Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gelaran 'Doktor' tidak disahkan, ini komen Azizan Osman...

Jumaat, 30 September 2016

Isu gelaran doktor falsafah yang digunakan oleh Azizan Osman menjadi perhatian ramai semalam, apabila pihak Universiti Malaya mendakwa pihak universiti tidak mengeluarkan gelaran Phd yang membawa gelaran Doktor (Dr) kepada penceramah terkenal itu, akhirnya beliau sendiri bersuara mengenai dakwaan itu.

Beberapa minit selepas itu, Azizan Osman di laman facebooknya bersuara dengan isu gelaran doktor tipunya itu. memetik facebook Azizan Osman:

Tahniah Rachel AF jadi graduan UM (gambar)

Khamis, 22 Oktober 2015

Rachel AF 2015 walaupun gagal dalam program Akademi Fantasia namun beliau berjaya di menara gading. Rachel telah belajar dari tahun 2012 sehingga 2015 dengan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Muzik)

Dan telah berjaya menghabiskan 3 tahun dan seterusnya mengikuti Majlis Konvokesyen Universiti Malaya 2015 baru-baru ini.
“Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak terutama ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Tanpa sokongan mereka kemungkinan saya tidak berjaya untuk mengenggam segulung ijazah. Kejayaan ini bukan untuk saya seorang tetapi kepada semua pihak yang membantu.

“Diharapkan dengan pendidikan yang saya perolehi ini, boleh dijadikan sebagai kayu pengukur untuk saya terus maju dalam bidang nyanyian.

“Walaupun tewas dan tidak berjaya menjadi finalis AF yang lalu, namun semangat saya untuk menjadi seorang penyanyi masih lagi menebal,” kata Rachel kepada portal Murai

Nurul Syuhada terima Master UM (gambar)

Jumaat, 14 November 2014

Tahniah kepada Nurul Syuhada Nurul Ain yang menerima ijazah Master dari Universiti Malaya yang baru-baru ini berlangsungnya majlis konvoksyen Universiti terulung itu.

Walaupun baru beberapa minggu melahirkan anak kembar, Nurul yang dalam keadaan pantang, berani dan bersemangat untuk datang menerima sijil ijazah Master ini.