Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Bakat Puteri Balqis, ini komen terbaik Mia Sara

Isnin, 28 November 2016

"Saya tidak pernah terfikir untuk bersaing dengan sesiapa."
Pelakon cilik, Mia Sara, 11 menegaskan tidak pernah terlintas di hati mahu bersaing, sebaliknya mengagumi bakat yang ada pada rakannya, Puteri Balqis.

Anak Nora Ariffin dapat UPSR terbaik!

Jumaat, 18 November 2011

Tahniah lah kepada pelajar-pelajar UPSR yang meminati izyan.com. Kalau ada lah yang dok layan gosip kat blog ni dari golongan mereka. Hehe. Kalau takde pon, kepada emak n papa yang ada anak amik UPSR. Dan juga keapda golongan artis yang ada anak dia amik UPSR, terutama Nora Ariffin yang dikhabarkan anaknya mendapat keputusan cemerlang walaupun tidak dinyatakan berapa A dan selebihnya melalui laman Facebooknya.

Anak Nurul, Hattan dapat 5A UPSR

Jumaat, 12 November 2010

Tahniahlah kepada kedua-dua artis Nurul dan juga Hattan kerana anak mereka mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. Adam Eman dan Ayu Nazirah merupakan pelajar darjah enam di SK Tun Dr Ismail 1 Kuala Lumpur. Kehadiran kedua-dua artis berkenaan memberikan suasana yang cukup gembira melihat kecemerlangan anak mereka. Senyum lebar lah lepas ni Nurul dan Hattan erk, bagaimana pula anak artis yang lain?

Anak ikut jejak bapa menyanyi, Hattan

Sabtu, 20 Februari 2010

Memiliki zuriat dan anak yang bernama Adam, ayahnya, Hattan tidak terlepas daripada ditanya apakah anak tunggalnya itu menunjukkan tanda-tanda menjejaki langkahnya menceburi dunia nyanyian dan dunia anak seni. Adam yang berusia 12 tahun yakni darjah 6 sekolah rendah, sebetulnya bakal muncul dengan album berjudul Papa Aku Rock tidak lama lagi. Bagi Hattan, anaknya itu memiliki bakat semulajadi yang hampir mirip dengan dirinya.

"Dia suka menyanyi dan pantas menghafal lirik. Cuma tahun ini dia akan menduduki UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah), jadi saya tidak menggalakkan sangat dia untuk memberi fokus pada bidang seni. Saya juga merancang untuk berduet dengannya tetapi tunggu sampai dia cukup umur kerana suaranya belum 'pecah' lagi,'' kata Hattan.
Bagi Adam pula, buat permulaan dia akan akan muncul dengan single berjudul Papa Aku Rock. Adam akan mengikuti rakaman lagu ketika cuti persekolahan sahaja. -Kosmo

Ps: suara bagus, baik jadi Qari. kan ada imbuhan dari kerajaan juga disamping dapat pahala. :)