Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Isteri Arwah Yahya Sulong Meninggal Dunia

Sabtu, 13 April 2013

Datin Alisah Ali meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 8 pagi Jumaat semalam, dua bulan selepas kematian suaminya Allahyarham Datuk Yahya Sulong.

Berita itu disahkan oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi. Arwah meninggal dunia akibat penyakit kanser paru-paru yang dihidapinya sejak sekian lama.



Jenazah Allahyarham akan dibawa di Masjid Bandar Baru Sentul untuk disembahyangkan. Sehingga berita ini ditulis kira-kira pukul 10.30 pagi, pihak keluarga masih belum menetapkan lokasi pengebumian Allayarham. -mStar

Dato' Yahya Sulung Meninggal Dunia

Khamis, 7 Februari 2013

Berita pengusiran pelakon vateran bergelar Datuk yang disiarkan pada bulan Disember lalu, iaitu pelakon, Dato' Yahya Sulung memang dapat perhatian orang ramai, dan yang pasti mendapat perhatian Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Namun itu semua sudah tinggal cerita, sekarnag Dato' Yahya Sulung telah pergi buat selama-lamanya, Arwah dikhabarkan telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari Rabu 6/2/2013 6.45 petang.

Arwah berusia 85 tahun meninggal akibat menghidap pelbagai penyakit dan juga asma. Jenazah dikebumikan pada hari yang sama di Teluk intan.

Isteri arwah, Alisah tidak dapat bersama arwah ketika menghembuskan nafas terakhir kerana Alisah juga sudah tidak larat dengan sakit dan uzur.

“Saya mengaku begitu sedih kerana tidak berada di sisinya. Banyak kenangan manis kami bersama sejak berkahwin pada tahun 1978. Selepas ini kalau saya sakit, siapalah yang hendak jaga saya?” kata Alisah -mStar.
Al Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat, kepada puan Alisah, kami seluruh pembaca izyan.com mendoakan agar puan Alisah diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan.

Pelakon Datuk Diusir Keluar Rumah

Selasa, 11 Disember 2012

Kasihan dan bersimpati pula apabila mendengar berita pelakon vateran Datuk Yahya Sulung yang kini berusia 84 tahun dan isterinya Datin Alisah Ali yang dikatakan bakal diusir daripada rumahnya di flat Bandar Baru Sentul gara-gara gagal untuk membayar sewa RM800 untuk sewa 8 bulan yang lalu.


Menurut laman portal mStar lagi, Kes ini sebenarnya dibawah tanggungjawab DBKL yang memberikan notis untuk mengosongkan rumah itu. Difahamkan lagi sewa bulanan sebelum ini ditanggung oleh Baitulmal dengan  mendapat RM400/bulan serta duit pencen bekas isteri Yahya yang terdahulu.

RM400 mungkin dalam RM500 tidak cukup untuk menampung hidup mereka berdua yang ditambah lagi dengan kos perubatan keuzuran dan kanser paru-pari yang dikatakan dihidap oleh Yahya.

Tanpa melengahkan masa, Presiden Seniman yang tegas, Zed Zaidi terus memberikan respon mengenai hal ini dengan berbincang dengan pihak DBKL dan membantu keluarga Yahya dengan keadaan yang dialami beliau.