Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Diana Amir nak jadikan anaknya seorang... Jangan terkejut!

Rabu, 9 Mac 2016

Siapa sangka, Diana Amir berniat untuk jadikan anaknya, Khaulah, sebagai seorang ustazah yang profesional satu hari kelak.

Cita-cita ini adalah idaman setiap ibu bapa diatas muka bumi ini, dan ianya adalah satu cara untuk menjamin masa depan dunia dan akhirat.

Ustaz Kazim nasihatkan artis yang bertudung agar...

Jumaat, 4 Julai 2014

Sekali sekala mendengar pendapat ulama kita mengenai pemakaian tudung para selebriti kita wajar kita dengarkan, bahkan boleh diambil pengajaran dan pedoman juga buat kita bersama.

Memetik portal mStar semalam, penceramah terkenal, Ustaz Kazim Elias tela menasihati selebriti yang memakai tudung atau berhijrah ke arah itu adalah diwajarkan untuk mendalami ilmu agama Islam yang secukupnya.

Namun tidak menyalahkan niat dan tindakan selebriti yang mahu berubah ke arah itu, Ustaz Kazim juga menyokong penuh bila selebriti kita bertudung tapi tidak mahu mereka menjadi ustazah/pemceramah 'express'.
"Alhamdulillah… bagus ramai artis yang berhijrah ke arah kebaikkan kerana ia dapat mempengaruhi peminat mereka untuk melakukan perkara sama tetapi biarlah ia disertai dengan ilmu agama yang cukup.

"Jangan hari ini beritahu sudah berubah lalu mengenakan tudung dan terus hendak menjadi seorang ustaz atau ustazah kerana banyak perkara yang perlu didalami mereka terlebih dahulu,"

"Jika asas dalam bidang agama tidak cukup bagaimana hendak berceramah kepada orang lain malah ia boleh menjadi risiko besar.

"Tambahan pula dengan teknologi hari ini apa yang kita perkatakan dalam masa lima minit, ia akan tersebar di laman sosial dan YouTube. Jadi golongan ini harus berhati-hati dan belajar terlebih dahulu," -Ustaz Kazim

Gambar Wawa Zainal Bertudung

Khamis, 25 April 2013

Manisnya melihat pelakon, Wawa Zainal bertudung. Kalau orangnya memang manis, pakai tudung bertambah manis lah kan seperti madu.

Tapi sayangnya ini semua untuk babak filem sahaja. Filem yang diterbitkan oleh MiG production berjudul 99 Kali Rindu akan ditayangkan pada 9 Mei 2013 nanti. Satu filem Islamik yang menceritakan Wawa sebagai seorang juruhebah radio yang jatuh cinta kepada ustaz lakonan Aeril Zafrel. -gambar MiG Online



Biarlah anak saya jadi Ustazah -Zila Bakarin

Rabu, 3 Mac 2010

"SAYA mahu anak saya jadi ustazah." Itulah kata-kata spontan daripada pelakon Zila Bakarin, 35, apabila ditanya apakah dia bersedia permata hatinya, Kaseh Azri Izhar, mengikut jejak langkahnya sebagai pelakon. Sememangnya impian Zila itu mulia dan seperti harapan ibu bapa lain yang inginkan anak solehah kerana merekalah bakal mendoakan orang tuanya apabila sudah tiada kelak. Bagaimanapun, apabila kata-kata itu diucapkan pelakon yang dikenali dengan imej seksi ini, mungkin ada yang menganggap ia sekadar jenaka.

Apapun yang tersirat di hati, Zila atau nama sebenar, Rosmawati Bakarin, bersyukur menerima Kaseh yang dilahirkan pada 11 Mac tahun lalu, seminggu selepas dia menjangkau usia 34 tahun. Ujar Zila, walaupun agak lewat bergelar ibu, itu bukan alasan untuknya berkurung di rumah melihat anak membesar di depan mata. Sebaliknya, dia sedar perlu keluar bekerja kerana berlakon adalah periuk nasinya. Ketika mengandung dulu, Zila masih berlakon hingga kandungan berusia lapan bulan. -Metro