Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Wana kini tampil seksi (4 gambar)

Jumaat, 28 November 2014


Dengarnya ini adalah Wana salah seorang penyanyi yang lahir dan menang dari program stesen TV swasta. Tapi namanya tidak gah dengan mana-mana penyanyi realiti yang lain.

Walaupun sudah mempunyai dua buah album, namun rata-rata masih lagi ramai yang tidak mengenali dirinya. (klik untuk besarkan dan baca) -gambar Forum Cari

Wana Lancarkan Album Siapa

Jumaat, 14 Ogos 2009

Masih kenal lagi dengan Finalis MyStarz LG 2, Wana? gadis muda yang cantik berasal dari Johor atau nama sebenarnya Noriezwana Syed Shafudin. Baru-baru ini Wana sudah menyiapkan album baru single-nya yang bertajuk 'siapa' yang memuatkan hanya lima buah lagu baru. Album sulung Wana ini juga mendapat sentuhan penerbit popular seperti Lah VE, Ashraf, Rudi dan Audi Mok. Wana tidak bersendirian untuk album pertamanya ini apabila turut mengundang pemenang kedua, Wan Nashrinie Zafri atau Nashrin berduet bersama. Apa-apa pun tahniah atas pencapaian Wana ini. all the best!

Wana Lancar Album Single

Sabtu, 25 Julai 2009

Wana? siapa Wana?. Wana atau nama sebenarnya, Noriezuana Syed Shafudin, 23, penyanyi yang sekarang sendang mengilap nama atas kemenangannya satu masa dahulu di MyStarz LG bulan Feb 2009. Penyanyi kelahiran Skudai, Johor ini bakal mengeluarkan album single pertamanya setelah setengah tahun bergelar juara. Syarikat Warner Music telah mengikat kontrak bersama Wana dalam penghasilan album berkenaan. Album itu juga berkemungkinan bakal keluar pada bulan Ogos depan. (anda digalakkan membeli yang Ori, bukan download di internet) Ngeh3.

Kekasih Wana MyStarz LG2?

Rabu, 1 April 2009

Wah dah fresh dalam dunia hiburan ni selepas menjuarai MyStarz LG2, Wana makin popular pulak. Dulu digosipkan bercinta dengan peserta di MyStarz LG pula, sekarang datang pula 'orang baru' wa cakap sama lu beb.

Memang hencem orangnya mengalahkan yang digosip tempoh ari di MyStarz LG lalu. Mungkinkah ini kekasih barunya atau melepaskan si Hairi berambut grebo?Macam sepadan pulakan? Jangan salah sangka pulak. jejaka ini ialah saudara kepada salah seorang krew Road Show Soyo, URTV 2009 semasa ke Jitra baru-baru ini.

Mungkin cuma mengambil gambar sahaja dengan Wana yang comel tu. Siapa tak mahu amik gambar dengan orang popular kan.

-Ehsan ManggaOnline-