Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ini lah sebab mengapa Wan Nor Azlin kembali bertudung...

Ahad, 20 Mac 2016

Wan Nor Azlin pernah bertudung dahulu tetapi tampil dengan imej lebih seksi selepas episod perceraian beliau, malah ada yang terkejut dengan perubahan mendadak beliau dan mengkritik pelakon wanita tersebut.

Mengakui beliau jahil satu ketika dahulu, kini Wan Nor Azlin sudah kembali bertudung penuh dan menginsafi setiap perbuatan beliau.

Bekas Suami Wan Nor Azlin Meninggal Dunia

Isnin, 25 November 2013

Dikhabarkan bekas suami kepada Wan Nor Azlin iaitu Mohd. Yazli Yaacob telah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di IJN beru-baru ini. Berita ini disampaikan oleh Forum Cari.

Mengikut informasi terdahulu, Allahyarham telah bercerai dengan Wan Nor Azlin sekitar tahun 2009.

Wan Norazlin Pula Buka Tudung

Jumaat, 11 Januari 2013

Seorang lagi selebriti yang menanggalkan tudungnya, kali ini selebriti dari negara kita, Wan Norazlin. Wan Norazlin merupakan seorang pelakon yang mempunyai cara tersendiri untuk berlakon dengan gaya tudungnya itu.

Tapi dikhabarkan memetik daripada portal mynewshub.my semalam, dia menanggalkan tudungnya itu ketika majlis perasmian pejabat urusan World Evolution Brain (M) di Kuala Lumpur.
“Temuramah untuk apa? Tak apalah, kalau boleh, saya sudah malas untuk keluar mana-mana akhbar. Saya sudah malas nak ditemuramah wartawan sebab mereka pasti hendak bertanya mengenai status saya.

“Saya sekarang ini hendak low-profile saja dan tak perlukan publisiti. Apa yang penting, saya masih menerima tawaran berlakon dan mahu fokus pada kerja lakonan saya,

“Gambar yang diambil tu boleh digunakan dalam akhbar kalau ada drama terbaru saya yang ingin ditayangkan." katanya.

Tudung Wan Nor Azlin Lesap?

Selasa, 10 November 2009

Memang tidak disangka-sangka, pengacara dan juga pelakon Wan Nor Azlin yang kini dikenali gara-gara kes cerainya dan juga isu penggunaan tudung mengejutkan ramai pihak terutama yang meminatinya. Dalam rancangan Awan Dania baru-baru ini, Wan ada melakonkan watak di sana, adalah satu babak di mana dia tidak memakai tudung. Ramai orang kata, tudung dia ni semakin lama semakin kecil. Ntah lah, hak pribadi masing-masing.

Tudung Fesyen Pelik Wan Nor Azlin

Khamis, 9 April 2009

Pelik sangatlah fesyen tudung Wan Nor Azlin ni ketika menjadi jemputan rancangan WHI bertajuk 'Cerai kerana Duit' pada 2 April lalu (yer ler, kan dia ader pergolakkan rumahtangganya). Korang rasa korang pernah tengok tak fesyen ni seperti di dalam saloon jerk. Mungkin fesyen baru kot di pasaran. Cuba korang lihat ni. Pelik atau tidak, anda tentukan di ruangan komen. Ahaks.