Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fizo Omar dedah punca isteri tidak hamil 4 tahun

Sabtu, 3 Jun 2017

Fizo Omar berkata, isterinya Mawar Abdul Karim, 28, pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan kecil pada 16 Januari 2016 bersama Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat.

Pun begitu Kata Fizo, dia percaya selain faktor ketumbuhan, ada beberapa faktor lain yang turut menyumbang kepada kesukaran isterinya itu untuk hamil.

"Paling tepat untuk saya katakan, ia berkait-rapat dengan rezeki Allah namun saya percaya beberapa faktor lain turut menyumbang kepada permasalahan itu seperti pemakanan dan tekanan kerja kerana kami memang dikenali sebagai pasangan aktif bekerja.

"Tapi itulah, kalau Allah dah nak bagi... selepas setahun lebih menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan tersebut, akhirnya kami terima berita gembira ini,

"Terus berdoa, jangan berputus asa dan harus percaya rezeki Allah itu luas. Kalau Dia belum beri kita rezeki anak, mungkin dia beri dulu rezeki kesihatan dan kebahagian yang kita sendiri tidak sedar," katanya kepada mStar Online.

Ustaz Don kongsi tips cara didik anak - Wajib Share!

Isnin, 17 April 2017

Farid Kamil dedah cara nak selamatkan rumahtangga nak bercerai

Isnin, 23 Januari 2017

Diana Danielle sebelum ini ada membuat kenyataan yang dia dengan suaminya, Farid Kamil perah goyah dan hampir nak bercerai. Namun, Diana akui tindakan beliau ke Mahkamah Rendah Syariah bersama seorang peguam didorong oleh perasaannya yang terlalu emosi.

Tambah Diana, beliau juga ada silapnya apabila sering menyangka Farid sengaja ingin mengambil kesempatan terhadap beliau dan menyerahkan segala hal anak-anak kepada Diana.

Dan kini Farid tampil memberikan komen pertamanya berhubung hal itu.

"Rumah tangga ini ibaratnya seperti cuaca tertentu. Ada kalanya panas dan kadang-kadang hujan lebat. Begitu juga perkahwinan saya dan isteri. Apa jua masalah yang berlaku memantangkan kami berdua dari segi pendekatan dan juga tindakan yang boleh diambil. Yang penting ialah sentiasa bermuhasabah diri dan kenal pasti masalah sebenar yang menjadi punca persengketaan.

Saya percaya sekiranya ada perkara-perkara yang melibatkan masalah dalam rumah tangga, cara terbaik ialah merujuk kepada pakar-pakar yang bertauliah dalam bidang berkaitan. Sebagai suami, apabila sudah membuat keputusan untuk menerima akad dan nikah, tanggung jawab dia ialah memastikan asas utama dalam perkahwinan iaitu ilmu agama perlu jadi keutamaan." kata Farid memetik Utusan Online

Tips Lisa Surihani yang kini turun 11kg, berbadan langsing

Isnin, 29 Ogos 2016

Baru-baru ini pelakon Lisa Surihani telah mengejutkan ramai peminat dengan penampilan terbaharunya yang sangat langsing dan tampak begitu sihat sekali.

Jika tempoh hari beratnya dikritik kerana semakin naik sejak melahirkan anak, kini Lisa boleh membuktikan dia mampu menurunkan bukan sedikit, malah 11 kg!

Berbanding berat sebelumnya iaitu 64 kg, kini Lisa mencapai berat badan baharu iaitu 53 kg sahaja! Memang wow!

Tak mahu lokek ilmu, isteri kepada Yusry KRU ini berkongsi petuanya mengamalkan gaya hidup sihat, seperti yang dipetik menerusi Astro Gempak:

6 Tips Diamalkan Ziana Zain Untuk Awet Muda

Rabu, 5 Jun 2013

Umum mengetahui yang usia penyanyi dan juga pelakon yang terkenal satu masa dahulu, Ziana Zain kini mencecah 45 tahun. Tapi dalam usianya yang nak dekat diambang usia emas, Ziana masih lagi kelihatan awet muda dan seakan-akan berusia 30-an. kelas gitue.

Menurut portal GUA, Ziana sempat berkongsi tips penjagaan kecantikkannya. Nak tahu? baca lah kat bawah ni, semoga bermanfaat. Hehe. Wallahualam.
1) Setiap kali mencuci muka jangan lupa berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
2) Minum segelas air masak sebaik sahaja bangun daripada tidur. Minum sebelum memberus gigi.
3) Minum air secukupnya untuk memastikan kulit sihat dan menawan. Sekurang-kurangnya tujuh ke lapan gelas sehari.
4) Jangan lupa memakai krim pelindung cahaya matahari setiap kali mahu keluar dari rumah.
5) Kurangkan pengambilan nasi, sebaliknya lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
6) Jangan lupa bersenam untuk dapatkan berat badan ideal.

Gambar Ning Baizura Hamil 5 Bulan

Khamis, 20 September 2012

Umum sudah mengetahui yang penyanyi, Ning Baizura sudah pon hamil melalui khabar tidak rasmi minggu lalu. Dan janji Ning, dia akan buat pengumuman rasmi media semalam. Ning berkata, dia dan suami bersyukur sebab dia kini hamil sebab dua tahun yang lalu dia mengalami komplikasi pada rahimnya yang menyebabkan sedikit gangguan untuk hamil.

Namun pun begitu, Ning dan suami, Omar Omar Sharif Christopher Layton Dalton tetap berusaha mencari jalan ikhtiar, dan akhirnya Ning mengamalkan makanan sihat seperti tauhu, kurma, susu kambing, sayur, buah-buahan dan oat akibat dek nasihat doktor. Dan kini Ning sihat mengandung dengan usia kandunganya adalah 5 bulan.

gambar sumber mStar (atas) dan Gua (bawah)