Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

UKM dan IUKL nafi berikan Phd dengan Azizan Osman

Sabtu, 1 Oktober 2016

Belum reda penafian Universiti Malaya (UM), kini dua lagi universiti tempatan tampil menafikan pernah menganugerahkan ijazah doktor falsafah (PhD) kepada pakar motivasi terkenal, Azizan Osman.

Berita Harian melaporkan, jurucakap Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengesahkan tiada nama individu yang bernama Azizan Osman tersenarai sebagai penerima yang dianugerahkan PhD oleh universiti berkenaan.

Azizan mendakwa memiliki PhD dalam jurusan psikologi yang dianugerahkan UKM kepadanya, namun tidak didedahkan tahun beliau menerima ijazah doktor falsafah berkenaan.

Turut membuat penafian ialah Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) yang mengesahkan tidak pernah menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran dan PhD kepada pengasas syarikat Richworks Group of Companies itu.

Dalam kenyataan hari ini, IUKL berharap penafian berkenaan dapat menjelaskan kekeliruan dan salah faham yang membabitkan universiti itu.

Azizan dikatakan memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari IUKL pada tahun 2009 diikuti oleh Doktor Falsafah dengan pengkhususan dalam bidang Pengurusan di universiti yang sama.

Maklumat mengenai pendidikan Azizan ini dipaparkan dalam profil syarikat miliknya namun kini semuanya ‘hilang’ selepas penafian daripada tiga universiti tempatan.

Sebelum ini, pernah ada pendedahan mengenai kelulusan Azizan yang mendakwa menerima penganugerahan PhD Sains Metafizik dari Universiti Gordon di Florida, Amerika Syarikat namun ianya turut meragukan. – MYNEWSHUB.CC

Gelaran 'Doktor' tidak disahkan, ini komen Azizan Osman...

Jumaat, 30 September 2016

Isu gelaran doktor falsafah yang digunakan oleh Azizan Osman menjadi perhatian ramai semalam, apabila pihak Universiti Malaya mendakwa pihak universiti tidak mengeluarkan gelaran Phd yang membawa gelaran Doktor (Dr) kepada penceramah terkenal itu, akhirnya beliau sendiri bersuara mengenai dakwaan itu.

Beberapa minit selepas itu, Azizan Osman di laman facebooknya bersuara dengan isu gelaran doktor tipunya itu. memetik facebook Azizan Osman:

Nubhan AF6 bakal bergelar jutawan muda?

Jumaat, 27 Februari 2015

Wah bukan main sukses dah Nubhan Ahmad sekarang. Katanya dia kini dah jadi CEO untuk syarikat atas namanya, Nubhan Ventures.

Syarikat dia ini mengeluarkan produk bedak asas untuk lelaki dan juga wanita dengan diberi nama, Juwita Divine Sexy Foundation.

Datuk terlajak laris benggang sebab... (3 gambar)

Selasa, 30 Disember 2014

Dengar cerita yang Datuk Aliff Syukri aka Datuk Terlajak Laris bengang dengan pekerja sebuah butik mewah yang melayan pelanggannya tahap 'double standard'. Datuk Aliff kebetulan yang menjadi pelanggannya ketika itu.

Pekerja itu dikatakan melayan Datuk Aliff seperti orang tiada duit, walhal Datuk Aliff ni seorang jutawan. Ramai peminat / pengikut Datuk Aliff menyokong tindakan beliau menyuarakan pendapat bernas untuk pekerja seperti ini yang semamngnya kantoi tahap dewa. keke. -gambar MyNewsHub

Isteri Datuk Telajak Laris (14 gambar)

Khamis, 20 November 2014

Mungkin ramai yang tidak mengetahui wajah isteri kepada orang paling dikenali di dalam dunia perniagaan, Datuk Aliff Syukir (telajak laris). Nama isterinya adalah Datin Nur Shahida.

