Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Azlee dedah kenapa Senario belum 'terkubur' lagi..

Isnin, 6 Februari 2017

Kumpulan Senario mengakui bahawa kumpulan itu masih wujud dan mereka tidak pernah mengundurkan diri dari dunia hiburan tanah air.

Menurut pelawak Azlee berkata, ramai beranggapan bahawa kumpulan itu sudah berkubur kerana kewujudan mereka sudah tiada lagi di mana-mana rancangan sejak tidak bersama TV3 kira-kira tiga tahun lalu.

"Sebenarnya kumpulan kami masih wujud dan tidak menghilang dari dunia hiburan.

"Kami sebenarnya masih aktif namun mengakui sejak tidak lagi bersama TV3 kira-kira tiga tahun lalu tawaran yang diterima semakin berkurangan.

"Kumpulan Senario sudah bertapak selama 20 tahun dalam industri namun akibat daripada kekurangan tawaran kami dikatakan sudah berpisah sebenarnya perkara itu tidak betul.

"Senario sebenarnya masih ada seperti yang anda kenal dan kami tidak pernah mengundurkan diri cuma tidak banyak peluang yang kami dapat sejak tidak lagi bersama TV3," kata Azlee memetik AstroGempak.

Gambar pengebumian Almarhum Bob Kuman

Ahad, 6 Mei 2012

Jenazah Bob Kuman yang meninggal dunia semalam (3/5), selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sega Hulu, Rantau jam 11 pagi (4/5). Allahyarham dipercayai menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya Normah Othman di rumah mereka di Pangsapuri Silvia, Kota Damansara, kira-kira pukul 4.40 petang Khamis.

Kesihatan Allahyarham dilaporkan mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama pada 2010.

Kira-kira 200 orang termasuk anggota keluarga, saudara-mara dan rakan artis Allahyarham seperti Saiful Apek, Yassin Senario, penyanyi Hattan, Elly Suriati dan Cat Farish berada di tanah perkuburan itu.

Sementara itu, Saiful Apek pula berkata hubungan beliau dengan Allahyarham memang rapat dan beliau terkilan kerana tidak dapat berjumpa Allahyarham di saat akhir sebab sibuk dengan tugas.

“Kali terakhir saya jumpa Allahyarham dua minggu lepas. Walaupun lama tak jumpa tapi kami selalu berhubung dengan telefon.

“Allahyarham ada menyatakan hasrat beliau untuk menerbitkan filem dan kami merancang untuk membuatnya bersama. Allahyarham juga ada berpesan nak membuat sesuatu pada dunia artis,” kata Apek. -Bernama

gambar Yassin Senario kahwin

Isnin, 16 Mei 2011

Yassin Senario dikhabarkan kini dah berkahwin dengan seorang gadis pilihan hatinya. Sumber ini dipetik daripada laman blog gosip yang menyiarkan gambar pernikahan Yassin dan isterinya tu. Itulah jodoh Yassin ketika dia kini berusia 33 tahun. Walaupun berita ini belum lagi mendapat liputan media, namun kita ucapkan tahniahlah kepada Yassin yang selamat diijab kabulkan baru-baru ini. -gambar ZoomArtis