Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kejutan dari WHI buat Fahrin Ahmad

Selasa, 6 Jun 2017

Slot rancangan tv, Wanita Hari Ini telah membuat satu kejutan dimana Fahrin Ahmad telah dipilih sebagai lelaki pertama yang mengacarakan rancangan berkenaan bermula semalam.

Memetik portal BharianOnline, Fahrin berasa amat teruja sekali buat dirinya.

"Apabila diajukan tawaran ini, saya turut terkejut kerana maklum tiada hos lelaki ditampilkan sebelum ini. Saya difahamkan, dulu Nazril Idrus juga pernah terbabit dalam WHI, namun beliau hanya mengendalikan segmen khas.

"Sebaik saja diberikan peluang, saya tidak berfikir panjang kerana yakin mampu menggalas amanah diberikan pihak TV3. Sudah pasti saya sendiri teruja untuk bersiaran menerusi rancangan terbabit," katanya.

Tangan pengacara WHI melecur semasa Live akibat kena air panas

Isnin, 13 Mac 2017


Kasihan pengacara ini terkena air panas ketika membuat menu masakan. Namun ramai yang susah nak percaya dan ada juga memberikan kata-kata semangat untuk pengacara ini di ruangan komen Youtube.

Bila Yana Samsudin bertudung (4 gambar)

Khamis, 30 April 2015


Alhamdulillah, selebriti Yana Samsudin kini dah bertudung. Imej terbahrunya ini telah menjadi perhatian apabila dia muncul untuk program Wanita Hari Ini (WHI) TV3 semalam.

Nurul Syuhada selamat melahirkan anak kembar!

Selasa, 23 September 2014

Malaysia Hari Ini (MHI) semalam ada menyiarkan panggilan telefon bekas pengacara Majalah 3 dan program itu, Nurul Syuhada Nurul Ain telah memberitahu yang dia selamat melahirkan anak kembar sehari sebelum itu.

Yang mengembirakan lagi, jantina kedua-duanya berbeza, seorang perempuan dan lelaki. Satu proses pembedahan untuk seorang bayi dan seorang lagi bayi secara normal.
"Wajah anak saya ni sukar untuk dipastikan mengikut wajah siapa. Bukan apa, dia masih bayi dan kadangkala susah nak memastikannya," -Nurul Syuhada

Salma Mentor Kini Bertudung

Khamis, 7 Februari 2013

Siapa peminat tegar rancangan TV yang popular dengan nyanyian seperti Mentor di TV3, pasti mengenali Salma. Ya, Salma kini sudah bertudung, dia kelihatan bertudung di rancangan Wanita Hari Ini (WHI) semalam dengan tajuk perbincangan Salahkah Menjadi Janda.

Tidak tahu ianya hanya sekadar untuk set rancangan atau pun memang dah benar-benar berubah bertudung. Kita harap Salma sememangnya bertudung untuk setiap masa.
gambar forum Cari

Neelofa dan Ibunya di WHI

Sabtu, 8 Disember 2012

Baru-baru ini Neelofa dan ibu kandungnya telah dijemput ke Wanita Hari Ini di TV3 dalam bersempena mempromosi produk kcecantikan kesihatan, BellaVita. Yang tak berkesempatan melihat tayangannya, kita boleh lihat gambarnya. -gambar Facebook We Love Neelofa

Gambar Bayi Lelaki Azizah Ariffin

Rabu, 5 September 2012

Pengacara TV terkenal yang juga host kepada WHI, Azizah Arifin dikhabarkan melalui HarianMetro, selamat melahirkan anak lelaki pada hari Isnin lalu, 27 Ogos di hospital swasta dekat Damasara. Nama anak lelaki berkenaan diberikan nama Muhammad Jibrael Bin Mohd Khaifairil dengan berat 3.33 kg

Setelah lima tahun menanti kelahiran anak sulung perkahwinan ke-2 ini, pastinya Azizah dan suami sangat berbangga bayi berkenaan lahir di bulan Syawal yang mulia. Ini adalah anak lelaki pertama dari hasil perkahwinannya yang ke-2 dan mempunyai anak tiga orang dari hasil perkahwinannya yang pertama dahulu.









gambar Ehsan mylovelyfamily-ana.blogspot.com

Catriona Ross hamil anak ke-2

Selasa, 7 Februari 2012

Dalam diam rupanya pelakon, Catriona yang ditemui semalam ketika menghadiri rancngan WHI, dikhabarkan sedang mengandungkan anak kedua. Ketika dirisik mengenai perkembangan seni beliau, Catriona yang mesra disapa Cat itu menjelaskan ada cerita di sebalik ‘kehilangan’ beliau sejak 3 bulan ini. Tahniah diatas berita gembira ini.

