Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Video seks, serupa dengan saya, TAPI.... - Eyka Farhana

Khamis, 28 September 2017


Pelakon Eyka Farhana berasa cukup geram dan berang apabila dia dikatikan dengan video lucah yang dikongsi menerusi laman sosial sejak Julai lalu dan kini sudah mendapat lebih 11,000 views.

Eyka menyedari kehadiran video berkenaan melalui rakannya yang memberitahunya.

Everything Is About “Aurat” Nowadays - Tiz Zaqyah

Rabu, 27 September 2017

Tiz Zaqyah baru-baru ini ada meluahkan di Twitter miliknya berhubung kontroversi yang telah melanda rakannya, Fathia Latiff mengenai video penampakkan 'apple'.

Sebelum ini, Tiz Zaqyah pernah menghentam Natasha Elyzza yang menjadi punca kepada tersebarnya video seksi Fathia Latif. Kali ini, Tiz Zaqyah telah bercerita mengenai tentang masyarakat yang memandang “aurat” sebagai segala-galanya.

Fathia Latif mengaku salah, tapi sebenarnya dia tidak tahu yang....

Khamis, 21 September 2017

Video kontroversi yang memperlihatkan Fathia Latiff menari menampakkan asetnya dengan rakan selebriti, Natasha Elyzza minggu lalu, kini tampil untuk tidak menafikan hal itu adalah dirinya sendiri.

Sebelum ini Fathia menafikan hal itu kerana enggan membuka aibnya sendiri. Namun kini semuanya jelas, Fathia mengakui semuanya.

Paling menarik sekali, baca perenggan kat bawah sekali tu yer.
"Saya malu mahu menyatakan dua video yang tersebar itu ialah diri saya. Selepas berfikir selama beberapa hari, saya ambil keputusan mahu bercakap benar, walaupun hakikatnya mungkin perit untuk saya telan.

"Saya tidak mahu memanjangkan kontroversi dan terus menimbulkan tanda tanya. Saya fikir jujur lebih baik dan diredai walaupun saya terima cemuhan. Suka atau tidak, saya harus pikul bebanan hebat atas perbuatan saya.

"Sejujurnya, saya tidak sengaja memalukan wanita Melayu bertudung dengan menunjukkan contoh tidak baik. Video itu bocor dan ia bukan untuk tontonan umum.

"Saya mohon maaf atas keterlanjuran perbuatan saya," katanya
Fathia berkata, dia tidak menyangka video Bigo Live boleh dipertontonkan kepada umum.
"Jujurnya, saya tidak tahu aplikasi Bigo Live. Saya fikir Natasha merakamkan video hanya untuk simpanan peribadi. Sebab itulah, saya tidak bertudung dan berperangai 'gila-gila' sekadar mahu berseronok dalam video itu,

"Ketika itu, saya, Natasha dan beberapa teman wanita menyewa sebuah villa di Kuala Lumpur untuk bercuti.

"Bagaimanapun, apabila video itu tersebar, saya tergamam. Saya masih berakal dan waras, tidak mungkin saya menunjukkan bahagian anggota sulit untuk tontonan satu dunia.

"Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Natasha sudahpun memohon maaf sambil menangis, dia tidak berniat menganiayai hidup saya. Natasha kawan yang baik,

"Mungkin Allah mahu menunjukkan pengajaran dan teladan buat saya. Saya akan lebih berhati-hati dengan apa juga rakaman video selepas ini.

"Saya hanya manusia biasa, kadang kala saya hanya mahu bergembira dengan teman wanita yang saya rapat, tetapi tidak sangka, video mencolok mata pula tersebar," katanya ketika dihubungi BH Online.

Natasha Elyzza tayang buah 'apple', Fathia Latiff juga sama? (video)

Sabtu, 16 September 2017

Sebuah video rakaman pelakon baru Natasha Elyzza bersama seorang wanita mirip aktres Fathia Latiff sedang hangat diperkatakan di laman sosial.

Video yang dirakamkan menggunakan aplikasi Bigo Live menunjukkan Natasha dan wanita persis Fathia itu sedang menari dan berpakaian agak seksi sehingga menampakkan sebahagian buah dada.

Mengakui kesalahan tersebut, Natasha memohon maaf kepada semua pihak.

"Saya akui itu saya. Salah saya kerana menari dan berpenampilan seksi di dalam video itu. Ketika kejadian tersebut, saya sedang berada di sebuah villa persendirian bersama kawan-kawan wanita.

"Saya memakai baju yang agak seksi kerana saya mahu mandi di kolam renang. Salah saya sendiri kerana sebelum saya ke kolam renang, saya sempat membuka aplikasi Bigo Live.

