Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Johan Asari bersama anjing..

Isnin, 21 Julai 2014

Agak sukar untuk menerima individu muslim sudah berjinak-jinak dengan haiwan seperti anjing, apatah lagi untuk berlakon. Memang tidak dinafikan banyak isu-isu yang timbul sebelum ini apabila seseorang/selebriti memelihara anjing.

Perdebatan juga telah dilakukan dan ramai pihak dengan pandangan yang berbeza-beza.

Baru-baru ini, Johan Asari telah membuat satu kontroversi di laman sosial miliknya. Ianya menjadi kontroversi apabila dia memuatnaik sekeping gambar bersama seekor anjing dengan berpakaian ala askar.

Difahamkan ianya adalah adegan babak untuk filem Kanang Anak Langkau. Namun adegan ini telah menjadi isu hangat di ruangan komen dari peminatnya.

Cuba tukar ke haiwan monyet ke, kan menarik tu. keke.


Baju Zizan Razak di Meletop Dapat Kecaman!

Selasa, 11 Februari 2014

klik untuk besarkan..

Masa malam anugerah Meletop Era hujung minggu lalu, ramai selebriti berpakaian dan berfesyen menarik. Dan tidak ketinggalan Zizan Razak.

Namun fesyen yang digunakan oleh Zizan ala tentera regimen Melayu itu telah mendapat reaksi yang kurang senang oleh sebilangan ahli ATM.

Mereka merasakan pingat yang menjadi idaman mereka sudah boleh dibuat 'main-main' sebagai fesyen baju.

Kes seperti ini juga pernah berlaku kepada Farid Kamil apabila waktu dia memakai pakaian tentera ketika majlis resepsinya.

Farid Kamil Bakal Di Penjara 2 Tahun?

Isnin, 10 Disember 2012

Menurut laporan Kosmo! semalam, pengarah dan juga pelakon, Farid Kamil bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 2 tahun degan tambahan selama 3 bulan lagi.

Sebabnya ada orang tentera yang mahu berhasrat mengheret Farid ke mahkamah kerana isu kesalahan memakai uniform tentera ketika adat perkahwinannya dengan Diana Danielle. Tak tahu

Jika Farid bersalah, dia akan dikenakan sabit kesalah dibawah Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera. Selain daripada Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki barang-barang tentera.

Tambah sumber itu lagi, orang askar itu berang melihat Kamil yang memakai sut berpangkat Mejar Jenaral, 2 paku 1 mahkota. Alamak~

Datuk K terima pangkat Kolonel Kehormat

Rabu, 4 April 2012

TAHNIAH kepada suami Dato' Siti Nurhaliza apabila Datuk K menerima pangkat ekslufif daripada institusi kententeraan Negara. Petikan daripada portal mynewshub memberikan butiran lanjut di bawah..

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memakaikan pangkat Kolonel Kehormat kepada Pengerusi Eksekutif Ace Global Ventures Sdn Bhd, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Ia disampaikan pada majlis perhimpunan bulanan dan pemakaian pangkat kehormat di Dataran Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, Selasa.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Sebelum ini, penerbit filem terkenal, David Teo juga diberi penganugerahan pangkat kehormat yang membawa gelaran Mejar.