Mereka kini sebenarnya sudah mempunyai sepasang orang anak, iaitu Qadejah Eh Zahra dan Ibraheem Adham.

Aliff Telajak Laris tayang bulu ketiak (3 gambar)

Isnin, 3 November 2014

Siapa tidak kenal dengan usahawan yang bernama Dato' Aliff Syukri yang selalu dengar dengan nama, Terlajak Laris di kaca-kaca tv tempatan.

Namun baru-baru ini Aliff telah membuat satu kejutan yang menimbulkan kontroversi iaitu menayangkan bulu ketiak di Instagram miliknya.

Noniswara dah punya penganti? Imran namanya..

Isnin, 5 Mei 2014

Pelakon cantik, Noniswara mengakui berkawan dengan seorang usahawan, Imran Mohd Nor (kenalan suami kepada pelakon Rabecca Al-Islam iaitu Datuk Nor Azam Sulaiman) namun menolak mereka ada hubungan cinta.

Gosip ini timbul apabila kelibat lelaki berkenaan di dalam laman sosial Instagram milik Noniswara. Bahkan ada sumber menyatakan yang mereka kerap bersama dalam beberapa majlis termasuk di sambutan ulangtahun Noniswara bulan April yang lalu.
"Memang benar hubungan saya dengan Imran rapat tetapi hanya sebagai teman biasa dan bukannya intim seperti mana diperkatakan oleh sesetengah pihak.

"Apa yang mereka lihat menerusi gambar-gambar tersebut hanya salah faham dan terus membuat kesimpulan tanpa mengetahui cerita sebenar,"

"Saya seorang yang minat dalam perniagaan dan ada meminta nasihat Imran tentang selok belok tentang bidang itu dan sekiranya kami keluar bersama pun ia turut ditemani oleh rakan-rakan lain yang pada kebiasaannya hampir sepuluh orang semuanya," -Noniswara. mStar

Ainul Aishah buka kedai Tutti Frutti

Sabtu, 7 April 2012

Pelakon, Nana Tanjung, Ainul Aishah turut mengikut jejak langkah rakan artis lain seperti Dato' Siti Nurhaliza, AC Mizal, Ezzany dan lain lain lagi, apabila dia juga kini sudah bergelar usahawan dalam masa usia 27 tahun. Walaupun usianya perniagaannya baru berusia setahun, namun itu bukan halang sebenar bagi Ainul, bahkan ianya terbukti berjaya apabila dia telah membuka dua cawangan di dua buah negeri. Selain itu dikhabarkan yang Ainul juga berhasrat untuk berehat sebentar dari dunia lakonan untuk meluangkan masa dengan dunia perniagaannya ini.

"Alhamdulilah saya kini dah ada dua cawangan Tutti Frutti yang terletak di Bangi, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan. Selain daripada itu juga, saya sedang bergiat aktif dalam jualan produk kesihatan."

"Bidang perniagaan telah membuka prespektif baru dalam hidup saya kerana selain menguntungkan ia dapat menjamin masa depan saya" -via

Rosyam Nor labur RM1 juta jadi usahawan!

Selasa, 13 Disember 2011

Rosyam Nor melabur (membelanjakan) hampir RM1 juta bagi projek tanaman nangka madu berkeluasan 40 hektar di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lanchang, Temerloh.

Rosyam berkata, projek yang dimulakan sejak lebih setahun lalu itu dijangka mengeluarkan hasil pertama penghujung tahun depan.

Penglibatan Rosyam dalam bidang pertanian pada awalnya dipandang sepi banyak pihak sehingga pada satu masa dia sendiri hampir putus asa.

Selain mengusahakan tanaman nangka madu, dia turut menanam pisang, mangga dan durian belanda dikawasan sama.

Menurutnya, dalam tempoh setahun lagi, dia akan membuktikan kepada semua pihak dia juga mampu menjadi petani berjaya walaupun pada asalnya ia bukanlah bidang utama perniagaannya.