Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Anak hafal al Quran, ini buat Norman Hakim

Jumaat, 21 Julai 2017


Norman Hakim mengakui anak sulungnya Mohamed Danish Hakim, 14 sudah menghafaz hampir keseluruhan kitab suci al Quran!

Norman mengakui berasa meremang bila mendengarkan bacaan anaknya itu yang sudah menghafaz 28 juzuk.

"Saya pernah diminta Danish untuk mengujinya dalam hafazan al-Quran kerana mahu berlatih sebelum menduduki peperiksaan di sekolah.

"Saya hanya baca mana- mana ayat secara rawak di dalam al-Quran tanpa dilihatnya dan dia dengan cekap menyambungnya selepas saya berhenti membaca.

"Meremang bulu roma saat saya lihat dia menghafaz ayat al-Quran itu dengan tepat sekali," katanya.


Katanya lagi, Danish bakal berangkat ke Turki pada Oktober depan untuk menyambung pengajian.



"Jika hendak diikutkan Danish akan berangkat pada Mei lalu tetapi saya serta Abby Abadi dan Memey agak emosi untuk melepaskan dia.

"Yelah, jika dia ke sana Mei lalu dan mengikuti pengajian selama 9 bulan sudah pasti kami tidak dapat menyambut raya bersamanya, justeru kami mintak ditangguhkan ke Oktober.

"Saya bangga kerana Danish antara 20 pelajar dari Malaysia yang terpilih untuk mengikuti pengajian bersama 400 orang pelajar lain dari seluruh dunia," ujar Norman lagi memetik AstroGempak.

Asal usul nama 'Neelofa' yang korang tak tahu... (4 gambar)

Jumaat, 2 September 2016

Neelofa sudah sinonim namanya di persada seni dan popular dengan kerjaya sebagai pengacara, pelakon dan usahawan yang hebat bahkan terkenal. Sebut sahaja Neelofa, semua sudah mengenalinya. Wajah yang cantik menerusi keturunan kacukan oleh ibu ayah dan nenek moyangnya, sudah pasti wajah Neelofa sedap dipandang oleh sesiapa sahaja.

Namun, pasti ramai yang menyangka nama pengacara popular Neelofa hanya sekadar nama 'glamour' sedangkan memang nama sebenarnya ialah Noor Neelofa. Bakal Hajah Noor Neelofa. Untung badan!

Tapi pernah tak anda tertanya-tanya apa makna di sebalik nama Neelofa ini? Ikuti info yang dikongsi seorang lelaki yang terus menukar persepsinya terhadap nama Neelofa. Perkongsian oleh Nazril Laharadi atau dikenali sebagai Ajil dalam kalangan rakan-rakannya setelah mengetahui kisah ini ketika melawat Turki baru-baru ini. -Forum Cari

'Aku Yang Pakai Kau Yang Panas' - Neelofa

Khamis, 19 Mei 2016


Gara-gara sekeping gambar berbaju putih yang dimuatnaik oleh Neelofa semasa beliau mengunjungi Istanbul, Turki baru-baru ini, dia menerima kritikan pengikutnya kerana menganggap baju yang Neelofa kenakan adalah jarang sehingga menampakkan baju dalamnya.

Neelofa pakai baju jarang, nampak baju dalam?

Selasa, 17 Mei 2016

Baru-baru ini hangat diperkatakan yang Neelofa sudah tersalah pilih pakaian yang sesuai buat dirinya untuk dimuatnaik di dalam laman Instagram, apabila pengikutnya telah mengkritik baju yang beliau pakai sewaktu berada di Turki terlalu jarang, sehingga beberapa orang boleh nampak warna baju dalam dan bentuk badan Neelofa.

Sekitar percutian musim sejuk Eja di Turki (39 gambar)

Rabu, 3 Februari 2016

Punca Mila Jirin batalkan bulan madu di Turki

Jumaat, 13 November 2015


Punca Mila Jirin batal bulan madu
Dengar khabar yang pengantin baru, Mila Jirin dan suami, Ahmad Ailis membatalkan percutian atau bulan madunya di Turki yang diidamkan selama ini.

Ini disebabkan kejatuhan nilai Ringgit dan sekaligus membuatkan pasangan ini enggan membazir dengan membelanjakan wang yang berlebihan hanya untuk berbulan madu.