"Silap saya, saya terlupa nak memakai baju yang lebih elok sebelum membuka aplikasi tersebut. Saya sangat kesal dengan perbuatan itu," kata Natasha kepada Astro Gempak.

Tambah Natasha, dia juga menafikan wanita tersebut merupakan Fathia, seperti yang didakwa oleh netizen.

"Wanita itu bukan Fathia, dia kawan saya, wajahnya mirip Fathia. Saya minta maaf dan akan menjadikan perkara ini sebagai pengajaran. Saya berjanji tidak akan mengulagi kesilapan saya," katanya lagi.

Khai Bahar dituduh seorang gay sebab video ini!

Isnin, 14 November 2016

Penyanyi laman sosial, Khai Bahar berdepan dengan tohmahan masyarakat disebabkan sebuah video panas yang dianggap mencurigakan dan menimbulkan tanda tanya tentang personaliti dirinya.

Namun, menedari hakikat asam garam dunia artis, dia menganggap yang perkara tersebut cuma ujian pertama bagi dirinya dalam mengejar impian menjadi 'public figure'.

Amar Baharin Naik Atas Badan Tiz Zaqyah (video)

Jumaat, 27 Mei 2016

Adegan paling panas dalam drama Akadku Yang Terakhir.

Kontroversi video seksi, ini kesan terhadap Atikah Suhaime..

Sabtu, 26 Mac 2016

Rezeki Atikah Suhaime datang mencurah kerana kontroversi video seks
Baru empat tahun mencipta nama di persada seni tanah air, Atikah Suhaime sudah terpalit dengan pelbagai gosip dan kontroversi.

Malah, gara-gara kontroversi video seks, kariernya merudum apabila digam stesen televisyen selama enam bulan pada tahun lalu.

Komen mengejutkan Atikah Suhaimie soal video lucah..

Khamis, 4 Februari 2016

Pelakon Atikah Suhaime yang dikaitkan dengan penyebaran video lucah bersama Amar Alfian dan Idris Khan tidak kisah dipandang serong masyarakat namun berhasrat melupakan tuduhan itu. -video mStar

Atikah Suhaimie, Ammar Alfian terlibat video lucah?

Khamis, 15 Oktober 2015

Dengar khabar yang pelakon Atikah Suhaimie dan Ammar Alfian terlibat dalam satu gosip dimana mereka berdua terlibat dalam video lucah dan juga kelibat model, Idris Khan.

Namun buat Ammar dan Atikah, mereka berdua menafikan sekeras-kerasnya gosip video lucah itu, dan menyifatkannya sebagai melampau.
“Saya terkejut apabila diberitahu mempunyai video lucah bersama dua pelakon iaitu Atikah dan Idris. Benda itu tidak benar sama sekali. Saya kecewa kerana disebabkan gosip itu, saya kehilangan tawaran berlakon apabila produser tidak mahu mengambil risiko,” jelasnya melalui B*Pop, akhbar sisipan mingguan Berita Harian.
“Perkara itu tidak benar sama sekali. Saya juga tidak tahu bagaimana perkara ini boleh timbul? Kami memang berkawan baik kerana sama-sama berlakon dalam drama bersiri, Puteri Gunung Ledang. Mungkin orang tengok kami rapat dan mesra”

“Disebabkan itu, mereka mula menyangka yang bukan-bukan, malah mengaitkan saya dan Ammar bercinta,” -Atikah

Punca utama kenapa mikrofon Ziana Zain terbang...

Rabu, 19 Ogos 2015

Inilah dia sebab utama kenapa video di Fesyen Week Kuala Lumpur baru-baru ini yang manjadi viral disebabkan mikrofon terbang oleh Ziana Zain.

Ziana juga beranggapan apa yang terjadi itu adalah sebagai 'drama lucu' sepanjang karier nyanyiannya.
"Rasa kelakar pula. Semua sebab losyen tangan. Pada penghujung nyanyian ketika menyampaikan lagu XO (nyanyian asal, Beyonce), saya mahu angkat tangan, tetapi mikrofon pula yang terpelanting.

"Selamat saya tak jatuh. Tetapi ketika kejadian itu, semua orang berdiri dan bersorak. Tetapi itulah, pakai losyen atau tidak, jika sesuatu nak terjadi, ia tetap akan terjadi," -Kata Ziana memetik laporan mStar semalam.
Dalam video itu juga, Ziana bersikap professional dimana Ziana mengambil semula mikrofon berkenaan dan mengakhiri persembahannya dengan penuh yakin sambil memberi ucapan 'That's it, Thank You!'.

Gambar bogel siapa selebriti ini? (panas!)

Jumaat, 12 Jun 2015

Dengarnya seorang selebriti tempatan telah tersebar gambar separuh bogelnya. Ianya tersebar di laman sosial. laman sosial Instagram beliau di serbu oleh peminat untuk kesahihan gambar berkenaan. Namun belum ada penjelasan lanjut mengenai hal itu.

