Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Tania Hudson punca keretakan Neelofa-Fattah?

Rabu, 21 Disember 2016

Tania Hudson mengakui hubungannya dengan Fattah Amin hanya sekadar rakan sekerja dan tidak lebih daripada itu. Tania terkejut selepas dikaitkan sebagai punca keretakan hubungan aktor itu dengan Neelofa.
"Saya terkejut apabila hari ini (Selasa) ramai yang mula bertanya tentang hubungan saya dan Fattah Amin.

"Saya dengan dia hanya rakan biasa sahaja dan kami pernah bergandingan dalam sebuah filem dua bulan lalu. Selepas itu kami tiada berhubung apatah lagi berjumpa,"

"Saya tiada hubungan istimewa dengan Fattah, ketika kami menjalani penggambaran filem itu sekalipun, saya tidak terlalu rapat dengannya.

"Kami ada keluar lepak sama-sama tetapi ketika penggambaran sahaja. Lepas habis penggambaran kami buat hal masing-masing," ujarnya.

"Saya tidak ada rasa bersalah kerana saya kenal Fattah ketika penggambaran filem KL Special Force sebelum dia berlakon dalam drama popular Suri Hati Mr Pilot itu lagi.

"Saya rasa ada salah faham yang berlaku sehingga mengaitkan nama saya pula dalam hal ini," ujarnya memetik mStarOnline.

Lagi Gambar Sharifah Sofia bertudung

Selasa, 3 Julai 2012

Khabar berita baik apabila pelakon, Sharifah Sofia bertudung semalam tersebar luas, maka ramai yang menyokong tindakan Sharifah itu. Namun sekeping gambar semalam mungkin kurang syok untuk kita lihat sekejap, namun kali ini ada dua keping gambar Instagram berserta dengan Natasha Hudson yang juga bertudung bersama. Semua nampak manis dan anggun bertudung.

Adik Natasha Hudson, Tania Hudson

Khamis, 15 Oktober 2009

Lihat Melodi minggu lepas, muncul Datin Natasha Hudson dengan adiknya, Tania Hudson muncul pada rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri. Digossipkan adiknya oleh Nash soal tumpang populariti kakaknya, Natasha Hudson dimana kakanya menjemput dia untuk shout lakonan. Tapi kalau terkenal pun tak menjadi masalah, adik Natasha Hudson, pun comel dan cute juga. ngeh3.