Lara Alana dibawa ke Istanbul, Scha sedih (16 gambar)

Isnin, 2 Mac 2015

Sebelum ini Scha al Yahya telah pergi ke Istanbul, Turki untuk sesi shoot photo. Namun kepermegiannya tidak ditemani suami, Awal Ashaari dan anak mereka, Lara Alana.

Namun, Awal telah membuat satu perancangan dimana, dia dan Lara membuat kejutan untuk Scha yang berjauhan daripada mereka dimana, Awal dan anak kesayangan mereka itu telah 'menerjah' Scha yang merindui mereka berdua.

Scha juga difahamkan menitiskan air matanya ketika kehadiran mereka berdua.

Hadiah kasut Aiman tanda hargai percintaan kepada Fathia

Khamis, 26 Jun 2014

Wah bukan calang-calang kasut dijadikan hadiah, kalau dijadikan hadiah, pasti ianya kasut yang mahal dan hanya sekadar hiasan di rumah, hehe.

Inilah yang terjadi kepada pelakon, Nur Fathia apabila memuatnaik gambar kasut yang diakui adalah hadiah istimewa daripada kekasihnya, Aiman Hakim Ridza.

Kasut berjenama BCBG Maxazria itu adalah tanda dan lambang penghargaan Aiman kepada Fathia selama 2 tahun bercinta.
"Kasut itu dia beri hadiah ketika kami sama-sama menjalani penggambaran di Istanbul, Turki. Ia tidak sempena apa-apa hari istimewa pun.

Itu memang cara dia untuk hargai hubungan kami, dia jarang beri hadiah sebab dia mahu saya hargai satu-satu hadiah yang dia bagi,

"Apa yang saya boleh cakap hubungan kami semakin hari semakin baik dan keluarga dia juga baik dengan saya.

"Tentang peringkat seterusnya kami belum berbincang secara serius tetapi ada juga cakap-cakap tentang itu," -Fathia petikan mStar

15 gambar percutian Fouziah Gous, suami ke Turki

Jumaat, 23 Mei 2014

Baru-baru ini Fouziah Gous dan suaminya telah pergi ke Timur Tengah untuk bercuti-cuti. Tempat pemilihan destinasinya adalah di Turki dan paling wajib sekali mereka untuk berselfie di negara itu. Dengan mengunjungi Masjid Biru yang terbesar dan tertua di Turki. -instagram fouziahgous

Bulan Madu Jovian, Nina di Eropah

Rabu, 1 Januari 2014

Ini adalah gambar percutian aka bulan madu pasangan Jovian Mandagie dengan isterinya, Nina Ismail Sabri. Lokasi percutian mereka ada di Istanbul, Turki dan juga Rome, Italy. Mungkin juga telah menyambut tahun baru semalam di sana.

Gambar Nur Fazura di Turki

Sabtu, 1 Jun 2013


Ini adalah gambar dari kesinambungan filem Manisnya Cinta yang dibarisi oleh Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan juga Rafidah 3R. Namun kali ini lokasi shooting mereka ada lah dekat Turkey. Memang inginkan kelainan daripada yang lain, maka Turkey juga menjadi tempat pilihan shooting mereka.













Zahiril Adzrin, Shera Aiyob ke Istanbul

Isnin, 7 Januari 2013

Gambar di bawah adalah gambar trip percutian ke Istanbul oleh Zahiril Adzrin dan juga isterinya, Shera Aiyob.

Melihat daripada gambar ini, mungkin bukan sekadar bercuti sahaja kot malahan terdapat juga kelibat pengarah, Erma Fatima yang memungkinkan mereka di sana untuk berlakon.

Shera juga dikhabarkan kini sudah hamil berusia 2 bulan.

Istanbul Aku Datang, gandingan Lisa-Tomok

Ahad, 9 Oktober 2011

Sebuah filem/drama yang best sekali menampilkan Lisa Surihani dan juga Tomok untuk pertama kali digandingkan bersama dalama Istanbul Aku Datang. Filem/drama ini bakal ditayanglan pada 2012 nanti, sekarang dalam proses pembikinan. Selain itu penamilan Lisa juga dah kelihatan sedikit berlainan dari segi fesyen rambutnya yang agak cute.

[via]