Mengikut satu laman forum Cari, selebriti yang dimaksudkan adalah Tasha Shila? ya ke?

Panas! Video lucah Fazura?

Rabu, 31 Disember 2014

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan ada menyiarkan yang Nur Fazura menjadi mangsa video lucah yang disebarkan pihak tertentu melalui sistem e-Mail untuk menjatuhkan kerjayanya.

Video seminit itu dihantar ke wartawan akhbar berkenaan pada 23 Disember lalu.

Fazura menafikan sekeras-kerasnya hal demikian dan kini sudah membuat laporan terhadap SKMM.
“Saya tidak pernah terbabit dengan mana mana video lucah. Saya telah dapatkan nasihat undang undang dan tidak teragak agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar video berkenaan,” -Fazura

Babak panas Agnes Monica di videonya

Khamis, 10 April 2014

Ramai yang menyangka, video klip terbaru Agnes Monica berjudul Coke Bottle di laman YouTube merupakan satu video yang mantap terhasil dan gabungan bersama Timbaland adalah satu lagi kelebihan video klip berkenaan.

Tapi ramai yang juga tahu, dalam durasi 1:14 minit video berkenaan, dikatakan ternampak bahagian sulit Agnes Monica di dadanya.

Agnes yang ditemui memberi alasan mengenai ukuran baju yang tidak cocok buat dirinya namun senang dan suka dengan pakaian berkenaan.


"Saya tidak sempat untuk memberi ukuran badan dan tidak sempat mencuba dahulu baju tersebut kerana sibuk dengan latihan.

"Saya akui ia agak seksi tetapi baju itu sangat cantik,

Klip video tersebut mendapat perhatian beberapa media barat dan membuatkan namanya mula dikenali pada peringkat antarabangsa.

"Saya suka lihat Twitter dan radio di sana, mereka banyak memberi liputan tentang lagu tersebut.

"Ia adalah satu permulaan yang baik, saya bersyukur kerana semua yang dirancang berjalan lancar," katanya.

Adi Pandai Memujuk Minta Gambar Panas - Nooraida

Selasa, 3 Disember 2013

Kecoh juga dahulu bila seorang wanita tampil memberikan penjelasan dimana pelakon Adi Putra dan dirinya saling berkongsi gambar panas.

Wanita bernama Nooraida Abdul Mutalib itu mendakwa Adi pada mulanya mahu 'test market' namun tanpa disedari telah intim kepada hubungan diluar dugaan.
"Dalam Instagram, ada gambar saya, suami dan anak. Walaupun Adi tahu status saya sebagai isteri orang, namun dia masih mahu berhubung dengan saya.

"Saya anggap mungkin dia main-main saja atau sekadar nak test market. Menerusi WhatsApp pula, Adi ada mengatakan dia sedang mencari calon isteri dan nak anak sendiri. Sebagai peminat fanatik, saya berasa teruja. Itulah sebab mengapa saya masih melayannya dan terus terjebak dalam perhubungan ini,"

"Adi pula pandai memujuk dan romantik orangnya, jadi saya terjebak untuk melayan. Saya akui, bukan alim dan tak kuat iman. Adi pula nampaknya lebih berminat berbual perkara amat peribadi, selain bertukar gambar yang sangat peribadi," -Nooraida. -SinarHarian
Penjelasan Nooraida ini masih lagi dalam siasatan, namun tidak diketahui samaada kebenaran atau nak menjatuhkan nama Adi Putra.

Aksi Luna Maya Memeluk Aeril Peterpan

Selasa, 22 Oktober 2013

Siapa tidak kenal Ariel Peterpan yang terkenal kerana lagu-lagunya yang mantap di nusantara ini. Bahkan episod dia dipenjara kerana penyebaran aksi video pornonya dengan mantan pacarnya dan juga bintang, Luna Maya hampir memusnahkan sepenuh kerjayanya.

Ariel sebenarnya sudah bebas sepenuhnya pada 21 September 2013 yang lalu, manakala Luna Maya masih perlu melaporkan diri sehingga 21 September 2014 sebelum bebas sepenuhnya.

Video 'Lucah', Sakinah Mohon Maaf

Selasa, 14 Mei 2013

Video yang dikatakan agak lucah itu menimbulkan pertanyaan orang ramai terhadap pemuat naik video berkenaan, Sharifah Sakinah yang dibantu oleh rakanya, Anzalna Nasir dilaman sosial KEEK dan kemudiannya ke Facebook dan Youtube oleh beberapa orang lain.