“Saya kini sedang hamilkan anak saya yang kedua yang kini dah masuk 3 bulan setengah. Kali ini, alahan yang saya alami agak teruk berbanding sewaktu mengandungkan anak pertama dahulu. Jadi, saya ambil keputusan untuk berehat sebentar sepanjang 3 bulan awal kehamilan saya”. Jelas Cat. -Via

Fesyen tudung pengacara, Teh Syuhaida

Khamis, 26 Januari 2012

Dipetik daripada ruangan Cari, pengacara Teh Syuhaida yang juga pengacara WHI yang sudah sedia maklum memakai tudung sebelum ini telah pon diketahui umum. Namun ini bukan persoalan utama, sebab selama mana Teh Syuhaida memakai tudung dalam bidang pengacaraan, dia menggunakan tudung yang biasa sahaja, namun kali ini, sudah ada pihak yang tampil untuk men'sponser'kan tudung kepada Teh Syuhaida. Tudung Hana Tajima la, yang sekarang terkenal dah tu. Jom layans.

klik untuk besarkan

Vanida Irman sah jadi host Nona?

Jumaat, 12 November 2010

Tahniahlah buat pelakon, Vanidah Imran. Selain memiliki karier seni yang mantap, rumah tangga yang aman damai dan bahagia bersama suami dan anak-anak, laris pulak tu sebagai pelakon iklan, terbaru Vee sah menjadi hos baru program TV3, Nona menggantikan hos sebelum ini, Maya Karin. Hal ini diketahui apabila membaca ucapan tahniah daripada rakan-rakan Vee di Twitter Vee.

Sudah pasti Vee akan menghadapi cabaran untuk menaikkan rating program itu yang sebelum ini merupakan antara program paling popular di TV3 itu. Yakinlah dengan karisma yang ada pada diri Vee, dia akan berjaya. -Kosmo

Bekas pengacara WHI sah cerai talak satu

Khamis, 7 Oktober 2010

Bekas pengacara Wanita Hari Ini (WHI) di TV3, Nadia Shahrul Anuar sah bercerai talak satu dengan suaminya, Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyasdi Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur 6 Oktober 2010. Persetujuan dicapai selepas Sulaiman, 29, selaku plaintif dan Nadia, 26, yang dinamakan sebagai defendan berpuas hati dengan perjanjian penyelesaian yang ditandatangani pada 25 Ogos lalu.

Antara perkara yang dipersetujui ialah hak penjagaan kekal anak tunggal pasangan itu, Mohamed Aaron Erwin, tiga tahun, diserahkan kepada Sulaiman. Nadia pula dibenarkan untuk mengambil anaknya pada hujung minggu dan pada waktu-waktu kecemasan dan dibenarkan untuk membawa kanak-kanak itu ke tempat yang selamat dalam jagaannya. Bagaimanapun, demi keselamatan anak itu, dia haruslah diiringi dengan pengawal keselamatan yang disediakan.

Perjanjian itu juga melibatkan persetujuan Nadia untuk mengugurkan tuntutan edah, nafkah tertunggak, mutaah dan harta sepencarian manakala Sulaiman yang merupakan pengarah jualan VW Cars Sdn Bhd akan menarik semula permohonan nusyuz yang difailnya. -mStar

Najlah Ishak dapat anak perempuan

Khamis, 29 Julai 2010

Siapa Najlah Ishak ni? mesti yang dah lupa atau tak ingat lagi. Dia ni adalah bekas pengacara WHI (Wanita Hari Ini) pada tahun 2002-2003. Pada waktu itu dia digandingkan dengan pengacara Nirmala Arunasalam. Baru-baru ini pula Najlah telah selamat melahirkan anak perempuannya yang dinamakan Sarah Jameelah. Anak perempuan yang sihat ini selamat dilahirkan pada jam 12.03am tanggal 28 Julai 2010 di DEMC Specialist Hospital dekat Shah Alam, Selangor. Tahniahlah diatas kelahiran cahaya mata ini. :)


