Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Diana Amir Sahkan Kahwin Tahun Ini

Ahad, 21 Julai 2013

Dalam tak disangka Diana Amir akan berkahwin dengan seorang pensyarah yang juga tunanganya, Habib. Maka dengan itu, maka genap la usia pertunangan mereka setahun memasuki Ogos ini.

Bab kahwin ini pula, Diana tidak nafikan mereka berdua sangat sibuk dan kemungkinan merancang akan mendirikan rumahtangga pada hujung tahun ini walaupun persediaan masih lagi 0%.

Menurut sumber Murai itu lagi, Diana juga akui yang Habib kini sibuk menyambung pendidikan tahap Master di USM
"Memang jika hendak diikutkan semasa dalam perbincangan pertunangan kami, kami mahu ikat setahun tetapi nampaknya kami terpaksa tangguhkannya lewat sedikit daripada jangka masa itu.

"Setakat ini kami tiada tarikh lagi. InsyaAllah kalau ada jodoh tak ke mana. Saya pun dah sedia untuk menjadi isteri. Target memang dalam tahun ni. InsyaAllah selepas raya baru kami bincangkan. Tapi soal harinya bila, saya serah pada tunang saya dan keluarganya. Saya hanya tinggal tunggu keputusan dari dia saja ni.

"Yelah, kami masing-masing sibuk dan satu perisapan pun sehingga kini belum disiapkan lagi. Bukan sahaja persiapan, malah kursus kahwin pun kami belum pergi,"-Diana Amir

Gambar Perkahwinan Imuda, Zabarina

Isnin, 22 Februari 2010

Pelakon komedi atau lebih dikenali sebagai pelawak dan penyanyi, Abdul Rahim Muda atau Imuda, 50, selamat bernikah dengan Zabarina Mushadi Ali yang berusia 22 tahun lebih muda daripada Imuda, 28, dengan sekali lafaz akad kira-kira jam 11 pagi di Masjid Negeri Pulau Pinang kelmarin (20/2). Imuda yang duda 2 anak sudah lama mengenali Zabrina di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang semasa membuat persembahan di situ. Tahniah dan selamat ke atas pernikahan kedua-dua mempelai. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Imuda Kahwin Bulan Februari

Khamis, 28 Januari 2010

Kesunyian pelakon dan pelukis terkenal, Imuda selama enam tahun selepas bercerai dengan isteri pertamanya akan berakhir tidak lama lagi. Ini kerana Imuda bakal menamatkan zaman dudanya dengan seorang gadis yang berasal dari Pulau Pinang bulan depan. Imuda atau nama sebenarnya, Abdul Rahim Muda , 50, bakal mengahwini Sabrina Ali, 28, pada 20 Februari ini. Imuda berkata, hatinya mula tertarik untuk mengenali Sabrina ketika kali pertama bertemu di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ketika dia mengadakan persembahan di situ.

"Daripada pertemuan itu, kami berkawan dan berkenalan dengan lebih rapat sehingga membuat keputusan untuk berkahwin," kata Imuda.
Berita gembira ini juga kata Imuda, disambut baik oleh dua anaknya, Raihana, 15, dan Mohd. Redza, 8, hasil perkahwinan pertamanya dahulu.
"Tiada apa yang menggembirakan saya selain anak-anak merestui perkahwinan kali ini. Bahkan, bakal isteri saya juga bersedia menerima kehadiran anak-anak saya," kata Imuda lagi.
Menurut Imuda juga, dia dan bakal isterinya itu akan diraikan pada satu majlis persandingan di rumah pengantin perempuan pada 21 Februari ini.