Akibatnya Sakinah menerimah cemuhan, walaupun dia akur sudah meminta maaf dan menyifatkannya sebagai gurauan. Dan ini kata Sakinah memetik portal Utusan semalam.
"Saya rasa mungkin sebelum ini tidak ada artis yang berani berbuat begitu, sebenarnya mereka salah faham. Ianya sekadar gurauan.

"Ketika saya merakamkan video berkenaan, Anzalna turut berada bersama saya. Kalau diikutkan memang saya berperwatakan gila-gila, mungkin ramai yang tidak kenal saya sehingga melabelkan saya sebegitu," kata

Sayang - Shae versi Pecah Perut

Khamis, 14 Mac 2013

Memang betul-betul mengelakkan sesiapa yang melihat gelagat seorang 'minah' yang mendendangkan lagu 'Sayang' nyanyian Shae dari Indonesia.

Gelagatnya yang dikatakan popular di laman sosial minggu lalu telah mendapat membuatkan hati tidak rasa senang duduk. Sekali lihat di awal video rasa ok sahaja, bila dah lama-lama (minit 0.40) seperti kerasukan pula, dan ada juga yang bersependapat nak tumbuk sahaja muka dia ni. 


Akibat Isu Video Panas, Melia dan ibubapa putus hubungan!

Rabu, 14 Mac 2012

Melia Aimiellia (Melia) berkata pendedahan cerita mengenainya itu di muka hadapan sebuah tabloid pada Isnin lalu telah menyebabkan hubungan keluarganya kini berpecah-belah. Melia tidak menduga kontroversi tersebut bukan sahaja menjejaskan periuk nasinya sebagai pelakon, malah turut memutuskan hubungan silaturahim di antara ibu bapanya dan sanak saudara yang lain.

“Saya akui kontroversi ini bukan sahaja mengaibkan, malah turut memporak-perandakan kehidupan saya sekeluarga. Bayangkanlah, apabila isu dibesarkan sehingga terpampang di muka hadapan akhbar semalam (Isnin), ibu bapa saya mula dihujani pelbagai panggilan dan kecaman daripada sanak saudara dan kenalan.

Apa yang saya kesalkan, apabila saudara mara lebih mempercayai laporan-laporan tersebut berbanding penjelasan darah daging mereka sendiri,

“Ia mengakibatkan hubungan keluarga ibu bapa menjadi tegang dan terputus. Ibu bapa saya kecewa apabila keluarga mereka sendiri bukan sahaja tidak memberikan sokongan moral malah mengecam mereka dengan kata-kata kesat.

“Biarlah, apa pun yang terjadi, kami anak beranak akan hadapi perkara ini bersendirian,” katanya dengan nada sebak. baca lagi...

Video Bogel itu bukan saya! - Melia

Isnin, 20 Februari 2012

Heroin filem Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimiellia berkata dakwaan yang mengatakan dia adalah gadis yang berbogel dalam sebuah video yang tersebar pada minggu lalu berdasarkan pada persamaan fizikal dan cincin di jari adalah tuduhan yang mengarut. Melia berkata persamaan itu adalah tidak berasas kerana sesiapa pun boleh memakai cincin tersebut memandangkan ia adalah trend fesyen remaja pada hari ini.

“Cincin yang saya pakai adalah trend fesyen yang dipakai oleh sesiapa pun di luar sana. Mengapa pula hanya kerana cincin itu kelihatan sama, orang menuduh saya adalah gadis dalam video bogel itu?

“Kalau diperhatikan, ciri-ciri fizikalnya juga tidak sama dengan saya. Perkara itu turut diakui oleh ibu yang melahirkan saya kerana dia lebih mengetahui fizikal anaknya sendiri.

“Saya pelik orang luar pula yang lebih arif dalam menentukan gadis itu adalah saya,”

“Pada awalnya, saya akui agak goyah dan kecewa juga kerana ia membabitkan soal maruah saya dan keluarga. Namun, saya bertuah kerana mendapat kepercayaan ibu, keluarga dan teman-teman.

“Saya mendapat kekuatan untuk menghadapi isu ini dan bukan melarikan diri kerana saya tidak bersalah,” katanya. -Via

Panas! Klip 3gp Mimie (One Nation Emcess)

Rabu, 5 Oktober 2011

Wah baru jadi artis program realiti TV, kini nama Mimie bakal mengegarkan/mengoncangkan dunia tanah air. Gara-gara satu video yang diberi nama 'klip 3gp' oleh Mimie yang melakukan aksi begitu ghairah dan mengugat keimanan kaum lelaki bakal tersebar tidak lama lagi. Apatah lagi aksi itu dilakukan kat ranjang yang mampu memberikan satu suara yang superb.


Apa yang pasti ianya bukan sesuatu yang harus dicontohi, sebab ini semua adalah lakonan semata-mata erk, sekadar hiburan jerk. Nanti dipawagam nanti. keke.