Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Hadiah paling MENGEJUTKAN dari Fizz Fairuz buat Almy Nadia (KO MAMPU?)

Isnin, 19 Jun 2017

Fizz Fairuz pada hujung minggu lalu telah memberikan kejutan buat isterinya bersempena hari jadinya tak lama lagi. Almy Nadia turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih dengan hadiah sebuah kereta mewah jenama yang sama Toyota Vellfire yang berharga lebih RM200,000.00!

"Encik suami buat kejutan hari ini, katanya kereta sewa tapi tengok nombor plat..., katanya hadiah hari jadi kerana sepatutnya keluar pada hari jadi saya. Usaha keras encik suami beberapa tahun. Terima kasih sayang," tulis Almy.

Che Ta komen 'akibat menunjuk, harta dicuri orang'

Ahad, 14 Ogos 2016

Minggu lalu kereta Toyota Vellfire milik Rozita Che Wan (Ceh Ta) telah dibawa curi. Namun dalam kejadian musibah yang menimpa itu, ada juga pihak yang menyalahkan sikap Che Ta yang sering menunjukkan kemewahannya di laman sosial dan menyebabkan badi diambil oleh orang

“Biarlah mereka nak kutuk apa. Saya tidak kisah dan tidak ambil peduli kerana mereka bukan penentu masa depan atau kehidupan saya. Kutukan seperti ini sudah biasa saya alami dan selama ini saya hanya menjadi diri sendiri.

Saya cantik pun orang kutuk, ini kan pula kenderaan hilang, memang macam-macam lah orang akan fikir dan cakap pasal saya”

“Lumrah hidup menjadi anak seni, setiap perkara dilakukan pasti akan ada pihak yang memerhati. Sama ada mereka memuji atau pun mengeji saya tidak kisah,” katanya kepada Projek MMO

Kereta Che Ta kena curi, begini pencuri melarikannya..

Rabu, 10 Ogos 2016

Polis memaklumkan kereta jenis Toyota Vellfire warna hitam milik pelakon Rozita Che Wan yang hilang awal pagi Selasa telah dicuri dua suspek.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari berkata, hasil pantauan kamera litar tertutup CCTV di tempat kejadian mendapati suspek merempuh palang parkir sebelum melarikan kenderaan tersebut.

"Melalui rakaman CCTV kami dapati terdapat dua suspek mencuri kereta Vellfire itu kira-kira pukul 4 pagi tadi (Selasa).

"Suspek yang membawa kenderaan tersebut telah melanggar palang parkir tetapi menerusi rakaman tersebut wajah suspek kurang jelas.

“Namun kami sedaya upaya mengenal pasti suspek yang terlibat,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang di sini pada Selasa.

Selain kehilangan kereta yang dianggarkan bernilai RM200,000 itu, terdapat beberapa barang berharga milik Rozita yang berada di dalam kereta itu seperti beg tangan dan kasut turut yang turut dilarikan.

Terdahulu, pengurus Rozita, Afiq Wahab memaklumkan Che Ta menyedari kehilangan kenderaan itu apabila dia hendak keluar dari rumahnya di USJ Subang dekat sini.

Di manalah kamu letak otak? - Ras Adiba bengang sebab...

Ahad, 16 Ogos 2015

Ras Adiba Radzi Bengang Kereta Dihimpit Dalam Parkir OKU
Ras Adiba Radzi telah melepaskan kemarahannya di Facebook dengan sikap sesetengah orang ramai yang menyalahgunakan kemudahan tempat parkir kereta untuk golongan orang kurang upaya (OKU).

Ras Adiba Radzi yang juga merupakan seorang OKU setelah lumpuh separuh badan memuatnaik sekeping gambar memaparkan keadaan yang menimpanya hari ini.

Kereta Velfire Ning Baizura dicuri

Jumaat, 11 Julai 2014

Keselamatan kereta sekarang memang mejadi isu yang harus dipertengahkan/dititikberatkan memandangkan banyak kenderaan tidak kira apa jenis dari murah ke mewah, bukan main mudah lagi pencuri boleh membawanya pergi.

Kenderaan MPV model Toyota Velfire yang berharga RM300,000 milik pengurus Ning Baizura telah hilang kira-kira lewat malam semalam. Menurut portal Murai, Ning telah menggunakan kereta itu untuk kegunaanya ketika itu sebelum didapai hilang.

Laporan Polis sudah dilakukan dan meminta bantuan pengikut Instagram miliknya untuk sama-sama mencari jika ternampak kenderaan berkenaan.

Anda diluar sana berwaspada sahaja ok, beli alat keselamatan tambahan untuk mengurangkan risiko berlakunya kecurian.

Kereta Gambit Saifullah Terbabas

Selasa, 11 Jun 2013


Mak ai dashyat juga kereta yang dipandu oleh pelakon, Gambit Saifullah apabila difahamkan yang keretanya terbabas sehingga masuk ke bahu jalan baru-baru ini.

Kereta yang sepertinya model sport Toyota MR2 itu tidak diketahui punca sebenar mengapa terjadinya sehingga berkenaan. Gambit tidak mengalami kecederaan.