Fiza WHI dalam persediaan berinai

Ahad, 4 April 2010

Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan atau lebih dikenali sebagai Fiza yakni bekas pengacara Nona dan kini sebagai pengacara Wanita Hari Ini telah bersiap-siap untuk berinai pada pergelangan tangannya. Majlis pertunangannya diadakan pada bulan Ogos tahun lalu, dan kini sudah menghampiri untuk majlis pernikahan. Baguslah benda elok jan dikasih lama-lama, nanti ada yang melepas. Lagi pula dugaan bertunan ni cukup kuat, tak sangka Fiza dan tunangnya boleh mengharunginya dengan penuh tabah sekali sampai ke hari ini.

Pengacara TV3, Nadia Shahrul Annuar mohon cerai

Rabu, 24 Februari 2010

Pengacara dan penyampai Wanita Hari Ini (WHI), Nadia Shahrul Annuar, 26, diperintah memfailkan penyataan tuntutan berhubung permohonan cerai terhadap suaminya oleh Mahkamah Rendah Syariah, baru-baru ini. Hakim Syarie, Mejar Ahmad Alwi Embong memerintahkan Nadia Shahrul Anuar, 26, (plaintif) yang diwakili peguam Azmi Mohd Rais supaya berbuat demikian selepas permohonan cerai yang difailkan sebelum ini mempunyai kesilapan.

Berikutan itu, mahkamah menetapkan 23 Mac depan untuk plaintif mengemukakan tuntutan itu dan membolehkan suaminya, Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyas, 29, yang juga seorang ahli perniagaan memfailkan pembelaan. Terdahulu, Azmi memaklumkan bahawa dia baru dilantik dan permohonan cerai sebelum ini difailkan tanpa mendapat nasihat peguam.

PS: Harap Nadia dan suami dapat berdamai demi anak. Nampak bahagia jer pasangan ni, tak sangka pulak ada masalah..

Pengacara, Farrah Adeeba timang anak angkat

Rabu, 17 Februari 2010

Pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI), Akademi Al-Quran (AQ) dan Cari Menantu, Farrah Adeeba Mohamed Ashraf, 32, telah menimang anak angkat pada 31 Ogos bersamaan 10 Ramadan tahun lalu. Dengan kehadiran cahaya mata ini Farrah tidak segan dengan telah menganggapnya seperti anak sendiri. Farrah juga amat tersentuh apabila melihat bayi kecil ini, walaupun sudah berusaha menunggu kelahiran cahaya mata dari zuriatnya sendiri. Farah dan suami, Muhammad Rafique Rashid Ali, 33, kini bahagia dengan anak comel yang bernama, Mohammad Razique Abdullah ni.

Norman, Memey di WHI

Jumaat, 4 Disember 2009

Kelmarin di rancangan Wanita Hari Ini, pelakon sensasi dan kontroversi Norman Hakim dan Memey telah dijemput ke sana bagi menjadi tetamu jemputan bersempena tajuk 'Skandal @ Cinta'. Tidak diketahui motif kenapa mereka berdua yang dipilih, sedangkan penulis percaya ramai yang membenci mereka berdua ni daripada menyokong. Penampilan Memey di WHI memang agak 'control', rambutnya yang baru itu lebih moden berbanding yang dahulu.

Fesyen Rambut Pelik Anita Sarawak

Jumaat, 27 November 2009

Memang tidak disangka fesyen terkini Anita Sarawak amat pelik dan memang jarang-jarang berlaku kat tv. Hehe. Jangan marah erk kak Nita. Kemunculannya di Wanita Hari Ini edisi minggu ni bersama dan ditemani oleh suami tercinta abang Mahathir yang sedikit sebanyak sudah pulih dari kemalangan ragut bulan yang lalu. But penulis memang mengkagumi pasangan ini, masih kelihatan awet muda walaupun usia sudah meningkat, Wallahualan lah kalau ada resepi dalamannya pulak.