Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Neelofar tiru Sugarscraf? makin panas bila Neelofar pula tak.....

Isnin, 14 September 2015

Dkhabarkan yang tudung Neelofar Hijab telah meniru tudung buatan ID Sugarscraf. Tambahan lagi, pemilik tudung berkenaan telah berhubung dan memberi amaran tapi pihak Neelofar, namun Neelofar masih membisu dan meneruskan peniruan design itu.

Sebelum ini Neelofar tidak senang duduk jika ada orang meniru hasil kerjanya, namun ini pula sebaliknya. Tak dipastikan lagi samaada cerita ini benar atau tidak, tunggu Neelofa sendiri yang ulas ye.

Tudung Norjuma berbentuk Palestin vs Fareeda

Jumaat, 15 Ogos 2014

Rasanya apa buatan produk yang mempunyai maksud baik untuk menyokong sesebuah pihak terutama negara Palestin adalah amat-amat terpuji sekali.

Datin Norjuma telah mereka khas tudung berwarna bendera Palestin sebagai usaha penuh untuk menyokong penduduk Palestin yang ditindas Zionis Yahudi.

Namun melihat daripada tudung itu, ada juga pihak yang menyelar akan rekaannya yang dianggap serabut, namun dibidas semula oleh seorang wanita bernama Intan Aben.

Ustaz Azhar Idrus komen pasal tudung Fareeda

Isnin, 9 Jun 2014

Ramai yang komplen pasal tudung Fareeda yang dikatakan singkat paras dada dan tak ikut peraturan yang betul dalam kaedah menutup aurat yang sempurna.. Tudung jenama tu bukannya dijual dengan harga yang murah beb.., dengar kata sampai RM150 sehelai..

Tapi sayang lah kalau beli mahal-mahal padahal sekadar ikut gaya berfesyen je.. Tujuan tudung untuk menutup aurat dah diabaikan bila tudung jenama tu singkat dan tak menutupi dada..

Kita bukannya nak sekat rezeki orang melayu berniaga, tapi apa salahnya kalau tudung tu dilabuhkan sikit bagi sesuai dengan kehendak syarak.. Jangan kira fesyen je dan bagi alasan dorang hanya berniaga.., bukannya berdakwah pulak.

Kat bawah ni ada sikit video dari Azhar Idrus berkenaan tudung singkat paras dada.. Wajib beb melabuhkan tudung untuk tutup bahagian atas tu dari pandangan umum.. Jangan main ikut sedap nak berfesyen je...

Dan syarikat tudung tu jangan pulak hanya tahu kira nak untung tanpa mengira benda-benda wajib yang lain.. Tak ada sapa nak kisah kalau korang untung juta-juta jual tudung.., tapi ramai akan kisah kalau tudung yang korang jual tu tak bawak apa-apa keuntungan pada si pemakai! Peace!! - sumber

Radhi, Ayu Akan Kahwin Tahun 2014

Rabu, 17 Julai 2013

Akhirnya pasangan kekasih diantara penyanyi Radhi OAG dan kekasihnya, Nur Shahira Ayu dikhabarkan memetik portal mStar semalam yang mereka akan merancang untuk menamatkan zaman bujang mereka pada tahun hadapan.

Baguslah kalau seperti itu, mana tidaknya, sudah masanya percintaan yang di bina selama 4 tahun itu akan berakhir dengan tali pernikahan yang sah.

Tambahan lagi Ayu kini sudah berubah imej kepada bertudung bermula Disember tahun lalu, dan itu adalah langkah pertamanya sebelum bergelar isteri kepada Radhi.
“Insya-Allah, saya dan Radhi sudah merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan. Doa-doakanlah agar hajat kami yang baik ini menjadi kenyataan,

“Banyak pengorbanan saya berikan semasa berkawan dengan Radhi dan Alhamdulillah, berkat semangat yang saya berikan termasuklah dorongan daripada keluarga, dia boleh meninggalkan tabiat buruknya. Malah dia juga tidak lagi merokok,” -Ayu.

Gambar Fazura Bertudung Labuh

Khamis, 29 November 2012

Dikhabarkan pelakon Fazura kini sudah bertudung. Dahulu dia mahu berhasrat untuk memakai tudung dan mahu berubah ke arah yang baik. Dan kini dia sudah memenuhi hasratnya itu.

Kita harapkan Fazura memakai tudung untuk selamanya, kalau dia menanggalkannya mungkin gambar di bawah adalah sekadar hiasan. Apa-apa pun jangan hanya melepaskan batuk ditangga. Teruskan usaha anda Fazura.