumi Syria seperti yang didakwa oleh seorang pemilik laman sosial baru-baru ini.

Pakaian Jubah Yatt dikritik ketika main boling! (gambar)

Jumaat, 29 Mei 2015


Agak menyedihkan apabila Yatt Hamzah telah dikritik kerana berpakaian jubah ketika bermain bowling. Kerana tidak bersesuaian dan tepat pada waktu dan tempatnya.

Ada juga pihak yang memberikan pandangan positif mengenai hal itu.

Buat admin, tidak menjadi kesalahan buat Yatt memakai pakaian berkenaan, jika dianggapnya selesa dan menjadi tuntutan agama, apa salahnya dia memakai pakaian seperti itu kan.

Sekitar sambutan ulang tahun ke-6 perkahwinan Yatt Hamzah (66 gambar)

Isnin, 20 April 2015


Yatt Hamzah dan suaminya Abdul Mutalib telah mengambil ikhtibar daripada pergolakkan rumahtangga mereka setelah melakukan lawatan ke Syria baru-baru ini. Mereka ditemui dengan kelihatan bahagia sekali disamping anak mereka Suci Hanania Malika, 5, pada majlis kesyukuran sempena ulang tahun ke-6 perkahwinannya dan sambutan hari lahir anaknya di Casa Club, Kampung Batu Muda, turut kelihatan Heliza.

Yatt Hamzah menyesal bercerai...

Selasa, 31 Mac 2015

Yatt Hamzah menyedari tindakannya memfailkan kes perceraiannya adalah sesuatu yang tidak wajar kerana masalah rumah tangga yang dihadapi masih boleh diselamatkan.

Yatt menyesali tindakan itu selepas pulang dari misi kemanusiaan di Syria pada akhir Februari lalu.
"Sebagai seorang manusia biasa kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, begitu juga saya yang tidak sempurna. Bila saya ke Syria barulah saya sedar bahawa masalah rumah tangga saya hanya masalah kecil jika ingin dibandingkan dengan wanita di Syria.

"Banyak perkara yang menyedarkan saya dengan apa yang saya hadapi sekarang tidak seteruk mana pun," -Yatt

Panas! Yatt Hamzah failkan permohonan cerai!

Rabu, 25 Februari 2015

Semalam kita digemparkan dengan sebuah berita dimana rumahtangga Yatt Hamzah kian retak. Yatt memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Abdul Mutalib di Mahkamah Rendah Syariah Gombak semalam.

Menurut portal Bharian Peguam Syarie telah menyerahkan saman kepada defendan (Mutalib) pada 10 Februari lalu.

Namun Abdul Mutalib memaklumkan mahkamah untuk menarik semula kes untuk bagi mendapatkan khidmat kaunseling dalam menyelesaikan kemelut rumah tangganya.

Pasangan ini berkahwin pada 29 Mac 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Suci Hanania Malika.

*status handphone aplikasi Whatsapp milik Mutalib

Yatt ingin hamil anak ke-2 (5 gambar)

Isnin, 17 November 2014

Tip top usia anak Yatt Hamzah yang sulung, Suci Hanania Malika bakal masuk ke tabika tahun hadapan. Dalam usia yang meningkat, pastinya Suci inginkan seorang adik, mungkin sudah mengenali apa itu seorang yang bergelar 'adik'.

Memetik portal Bharian, Yatt Hamzah sentiasa inginkan hamil/mengandung anak ke-2 jika di izinkan Allah SWT. Ini digunakan sebaik mungkin untuk berdoa di Tanah Suci apabila Yatt akan menunaikan umrah kali ke-2 pada 15 Disember nanti.